Search This Blog

Showing posts with label Taman Bunga Berseri. Show all posts
Showing posts with label Taman Bunga Berseri. Show all posts

Tuesday, 28 June 2016

KEBUN DAPUR : Progres Ubi Keledek Jepun

Assalamualaikum...

Sambungan progres cara tanam ubi keledek ungu yang sangat manis itu, berjaya ke tak?
50-50, kekekekeke..


Daripada sebiji ubi panjang tu, saya potong2 dalam 8-10 ketul...
2 ketul je kot yang hidup...
Asbab dari medium tanah yang tak banyak/sempurna menyebabkan saya gagal membenihkan pokok lebih banyak...
masa beli ubi tu, saya tak ada stok tanah lebih...
Dok ajak, dok pesan pada enSuami tu, beli tanah, beli tanah..
asyik kelupaan je...

Hujung minggu tu dah nak balik umah mertua, kalut la saya sumbat2 je dalam mana2 pasu pokok lain yang ada ruang2 kosong...
Nampak x, betapa tak bersedianya saya, huhuhu...

Rugi je...
balik hari Isnin tu, tengok yang tak berjaya tumbuh tu, berkulat hitam je...
dapat la dua pokok je naik...
Lama2, tunas lain pun ada bercambah, walaupun dari ubi yang sama...


Yang ni jadi 3 pokok...
yang bawah jadi 2 pokok..


Lepas dah selamat beli tanah, saya dok fikir2 nak susun dan tukar pasu untuk pokok ros jepun...
banyak RJ carnation yang mati kekeringan..
sebab dah lama xmenggembur..
yang ada tanah merah tu lagi la teruk, keras-kontang terus tanahnya...


Saya keluarkan semua ros jepun selapis dalam pasu panjang tu..
ros jepun selapis ni, lagi cantik kalau tanam dalam pasu bulat...
memang berbeza hasil RJ dalam pasu bulat dengan yang petak ni...
kalau petak panjang ni sesuai letak jenis carnation tu..
tengok jiran OK je dia tanam dalam pasu panjang untuk carnation tu...
sebab carnation jenis menjalar ke bawah, kalau lebat daun dan bunganya memang cantik la nampaknya...

Kalau selapis ni, jenis mencacak tinggi..
saya perasan kalau pasu bulat, dia tumbuh lagi sihat, batang tebal2 keras, tegak je menghala arah matahari...
kalau dalam pasu petak, dia tak jadi sangat...
mungkin keadaan ruang pasu yang luas, buat dia keliru nak menghala ke arah mana...
gitu la pemerhatian dan hipotesis yang dapat saya buat, wakakaka...


So semua jenis RJ saya dah campur..
satu pasu ada kedua2 jenis...
warna? xtahu lah, semua dah bercampur..
malas nak berkira nak satu pasu satu warna..
sebab ada warna yang hidup subur, banyak la keratan batangnya..
yang tak berapa nak sihat, tak banyak yang dapat diselamatkan...

So pasu yang panjang tadi, saya guna buat tanam ubi keledek ni..
Kebetulan ada lima pasu..
pokok pun ada lima...
saya asingkan serba satu...
lebih banyak pasu, lebih banyak dapat ubi kan, ye tak?


Bila cabut ubi ni dari pasu asal, rasa seronok sangat tengok ubi dan akarnya..
ungunyaaaaaaa...
tak sabaqnya, bila la boleh makan ni...

Ada nak membesar ubinya???
ada nak boleh hidup  pokok ni sehingga selamat dituai???
baca kat entri tanam ubi, dalam setahun juga la, baru boleh dituai..
patut la jiran sebelah belum tuai lagi walaupun dah lama dia tanam keledek tu...
Uncle tanam, elok subur ja, xberpenyakit macam saya...
tak puas pokok nak membesar kalau tanam dalam pasu...
nak tanam kat tanah, kena beli tanah baru banyak2 la, sebab tanah sekarang tak sesuai, keras dan banyak sangat lalangnya...

Patut la orang Jepun tu kata, dalam rancangan Jamie's Super Food, dulu2 orang kaya makan nasi, orang miskin makan ubi..
sekarang dah terbalik pula, sebab ubi dah mahal..
dalam rancangan tu, orang Jepun makan semua jenis ubi keledek..
ubinya, daunnya, batangnya, semua diorang makan..
ada satu resepi yang Jamie masak dalam rancangan tu...
menunggu ubi tumbuh dulu, baru boleh masak..
kalau tak, kena cari di Giant.
Tesco ada kaler putih dan oren je..


Hasil kunyit yang dapat dituai..
lama saya tunggu daun kunyit, nak buat rendang/serunding..
tapi daun tak jadi besar...
dok fikir2 nape la daun xjadi..
macam teringat, kot ubi banyak sangat ke...

Saya pun teringat nak cabut tengok..
alang2 tu, boleh la tukar tanah dan pasu...
so bila cabut, ini la yang saya dapat..
dapat la sikit, kecil2 je..boleh la nak buat masak2 nak makan sendiri..
dah terbayang2 nak masak kuah nasi lemak, rendang, asam pedas bila ada kunyit hidup ni..
selalu dok pakai yang serbuk je, hehehe..
jarang nak beli, sebab guna sikit2 je...
baik guna serbuk je, jimat.

OK, babai...
*sory gambaq dah siap tukar pasu, tak sempat lagi nak amek...lain kali la ekkk
#ramadhan23

#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 1 March 2016

KEBUN BUNGA : Misi #TulipAsia, tercapai!

Assalamualaikum...

Selepas sebulan, beli baja banyak2, dalam entri lepas...
ni la hasilnya...


Kenkonon nak join #TulipAsia dalam group KPRJ tu...
tengok pokok sendiri, dah berkobar2 nak join #tag tu...
tapi la hai, tiap kali masuk group tu, tengok orang punya...
malu ya hamat, nak tunjuk hat kita sendiri punya...

Tak segah pokok orang lain punya...
orang punya lagi meriah, dengan bunga...
kelopak pun besaq2...
kembang2 luas2...
terus tak jadi nak upload, malu huahuahua....


Tapi xpe la..
up kat blog sendiri je lah...
tak da sape nak heran, hahaha....
syok sendiri pun tak pe la...
inilah hasil yang termampu saya dapat....
Alhamdulillah, berwarna-warni ceria pemandangan di laman rumah ni..

Tiap2 minggu saya letak baja bunga...
dalam minggu lepas, bunga kecik-kecikkkk jeeee...
saya pun hairan, asal lah bunga saya kecik2 je...
tapi OK la juga, dah banyak bunganya...
cuma tak semua pokok berbunga...

Dan semalam, sebelum nak keluar ke pasar, diperhatikan pokok2 ni...
rasanya semua pasu, dah ada bunga...
yang paling suka tu, merah jalur kuning tu pun dah berbunga...
sebelum ni, susahnya alahai, nak tengok pokoknya berbunga...
selalu ada daun je....asyik melecur, melecur, melecur...


Hari Jumaat lepas, pergi beli ayam, tuan asal punya bunga oren ni, pokoknya dah hampir mati agaknya...
kawasan yang meriah dengan pokok ni dua bulan lepas, akhirnya hilang-tak ada bunga...
kesiannn, apa la yang terjadi sebenarnya...
rumah mak mertua pun, banyak pokok ros jepun yang mati...
terlupa pula nak tanya, kenapa boleh mati...

Disebabkan dapat info dari group KPRJ tu, bahawa bulan 2-3 ni, keadaan cuaca yang panas terik, akan membantu tumbesaran yang pesat pada ros jepun ni...
Makanya, saya sahkan kebenarannya, hehehe...
eheheh, macam pesuruhjaya la pula, perasaang....

Rasa syok la juga, bunga meriah macam ni...
rasa macam nak buat taman bunga khas ros jepun lah...
memang dah lama teringin nak buat, ala2, tulip Belanda tu...
tapi belum ada kesempatan wang dan ruang...
ada dua ruang besar, masih keliru nak pilih yang mana satu untuk tanam bunga, yang mana satu untuk berkebun...

Ada laman besaq pun susah juga nak pikiaq...
emmm, tunggu la misi seterusnya, #TulipAsiaNabilaHasyim, ngehngeh....
InshaAllah....

Wednesday, 27 January 2016

Makeover Bekas Mister Potato jadi Bekas Baja Pokok

Assalamualaikum...

Isnin lepas, ada beli baja untuk pokok..
asalnya nak beli baja kopi saja..
tapi tauke cakap 4bungkus RM10.
boleh campur2 jenis..

Diorang jual, sebungkus RM3..
beli 4 RM10..
saya pun tengok la baja apa yang ada...

Macam2 pun ada, baja untuk bunga, untuk sayur-sayuran, untuk buah-buahan..
adoi, nak tambah yang mana ni..

So amek 4 dengan kopi, penggalak bunga, sayuran dan penggalak pertumbuhan..
dalam kepala tu dah terbayang dah macamana nak simpan nanti baja2 ni...
hehehe, macam biasa, bekas mister potato jadi bekas simpan baja...


Sebelum ni, memang dah guna, untuk letak baja kopi dan taik ayam..
kali ni bertambah lagi 3 jenis..
memandangkan ada banyak jenis baja, semestinya perlabelan diperlukan untuk mudah dikenalpasti.
kali ni beria sikit dari sebelum, hahaha.. 


Siap balut dengan wallpaper sticker yang guna untuk bekas2 di dapur..
alang2 dah ada, guna je la..
lagipun kalis air, sesuai dengan persekitaran penggunaan baja ni..
lagipun bekas ni akan diletakkan di luar rumah, berdekatan dengan pasu2..
ala, letak di koridor tingkp je...
tempat yang ada, yang sesuai, setakat ini...

Di luar rumah, memang tak ada apa2 perabot pun..
rak kasut pun tak ada lagi, huhu...


Label di plastik baja tu, saya gunting, dan lekat pada bekas..
guna salotape je...
pastu kebetulan terbaca, arahan di belakang tu...
tak sama rupanya arahan penggunaan...
ada satu yang seminggu sekali perlu ditabur baja...
baja untuk sayuran tu...
so tulis sikit di label tu, 1x1M [satu kali satu minggu] 1x2M [satu kali dua minggu];
ha gitu la maksudnya...


Selain letak baja, saya pernah kongsi letak pensil warna dan krayon Hafni..
pastu tahun lepas, saya dapat idea, untuk buat pembahagian kewangan kepada bulanan..
untuk perbelanjaan yang besar tapi sekali sekala, seperti renew roadtax motor dan kereta, servis kereta dan sedikit belanja untuk simpanan jangka panjang...

Bila dah bahagi ke bulanan, tidak la terasa terbeban sangat..
tak la seketui duit habis untuk sesuatu perkara kan...
tapi kena disiplin la [sangat] nak simpan setiap bulan...
ini baru percubaan pertama, masih dalam tempoh percubaan.
tak berani nak cakap banyak..
tapi saya suka cara ni, sekurang-kurangnya saya dah jelas/tahu tentang keperluan perbelanjaan seisi rumah..

Wallahualam..
entri simple2 je hari ni..
tak ada idea la nak update blog, wakakaka...

OK, babai....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Saturday, 9 January 2016

HEBAHAN : Pertandingan Ros Jepun di FB KPRJ

Assalamualaikum....

Waa, baru perasan ada contest la dalam group Peminat RJ...
tu pun tergerak hati nak masuk group..

Bukan apa, kalau masuk je, sakit ahti..
geram kot, pokok orang gebu-gebas, bunga banyakkkkkkkk, batang tercacak2 ke atas...
yang saya nye tak jadi camtu pun, huh....

Tak pe terajin malam ni, nak share je la..
sape yang join group tu, tapi tak perasan lagi pasal contest ni...
boleh la baca detail...

Catatan Puan NorAinon Othman..

Selamat malam kawan-kawan
Musim panas dah tiba.
Waktu macam ni memang syok tanam rj sebab cepat besar dan berbunga lebat.
Jadi Admin nak buat pertandingan bertemakan lautan rj.
Tunjuk rj yang kita sendiri tanam ala-ala lautan tulip kat Belanda.
Lagi meriah berbunga, lagi bagus.
Kalau boleh nampak bunga je, daun semua tenggelam.
Gambar terbaru ye!

✔ Pertandingan bermula malam ni sampai hujung bulan Februari 2016.
✔ Sertakan hashtag ‪#‎TulipAsia‬ untuk memudahkan admin membuat semakan
✔ Pemenang akan dipilih oleh admin
✔ Hadiah menarik menanti pemenang.
✔ 3 pemenang akan dipilih iaitu pemenang utama hingga ke-3
✔ kesudian mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan memeriahkan group sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
⭐idea bersama admin Kak Yong Mizah


Haa, baru saya tau, time panas2 macam ni RJ merimbun ye...
ingat kan mati kekeringan..
mati kekeringan sebab saya la tu, malas nak siram...

Panas membahang sekarang ni...
tapi kalau dah mood rajin mai, bermandi peluh pun tak pe la...

Camna nak buat bagi rimbun ni ye...
konsep Tulip Belanda gituu
macam tak layak je nak join...
bunga mcm tak ada je kali ni...

Dah la tanam dalam pasu...
tak boleh nak membesar sangat lah pokoknya...

Emm kita tgok la camne...
contest sampai hujung bulan 2..
otai2 RJ kata sempat nak rimbun kan RJ..
sebab cuaca tgh panas sekarang ni...

OK chayok!
Selamat Maju Jaya pada yang nak join...
Babai...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday, 21 December 2015

TAMAN BUNGA : Bunga Ros Jepun ada koleksi baru, yeyyy....

Assalamualaikum....

Koleksi RJ saya dah sihat gemuk-gemokss dah..
Alhamdulillah...

Dulu2 segan nak hidup, macam tak ada harapan je nak membesar, membiak..
ingat2 macam tangan ni tak layak nak bertaman bunga di rumah ni...

Tapi tak pe, tetap teruskan...
kalau tak ada rezeki macam mana..
sekejap2 je baca petua2 dalam group RJ kt FB..
tak leh tengok lama2, nanti mata berpinau tengok bunga cantik2, SubhanaAllah...


Koleksi RJ carnation dah berbunga semula, selepas melalui musim suram...
baru nak ceria, meriah dengan bunga..
tu yang semangat amek gambaq ni, ehhhhe....

Jom kita tengok dulu, masa dulu2, pokok nak mati tu..
kes pokok nak mati ni, terjadi pada RJ selapis je...


Pokok yang pertama tepi tiang ni, warna macam purple2 sikit..
saya xtau la nama ID nya apa.. malas nak belek satu2..
nampak sama je semua, kalau warna sama la...
tak tahu nak perincikan perbezaannya...

Ini gambar pasu kedua, keadaan SEBELUM...
masih kelihatan berlompong...
nampak lagi tanah masa ni..
kerap juga dok replant dahan2nya..
punya la nak bagi penuh pasu...


Keadaan SEKARANG....
dulu2, sehari sekumtum je bunga kembang...


Sekarang baru nak dapat macam pokok orang...
sepasu, ada banyakkkk bunga....
Pasu kedua ni, warna peach sikit...
tapi yang pelik kan, kenapa ada bunga jenis lain dari pokok yang sama eh?


Pasu ni kan, ada dua jenis bunga...
satu warna solid..
satu lagi jalur2 macam dalam gambar...


Percayalah, kedua2 bunga ni datang dari dahan yang sama..
memang ada ke?
saya dah terlamabat join dalam group tu..
nak tanya pun segan, kang jadi jakun pula..

Dulu2 kan saya cerita, yang ada satu polibeg, ada dua warna bunga..
rupanya2 memang pokok ni la yang jadi dua tu...

Pasu ketiga, warna kuning..
Keadaan SEBELUM...


Tengokkk. melecur je kejenya...
memang kena rajin replant, bila tanam pokok ni kan...
sabor je la, banyak juga kejenya..


Maaflah gambar silau sangat...
sekarang ni kan panas membahang...
kalau keluar masa bunga kembang, macam ni la jadinya...

Pasu keempat ni, warna Pink Kuning.. yang ni ke diorang panggil Aurora ke, entah ler..
Gambar SEBELUM..


SEKARANG, memang menjalar rata la...
memandangkan cahaya matahari sebelah sana, jadi dahan banyak menghala ke sana...


Gambar zoom pink-kuning...


Dan pasu terakhir kelima...


Yang ni lagi sedih, siap ada tumbuh cendawan lagi dalam pasu ni...
SEKARANG, dah sihat juga...
kadang2 ada juga melecurnya..


Kena rajin belek2, mana yang melecur tu, cabut buang...
kalau disimpan, lagi buat rosak pokok yang ada....


Gambar dekat warna bunga ni...
lama2 diperhati, rasa macam tak cantik pula, jalur2 yang macam ni...
saya rasa macam suka yang warna solid, satu warna je...

Kalau boleh nampak la, pokok2 sekarang ni memang sihat gemok2..
daun besaq... dahan tebal2..
kalau nak potong, dengan gunting pun susah [saya guna gunting dapur je, hehehe]
belum beli lagi gunting pokok, huhuhu...

Bila dahan dah merayap ke bawah, sebab berat sangat [gemoks punya pasai]
saya pun replant ke pasu lain...
kalau nampak ada bahagian tanah yang kosong, saya cucuk2 lagi..
bagi kasi penuh itu pasu...
bila berbunga banyak, baru nampak cantik meriah...


Dapat la satu pasu baru, campur2 warna...
eh pasu ke, seperiuk baru, hehehe...
Dulu2, periuk ni guna tanam daun cekur..
memandangkan cekur pun dah berkembang biak banyak, saya tukar ke bekas yang lebih besar...

Pokok ni kan, memang nama pukul 10 kan..
tapi yang carnation ni, kol 10 baru kembang..
yang selapis, awal sikit kembang.. asal ada cahaya matahari, dia dah kembang..


Tapi kalau tak cerah atau dah petang...
bukan kata bunga je kudup, daun2 pun kudup jugak...


Ini semua, gambar2 masa belum kembang...
daunnya tu kudup, macam daun semalu pulak...
nampak la daun tu macam layu, tak cukup zat je, bila dia kudup...


Bila siang cerah, bunga kembang, daun pun berseri2...
unik sangat pula pokok ni...
patut la orang suka sangat dok belek pokok bunga...
lama2 dok perhati, macam2 boleh tau...


Kalau saya buka FB tu, tengok macam tiap2 hari orang berlumba ambil gambar bunga kembang..
hari2 upload kat FB..
kalau saya cakap kat enSuami, peel orang tu..
mesti dia cakap, tak ada kerja sangat lah tu...

Amboi sesedap rasa kata kat orang...
eh jangan kecam suami saya, kahkah...
dia tak ada feeling macam kita2 yang tanam sendiri pokok ni...
sebab tu la dia xtahu perasaan kita bila tengok bunga berseri2..
tiap2 hari tengok pun tak jemu...

Tengok, memang tak jemu..
malah rasa tak puassssssssssss...
sat sangat bunga ni kembang, huhu...
dia kembang matahari pagi ja...
matahari petang, tak layan dah...hukhuk

Punya la tak puas, rasa nak tanam pokok bunga lain plak..
yang lama kembang..
nak tanam bunga matahari, segan la plak...
Uncle sebelah selalu tanam bunga matahari..
Dah jadi trademark rumah dia, rumah pokok bunga matahari...

Oh ya, tang tajuk kata ada koleksi baru..
mana? mana? mana?
Ini dia....


Cantik tak???
Saya minta free je kat sorang kakak ni..
sebenarnya dia ni tauke ayam..
kami pi beli ayam.. kedai berniaga depan rumah..
sekali enSuami parking depan pokok2 ni...

Ya Allah, berseri gila bunga oren ni..
enSuami tak dan nak keluar dari pintu lagi, saya dah siap cakap, Sayang nanti minta sikit pokok tu kat dia?
enSuami kata, Amboi, sesedap rasa ja nak minta...
saya ingat enSuami tak cakap dah kat tauke tu, sebab enSuami ni bab nak minta free, dia malu nak buat..
pasrah je la kalau tak dapat...
sekali buka pintu nak letak ayam, enSuami cakap, pi la amek, Abang dah cakap dah tadi, dia kata boleh, amek la..
Fuyoo macam tak percaya je, suami saya cakap, hehehe...

Saya pun amek la, bunga yang saya tak ada lagi..
kaler oren tu, conpem tak ada lagi!
Carnation warna merah tu, memang tak pernah tengok...pastu warna ros pink tu, lembut sangat di mataku...
Amek la juga 3-5 batang..
nak amek banyak tak berani, segan..
takpe, nanti dia tumbuh banyak lagi, inshaAllah..
Sempat la dia membiak lagi, sementara saya nak beli pasu baru...
Terima kasih kakak, sebab bagi free...


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Thursday, 1 October 2015

TAMAN BUNGA : Ros Jepun sahaja yang saya ada

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dalam minggu ni rajin la juga keluar tengok2 pokok...
masak nasi pun awal..
sebab nak ada air basuhan beras..
dah masak nasi, baru keluar siram pokok...
dah habis kerja kat luar, masuk rumah, nasi pun dah masak.. 

Pagi ni, masa kat dapur, ternampak bakul ni di rak dapur..
bakul buah masa hantaran dulu2...
dok ushar lama dah...
tak ada fungsi, dok terperap di rak...
terus amek bawak keluar...


Buat tanam ros jepun...
ros jepun yang carnation ni, dah mula menjalar ke lantai...
yang mana lebih2 dari pasu tu, saya gunting..

Transfer masuk dalam bakul ni..
tengok orang tanam, campur2 warna pun cantik juga..
tu yang nak cuba ni...
cubaan pertama nak campur2 warna...

Kalau ikut jenis saya yang sistematik ni, tak suka la campur2..
saya nak buat, satu pasu-satu warna-satu jenis...

Setakat ni, baru ada  6 warna.
Peach, Purple, Kuning, Pink Batik, Putih, Oren Kunyit/Batik.
yang ni saya tanam, satu pasu, satu warna..
kira buat induk la..


Tapi pasu ada 7 sebab pink batik tu, cepat sangat menjalar..
memandangkan saya belum beli jenis lain, so tambah je la ke pasu lain...

Koleksi carnation ni ada 11 semuanya...

Gambar ID carnation dari group FB peminat Ros Jepun...

Masa kali pertama beli ros jepun ni, saya pilih ٌRJ selapis..
masa tengok tu macam menarik je..
lagipun sebab tak ingat, warna carnation yang dah ada, tak nak terbeli warna yang sama, saya pun pilih la yang selapis...


Masa awal beli tanam dalam pasu bulat macam carnation tu..
selepas sedar, yang selapis ni jenis tak lasak kena air hujan...
saya pun tukar guna pasu panjang...
jadi setakat ni, hanya ada 5 pasu ni je la..
tapi kalau nak ikut warna, ada 6...
sebab masa beli tu, 1 daripada 5 polibag, ada 2 warna bunga...
mungkin owner tu tercampur keratan kot...
masa beli, tak ada bunga lagi...
bila dah lama2, berbunga, baru perasan ada kaler lain...
rejeki, heee....

Memandangkan pasu pun ada 5 je, jadi saya campur sekali je..
lepas ni kalau tambah pasu lagi, boleh la asingkan...


Ini gambar semalam, satu kembang, satu lagi tak...
hari ini, dua2 dah kembang...


Bertindan lah ia di situ, dah dari ranting yang sama...


Bila dah ada pokok sendiri, baru perasan perbezaan jenis pokok...
yang selapis ni pun ada dua jenis batang..
1 merah, 1 hijau...
yang merah ni, senang sangat melecur..
susah juga la nak jaga...sensitip...


Cendawan pun boleh tumbuh, emmmm
saya tak tahu kenapa?
adakah tanah terlalu lembab? tanah tak digembur? atau sebab air siraman tu ada bekas air beras/air basuhan ikan?
sebab saya guna jar air yang sama [ada kesan air basuhan beras] untuk siram pokok RJ ni selepas habis siram pokok2 kebun...


Tapi setakat ni, cendawan yang pernah tumbuh, pada pasu batang merah je...
pasu batang hijau OK je...


Walaupun bertumbuh cendawan, ada juga la bunga yang kembang...
tu yang saya tak kisah sangat, cendawan ke pe...
kalau ada bena/kutu putih tu je, yang saya geram..
orang cakap, tu musuh ketat RJ tu...
kalau ada, memang saya patahkan terus batang RJ yang ada, terus buang ke tanah..
lempar atas rumput liar tu...


Yang pasu ni pun, dah 2 kali tanam semula...
yang nampak batang merah tu je, yang pokok asal..
yang kecil2 tu, baru je tumbuh sendiri..
mungkin ada benihnya kot...
tak pe la, saya tengok aje lah...
macam mana dia nak membesar nanti...
saya pun dah lupa kaler apa RJ ni...


Ni pun batang merah juga..
pasu yang di tengah..
hari ni baru nak ada bunga, huhuhu..
kaler kuning rupanya...
pasu ni pun tanahnya nampak kering, pada permukaan...
nak gembur, takut pula batangnya rosak terkena serampang tangan tu...
ehhhhhhh, serba tak kena jadinya...


Sekuntum bunga penyejuk hati...
sweet n soft je kalernya...
walaupun sekuntum je, xpe la...
janji ada bunga...
tunggu lagi dua pasu ni, bunga kaler apa pun dah tak ingat....


Sekarang letak tepi kereta je..
bawah bumbung, tepi koridor..
kalau hujan lebat je, terkena tempias...

Mencabar juga menanam pokok RJ ni...
setiap kali buka FB group tu, mesti ada sorang yang mengeluh-frust tanam bunga ni..
macam2 juga penyebab perosak kepada pokok ni..
bena, siput babi, semut pun jadi masalah gak...
virus tu saya tak tahu la macam mana nak kenal kena virus..
ada juga daun RJ saya yang berlubang2, saya assumed sebab melecur je...
malas nak fikir yang susah2...

Kalau fikir susah2, satu bunga pun tak boleh nak kembang kat umah ni..kan???
kang rumah sape yang tak berseri?
aku jugakkk, bak kata Mail [dalam UpinIpin]

Semalam ada orang share resepi buat baja roti..
saya suka la kalau ada tips, guna bahan2 yang mudah dapat terutamanya dari dapur..
harapan terakhir saya la ni, nak buat baja merangkap racun buat serangga...

Resepi Baja Roti...
1 btl air 1.5L [air sungai atau hujan lg bgus sbb xde klorin]
Roti 1-2 kping
Peram 4-7 hari
Hari ke 4 da blh guna
Buang rotinya..
Srpay pd pangkal pokok n daun
Klu nk siram tambah air lg
Spray @ siram 3 kali sminggu Insya Allah pokok gemuk, serangga pon x hinggap
Sebelum terlupa..botol jgn tutup rapat, buatkan lubang. klu x nnti mletop kuar gasnya.
Siram @ spray awal pg atau ptg sbb baunya masyemmm..hehe

Saya pun CnP je, simpan dalam folder..
tengah tunggu air hujan hari ni..
kalau hujan la..
kalau tak, lambat lagi nak siap baja ni....

Semoga hujan hari ini, Amin....


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers