Search This Blog

Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts

Tuesday, 24 August 2021

Roti Puri : Baru nak cuba buat sendiri

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Selama ni dok makan roti puri yang mak mertuaku bancuh adunan nya. Lepas subuh tu masuk dapur, baru la tolong² nak gelek² ke, tolong² goreng ke..

Dua hari lepas tengok FB live Bainun Beauty, masak² roti Arab dengan opahnya. Masa tengok depa goreng tu, siram² minyak panas sampai kembung tu, macam roti puri. Tapi saya tak da la komen apa². Tunggu biar orang lain yang komen. Mana la nak tau, lain negeri, lain panggilan nya. Sbb roti puri ni pun saya kenal bila dah kawen. 26tahun dah hidup, baru nak tahu, hahaha.. 

Bila org lain komen², kita tumpang baca. Org cakap beza roti Arab tu sebab pakai yis dan susu pekat. Roti puri ni, 4 bahan ja, tepung gandum, garam, minyak dan air. Oo mcm tu ke...

Pastu dah tengok orang buat. Terliur la jugak, sebab dah lama tak makan. Dah jarang balik sejak² PKP ni. Orang komen makan dengan sardin sedap nih..

Memandangkan ada stok sardin beli hari tu. Yg produk Muslim tu, esoknya nak buat terus. Bila cakap nak minta enSuami masakkan sardin, dia kata nak makan dengan pulut pulak..

Alang² dia Suh masak pulut nak makan dengan sardin, boleh lah saya makan pulut dengan durian πŸ˜† Durian 3biji dia beli, baru habis 1biji. Sedap je durian tu, tapi tak laju nak habiskan. Rimas pulak peti sejuk dah bau durian sampai ke freezer. Bila nak habis tak tau..


So jadilah sarapan pagi semalam macam ni.
Menu pulut Kedah style vs Selangor style 🀭. Pastu tengahari tak masak, nak enSuami belanja Syukor Burger πŸ” yang Bukan Burger Biasa tu..


Burger dan patty jenama dia sendiri. Memang besar gila. Kalau saya tak kelaparan, saya tak mampu nak habiskan 1biji tu. Nasib tengahari memang ready perut nak makan burger tu. Nak makan sebiji sorang 😜. Yang saya punya order, daging lembu. Sebab first time, saya rasa macam patty nya tak berapa masak kot. Merah lagi, masih bau² lembu gitchuu.. kalau patty Ayam sedap je makan. Next time nak try lamb pulak..

So sardin pagi semalam, tak habis, pagi terjaga awal, semangat nak buat roti puri. Dok ragu² nak buat roti puri ke roti Arab πŸ€” macam nak try resepi simple dulu tanpa yis. Kalau tak jadi kembung, next time pakai yis pula.


Sukatan yang saya guna:

2 cawan t.gandum
¼ cawan minyak
Sedikit garam
Air secukupnya

Gaul semua uli² sampai sebati, doh tak melekat kat tangan. Pastu korang rehatkan. Tutup bekas tu, macam nak perap adunan tu. Orang kata 15-25minit. Tapi saya biasa tengok mertua dia buat awal sebelum subuh ke sebelum tidur ke. Sebab dia guna bread maker, so boleh tinggal kan Aje bahan² tu..

Lepas selesai solat subuh, baru masuk dapur nak goreng. enSuami terkejut saya nak buat roti puri. Saya minta tolong dia goreng kan, saya gelek² tepung. Sebab kalau dapat buat serentak lagi bagus.

Cepat siap, sedang elok lah adunan 2cawan tepung tu untuk family kami. Tak sampai 20biji kot ikut saiz korang gumpal. Saya buat kecil sikit dari bola pingpong. Nak buat besar/tebal, takut tak kembung. Ye lah first time, cuak kalau tak kembung. Alhamdulillah menjadi elok. Happyyyyy sangat πŸ’ƒ


Nak buat dan bahan² pun senang je. Boleh la buat selalu, hahaha. Makan dengan sambal sardin semalam dengan kuah kari ayam yang saya buat stok untuk roti jala. Last last, makan dengan sardin jugak yang sedap. Kari tu saya tak ambil langsung. enSuami je yang makan.πŸ˜„

Korang jemput follow 


Lepas ni, bolehlah kita berukhwah dalam media sosial lain, sebab ramai yang dah tinggalkan dunia blog ni kan.. kat sana boleh Like², comment² kat FB/IG/TikTok πŸ₯°

Nanti komen "hadir dari blog NABILAHASYIM tau". Nanti saya follow back awak² semua. Sayang ketat² 😘

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo


Thursday, 29 July 2021

Tempoyak : Sebekas RM 20 dengan Gulai Tempoyak Daun Kayu

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Musim² durian ni mesti tempoyak akan datang seiring.. Lama dah tak makan tempoyak sebab dah lama tak buat tempoyak. Beli durian, cukup² untuk makan je, tak ada lebihan nak buat tempoyak πŸ˜‚

Baru² ni terjumpa resepi Gulai Tempoyak Daun Ubi Kayu. Masa rumah bujang dulu, macam ada housemate dari Lumut bawak menu ni, ayah dia yang masak. Bila dah kahwin ni, asyik lupa nak tanya kawan tu, resepi masakan tu, sebab tak tahu nama apa nak habaq kat dia πŸ˜…

Pastu jumpa kat IG Yaties Kitchen. Tengok rupa macam sama je, terus SS, send kat dia. Yang ni ke dulu bawak masa kat rumah sewa tu? Dia cakap ya betul la tu. Sembang², pasal resepi, nekad la nak buat. Misi mencari tempoyak, hehe..


Petang tu keluar nak cari durian Tekka. Tapi penjual Tekka yang beli sebelum ni, tak ada pulak hari tu. enSuami jumpa udang merah, tauke tu lelong. Dia bawak masuk dalam Keta, saya rasa bau masam² je. Bagi anak rasa, dia kata ada masam. Pastu dia keluar lagi pergi cari Tekka pulak..



Memandangkan dah masam teringat pasal tempoyak, tak jadi beli yang siap. Balik buat sendiri, tempoyak udang merah.

Satu bekas harga RM 25, dia lelong RM 20, enSuami amek 2 bekas. Alhamdulillah 1 bekas je yang masam. 1 lagi okay. Rasanya sebab dia kopek dah lama, letak kat tempat panas, jadi buat berkuap jadi masam. Patut simpan dalam polisterin berais okay la kanπŸ€”


Kopek satu², pakai sarung tangan plastik tu sebab tak nak ada kena enzim😁
Cari tips dan resepi buat tempoyak kat YouTube n TikTok. Kalau nak masak², tengok TikTok senang, sebab video dia sentiasa jalan, tak yah nk tekan button replay untuk ulang²..

Tips Tempoyak
1. Guna garam kasar untuk perap.
2. Ada letak gula. Sebelum ni tak pernah letak gula.
3. Guna sudu/senduk plastik untuk kacau², jangan guna yang besi.
4. Dah isi dalam bekas bertutup, tabur gula di permukaan atas isi durian.
5. Guna bekas yang lebih besar dari muatan isi durian, supaya ada ruang pernafasan dalam bekas tu.
6. Dah siap adun, jangan tutup rapat sangat penutup tu, sebab nak biarkan gas yang terhasil dari perapan tu boleh keluar, kalau tak, bekas boleh meletup akibat tekanan gas dari tempoyak.
7. Biar pada suhu bilik dahulu semalaman. Esok baru masuk peti sejuk.


Saya korek² ni buat sebelum nak balik kampung, raya haji lepas. Memandangkan tak ada kat rumah, Sy letak je terus dalam peti sejuk. Nasib la tak ada letupan yang terjadi dalam peti sejuk tu, kalau tak naya je satu peti sejuk bau tempoyak 😜

Mungkin sebab bekas yang saya guna tu, jenis tak rapat sangat. Masa tu dengan harapan, balik dari raya tu, boleh dah masak gulai tempoyak tu. Sebab kata selepas tiga hari dah boleh makan. Makan tu memang boleh makan, tapi tak berapa rasakan lagi masam² tempoyak tu. Macam letak isi durian je dalam masakan tu..

Sebelum balik dari rumah mertua, pesan kat enSuami, kutip pucuk ubi kayu, untuk sekali makan je. Pastu saya ada kutip juga sikit pucuk ubi keledek. Sebab daun² lain tak ada seperti daun kaduk dan labu. Daun kunyit ada tanam. Singgah supermarket nak beli barang dapur, jumpa petai dah siap kopek. Rasa macam takut tak jumpa petai papan, beli siap je lah. Kalau difikirkan macam untung beli yang siap kopek ni. Bukan saja dah mudah nak masak sebab siap kopek, tapi untung sebab yang ditimbang memang dah sah² isi petai yang boleh dimakan.

Biasa lah kalau beli petai papan, belum tentu lagi berapa isi petai yang akan dapat, kadang² buruk je banyak. Isi pun kecik² je. Yang beli siap ni, besar² betul, gemuk², baka dari mana tak tahulah. Tapi memang besar hampir saiz ibu jari πŸ‘πŸΌ


Alhamdulillah tercapai hasrat nak masak gulai tempoyak ni. Dah tau resepi, next time boleh buat lagi. Sedap sangat aihh. Dah lama gila tak  makan nasi penuh pinggan. Hari tu boh sesiap nasi penuh pinggan, azam nak makan banyak. Alhamdulillah berselera la makan tu.. buat pedas² dari masakan biasa. Letak sampai 7biji cili padi merah tu. Selalu apa² masakan sebiji je letak 🀭

Resepi buat tempoyak, klik sini

Resepi Gulai Tempoyak Daun Kayu, klik sini

Ada bahan², boleh lah try korang.. sedap dan berbaloi masak sendiri, hehe..


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Wednesday, 30 June 2021

Resepi : Cornflakes Sira Kari

Assalamualaikum

Tujuan asal, nak habiskan cornflakes.

Hari tu beli cornflakes jenama Tesco, anak² tak nak makan, kata tak sedap. Mungkin sebab dah biasa dengan Nestle.

Teringat biskut raya yang guna cornflakes kisar, yang kawan suka sangat. Tanya dia, nama biskut tu, biskut buah pinggang.

Cari² resepi, teringat yang sebelum ni ada viral cornflakes sira kari. Saya pun cari juga resepi tu. Macam senang buat ni, xyah susah² nak baking buat biskut satu², penat la sikit kan..

 Jumpa dua resepi yang sira versi kacang soya, dan versi cornflakes.

  Kacang soya pun nak kena habiskan. Beli tahun lepas masa MCO1. Dah cuba buat air kacang soya dan taufufah. Tapi tak jadi sangat. Ada rasa kelat² kacang gitu. Kalau orang kampung saya kata rasa pedaq.

Kali ni saya rendam dalam jam 3petang. Dalam 6, tengok resepi, orang tu cakap rendam kacang soya dengan sedikit kapur. OOO, baru kutahu. Agaknya salah step kat sini kot.

Air kapur tu fungsi untuk rangup kan kacang bila digoreng? Atau nak buang rasa yang tak sedap pada makanan? Atau nak elak bahan makanan serap air?

Tapi ikut jugalah letak air kapur. Sebab memang ada kapur kat rumah. Boh je 😁 6.30 lebih tu baru mula goreng kacang tu. Dia Suh letak minyak banyak, supaya boleh tau bila kacang soya masak, dia akan terapung. Tapi saya letak minyak sikit je, sebab tak suka nanti ada banyak lebihan minyak.

Jadi goreng la sikit², nak tau kacang masak, susah jugak lah. First timer goreng kacang soya. Dok ingat teori mertua ja, kalau goreng kacang πŸ₯œ, kalau dengar ada yang meletup, maksudnya kacang dah masak. Saya memang gagal bila goreng kacang tanah, selalu hangus hitam, hahaha.

Sekarang senang goreng kacang πŸ₯œ dengan AF ja. Tapi kali ni, tak terfikir lak nak guna AF. Tengah dok goreng tu baru teringat 🀦. Goreng je la sampai habis dulu..

Untuk nak buat sira ni, sediakan bahan :

Planta/mentega

Daun kari

Serbuk kari + serbuk cili

Gula/madu

Sedikit garam

cornflakes, kekacang/maruku

Cara memasak:

1. Panaskan kuali, cairkan Planta. Masukkan daun kari tumis naik bau. Api slow² je. Takut Planta hangus.

2. Masukkan serbuk kari+cili yang dibancuh sedikit air. Kacau sentiasa sehingga serbuk kari masak. Masa ni ada bau hangit², saya pun seram gak, kang rasa hangit tak sedap. Tapi sambung je buat 

3. Masukkan madu, garam untuk perasakan. Boleh tambah sedikit air kalau adunan cepat kering. Kita nak tunggu sampai serbuk kari masak je. supaya tak sakit/pedih perut.

4. Kalau rasa dah okay, masukkan kacang², gaul sekejap pastu tutup api. Selepas tu baru masukkan cornflakes. Gaul rata sampai semua kena sira tu. Makan panas² tu sedap juga.

Dah mula rasa tak boleh nak berhenti tangan tu amek cornflakes tu masuk mulut.

 

 Dah sejuk dalam kuali, baru alih masuk bekas. Sedap sangat. Hari tu buat sikit je dulu. Ada banyak lagi cornflakes. Kacang soya yang dah siap goreng tu pun, ada lagi. Simpan dalam peti sejuk, sebab dia tak berapa nak rangup. Nanti nak buat lagi. Buat kudapan homemade ni, boleh adjust ikut selera sendiri. Tak ada perasa tambahan yang berlebihan. Selamat untuk diet sihat gitu..

Tuesday, 29 June 2021

Tempe Busuk : Korang pernah makan atau masak?

Assalamualaikum annyeong

Tempe busuk? Namapun busuk mesti la tau tempe tu busuk kan.. tempe ni agak nak dekat sebulan gak la tu. hari ni dah 29 Jun, rasa awal bulan dulu enSuami beli. Dia beli 4bungkus tempe yang lipat macam lepat tu. Dah masak 2bungkus, tinggal 2bungkus lagi.

Simpan punya simpan, dah terlajak sampai sebulan tudiaa. Semalam nak masak tengahari, teringat tempe tu. Sian dia lama terbiar.Buka bungkusan, hiris 2,3 tengok rupa, hitam gitu..


Snap gambar, wasap kat kawan, dia orang Jawa. Mak dia buat dan jual tempe.
Tanya boleh makan lg tak, hitam macam ni bau tengik la jugak..
Dia reply boleh je makan, orang tua-tua masak je makan..
Dia sendiri tak suka.
Dia cakap boleh makan, saya pun goreng la.

Tunjuk kat enSuami, hitam macam tu dia kata xmau makan, hahaha..
Orang Jawa pun tak berani nak makan, tempe hitam2 macam tu..
Saya belasah je masak. Masak tumis cili merah dan hijau, pedas gitu, mesti makan nasi bertambah..
*motif nak bagi enSuami makan, hahaha..

Selepas goreng tu, rasa la jugak.

Tempe ni dah lembut sangat, mudah hancur..

Masa makan, saya lenyek2 je.. jadi perasa gaul dengan nasi.

Dalam tempe tu saya letak kentang potong panjang2 macam fries, ikan bilis dan kacang goreng lebihan nasi lemak hari Sabtu lepas. Pastu letak juga kacang soya yang saya goreng, ada buat macam kerepek gitu, untuk kudapan, esok saya cerita, hee... 

 

 Alhamdulillah selepas sehari makan, tak ada efek sakit perut, cirit-birit ke apa..

Sihat walafiat ja..

Maknanya tempe busuk macam ni masih boleh dimakan ya. Jangan dibuang, sian dia.. Masak je tumis cili pedas2 ni, confirm habis dimakan. Alhamdulillah..

Wednesday, 13 June 2018

RESEPI : Frambrozen Kenari versi Mudah @ Selamat, hahaha

Assalamualaikum...

#ni posting mengarang tahun lepas, 2017 tapi Tak sempat nak publish. Harap paham, hahaha..πŸ€—

Minta maaflah terlanjur masa dah nak update pasal biskut raya, hahaha...
ni cerita biskut raya aidilfitri hari tu..

Plan nak update, minggu sebelum raya haji lepas...
tup2 enSuami sahkan jadi balik beraya di Kedah..
apa lagi kalut nak sedia itu ini untuk balik kampung..
dah kampung jauh kan, kalau tertinggal apa2, susah nak balik amek...
so lama la sikit bila nak kemas barang ni...

Saya pun tak tahu kalut apa minggu tu, tak sempat dah nak menghadap blog apa..
so terlajak la sampai ke minggu ni....

Frambrozen ni ramai yang suka makan kan...
sebab dia sedap, rangup dan chewy2 sebab meringue dia tu...
dulu2 pernah update buat frambrozen ni...
Cerita frambrozen versi lama...

Masa tu susah sangat nak cari resepi yang betul2 tepat...
main agak2 je, banyak sangat versinya...
Bila dah buat tak sedap (bagi saya la), malas dah nak buat lagi...
walaupun family mertua suka sangat makan...
saya je tak faham sedap tang mana frambrozen ni, hahaha....

Sampai la saya terjumpa resepi ni di FB..
ada orang share...
dah lama tak buat, teringin pula nak cuba lagi..
kali ni jumpa resepi dan step memasaknya jelas dan faham...


Screenshot resepi dari FB tu, saya ada yang bahagian meringue je...
adunan biskutnya pi mana ya???
Meringue ni lain sikit sebab guna tepung ubi, selalu guna tepung jagung..
bila guna tepung ubi ni, best juga, adunannya jadi berat, dan rangupnya tahan lama...

First time buat ikut resepi FB ni, saya punya la beria cari pizza cutter...
dok bayang, kalau guna pizza cutter, elok sikit la kejadiannya daripada guna pisau...
dah beli, dah hiris gelek-gelek...
hancuq jugak jadinya...


Habis semua kacang jem, melekat di mata pisau...
ceh, alternatif pizza cutter tak membantu pun, huh....


Sape yang ada loyang shortbread macam ni, senang la..
kacang2 tabur bila dah letak acuannya cutternya....
jadi kacang tak ada la nak patah2...
biskut pun jadi elok je seketul-seketul....


Kemudian ternampak la ada orang upload gambar, dia buat sebijik2 macam ni, sebab tak ada acuan shortbread tu..
saya pun save la dulu gambar tu...
kot rajin nak buat raya ni...

Pastu, memandangkan stok jem banyak lagi dalam peti sejuk...
haruslah buat frambrozen ni...boleh habiskan stok...
tahun ni beraya dengan mertua, family mertua kan suka makan frambrozen ni...

Dan nak dijadikan cerita frambrozen versi saya...
ada adik ipar ni beli biskut raya yang ada sebiji coklat cadbury kat atasnya..
saya suka biskut basenya tu, gebu2 gitu..
WA adik ipar tu, tanya nama biskutnya...
dia bagitau biskut cheese cadbury kot..
saya pun search la resepi nya...

Ooo, patut la gebu, sebab ada cheese dalamnya..
pastu cari2 lagi, terjumpa blogger ni dia bagi dua resepi, satu ada cheese, satu lagi tanpa cheese...
sebenarnya saya nak cari base frambrozen versi lain sebab yang dari FB tu, tak berapa nak sedap..
mungkin resepi tu tak mesra dengan PLANTA kot..
diorang buat pakai pure butter yang mahal macam LURPAK, Anchor apa tu...
mana la saya nak ada...

Jadi nak cari versi lain, yang mesra dengan PLANTA..
yang sesuai untuk biskut bajet, hahaha...

#sambung menulis tahun ni 2018, wakakakaa 🀣


Jadi Saya jumpa la resepi macam screenshot di atas.

Sumber link, boleh tekan sini BlogZachoes
Boleh baca details.
Kalau korang nak buat Cadbury cheese pun boleh guna resepi yang sama..
Yang Saya guna untuk frambrozen ni, resepi takda cheese.
Tapi still sedap n gebu...

Resepi ni sukatannya sikit sangat (bagi Saya la)
Selalu 1adunan 250G butter kan..
Yang ni 100G je..

So selalu bila buat ni, untuk adunan tepung ni Saya buat 3 (x3).
Meringue tu 2 adunan je (x2).
Baru balance antara tepung dan meringue.
Sebab meringue selalu dapat banyak..

Bila buat frambrozen ni, korang keluarkan semua loyang yang korang Ada ye..
Loyang kek ke, loyang Pai ke..


Macam Saya bekas kaca yang boleh masuk oven tu pun Saya guna..
Janji boleh masak sekali gus sampai habis adunan tepung yang Ada.
Tak perlu nak alih2kan biskut..
Sebab banyak step nak kena buat bila buat biskut ni...


Ini gambar tahun lepas, Saya belum terfikir lagi.
Ingat nak bakar biskutnya aje dulu..
Esok sambung dgn meringue.
Tapi bila buat tu, baru tau..
Lecehnya nak simpan dulu biskut dalam tuperware..
Esok nak susun balik dalam loyang..
Arghhh banyak keja, rugi masa, tenaga...

So tahun ni, 2018.
Saya buat sekali harung.
Keluarkan semua loyang yang Ada..
Tahun ni Tak guna bekas kaca tu..
Acuan pun tukar, pakai petak je..
Tahun lepas, kelopak2 tu senang nak putus/patah..
So pakai petak je, simple.
Tapi Tak come sangat la..
Ala nak buat makan kan..
Bukan nak buat hiasan [okay sejukkan ahti sendiri] πŸ˜†


Loyang kek pun boleh.
Walaupun susah sket sbb loyangnya dlm sket, tp okay la drpd susah banyak kan πŸ˜‚

Saya bakar 145C, 15minit je..
Sebab oven agak kuat, so simpan masa utk last step nanti..
Meringue tu lebih penting..


Inti jem, boleh guna je perasa apa2 pun..
Blueberry, strawberry, peanut butter pun Ada juga orang letak.
Setakat pengalaman Saya, strawberry je yang sangat sesuai..
Blueberry, macam xmasyuk sangat rasanya.
Peanut butter, pun macam xsesuai..
Sebab dia perlu yang masam2 sket..


Lepas bakar, biar sejuk sket.
Boleh keluarkan Jem, masukkan dalam piping bag.
Gunting halus je, jangan besar2 sangat..
Nanti susah nak control Jem mengalir keluar..
Piping jangan ngam2 saiz biskut.
Masuk dalam sket.
Sediakan ruang sket, supaya bila bakar, Jem mencair sket, xla meleleh turun.
Nanti melekat susah nak tanggal kan biskut.
Jangan lupa ya alas loyang dengan baking paper atau kertas minyak..
Senang nak tanggal kan..


Kalau sempat, piping je semua Jem atas biskut yang Ada..
Baru Mula buat meringue..


Cara buat meringue ni, basicnya sama macam buat Pavlova.
Sebelum ni buat Pavlova guna cuka n tepung jagung..
Bila jumpa resepi di atas guna tepung ubi, Saya pun Cuba yang pulak..

Adunan ni best lagi..
Sebab dia jadi berat, Dan lambat sket nak cair...
So sesuai nak buat biskut ni..
Sebab nak bakar meringue tu amek masa..
Sementara tunggu bakar tu, yang lebihan tu masuk dalam peti sejuk..
Selamat la nak tggu sampai loyang terakhir tu..
Walaupun Ada sedikit cair/ringan, kalau kacau2 balik dengan spatula, dia sebati balik..
Boleh la nk piping dengan elok..


Untuk hiasan atas ni, apa saja kekacang yg korang suka, boleh letak..
Hiasannya lebih kurang macam buat almond crunchy/Florentine atau roti sarang lebah.
Ada warna putih, hijau n hitam/coklat.
Jadi boleh letak almond nipis, yang cincang pun boleh.. kuaci pumpkin/sunflower.
Bijan hitam, sy tukar chocolate rice, sbb pnh tgk org buat..
Almaklumlah ramai yg xsuka bijanπŸ˜…


Cara nak hiasnya, first tabur dulu chocolate rice, sbb dia kecik2, klu tabur akhir skali, susah nak melekat, sebab ruang dah diambil oleh kacang2 yang lebih besar..

Lepas tu tabur almond.
Klu guna almond nipis, boleh ramas2 sket, kasi patah2..
Klu yang cincang lagi senang nak tabur..
Kebetulan Kali ni bungkusan almond dh nak habis, jadi tinggal yg serdak2 pecah2 je..
Saya rasa, yang hancur2 ni senang nak tabur, boleh letak banyak2.
Klu sekeping besar2 tu, dapat muat 2-3keping je muat.
Melainkan kalau letak almond shj, mcm dlm gambar contoh org lain buat tu..

Kemudian baru letak kuaci labu tu.
Untuk kuaci, Saya amek labu je, sebab warna dia terang kaler hijau..
Klu kuaci sunflower warna putih2 kelabu, lebih kurang macam almond je..
Baik amek labu kaler hijau..
Cantek sket bila warna warni, baru naik seri..
Ada putih hijau hitam n merah Jem..
Klu satu kaler je, nmpk pucat, Tak syok plak tengok.. πŸ˜›


Dah siap hiasan semua terus masuk oven..
Jadi kena pandai2 bajet masa..
Sebelum yg dlm oven nak habis masa, boleh la Kita stat hias loyang seterusnya..
Saya dalam 20minit lg nk hbs, boleh la amek meringue piping.
Saya sekali bakar 2loyang, tu yg lama sket nk siap..
Korang Kita try test sendiri, brpa minit korang amek masa untuk siapkan meringue Dan hiasan..

Masa bakar untuk meringue ni sgt penting.
Dalam resepi 140C, 45minit.
Saya nak cepat siap, saya Cuba 30minit 150C.
Tapi still lembik, dia belum betul2 keras meringue nya..
So bakar yg kedua, Saya buat 145C 40minit, baru nak keras..
Klu oven kecil, xboleh guna api kuat sgt, sebab loyang dkt dengan api atas bawah, jadi guna slow2 je.
Klu oven besar, kena adjust ikut keadaan 1 atau 2 loyang.


Hasil selepas bakar..
Klu oven yang Ada fan turbo tu, boleh guna utk 5minit terakhir..
Sebelum keluarkan loyang, tekan2 test dulu kt meringue tu, keras ke Tak..
Klu boleh tekan2 lagi macam span, kena tambah masa lagi la tu...


Tahun ni Saya buat 6adunan tepung.
4adunan meringue.
Dengar 6 macam banyak..
Tapi kalau tengok sukatan tepung, lebih kurang 2 adunan tat nenas..
Sebab total tepung gandum 700++G je..

Seperti dijangka dapat sket je, 200++ je..
Ingat boleh dpt 300biji.
Meringue pulak terlebih2 banyak..
Ada la rezeki buat Pavlova..
Seronok adikipar dpt mkn Pavlova, sebab dah lama Tak buat..
Alhamdulillah silalah makan smpi habis..

Semua dah sampai kampung ke ye?
Saya dah siap daun palas dah..
Hari ni mak ckp nak buat ketupat.
3kg pulut..
Family mak suka request ketupat pisang, aka pulut dakap..
Saya sorang ja dlm family xmakan ketupat pisang.
Kali ni nak try lg, kot2 dah tua2 ni baru lalu nak makan..
Muda dolu2, xberapa nak lalu..
Ensuami pun xlalu jgk nak makan..
So xdpt nak bwk blk Selangor, sebab xda org yg lalu nak makan..πŸ™„ termasuk diri sendiri.

Selamat berpuasa di hujung Ramadan.
Ucap selamat hari Raya sesiap..
Kot berbulan lagi plak nk update,πŸ˜‚

Saya mohon maaf kalau Ada menyinggung perasaan orang lain sepanjang menulis di sini..
Menulis pun suka2 je..
Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada yang membaca di sini...

Babai...

Thursday, 7 June 2018

RESEPI : Tat Cadbury Viral

Assalamualaikum...

Semua dah busy ke buat kuih raya?

Saya baru je setel kuih tat..
Just buat tat nenas, nak habiskan inti jem nenas yang ada tu..
Rasanya dah tak lalu dh nak makan tat nenas..
cemuih orang kedah kata, hehe...

Buat sampai habis inti tu, dalam 2 adunan juga dapat..
pastu sambung dengan tat cadbury plak..πŸ˜‚

Masa orang sibuk2 viral tu, emmm
saya tengok sepintas lalu je,
malas nak layan viral2 ni, tak terkejor haaa..πŸ˜…

Sekali adik msg tanya, buat dak kuih raya..
teringin la tat cadbury...
pandai la nak mengumpan..😝

Sebelum tu, ada la jugak kata nak buat..
memandangkan saya tak pernah beli coklat cadbury kecik2 tu,
saya tak tahu mcmna nak cari, kat mana nak beli..
Rupanya pun tak tahu macamana..

Pi tengok kat Tesco, mana satu ni..
Geram sangat sebab botol Cadbury ni, dia tak tunjuk rupa coklat tu kan, bentuk macamana..
Dia punya cover sama ja..
So Saya belek2 jap, tengok harga, balik mesej tanya adik ipar, pasal packaging coklat tu.
Saya dok bayang coklat tu berbalut kertas macam coklat Tango yang tebal2 macam Bata tu 😝.

Lastly terfikir nak cari kat shopee..
Tak sangka, ada ye coklat Cadbury jual online... huhu 😁

Ada je Kat shopee, senang sket nak survey harga..
Survey di hujung jari kekdahnya..

Jumpa seller Gugulala..
Dari Kuala Selangor plak tu..
Tanya macam2 kt seller tu.
Ni coklat orang buat kuih Raya ke? 🀣
Bila dia jawab I'm not sure tu, haa ni mesti Chinese ni, hee..

Pastu upload gambar plak tunjuk rupa coklat tu, sama ke x?
Saya pi tunjuk coklat untuk biskut MamaCarries, atau Cadbury cheese tu.
Dia jawab rupa hampir sama, I think so.

Ok lepas tu senyap sat..
Alhamdulillah rezeki, kebetulan ada code voucher, dapat la diskaun RM 9.90.
Tolak lagi dgn shopee coins, dalam RM 5++..
Jimat sangat dah beli online ni..
Saya suka πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ.


Saya beli 3 botol terus.
Mana la nak tau kan, nak buat banyak..
Ramai peminat kan..

Lagipun, adik yang teringin sangat tu, sponsor coklat ni, melaju je nak beli, hihiπŸ˜‰
Beli banyak baru berbaloi beli kat shopee..


Sebelum beli online tu, Ada la survey kt The Store, kebetulan Ada flyers tu.
Sekali pi yang Sungai Buloh, xda plak coklatnya.
Kalau Ada la, memang murah sangat2 dengan harga RM 18.99 tu.
Saya beli pun RM 22 sebotol.
Sekarang turun lagi harga RM 21.50 kot..
Mungkin Ada seller lain yang turun harga, almaklumlah permintaan tinggi nak buat kuih raya πŸ˜†.

Jom terus ke resepi je..
Panjang berjela plak menulis..
Tu yang susah nak update tu..
Nak tulis panjang, amek masa.
Dah Dua Hari menulis pun tak habis lagi, hahaha...


Saya jumpa resepi ni Kat FB.
SS sekeping ni je..
Bila nk masak, cara2nya Tak Ada, wakaka 🀣
Cari balik Kat FB, dah Tak jumpa dah..
Patut taip balik je la kan "Mood Raya Cookies 2018..
Dah taip sebiji2 pun tak keluar jugak..
Buat hangin je pagi tu..
Tak reti sangat pakai FB ni, tutup je senang, malas sudaa..

Pandai2 je la..
Agak2 logik la kan..

Selalu bancuh butter, gula, pastu telur.
Dalam resepi Tak Ada gula, ganti susu pekat, minyak sapi.
So Saya campur semua yang basah ni dulu.
Butter/marjerin, minyak sapi, susu pekat.
Adun rata dulu, baru masuk telur..
Pastu baru masuk semua tepung2 tersebut yang dah siap diayak..
Senang je, basic buat biskut..


Untuk acuan, Saya pakai acuan yang sama je untuk tat nenas.
Adunan dia lembut, basah2 sket.
Saya Ada tambah lagi tepung gandum, hee..
Sampai rasa, tepung Tak mudah putus, Dan tak basah sgt.
Ok la tu, jangan terlebih tepung, nanti bakar, biskut merekah..
Ada juga la 4,5 biji yang nampak merekah tu, cuma Tak pecah terus, ok je la.. 😝

Saya buat lain sket daripada orang buat.
Saya Tak paham macam Mana orang boleh lekat/temukan hujung tepung Kat tepi coklat tu je..
Saya Cuba buat comot la plak rupanya..
So Saya tukar, terbalik coklat tu, letak Kat tengah2 tepung.
So Saya temukan hujung tepung di bahagian belakang coklat.
Nanti bila angkat, terbalikkan yang bawah.
So belah atas n tepi nampak kemas sket.
Yang macam ni sesuai untuk kepuasan mata Saya.
Yg ni Saya boleh adapt,πŸ˜‰

So untuk korang, pilih la cara Mana yang korang selesa.
Nak buat camna pun boleh, coklat tu Tak marah kite pun.
Kite yang buat dia kan.
Rasa macam tu jugak, walaupun rupanya macam2, hakhak🀣


Haa tudiaa penuh tong sampah dengan plastik coklat..
Coklat ni kalau buka tengok macam dia basah melekat kt plastik, korang masuk dalam peti sejuk dulu ye..
Bagi dia keras dulu..
Nanti senang nak tanggal dari plastik.
Nak letak ats tepung pun senang nak lipat.

Sebelum stat adun tepung masuk dlm peti.
Kalau semalaman, lagi bagus.
Pastu gunting plastik sket2 ikut bilangan tepung yang korang terap.
Jangan buka awal2 banyak2..
Nanti coklat berpeluh, basah plak coklat tu.
Selagi dia dalam plastik, dia xbasah, xcair, walaupun Kita dah keluarkan Dari peti sejuk, wokeh 😘


Kalau nak ikutkan Saya Cuba kedua2 versi tepung tat nenas n tat Cadbury utk inti coklat ni.
Beza tang minyak sapi je..

Kalau Tanya enSuami, dia cakap dua2 sedap.
Kalau tanya Saya, Saya suka yang minyak sapi..
Sebab Ada rasa gebu..
Sebab Saya dah cemuih rasa tat nenas
Dan yang penting coklatnya rasa Tak sedap lepas dibakar..wakakakaa..
Mungkin Tak kena selera lidah Saya kot πŸ˜‹


Done 3 adunan tat Cadbury.
Dalam resepi atas tu, dikira 2 adunan lah ye.
Sebab sukatan butter dia 500g.
2 adunan ni dapat dalam 170++ biji.
Kalau 1 adunan, dalam 80++ biji.
Kalau buat satu adunan, susu pekat still 4sudu.
Sebab tgk resepi org lain, pakai 4SB jugak walaupun 250G butter.

Masa Saya buat 1adunan tu, Saya lupa nak kurangkan tepung jagung n kastad.
Tapi hasilnya ok je kot, tp Saya memang Ada tambah lagi tepung gandum, sebab guna Planta (marjerin berminyak sket) klu pakai pure butter, hasilnya mungkin gebu cantek kot..

Orang kata Tak viral la Raya korang kalau Tak Ada biskut viral ni..
Hebat Tera Mana viral2 ni..
Wakakakaa, bagi Saya biasa2 ja.
Klu peminat coklat, apa benda yang Ada coklat semua dia suka..
Macam cheese juga la.. semua yg Ada cheese, semua nak meleleh ayaq liuq 🀀..

So jangan lepaskan peluang untuk mencuba..
Klu xleh masak sendiri, boleh beli.
Klu beli pun xleh, pi beraya umah orang, makan rasa..
Merasa je wokeh, bukan melantak sampai habis stok..
Kang naik hijo tuan rumah tu😀😀 wakakakaa 🀣🀣

Gurau jek..
Selamat bersahur. Eh dah nak habis waktu la..
Cau dulu..
Assalamualaikum..

Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Tuesday, 6 March 2018

REVIEW: Pressure Cooker Ewant, yang lagi murah lagi berbaloi...

Assalamualaikum..

Sebelum ni, antara benda yang dalam wish list yang nak sangat beli adalah pressure cooker (PC)

Kalau diikutkan pengalaman hidup, maksudnya dari kecik la, seingat saya la, mak saya tak pernah ada PC..
Walaupun keluarga kami suka makan daging..
Saya pun tak pernah tahu ada periuk yang boleh lembutkan daging dengan cepat.. wallawei..


Sampai la dah kawen...
Baru nak kenal dengan PC ni..
Dah 3tahun kawen, baru nak belajaq guna..
Masa awal tu, macam takut ja tgk PC tu, sbb bunyi dia kuat kan..
Sebab masa tu Mertua ada PC yang masak atas dapur tu..
Periuk tu, kita kena pandai2 sendiri je nak masak berapa minit berapa lama...
Tu yang macam takut2 nak guna...πŸ˜ƒ

Bila zaman dah berubah, semua semakin mudah di hujung jari..
Baru la mula mengenal macam2 PC yang ada di pasaran.

Awalnya dengar tentang kehebatan Noxxa.
Masa pi kelas masak2 kat rumah kakak tu, saya tengok periuk yang saya ada pun boleh masak nasi Arab 😝
Yang penting tau resepi, guna beras basmathi untuk hasil yang baik..
Bukan periuk tu yang menjadikannya nasi Arab kan..

Lepas tu bila berjinak2 dengan Lazada, jumpa la PC jenama Philips
Masa tu macam dah conpem la nak beli Philips.
Harga mampu milik.
Warna pun cantik kaler gold.
Kapasiti pun besar 6L..
Tunggu duit ada ja.. masa tu..

Pastu PC dapur Mertua dah rosak, sebelum nak puasa tahun lepas, mak Mertua pulak terjebak dengan GoShop.😝
Kat GoShop, jenama Primada la Best seller..
Best Primada, sbb dpt 2inner pot.
Harga RM 499.

Macam tertarik pulak dengan Primada..πŸ˜…
Teringat dengan Philips, saya pun survey la kalau beli extra inner pot brpa RM..
Harga sebiji inner RM 100++. So total nak dekat 500 jgk, bek beli Primada, siap dapat penutup utk extra inner pot tu, ye tak????


Sampai la masa dalam pantang haritu..
Ada masa celik2 ja, tengok shopee..
Masa tu baru jugak shopee buat shocking sale jam 9pg n 5ptg.
Asyik dok tgk yang tu je la...

Pastu teringat la pasal PC ni..
Dok baca review org kata semua PC fungsinya sama, kenapa perlu bayar lebih/mahal..
Beli yg biasa, murah2 pun, daging lembut mcm tu jgk..
Jadi pilihan di tgn masing2, sendiri yg bayaq kan..

Bila baca tu saya pun baru terfikir, ada betulnya ye..
kenapa nak beli yg mahal sgt, yg murah pun ada..
So lps survey2 tu, jumpa la jenama Riino, Russell Taylors dan Ewant..
Russell paling murah.
Riino ada basket deep frying.
Ewant dpt 2inner.

Sudaaa, mana satu nak pilih ni, banyak pulak nk kena fikir hahahaha 😏

Kalau tengok dr segi rupa, mcm Ewant lg best.
Warna menarik biru, merah n silver.


Pada masa dalam kepala otak dok fikir pasal PC, ada plak sale dalam shocking sale tu.
Berdebar2 kepala otak nk beli ke tak..
Penting tak penting?
Sekarang ke nanti2?
Ada lg ke sale nanti?
Tunggu sembang dgn enSuami.

Dia tya jenama apa tu, xpnh dgr..
Okay ke periuk nya, kang murah, xkualiti..
Kata haritu nak beli mcm mak (Primada)
Banyak pulak persoalan dia..
Saya pun jawab la satu2.
Last sekali, jawapan biasa dia bagi, ikut Sayang lah, nak beli, beli je la..

1 jam lebih gak la dok pikiaq..
Nasib tak ada yg berebut.
Kalau tak silap, 5 orang je yang beli masa tu termasuk saya.
Yang offer, kaler merah shj, kaler lain, harga tetap.

Merah la sesuai..
boleh matching dengan mixer dan periuk cookline yang ada tu..
sesuai dengan tema dapoq gitu...😍


Lepas 3 hari sampai la kot periuk yang diingini..
enSuami tengok alamat pengedar, la kat Klang Central ja..
dapat free flask, masa tu request nak kaler merah jugak, kekeke..
dia jawab dah habis stok..
tapi bila buka semua bungkusan, dapat kaler merah jugak, yeh!


Kecik je 1L air..
ok la atleast ada juga kat rumah, sebab dapat free
kalau nak beli, memang tak terbeli la..
Ok jgk ada kot bila urgent nak guna, xla kalut baru nk beli kan...


Macam biasa, kami anak beranak memang suka dapat hadiah dari posmen, kekeke..
dapat je, la la tu jugak nak buka..
ye la kang terlambat, susah nak claim plak nanti..
tapi just buka je la, tengok barang2 lengkap, tak ada kemek apa..
test kat plug, menyala semua, so bungkus balik masuk kotak..

Masa buka ni kat rumah mertua dalam pantang..
nak kena balik rumah sendiri, baru boleh mengetest..😝

Lepas dah simpan balik, baru teringat pasal sijil waranty..
yang mana satu ek..
dok korek2, tanya enSuami ada nampak tak..
saya pun snap la gambar ni hantar ke seller tanya pasal kad waranty...


Ini sahaja yang saya dapat masa buka kotak2 tu..
Buku resepi, buku manual, resit pembelian dan kad ucapan Thanks tu..
sekali MMX-MALL kata, yang biru tu kad waranty..
oo ye ke?
kalau tak silap saya MMX ni pengedar tunggal Ewant di Malaysia..
kalau beli dari nama lain selain MMX, maknanya beli dari reseller atau agen lah tu..

Lepas 2 minggu guna, teringat pasal group2 sharing kat FB..
kot le ada group untuk pengguna Ewant kan..
jumpa kat FB, diorang ada bagi link Telegram, so join Telegram je senang..
dapat notis direct terus ke handset..

Lepas join group tu, baru la terbuka sket minda..
tengok orang masak macam2 guna PC.
saya bulan pertama guna, semua masak pakai PC..

Cuba masak pulut, nasi goreng, nasi ayam, nasi lemak..
Masak telur rebus, rebus spageti..
Bihun goreng n megi goreng je tak jadi cantik mcm orang lain buat.
So masih guna cara tradisional je goreng kat kuali..😌


Yang syoknya pakai periuk Ewant ni, periuk nonstick nya ada lekuk..
dan disediakan alas loyang ni..
sebelum ni, terfikir la jgk, kat mana nak letak alas kukus ni?

Pastu baru teringat ada baca entri blogger tu cerita dia letak besi kaki untuk letak periuk tu dalam PC Philips nya..
bila ingat pasal ni, baru terfikir, agaknya lekuk kat periuk tu la kot tmpat letaknya..
bila dicuba, memang sah la itu kegunaanya, wakaka..😜


So, saya ikutlah cara blogger tu masak, bawah masak nasi, atas masak lauk..
dalam gambar tu saya main gaul2 ja sos lada hitam kat ayam tu..
bila makan enSuami kata mcm kenny rogers, hahaha..


Baru2 ni cuba masak nasi dagang pun best.
Masak nasi kat bawah, atas saya masak/kukus ikan ketul ni.
Selalu kalau saya lupa nk keluarkan lauk dari freezer, beku2 masukkan dalam mangkuk SS tu, masak sekali dgn nasi.
Lps nasi dah masak, baru keluarkan dan masak lauk tu kat dapur gas pula..
Selalunya buat mcm ni utk yg goreng2 minyak atau masakan berkuah lain..

Beza Ewant ni,
Button dia ada 3 peringkat; LESS |NORMAL|HIGH
Pastu ada button PRESSURE, nak tekan tak nak tekan pun xpe..
|
Baru2 ni enSuami suh buatkan sardin.
Dia jumpa chef Brian share resepi ikan sardin homemade guna pressure cooker.
Jadi, nak suh uji la Ewant ni.
Beria dia beli semua bahan2..

Saya pun buat la ikut resepi..
Tp resepi dia tulis tak lengkap, buat orang musykil ja..
Masa ni baru perasan, Ewant ni tak ada button fish.
So saya amek masa paling lama, dlm 45minit kot, tu pun tulangnya tak lembut atau hancur macam sardin tin tu..
Pressure tak kuat kot.
Setakat ni yang ni la yg saya perasan, tak tau la kalau saya salah guna ke..
Nanti saya akan cuba lagi, sbb macam best jgk, buat sardin sendiri, senang nak buat sardine roll, untuk sarapan...

Ok, nanti saya share koleksi resepi Ewant by Nabilahasyim 😘
Babai, assalamualaikum..

Daisypath Anniversary tickers