Search This Blog

Showing posts with label Kebun Dapur. Show all posts
Showing posts with label Kebun Dapur. Show all posts

Friday, 2 July 2021

Kebun Dapur : Daun Kangkung Hidup Segar Membesar

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Dah petang dah baru berkesempatan nak menulis.
Sebelum solat Zohor tadi dah siap print kerja sekolah Hafni, tunggu dia tulis semula dan siapkan latihan-latihan yang ada. 
Bercinta nak tunggu dia habiskan kerja sekolah..
Tapi kena la buat juga, bagi sokongan cikgu2 susah2 buat kerja sekolah memenuhi jadual tugasnya sebagai guru..
Terima kasih cikgu !


Puas tak tengok daun kangkung sebesar tapak tangan?
Okay saya janguk lagi.. sebab ni tanam sendiri, soo excited!

Hari tu beli kangkung dari Tesco. Bahagian pucuk muda tu memang simpan nak tanam.
Saja la pi campak dalam bekas tanaman tu.
Tak ada sumbat batangnya dalam tanah pun, memang betul2 campak je, hihi..
Alhamdulillah tengok2 hidup juga,

Hidup segar bugar. Daun bersih, hijau gelap, daun lembut.
Seronok kot dapat zat macam2.
Sebab tanam dalam bekas polisterin ni, air bertakung, tempat saya tuang sisa makanan.
Banyak pokok2 untuk masakan, saya siram dengan air beras je.
Kira kat dapur tu ada la satu jar air 2L yang saya sedia untuk simpan air beras.
Bila ada apa2 makanan yang rosak/basi, saya masuk je dalam jar tu.
Soo macam2 zat protein ada.

Bila ada kangkung, apa lagi sedap masak tumis belacan dengan nasi goreng kampung, yeay..
Lama sangat dah tak membeli sayur daun2 ni.
Beli banyak2 nanti membazir, sebab lambat masak, sayur dah rosak.
Saya memang masak hari2, tapi entahlah kenapa sayur macam tak masak/makan pula.
Mungkin sebab masak pelbagai, bukan makan nasi setiap hari.
Saya selang2 dengan masakan lain.


Ini kali kedua dah amek.
Yang gambar tapak tangan tu, kali pertama amek, 5helai je gitu.
Tu pun cukup je buat nasi goreng..


Ni ha nasi goreng kali pertama daun kangkung.
Saya kalau nasi goreng suka letak telur, ikan bilis dan isi ikan je.
Biasa la asal usul makan macam tu. 
Orang utara biasa buat nasi goreng bila ada lebihan nasi dan ikan goreng.
Bila kawen, enSuami tak puas hati, mana ayam?
Alaa xsyok ada ayam dalam nasi goreng, hahaha..
Fish cake kadang2 letak kalau buat nasi goreng Cina.

Tapi kali kedua buat nasi goreng kampung ni, saya keluarkan isi ayam juga.
Sebab saya ingat nasi banyak dalam periuk.
Bila penyek2 nasi, aik xda la banyak mana.
Tapi alang2 dah defrost isi ayam, guna je la..
Kasi masak ikut selera enSuami pula.
Letak isi ayam banyak2 dalam pinggang dia.
Pinggan saya, saya boh ikan bilis dan kacang goreng, hehehe..


Nasi goreng kedua takdan nak snap.
Sebab pagi tu baru keluar amek daun kangkung.
Dah terlanjur masa nak makan.
Tak ingat apa da, siap masak je, terus santap, Alhamdulillah..

Tuesday, 11 October 2016

Kempen Laman Dapur Jabatan Pertanian Negeri Selangor..

Assalamualaikum...

Di sini saya akan kongsikan maklumat dan tips yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Selangor (JPS) untuk Kempen Laman Dapur yang dilancarkan.

Dalam pamplet Laman Dapur, disediakan beberapa tips menanam 3 jenis tanaman yang mudah ditanam di halaman rumah..

Antaranya ialah sayuran daun, sayuran buah dan ulam-ulaman..

1. Cara Menanam Sayur Daun

Sayur Sawi (Brassica sp)
Terdapat beberapa jenis sawi yang boleh ditanam seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Pahit, Sawi Jepun dan Sawi Kerinting.
Cara Menanam:
Biji benih sawi boleh terus ditanam ke atas batas.
Gaulkan biji dengan pasir atau tanah peroi, kemudian taburkan sama rata dalam alur-alur pada batas.
Selepas 10-14 hari anak benih bercambah, jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 15cm antara pokok dan 20cm antara baris.

Catatan NabilaHasyim : tak pernah lagi tanam sawi, huhu.. pernah tanam salad je, tapi masa tu mungkin medium tanah tak sesuai, macam terbantut je saladnya, hahaha...

Kangkung (Ipomoea aquatica)
Jenis yang popular ialah kangkung darat.
Cara Menanam:
Penanaman dibuat dengan biji benih. Biji benih boleh ditanam terus dalam alur atas batas. Sebanyak 45g biji benih diperlukan untuk sebatas.
Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

Catatan NabilaHasyim : selalu tanam guna keratan batang je.. kali pertama beli kangkung dari kedai, amek bahagian daun/pucuk je, buat masak. Batang yang lembut2, boleh cucuk terus dalam tanah atau rendam dulu dalam air, sehingga ada tunas baru atau berakar, boleh tanam dalam tanah.. senang je kan..


2. Cara Menanam Sayur Buah

Bendi (Malvaceace)
Biji benih bendi boleh ditanam terus ke atas batas. Masukkan 2 biji benih selubang sedalam 2.5cm.
Jarak tanaman disyorkan ialah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris.
Selepas 2 minggu, cabut pokok yang kurang subur.
Anggaran sebanyak 11g biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2m lebar dan 7.5m panjang.

Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya tanam bendi. Lepas beli bendi, kalau tak habis dimasak, bendi tu pun dah tua, biar je bendi tu kering di tepi tingkap dapur. Dah kering kontang, buka kacang bendi tu, kumpulkan seberapa banyak biji bendi yang ada.. Guna biji yang dah kering tu untuk ditanam. Bila dah keluar tunas, dan berdaun sebanyak 2 lapis, baru mula alihkan ke tempat yang sesuai atau sepokok untuk satu pasu.

Cili (Capsicum annum)
Anak benih perlu disemai di bawah jaring kalis serangga sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam.
Batas berukuran 1 meter lebar, 15cm tinggi dan panjangnya mengikut ukuran yang dikehendaki perlu disediakan. Tanah yang digunakan untuk menyediakan batas, sebaiknya tanah campuran 7:3:2 (tanah : bahan organan: pasir).
Cara menanam dalam pasu atau bekas lain:
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5cm (1inci). Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas ditanam.

Catatan NabilaHasyim : Cili pun sama juga. Pilih cili mana yang kita suka. Keringkan dulu cili tu, ambil bijinya dan tanam di tanah.. InShaAllah tumbuh lah ia.. tapi setakat yang saya tanam ni, tak de la meriah sangat buahnya.. Sekarang baru semai benih yang baru. Cili padi dari rumah kawan enSuami. Dia bela ikan talapia merah, air dari kolam ikan tu, dia buat siram pokok2 yang ditanam.. Memang sihat2 pokoknya. Cili2nya berkilat2 warna hijaunya.. Pedasnya pun boleh tahan. Macam cili padi Cameron yang merah menyala tu.. Saya suka cili padi yang saiz sedang, tak kecik sangat macam cili burung, walaupun tahap kepedasannya hampir sama sebab senang nak pegang kalau besar, hahaha.

Betik (Carica papaya)
Betik adalah buah-buahan yang tidak bermusim dan lazimnya berbuah sepanjang tahun. Betik biasanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di Malaysia. Betik digemari sebagai pencuci mulut selepas makan.
Cara menanam:
Semai biji di dalam tapak semaian.
Semai biji terus ke dalam kotak/polibag.

Catatan NabilaHasyim : Betik ni pun senang juga. Beli betik dari kedai, kalau buahnya manis elok, simpan bijinya, dijemur kering.. tak nak kering, tabur je semua biji2 tu.. bijinya memang senang bertunas. Campak2 je pun, naik juga.. tapi bila banyak2 yang tumbuh, tak termampu nak tanam semua.. Cari yang betul2 sihat membesar. Setakat pokok betik saya belum lagi ada buah.. Putik bunga pun tak pernah ada lagi.. Baru2 ni pokok betik diserang monyet2. Monyet kan suka makan putik betik dan daun2 muda, buat ulam agaknya. Mana2 daun yang dah tua, habis terkoyak, kesan ragutan monyet, isk.... bila la pokok ni selamat nak berbuah.. timbunan tanah yang dibeli selori tu pun, agak mengganggu wilayah pokok betik tu.. tak sempat lagi nak touch-up kawasan pokok tu. kesian dia..


Serai (Cymbopogon citratus)

Sediakan 2 hingga 3 batang serai untuk ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman adalah bergantung kepada kesuburan tanah.

Serai dan daun pandan yang direndam dalam air, boleh tahan seminggu untuk daun pandan. Serai sampai habis digunakan pun tahan..

Catatan NabilaHasyim : kalau beli serai tu, biarkan serai tu terendam dalam bekas berair. baru la serai tu tahan lama, tak de la mati kering sebelum digunakan. kalau tak ada tanam lagi serai di rumah, boleh rendam dulu serai tu untuk beberapa hari, sehingga berakar. Baru boleh pergi tanam. Lagi senang pokok nak hidup kalau dah mula berakar. Alhamdulillah sejak tanam dulu, dah tak perlu beli lagi serai dari kedai..

Halia (Zingiber officinale)
Galikan lubang sedalam 10cm.
Kemudian masukkan satu keratan rizom atau umbi halia ke dalam lubang yang telah digali. Pastikan mata tunas menghadap ke atas. Akhir sekali, sediakan naungan untuk melindungi tunas-tunas yang baru disemai dari cahaya matahari.

Lengkuas yang direndam dalam air, tahan hampir setahun

Catatan NabilaHasyim : Halia ni berbaloi ke nak tanam? enSuami ada jugak sebut, tanam la halia. Saya jawab macam tak padan je nak tanam, baik beli je, seketul boleh tahan sebulan. Bukan banyak sangat nak guna. Lagi pun halia boleh tahan lama, so tak yah la tanam. Kalau kunyit, OK la nak tanam, sebab boleh guna daunnya untuk masakan. Nanti lama2, boleh dapat ubinya. Baru berbaloi sikit 2in1, tak gitu? Lengkuas pun tahan lama, asalkan biar terendam dalam bekas, 1-2 bulan sekali, tukar air rendaman. Saya pernah simpan tahan setahun, hahaha.. Kiranya setahun sekali je la saya beli lengkuas, kekeke...

3. Cara Menanam Ulam-ulaman

Pegaga (Hydrocotyle asiatica)
Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20cm X 20cm. Ia mudah dibiakkan menggunakan rizom atau batang rayap. Walaupun ia boleh tumbuh di bawah cahaya matahari, kebanyakan jenis pegaga memerlukan kawasan yang redup dan tanah lembap. Pegaga juga boleh ditanam di dalam pasu dan memerlukan tanah yang sentiasa lembap.

Catatan NabilaHasyim : Kali pertama dulu tanam pegaga, amek pokok dari rumah mertua, balik tanam dalam pasu kat rumah. Masa awal2 tu meriah lebat. Dah ada pokoknya, tak ingat pulak nak makan. Lama2 terpupus begitu sahaja. Baru2 ni terperasan ada tumbuh baru pokok pegaga. Mungkin sisa benih dari pokok lama kot.. Sekarang dah tanam balik dah. Tapi belum nampak macam nak melebat, walau dah kerap disiram air beras. Kalau tak menjadi juga, kena beli baru kot, tanam baru.

Selom (Oenanthe javanica)
Selom selalunya ditanam dengan menggunakan keratan. Panjang keratan biasanya lebih kurang 20cm. Tanam 2 atau 3 keratan selubang dan padatkan tanah disekeliling keratan selepas menanam. Keratan-keratan ini boleh juga disemai dulu di dalam bekas berpasir. Ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran akar. Selepas itu, keratan sedia diubah ke batas.

Catatan NabilaHasyim : Selom ni belum beli lagi, asyik lupa je nak beli ulam ni. Tapi saya dah cuba untuk ulam raja, memang menjadi. Masa kali pertama baca pamplet ni, baru saya tau betapa senangnya nak tanam selom. Kebetulan hari tu, enSuami ada beli ulam raja, saya perasan ada bahagian pucuknya. Yang pucuk tu yang saya amek tanam. Alhamdulillah, jadi. Sihat, kuat je batangnya.. Gitu punya senang tanam ulam raja!!!! Dulu beli RM3 kat nurseri.. Mati kelayuan, tuannya malas nak siram, adeh...

Selain dari tu, yang penting untuk kegunaan dapur:

Daun kesum :
Yang ni pun senang, beli daun kesum kat kedai. Balik masak, amek daun je.. Batangnya rendam dalam air separuh dari ketinggian batang tu.. biar sampai ada keluar daun/tunas baru. Bila ada tu, baru boleh tanam ke tanah. Masa rendam batang tu, jangan terbalik pulak batangnya.. yang pucuknya di atas.. Lagi bagus kalau amek batang2 yang muda lagi atau maksudnya bahagian pucuk/ yang hujung sekali.. Rajin siram dengan air beras. Membesar sihat lah dia.. Kalau nak bagus lagi, cari kesum yang daunnya rapat2, bau dia lebih kuat.

Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya beli kesum dari MyMydin. Dari dulu sampai sekarang, benih tu la masih bertahan sampai sekarang. Walaupun dah banyak kali tukar pasu/tempat tanam, mati kering, akar diserang semut buat sarang, kalau ada batang yang sihat tu, cepat2 gunting dan tanam tempat lain. Hidup balik sampai sekarang. Raya haji lepas, balik buat laksa di rumah mertua, enSuami beli daun kesum dari pasar [sebab sangka rumah mertua ada pokok kesum, sekali tak boleh amek sebab tak berapa nak ada] terpaksa beli. Daun jenis ni lain sikit dari pokok yang saya tanam. Daunnya jarak jauh2, dan baunya tak berapa kuat. Banyak mana, enSuami beli, semua tu saya masuk periuk, tapi tak bau wangi sangat kesumnya. macam tak ada daun kesum je...

Daun kari:
Saya amek anak pokok dari rumah mertua je, hehehe.. Pokok kari ni, kalau dah besar tu, mesti akan tumbuh anak pokok baru.. Kalau diperhati asal-usulnya, kalau tak silap saya dari akar pokok induk atau dari keratan batang gitu.. Oo baru jumpa satu sumber sahih, cara nak tanam pokok kari. Tapi kalau beli dari kedai, dia bagi pelepah je kan, macam mana nak tanam. Kalau dapat batang pokok, boleh la buang semua pelepahnya, rendam dalam air dulu.. Sampai keluar akar putih, baru tanam ye..

Daun limau purut:
Saya beli dari nurseri. Pokok berbuah, paling senang, kena tut dari pokok induk. Tak boleh dari keratan batang. Kalau ada biji benih, macam limau kasturi tu, saya tanam, tak pernah tumbuh pun, huhuhu, salah tanam kot.. Limau kasturi tu balik kutip 2 minggu sekali di rumah mertua. Bertuah sgt menantu ni, kekeke...

Bunga Kantan:
Bunga kantan mahal gila sekarang ni.. Dulu sehinggit satu. Sekarang 3hinggit kat pasir penambang. Minggu lepas, pergi kenduri singgah rumah atuk saudara enSuami, dia ada pokok bunga kantan. Bunga kantan, yang saya tanam belakang rumah ni, amek anak pokok dari rumah atuk ni la.. tapi sampai sekarang tak ada bunga lagi.. tanah tak sesuai kot.

Orang bagi petua, kena rajin tebang batangnya, supaya rajin tumbuh tunas baru. tapi tak ada juga. Sebab jarang belai dia.. tu yang merajuk dia nak membesar. Pergi rumah atuk ni, x lupa la nak tengok pokok kantannya, lagi2 bunga kantan tengah mahai gila ni..


Bila pi tengok, boleh histeria tengok, banyak gila bunganya.. Kira2, lebih sepuluh kuntum tu. Kalau ikut tamak tu, semua bunga tu saya nak cantas. Ye la kalau tak amek, lama2 dia kembang2, habis layu kat situ juga. Sama juga kalau saya amek semua, layu dalam peti sejuk kan..hehehe tanduk hijau sat.
Tapi enSuami suh amek 3 je, xyah nak lebih2.. Adoi seronok kot tengok bunga kantan tu, cantik sangat. Yang bunga ni lain dari yang dijual. Kaler pink lembut, dan bertanduk/berduri di hujung kelopak. Kalau dok beli kat pasar tu, tak ada macam ni.. Selamat dah buat laksa, nasi goreng kerabu, sedapnyaaa...

Pokok kantan tak semua orang boleh tanam. Yang ada laman besaqq ja, boleh tanam. Sebab pokok ni lama2 dia akan membesarkan wilayahnya, baru la nak dapat banyak hasilnya. Ye la, pokok bunga kantan kan unik sikit. Keluar tunas batangnya tu, sama ada nak jadi daun atau bunga je.. dia tak akan jadi kedua2nya.. Jadi kalau besar lamannya, barulah besar kebarangkalian nak dapat bunga tu..
Susah kan, sebab tu la mahal. Kat Mydin murah sebab bunga kantannya merah, bukan pink, hehehe.

Lagi pokok apa lagi yang penting kat dapur, kalau ada boleh tambah lagi ye...
Selamat bercucuk tanam, jimat kos perbelanjaan dapur..




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 6 September 2016

Kursus Pendek bersama Pakar Pertanian dari UPM..

Assalamualaikum....

Hai semalam kan ada sebut kami suamisteri join kursus pertanian kan?
haaaaa.....

Mula2 ingat kursus tu anjuran Jabatan Pertanian, sebab 2 minggu sebelum tu, enSuami n the gang ada pergi pejabat pertanian nak cari pokok bunga kantan...
Sebab ada kawannya nak bisnes semai pokok bunga kantan untuk jadi pembekal pokok kantan kepada nurseri di sekitar Kuala Selangor ni...

Balik dari pejabat pertanian tu, macam2 buku pertanian dia bawa balik..
cerita macam2 la apa yang pegawai tu cerita kepada mereka..
dari situ, saya pun baru sedar bahawa memang ada perbezaan jenis bunga kantan tu...

Rupanya bunga kantan ni ada 3 jenis warna, yang hijau, merah dan pink..
selama ni dok ingat yang hijau tu, mungkin sebab tak masak/putik lagi.. lepas hijau jadi pink, dan kalau lama lagi dibiar akan jadi merah, kan???
macam tu tak korang fikir, hihihi...
rupanya memang itu la 3 jenis warna bunga kantan...
yang mendapat pasaran, yang kaler pink...


Masa diorang nak pergi amek induk tu, induk tu kaler merah, so tak jadi nak amek...
bila dah tak tahu nak cari mana, diorang pun pergila pejabat pertanian..
tu yang dapat macam2 buku...
masa tu pegawai tu ada cakap, pejabat pun ada buat kursus pertanian untuk orang ramai..
tapi kami tak pernah tahu pun...
kalau daerah lain, tak tahu la saya korang tahu ke tak...


Tu la kena rajin pergi pejabat pertanian...
masa tu, ada la enSuami ambil beberapa keping gambar dari kawasan pejabat tu...
Pegawai tu cakap, kami lebih banyak menganjurkan kursus laman dapur, iaitu mengesyorkan masyarakat bercucuk tanam sendiri, sayuran atau ulaman yang mudah di halaman rumah masing2...
itu la target mereka sekarang, nak galakkan masyarakat memanfaatkan laman, ruang, atau masa yang ada untuk bercucuk tanam....


Kalau tak ada tanah, boleh je guna hidroponik ke, atau guna botol/baldi/besen secara bertingkat tu..
ramai dah share tips2, step by step pun ada, cara2 nak tanam tanpa perlu laman yang besar..
guna botol minyak masak, botol mineral pun boleh...
Nak dengan tak nak je, pakar tu kata hari tu..

Berbalik pada kursus yang kami join tu, sebenarnya kursus ni anjuran Koperasi Keluarga Aziz Banun..
Kawan enSuami ni, keluarga isteri dia ada koperasi keluarga...
so diorang ni la yang anjurkan kursus ni...
hebatkan, family pun ada koperasi...
ahli keluarga diorang ni, semua ada bisnes atau produk masing2..
ada jual telur Asin Super, kerepek beras, sabun dobi, telekung solat, sambal goreng, macam2 lagi la..


Ini gambar semasa sesi amali..
sambil dia cakap, sambil dia buat...
kami ni tengok je depan meja tu, buat catatan, ambil gambar...

Banyak juga la ilmu cara2 nak memulakan aktiviti bercucuk tanam ni..
bukan masalah tangan panas, tangan sejuk ye...
semuanya bermula dari ilmu dan konsep nya...
kalau kaedah/metod semua betul, sesiapa pun boleh tanam pokok...

Tapi jangan buat konsep 3T pulak..
Tanam
Tunggu
Tengok
je....
tak siram, tak baja, memang mati la pokok tu....

Adoi, lawak jugak la tenaga pengajar, encik Bunawan Hj Samuri ni..
OK la tak bosan, best sangat dapat ilmu...
yang paling menarik saya nak share nanti, buat racun penghalau serangga...
mudah2 je guna bahan2 dari dapur je...
dan tip2 lain dalam berkebun...


Memang tengah 'in' la dengan semangat saya sekarang ni...
tengah dalam proses nak sedia atau siapkan...???
tak pasti perkataan mana yang sesuai...
dah siap beli tanah satu lori..
dah siap beli bata 100 biji..

Selagi tak siap sepenuhnya, tak berani nak cakap pape...
dah siap semua lengkap puas hati, baru boleh tayang kat blog...

Konsep yang saya nak buat tu, macam yang pejabat pertanian target tu..
Laman Dapur...
sambil2 tanam pokok yang boleh dimakan, sambil2 buat lanskap sekali..
asal menanam tapi cantik juga untuk dipandang...

Cakap tu macam senang lah sangat kan...
tapi tu la...
kerjanya agak susah, banyak tenaga 4 kerat diperlukan...
nak mencangkul tanah, buang tanah yang ada, nak timbus dengan tanah baru, bermandi peluh enSuami...
sampai nak pengsan, nak termuntah la jadinya...
oksigen tak cukup, atau tekanan darah rendah ke pe...
tak pasti la saya...
tak pe la, sehari buat 3 kaki..
sikit2, lama2 habis la tu...

Kami buat kerja pagi2 je...
senang, waktu tenang2...
lagi pun pagi2 dapat vitamin D...
kalau petang2, vitamin D jugak, vitamin Dark, kekeke...

Entah bila nak siapkan...
Doakan semoga misi ni tercapai, hehehe..
Amin... :)

Tuesday, 28 June 2016

KEBUN DAPUR : Progres Ubi Keledek Jepun

Assalamualaikum...

Sambungan progres cara tanam ubi keledek ungu yang sangat manis itu, berjaya ke tak?
50-50, kekekekeke..


Daripada sebiji ubi panjang tu, saya potong2 dalam 8-10 ketul...
2 ketul je kot yang hidup...
Asbab dari medium tanah yang tak banyak/sempurna menyebabkan saya gagal membenihkan pokok lebih banyak...
masa beli ubi tu, saya tak ada stok tanah lebih...
Dok ajak, dok pesan pada enSuami tu, beli tanah, beli tanah..
asyik kelupaan je...

Hujung minggu tu dah nak balik umah mertua, kalut la saya sumbat2 je dalam mana2 pasu pokok lain yang ada ruang2 kosong...
Nampak x, betapa tak bersedianya saya, huhuhu...

Rugi je...
balik hari Isnin tu, tengok yang tak berjaya tumbuh tu, berkulat hitam je...
dapat la dua pokok je naik...
Lama2, tunas lain pun ada bercambah, walaupun dari ubi yang sama...


Yang ni jadi 3 pokok...
yang bawah jadi 2 pokok..


Lepas dah selamat beli tanah, saya dok fikir2 nak susun dan tukar pasu untuk pokok ros jepun...
banyak RJ carnation yang mati kekeringan..
sebab dah lama xmenggembur..
yang ada tanah merah tu lagi la teruk, keras-kontang terus tanahnya...


Saya keluarkan semua ros jepun selapis dalam pasu panjang tu..
ros jepun selapis ni, lagi cantik kalau tanam dalam pasu bulat...
memang berbeza hasil RJ dalam pasu bulat dengan yang petak ni...
kalau petak panjang ni sesuai letak jenis carnation tu..
tengok jiran OK je dia tanam dalam pasu panjang untuk carnation tu...
sebab carnation jenis menjalar ke bawah, kalau lebat daun dan bunganya memang cantik la nampaknya...

Kalau selapis ni, jenis mencacak tinggi..
saya perasan kalau pasu bulat, dia tumbuh lagi sihat, batang tebal2 keras, tegak je menghala arah matahari...
kalau dalam pasu petak, dia tak jadi sangat...
mungkin keadaan ruang pasu yang luas, buat dia keliru nak menghala ke arah mana...
gitu la pemerhatian dan hipotesis yang dapat saya buat, wakakaka...


So semua jenis RJ saya dah campur..
satu pasu ada kedua2 jenis...
warna? xtahu lah, semua dah bercampur..
malas nak berkira nak satu pasu satu warna..
sebab ada warna yang hidup subur, banyak la keratan batangnya..
yang tak berapa nak sihat, tak banyak yang dapat diselamatkan...

So pasu yang panjang tadi, saya guna buat tanam ubi keledek ni..
Kebetulan ada lima pasu..
pokok pun ada lima...
saya asingkan serba satu...
lebih banyak pasu, lebih banyak dapat ubi kan, ye tak?


Bila cabut ubi ni dari pasu asal, rasa seronok sangat tengok ubi dan akarnya..
ungunyaaaaaaa...
tak sabaqnya, bila la boleh makan ni...

Ada nak membesar ubinya???
ada nak boleh hidup  pokok ni sehingga selamat dituai???
baca kat entri tanam ubi, dalam setahun juga la, baru boleh dituai..
patut la jiran sebelah belum tuai lagi walaupun dah lama dia tanam keledek tu...
Uncle tanam, elok subur ja, xberpenyakit macam saya...
tak puas pokok nak membesar kalau tanam dalam pasu...
nak tanam kat tanah, kena beli tanah baru banyak2 la, sebab tanah sekarang tak sesuai, keras dan banyak sangat lalangnya...

Patut la orang Jepun tu kata, dalam rancangan Jamie's Super Food, dulu2 orang kaya makan nasi, orang miskin makan ubi..
sekarang dah terbalik pula, sebab ubi dah mahal..
dalam rancangan tu, orang Jepun makan semua jenis ubi keledek..
ubinya, daunnya, batangnya, semua diorang makan..
ada satu resepi yang Jamie masak dalam rancangan tu...
menunggu ubi tumbuh dulu, baru boleh masak..
kalau tak, kena cari di Giant.
Tesco ada kaler putih dan oren je..


Hasil kunyit yang dapat dituai..
lama saya tunggu daun kunyit, nak buat rendang/serunding..
tapi daun tak jadi besar...
dok fikir2 nape la daun xjadi..
macam teringat, kot ubi banyak sangat ke...

Saya pun teringat nak cabut tengok..
alang2 tu, boleh la tukar tanah dan pasu...
so bila cabut, ini la yang saya dapat..
dapat la sikit, kecil2 je..boleh la nak buat masak2 nak makan sendiri..
dah terbayang2 nak masak kuah nasi lemak, rendang, asam pedas bila ada kunyit hidup ni..
selalu dok pakai yang serbuk je, hehehe..
jarang nak beli, sebab guna sikit2 je...
baik guna serbuk je, jimat.

OK, babai...
*sory gambaq dah siap tukar pasu, tak sempat lagi nak amek...lain kali la ekkk
#ramadhan23

#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 26 April 2016

KEBUN DAPUR : Misi menanam keledek manis aka Sweet Potato

Assalamualaikum...

Lepas baca dari entri Petak Bunga tentang dia tanam keledek manis, saya pun rasa teruja nak buat juga..
kebetulan sebelum baca entri tu, ada bersembang dengan Uncle jiran rumah ni..
lama sangat saya nampak pokok kecil di batas kebun dia, dah lama tapi tak dituai..
kalau dia tanam sayur, dalam sebulan lebih dah nampak hasil...
bila ditanya, pokok apa, dia jawab sweet potato..

Saya kalau orang sebut je sweet potato, mula la terbayangkan ubi bakar yang orang Korea dok makan tu..
Mak mertua pun rajin beli, selalu nampak kaler oren..
pastu bila tengok PetakBunga tanam...
eh eh eh, macam tu ke nak tanam ubi???


Macam best je nak try..
Hari Jumaat lepas ke Giant..
Tengok pamplet, ada sweet potato ada offer..
tapi kalau tak ada offer pun nak beli juga la..
Amek 6 biji, 4 biji yang gemuk, 2 biji yang panjang..


Bajet yang gemuk tu nak makan..
yang panjang tu nak tanam..
senang nak potong-potong, bagi dapat banyak keping, untuk jadi ubi tunas...
plan je la...
entah jadi ke tak...
enSuami pun perli, ingat senang ke nak tanam...

Sebab senang la, nak buat, saya jawab..ngeh ngeh..
tengok kawan blog buat, dia potong2 camtu ja...
xpa, cuba la dulu, kita yang buat dia kan..kan..kan...


Tapi serius, sedap sangat ubi ni...
kulit ungu, isi dalam pun ungu..
masa rebus, air rebusan pun jadi ungu gelap sebab keluar warna ubi tu..
letak 2 sudu garam, perghhh, manis lembut gebu je ubinya...

Fefeeling macam orang korea makan uni bakar...
lain kali nak kupas sesiap la kulitnya sebelum rebus..
kalau tak rugi, banyak sangat ubi yang terkopek dengan kulitnya bila nak makan nanti..
sayang ooo, manis tu...
lain kali boleh cuba yang versi bakar pula...

Harapnya ada hasilnya nanti, dag-dig-dug berdebar...
hari ni baru nak beli tanah..
ke nak tunggu keluar tunas, baru tanam??
Tolong habaq sat, huhu



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday, 27 January 2016

Makeover Bekas Mister Potato jadi Bekas Baja Pokok

Assalamualaikum...

Isnin lepas, ada beli baja untuk pokok..
asalnya nak beli baja kopi saja..
tapi tauke cakap 4bungkus RM10.
boleh campur2 jenis..

Diorang jual, sebungkus RM3..
beli 4 RM10..
saya pun tengok la baja apa yang ada...

Macam2 pun ada, baja untuk bunga, untuk sayur-sayuran, untuk buah-buahan..
adoi, nak tambah yang mana ni..

So amek 4 dengan kopi, penggalak bunga, sayuran dan penggalak pertumbuhan..
dalam kepala tu dah terbayang dah macamana nak simpan nanti baja2 ni...
hehehe, macam biasa, bekas mister potato jadi bekas simpan baja...


Sebelum ni, memang dah guna, untuk letak baja kopi dan taik ayam..
kali ni bertambah lagi 3 jenis..
memandangkan ada banyak jenis baja, semestinya perlabelan diperlukan untuk mudah dikenalpasti.
kali ni beria sikit dari sebelum, hahaha.. 


Siap balut dengan wallpaper sticker yang guna untuk bekas2 di dapur..
alang2 dah ada, guna je la..
lagipun kalis air, sesuai dengan persekitaran penggunaan baja ni..
lagipun bekas ni akan diletakkan di luar rumah, berdekatan dengan pasu2..
ala, letak di koridor tingkp je...
tempat yang ada, yang sesuai, setakat ini...

Di luar rumah, memang tak ada apa2 perabot pun..
rak kasut pun tak ada lagi, huhu...


Label di plastik baja tu, saya gunting, dan lekat pada bekas..
guna salotape je...
pastu kebetulan terbaca, arahan di belakang tu...
tak sama rupanya arahan penggunaan...
ada satu yang seminggu sekali perlu ditabur baja...
baja untuk sayuran tu...
so tulis sikit di label tu, 1x1M [satu kali satu minggu] 1x2M [satu kali dua minggu];
ha gitu la maksudnya...


Selain letak baja, saya pernah kongsi letak pensil warna dan krayon Hafni..
pastu tahun lepas, saya dapat idea, untuk buat pembahagian kewangan kepada bulanan..
untuk perbelanjaan yang besar tapi sekali sekala, seperti renew roadtax motor dan kereta, servis kereta dan sedikit belanja untuk simpanan jangka panjang...

Bila dah bahagi ke bulanan, tidak la terasa terbeban sangat..
tak la seketui duit habis untuk sesuatu perkara kan...
tapi kena disiplin la [sangat] nak simpan setiap bulan...
ini baru percubaan pertama, masih dalam tempoh percubaan.
tak berani nak cakap banyak..
tapi saya suka cara ni, sekurang-kurangnya saya dah jelas/tahu tentang keperluan perbelanjaan seisi rumah..

Wallahualam..
entri simple2 je hari ni..
tak ada idea la nak update blog, wakakaka...

OK, babai....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Saturday, 28 November 2015

KEBUN DAPUR : Kisah cerita pekebun amatur ;P

Assalamualaikum...

Kisah suka duka pekebun amatur ni, macam2 nak cerita...
tengok orang lain semangat update pasal tanaman masing2..
wah seronoknya tengok tanaman diorang menjadi...

Saya berjaya setakat daun2 je la...
yang buah2 tu tak berjaya menghasilkan buah yang banyak...

Pokok cili, tomato, capsicum, dah selamat masuk tong sampah...
bulan lepas saya kemas kini semua pasu2 pokok yang tidak membuahkan hasil tu, buang je la...


Bunga daun cekur...
cantik kan?
kaler putih...ada sikit2 kaler ungu...


Kali pertama kot saya nampak bunga daun cekur ni..
selama Mak saya tanam kat kampung pun, saya tak pernah nampak...
tau makan je daunnya buat ulam....

Dari dua bekas, sekarang dah jadi 4 bekas..
asyik lupa je nak cabut daunnya makan buat ulam...
sejak mula berbunga ni, makin kerap dia berbunga...
tiap kali siram tu, mesti ada salah satu pasu yang berbunga...
at least ada juga la penyerinya tu...


Allahuakbar!
Pokok kacang bendi berbunga, SubhanaAllah..
cantiknya, besaq plak tu...
saya tak pernah tengok, huahua...


Saya ingat kudup yang ada tu, nak jadi kacang bendi dah...
tak sangka plak ada bunga...
tapi logik dan lumrah la kan...
sebelum nak berbuah, mesti la berbunga dulu kan, cik kak oi...
tu la, terlupa pulak...heee...
so, ada lagi 3 kudup tu, kita tunggu la 3 kuntum bunga lagi bakal kembang, inshaAllah..

Tapi...
saya risau la, ada juga kutu2 hijau macam pijat dan semut2, dok hurung kudup tu...
ni yang geram ni..
nak penyek2 dengan jari, takut pula kot ada duri n bisa apa ke..
budak baru nak menanam pokok, bukan kenal menatang apa pun..
kalau ada terbaca, ada orang bagitau, tunjuk-share
baru la nak tau, itu-ini, gitu-gini...

Pokok kacang bendi ni, asal-usulnya, saya amek dari umah mertua..
tapi bukan amek pokok tau, saya patahkan dahan je...
saja amek, nak try tanam tengok, boleh tak hidup dengan keratan batang, tanpa tut pun..
balik cucuk dalam pasu, siram macam biasa...
untuk pokok limau kasturi saya buat juga, tapi tak jadi la pula..
kacang bendi ni je OK...
nanti nak cuba lagi limau kasturi..

Kadang2 kalau rasa malas nak tanam, kutip je la buahnye pokok mak mertua...
saya suka guna limau kasturi untuk cuci ikan, udang, sotong, semua yang seafood.
dah benda free tak perlu beli, guna je la kan..
kalau tak kutip, tanah la habuannya, habis luruh bila dah kecut-tua..
sayang tengok bila jatuh ke tanah..
tu yang suka kutip tu..
buat sirap limau, teh limau, pun sedap juga....
Kalau nak grill daging, tak ada lemon, kasturi pun jadi la..
grill daging versi Melayu jek, kekeke...

Baru2 ni dapat info, dari ahli group Kebun Bandar cerita nak tanam pokok limau kasturi, amek pucuknya..
ohhh baru tau, gitu..
tapi setakat ni tak sempat lagi nak cuba..
minggu lepas balik, lupa nak amek...
Esok (Ahad) baru nak balik sana..
Kalau ingat petik tu, boleh la saya cuba tengok dengan pucuk pula..


Ni pula pokok peria.
beli buah peria, nak buat sayur..
lama sangat tersimpan, biji nya pun dah jadi kuning.
nasib baik, boleh masak-makan lagi..
so simpan la biji tu, kot nak tanam..
letak kat tingkap dapur sampai kering..
pastu ingat nak simpan dulu, pastu fikir pergi tanam je la..
kalau tumbuh rezeki, kalau tak ada, tak apa la kan...

Dok siram dalam 2-3 hari, nampak ada tunas..
wah, berjaya la tumbuh..
saya biar je dia naik lagi..
tak ingat berapa biji letak hari tu..
tapi memang peria tu, biji nya sikittt je..
akhirnya 5 pokok tumbuh keluar...


Ada satu hari tu, hujan lebat angin ribut kuat...
saya pun terperasan pokok ni macam tumbang sebelah..
dalam hati tu dok kata, habis la pokok peria ni, batang patah pulak...
siap saya betulkan lagi batangnya..

Pastu teringat juga, pokok peria kan menjalar..
dok ushar la batang apa nak guna nak buat tiang ni...
saya terlupa sekejap pasal pagar rumah..
sebab pagar ni, saya simpan space ni nak tanam morning glory..

Memandangkan entah bila nak boleh tanam MG, 
makanya saya angkat terus pasu ni letak tepi pagar...
cakap kat pokok, panjat la pagaq ni, tak ada tiang la nak pacak...
esoknya tengok, gelung2 dia tu dah melilit2 kat pagar...
baguslah, settle masalah den..
patut la dia tumbang, dia nak cari tiang nak berpaut rupanya, heee...


Silap tak koyak dulu sticker botol minyak tu..
buruk la sikit rupanya...
bila tanam terbalik ni, boleh pula dia mencacak ke atas...



Masa saya baru buat pasu terbalik ni, Uncle jiran sebelah tanya..
apa pasal pokok sudah terbalik, kenapa biar macam tu...
hehe, saya tersengih je la..
cuma cakap, tengok omputih tanam pokok tomato pasu terbalik, saja cuba2...

Masa tu tak nampak lagi progres nya..
lama2 baru nampak bahagian hujungnya dah menegak balik ke atas...
so saya assumed, pokok ni boleh sihat membesar la kot...
tengah tunggu ada tak buah nak jadi..
kalau nak ikutkan, dah banyak kali berbunga..
berbunga kuning..
nak tunggu buah le pulak..
kot boleh buat tomyam lagi, Amin..


Bila buat pasu terbalik ni, jadi pasu 2in1 lah...
bahagian bawah ada pokok.
bahagian atas pun ada pokok, hehehe..
ini ada pokok betik ni..
sebab tanah ni ada banyak sangat biji betik yang saya buang..
bila digembur-digaul, tukar pasu, saya pun dah tak ingat ada biji betik dalam tu...

Tapi saya tak mengharap la pada pokok betik ni.
sebab hari tu tengok dalam group ada orang asingkan biji2 betik jantan-betina..
lorr, baru tau ada jantan-betina..
kalau nak tanam, kena tanam kedua2nya dengan nisbah yang betul la..
satu untuk agen debunga, satu lagi untuk berbuah..

Pokok tomato ni ingat nak masuk tong sampah dah..
tapi baru2 ni perasan pula ada 4 biji buah tomato...
ehhhh, macam tau2 je pokok ni, orang nak buang dia..
cepat2 plak dia berbuah..
4 biji lak tu...
nak tunggu nanti, boleh membesar ke tak....

Pokok tomato ni ada dahannya yang menjadi tempat berpaut pokok peria tadi...
daun pokok peria tu jauh menjalar..
berbungapun dah banyakkkk dah..
tapi belum nampak buahnya...


Baru2 ni je perasan macam ada satu yang macam nak jadi buah...
susah jugak tu nak dapat...
harap2 boleh la merasa buah peria, Amin...


Pokok peria ni, ada pemangsa rupanya..
binatang apa entah, kaler oren-hitam, suka sangat makan daun peria ni...
habis daun pokok berlubang2...
jadi tak sihat berbanding masa awal2 meriah dengan daun dulu..


Pokok daun kesum ni pun ada suka dukanya...
induknya dulu, saya tanam dari batang daun kesum yang saya beli untuk masak tu...
pastu lama2, orang share cerita tanam dalam pasu/bekas yang bertakung air..
saya pun ikut la juga buat...

Kebetulan, bekas tu tak besar sangat...
pastu macam jadi tak jadi je daunnya..
kemudian balik dari kampung haritu, tengok kering kontang pula daunnya...
habis saya cantas yang dah kering..
alang2 saya merumput hari tu..
saya tukar ke dalam pasu semula...
tak nak buat lagi dalam bekas bertakung...
letak dalam pasu yang dalam sikit...
nak mencabar pokok ni, membesar seboleh mungkin...

Alhamdulillah, lepas tukar pasu berlubang, baru sihat semula pokok ni...
nasib baik saya bertindak bijak, cewahhh...
rugi la kalau mati, batang induknya dah sebesar dua jari....
so dahan2 baru akan tumbuh, kembang2 dari batang besar tu..
tu yang jadi rimbun tu...
saya ukur daunnya sepanjang jari hantu saya...
mencabar diri dengan Entri Daun Kesum Gergasi ni, ce klik tengok
besaq gak tu daunnya...
rupanya ada dua jenis daun kesum, yang merimbun-daun besar-kasar, yang menegak-daun kecil dan lebih kuat berbau dan lembut.

Setiap kali basuh beras, saya simpan air basuhan tu..
dapat satu jag, 2.5L...
semua pokok ulaman ni, saya siram air beras...
baja, baja tahi ayam je...
itu je rahsia/tips saya...
daun limau pun tumbuh elok, buah je tak ada lagi..pokok kecil je..
pokok bunga je siram air paip biasa..
Jiran taman saya ni, siram pokok ros jepunnya dengan air Kangen..
kalau nampak pokoknya macam lesu2 je, siram air Kangen, terus subur sihat balik...
macam2 kan.....


Dan baru2 ni ada satu pokok tumbuh dalam pasu pokok kunyit..
mulanya ingat nak cabut je, kot ada rumput liar tumbuh..
tapi tak pe, biar je dulu..
sebab tengok pertumbuhannya cepat betul...
lama2 naik cantik je camni...
pastu saja2, petik daunnya...
saja nak bau2...
emmm, bau sesuatu yag dikenali...
macam serai2 gitu...
cari kat internet, terjumpa macam lemon basil...
fuyooo, betoi ka ni?


Siap berbunga cantik lagi...
sayang pula nak buang...
tu yang dok ragu2 je...
sambil menulis ni, baru teringat nak tanya jiran...
tunggu nanti enSuami dia sahkan betul ke lemon basil..
ke perasaang saya je, kuikuikui....
nape la pokok pudina tak tumbuh sekali?
boleh letak dalam air teh...
emm sedapnya bau air teh berpudina...


Pandangan keseluruhan tanaman saya...
yang ada di pagar, tak nampak dalam gambar ni...
asyik lupa je nak snap gambar...
sekarang ni panas terik kan...
kalau lambat keluar siram, silau mata macam dalam gambar...
terang betul...

Hari ini berkebun, saya tukar pasu pokok daun kari..
bagi pasu besar dan dalam lagi...
nak bagi pokok naik besaq besaq lagi...
yang ada sekarang, macam tak sihat sangat..
sebab pelepah dia turun ke bawah dan kekuningan daunnya...
kalau sihat, mesti kaler hijau pekat, dan pelepah daunnya macam menegak ke atas...
Jadi saya cantas semua dahan2 tu..
biar tumbuk tunas baru...
Stok daun kari pun banyak lagi dalam peti.
InShaAllah sempat la bertunas baru...


Ini bukan saya tanam..
Uncle jiran sebelah bagi.
dia baru tuai, nak gemburkan tanah, untuk tanaman seterusnya...
kalau saya tanam, bertuah la nak dapat macam ni, hukhukhuk...
daun kucai pun dia bagi gak...
walhal seminggu sebelum tu, dia dah bagi pokok kucai kat saya...
hahaha, tak malu kan....
dok tanya macam mana nak tanam pokok kucai, saya semai 3x, tak tumbuh2 pun...
last2 dapat pokok kucai terus..
Uncle nampak saya selalu dok amek, sampai tak dan daunnya nak tumbuh...
enSuami suka cucur udang..saya pula suka char koteow, apa lagi...
sedia2 dok amek daun kucai tu, tak ada daun kucai, daun bawang pun boleh la....

Tu yang Uncle bagi lagi tu...
dia kata saya rajin masak..
manyak pandai buat kuih, kahkahkah...

Hahahaha, Uncle ni... [malu aii]
saya suka try resepi2 baru, saja nak mencabar diri..
makannya idak..
tu yang banyak lebih tu...
so bagi je la kat jiran kan....

Sama2 dikongsi rezeki yang Allah bagi...
Alhamdulillah....
Untung la, kalau tanam dapat hasil ni...

Selama ni, saya dah jimat dalam bab daun2 perasa..
daun kari, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit, daun pandan [tak berapa nak meriah sangat]
daun bawang, daun kucai...
serai. bunga kantan, belum ada bunga lagi.
daun sup, tak ada. cuba tanam tak hidup2..isk..
cili padi, limau kasturi, kutip kat umh mertua, kuikui...

Rasa2 macam nak kumpul herba omputih plak la...
kalau conpem pokok tadi lemon basil, owh yeh!!!
boleh jadi pembakar semangat untuk tanaman seterusnya...
nak cari kat mana pokok2 ni ek?
ada sesape nak bagi? ahakssss

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers