Search This Blog

Showing posts with label Roti dan Cookies. Show all posts
Showing posts with label Roti dan Cookies. Show all posts

Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Monday, 11 January 2016

RESEPI : Sup Cendawan Homemade + Roti Bawang Putih

Assalamualaikum....

Sup cendawan homemade..
Tetiba nak buat sendiri selepas enSuami tunjuk video ni...
Kalau tak silap masa tu, SiakapKeli yang kongsi di FB...


Kepada penggemar mushroom soup. Sila hayati dan cuba buat ea. Hehehehe.
Posted by Delly Mohd Taib on Saturday, November 14, 2015

Haa, kalau dah tengok tu, tak ker terasa nak buat...
dengan gaya kakak tu, macam sempoi je masak...
nampak senang gitu...

Sebelum ni dah banyak dok save resepi mushroom soup ni..
tapi tak pernah terasa nak buat...

Sampai la tengok video tu...
pastu teringat2 macam nak cuba...

Punya la susah nak cari balik video tu...
lepas tu replay2 banyak kali, sebab nak dapatkan bahan-bahannya...

Last sekali, konklusinya, tak ada sukatan...wakakaka...
just pandai2 je la...
apa nama chef omputih yang nak belajar masak dengan tukang masak Malaysia tuh, dia ajar cara 'agak-agak' saja, hehehe....

Bahan-bahan
Minyak zaitun
Bawang besar
Bawang putih
Celery
Kiub pati Ayam
Cendawan Tiram+Cendawan Inoki+Cendawan Butang Butang Coklat dan Putih
Air
Garam
Mixed Herbs
Butter
Tepung Gandum
Cooking Cream

Haa, gitu la bahan-bahannya...
Macam cendawan tu, saya beli cendawan tiram dan enoki je di Tesco..
Cendawan butang, pakai cendawan tin..
masa cari di Tesco tak ada, habis stok kot...


Basuh, cuci semua, toskan....


Bawang pun main hentam je..
sesedap rasa...


Saya tak ada minyak zaitun, guna minyak sawit je...
bawang belah besar-besar pun tak pe...
bawang putih, memang sedia kena ketuk la, bila nak kupas kulit..
cepat dan pantas....

Lepas dah tumis bawang...
dah bau wangi, masukkan celery dan kiub ayam..

Masa ni, saya masak dulu, celery tak sampai rumah lagi..
enSuami pergi cari di pasar..
so, saya masukkan cendawan je terus...


Dalam video tu, kak tu bagi tips untuk letak banyak mana air..
setakat kita boleh kacau2 cendawan tanpa rasa sesak dalam periuk tu, maknanya dah cukup la air untuk cendawan tu...


Kuib ayam pulak, saya ganti dengan lebihan sup ayam yang saya masak buat lauk sehari sebelum tu..
ada lebihan, apa lagi, tapis je la tuang masuk periuk...
kiub pati ayam tu memang dah lama tak beli..
selalu dok buat macam ni je stok pati dari lebihan kuah sup ayam atau sup tulang, jimattt...
dijamin tiada MSG!

Lepas tu dah tak ada gambar, lupa nak amek..
kalut nak cepat masak...
lepas dah rebus mendidih, letak garam dan mixed herb..
pastu kena biar kejap untuk sejuk...

Sementara nak sejuk tu...
boleh cairkan butter, pastu masukkan tepung..
tak cair, tak berketul sangat lah...
selalunya bila nak buat starting sos ni, 2SB butter : 1SB tepung..
try la ek....

Pastu masukkan cendawan yang dimasak tadi ke dalam blender bersama butter+tepung tadi...
kisar sampai halus-creamy...
kemudian masak semula di dalam periuk...
guna api kecil sekali...
dan tuang cooking cream...
masa ni, saya tak dapat beli cooking cream..
ganti dengan susu segar Goodday je...
perasakan gula, garam ikut selera sebelum matikan api...


Taraaaaaaaa
Sebab tetiba rajin nak buat sup cendawan
sebab nak makan dengan garlic bread...


Gigih la sangat buat garlic bread dengan oven..
sebelum2 ni, bakar pakai toaster je..
tapi sebab sekarang dah tak ada toaster..
guna juga la oven..

Saya guna Planta + Bawang putih ditumbuk halus + Daun sup dicincang halus...
kemudian sapu pada roti..
guna roti Gardenia je..
setting oven berapa, dah tak ingat..

Main hentam je masa tu..
mungkin 180C atau 160C kot, ikut oven masing2 la...
disebabkan dah lama tak makan...
terangguk-angguk enSuami kata sedap...
hahahaha.....

Lepas tu, sesi membaking belum tamat lagi...
buat pizza pulak, you know!
alang2 dah ada mushroom soup, haruslah ada pizza....


Dan lebih solid lagi alasan, ni haaa....
ce tengok, I beli yis segera yang 500g punya...
bapak banyak macam buka bakery, wakakaka....

Malas nak ulang-alik kedai nak beli yis sekotak-sekotak...
selalu dok beli sekotak, ada 5 bungkus...
harga dalam RM4.10...
kalau 2 kali beli dah RM 8.20...
2 kotak dapat 110g..

Tapi kalau beli yang 500g ni, harga RM8.00++
tu yang sambaq yang besaq...
puas hati..
ingatkan seronok la dapat makan pizza selalu...


Siap beli mozarella pek besaq jugak yang 500G..
sebab lebih berbaloi....
#jgnkecamsayasebabsukabelipekbesaq
wakakaka...


Akhirnya, dapat juga guna mozek ni sebagai papan pencanai...
sebelum ni memang dah plan nak buat mcm ni..
sebab mak mertua saya guna tiles ni je buat papan nak canai roti...

Masa pasang kabinet dulu, 2 biji tiles ni, terbawak keluar, letak kat belakang rumah...
lama2 lupa gitu...
masa ni, minta enSuami angkat balik masuk rumah..
ada 2 keping..yang ni yang kecil sekali...
tu pun dah penuh table top saya yang kosong ni...
memang ruang saya kecik je...

2-3kali dok survey papan pencanai yang tebal dan besar..
harga RM30-50 hinggit...
amboii...tak daya den nak beli...
baik guna tiles ni je...
mak mertua beli RM10 je...
lagi besaq, 2 kaki lagi...
saya nye, lebihan dari table top kabinet je....
lalalalala.....


Ingat nak dapat 5 biji, sekali dapat 3 je...
ada la lebih secoet...
enSuami amek bagi Hafni main...

Saya pejam mata je la...
dah lama tak homeschooling Hafni...
hari tu buat play-doh guna tepung tu, tak jadi la pula...
kali ni bagi je la tepung tu...

Bagi dia gelek sendiri...
masa Umi gelek, dia pun nak gelek...
haa gelek la sendiri buat pizza sendiri...


Topping2 pun dia buat sendiri...
saya tunjuk2, nak susun, tabur macam mana..
pastu biar dia buat sampai habis...


Ni pizza biasa, ada isi ketam je...
masa hias topping tu tak ada plan apa2...
masa tengah masak, enSuami kata nak bagi ke Uncle Jiran Sebelah...
Hah...alamak, tak perfect toppingnya...

Yang kedua tu, saya letak tuna pedas...
yang tu la yang saya teringin sangat nak makan..
so tak sampai hati nak bagi yang tuna tu, apa daa...
so bagi yang isi ketam tadi je...
tak ada gambar la plak, sebab tak sabaq nak ngap, hahaha


Yang ketiga, try letak meatball pulak...
yang meatball tu saya belah 2 ke 3 entah...
sampai sekarang ada lagi 3/4 bahagian pizza ni..
simpan dalam freezer...

Serius, dah tak daya lagi nak makan pizza...
jemu...
mungkin 2,3 bulan lagi mai balik angin nak makan pizza kot...
mungkin....emmm

Donat hari tu pun, baru 2 resepi cuba..
dah tak lalu nak habiskan...
ada lagi 1 tupperware dalam freezer...

Aduh, freezer dah penuh sesak sekarang...
perlu ke tambah peti sejuk satu lagi???
krek...krek...tak sessuai sangat alasan tu :P


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday, 28 December 2015

RESEPI : Roti Sarang Lebah yang sangat senang


Assalamualaikum...


Siapa sangat terliur bila tengok roti sarang lebah ni?
angkat tangan, kekeke...

Saya kali pertama cuba buat..
tapi dah 2kali buat...

Hari cubaan pada 22hb, hari Selasa lepas...
hari Khamis buat lagi untuk kali kedua
buat di rumah mertua...

Suka sangat doh roti, lembut gebu...
maintain je sampai 2 hari...

Saya jumpa resepi ni tanpa sengaja di FB..
printscreen, pastu print, dah siap masuk buku resepi..
tapi berkurun juga la simpan...
rasa macam susah je nak buat...
belum sampai mood nak buat, memang nampak susah aje....

Sampai la satu tahap tu, terasa membuak2 nak cuba roti sarang lebah ni...
masa tu adik ipar UKM nak balik...
memandangkan ada tester nak balik, boleh la buat...

Bukannya apa, saya takut tak ada orang nak makan...
enSuami macam tak berapa sangat nak makan roti..
Mak nye, saya punya la pulun buat roti [sebab suka baking]..
dia pandang gitu2 je...
Mak dah pelawa makan pun, emm takpe, nanti Abang makan...
sape tak sedey.....

Malam sebelum tidur, google la resepi..
walhal ingat je dah ada dalam buku..
tapi sebab terjumpa kat FB, tak ada gambar step by step, macam was-was dengan resepinya..
sebelum enSuami pi masjid solat Isyak tu, saya pesan belikan yogurt..
ingat satu bahan tu je tak ada lagi...
sebelum ni ragu2 nak beli, sebab tak tahu lagi bila nak buat..
yogurt kan tak lama tahan, cepat expired...

Kang tak terbuat rotinya, rosak pula yogurt tu...
Sekali balik enSuami bawa balik yogurt gini...


Mak ai, besaqnya yogurt..
470g? ingat beli cup biasa yang sekali makan tu je..
enSuami cakap tak ada yang natural untuk cup kecil..
yang kecil semua berperisa...

Ahhhaaaaaaaaaaa


Nasib baik ada juga yogurt di Speedmart..
Dekat lagi Murah, ehhheee...

Ada jumpa 2 resepi di blog Kak Ita Masammanis..
resepi ni ada guna telur, madu, butter dan yogurtnya sikit je..

Resepi kedua ni jumpa di blog LinaPg..
yang ni sama dengan yang saya printscreen tu...
guna yogurt banyak, tak ada telur..
dan yang lagi best, guna tepung gandum je..
senang nak beli, ada pada bila2 masa...

Saya kongsikan resepi mudah ni..
saya buat, uli tangan je..
sejak saya mengalah buat pizza Kak Azie, uli tangan..
saya dah suka uli tangan pula...
malas dah nak keluarkan mixer, kuikui..
rasa senang nak rasa doh kita dah sebati ke belum, dah lembut ke belum..

OK, ada pengalaman buat pizza salah sukatan yis..
masa tu boleh rasa beza kualiti doh pizza tu..
masa first time buat, rasa lembut, ringan je..
kali ni apesal berat semacam je.. bila recall balik baru sedaq...
saya salah guna sudu!
sepatutnya 1SK tersalah dengan 1/4SK, gila jauh sukatan tu, adoii...

Bila uli tangan, baru terasa dekat gitu hati dengan doh..cewah..
eh tangan dengan doh la.....

Jom kita tengok resepi!

BAHAN UNTUK DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak sun flower
½ cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)

CARA PENYEDIAAN:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.

INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic..
Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis.
Memang doh lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.
Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Time bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Alkisahnya, saya bangun jam 5.15 pagi buat doh ni...
sebab baca entri Kak Linapg, katanya lama menunggu, tapi makannya sekejap aje...kekeke...
saya terjaga masa ni, sebab dah termimpi2, buat roti ni..
tu la sebelum tidoq, dok baca resepi macam2...banyak sangat..
sampai terbawa ke tidur..
nak tidur pun tak lena, moh la kita bangun pi buat roti..
senang ahti...


Sebelum nak mula tu, keluarkan dulu yogurt dari peti sejuk..
sebab nak buat tu dalam suhu bilik kan...


Buku resepi yang dah siap cetak tu, jadi peneman...
dalam resepi guna minyak sunflower..
saya tak ada sunflower, ganti mazola..
kalau tak ada juga, guna minyak masak sawit je..
masa buat di rumah mertua, guna minyak Aliff, OK je, tetap sedap....


Dah siap uli2, tutup dengan plastik/kain/ atau simpan dalam microwave, oven atau di mana2 tempat berkuap atau berhaba...


Tempat biasa untuk rehatkan doh..
filter ni panas dan berhaba...
kalau setakat satu bekas, boleh la letak atas ni..
kalau banyak bekas, saya letak dalam oven....


Selepas sejam dibiarkan...
ingat nak biar lagi sampai penuh besen, ehhhhhhh..
tapi tak pe la, dah kena plastik pun...
so amek terus untuk dibentukkan...


Licin gebu je doh ni...
nak kata melekat tu, tak sangat la...
lepas buang angin tu, boleh terus bulat2kan...


Saya ni ada loyang petak je..
tak ada bulat macam orang lainnye..
so saya dilema, nak buat bulat ke petak...
Kalau buat petak, bekas nak hidang, tak ada petak pulak...
jadi la gitu...
dalam bekas petak, tapi susun bulat, hahaha...


Tapi satu lagi bekas, buat petak aje...
saya buat 2 adunan..
kalau buat satu adunan, mungkin dapat satu loyang je....
saya tamak, buat dua adunan terus..
dah orang kata sedap sangat kan...
alang2 yogurt pun banyak...
lagi laju nak buat banyak2, yihaaaa...


Lepas dah kembang 2x ganda tu, boleh sapu telur...
sambil tu panaskan oven ye..
10 minit pun dah cukup...


Lepas dah sapu telur, boleh taburkan kepingan badam, bijan hitam..
kalau ada sunflower dan kuaci labu tu, lagi cantik..
sebab nampak effect warna hijau, putih dan hitam...


Sapuan telur tu, kalau tak ada susu segar, boleh campur dengan air+susu pekat sikit...
ada campuran ni, tak la keras sangat bahagian sapuan telur tu...


Sambil dok baking roti, boleh buat sos karamel pula...

BAHAN SOS BUTTERSCOTCH
25G mentega [saya tukar 2SB Planta]
½ Cawan gula perang
½ Cawan whipping cream/susu cair
½ SK esen vanila
secubit garam

CARA MASAK
Cairkan butter. Kemudian masukkan gula. Kacau sentiasa sehingga gula larut habis atau berbuih.
Kemudian masukkan whipping cream secara perlahan sambil kacau sehingga sebati...
Masukkan esen dan garam...


Pengalaman saya, gula saya berketul2, mungkin tak habis larut, saya dah masukkan cream kot...
tapi positif je masa tu, kacauuuuuu je.....
Lama2, alhamdulillah, ketul2 gula tu dah hilang...
oh ya, saya gandakan pada whipping cream je, untuk banyakkan karamel tu..
tak sanggup nak tambahkan gula lagi, takut manis meleting kang...

Nasib baik, jadi elok je...


Dapat la banyak dalam jar penyukat tu...
saya tak tuang terus gula lepas roti masak...
tunggu nak makan baru tuang..


Sebab saya sedikit tidak puas hati dengan sos butterscotch tu..
kenapa yang Kak Ita tu, macam creamy lagi..
yang saya nye macam cair gitu?
rupanya bila dah sejuk, gulanya jadi pekat, baru kalernya berubah coklat sikit...
So nak nampak creamy lagi, buat awal lagi sos ni, sebelum menguli tepung, hey....


Yang bulat ni, hasil di rumah mertua...
dapat loyang bulat...
dapat biar lama2..penuh2 loyang, yeh!
dapat uli dengan BreadMaker mak mertua...


Tapi yang tak syoknya tengah BM dok menguli, letrik tak dak!
yarksss, saya ingat tak ada letrik sebab BM tengah ON dan ter-Black-out..
sebab dah dua kali saya guna je, mesti terbidas suis utama elektrik..


Asal saya guna je, jadi gitu..
Mak mertua guna OK je..
Sumpahan apakah ini?
iskkkkkkkkkkkkkkkk

Sedap, gebu, lembut, semua lah...
sape suka makan ni, cuba la buat..
senang banget...

Tapi kena ada oven la, kalau tak ada, tak dapat den nak nolong..
kalau tak ada BM tu boleh la lagi, tangan ada, sila guna tangan yang Allah bagi tu ye...
lagi sedap uli tangan penuh kasih sayang, kekeke [sedapkan ahti sebab tak ada BM, syhh]

Babaiiii...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Sunday, 20 July 2014

Biskut raya tahun ini....

Assalamualaikum....
Lagi seminggu kan nak raya....
Jom nak tayang biskut raya boleh???
Dah lama saya simpan.
Nak tayang awai2 puasa, nanti orang kata saya terlebih nak raya plak, hahaha...
Bukan ape, ada anak kecil ni, kita tak terjangka masa2 akan datang.
Kalau dah ada masa terluang, eloklah buat cepat2...
Nanti Hafni meragam kang, satu kerja pun tak jalan...
Mula la Umi nak mengamuk, kalau tak boleh buat kerja, hehehe...
Sebenaqnya paling tak sabaq nak buat biskut ni.
Lama dah jumpa resepinya...
Telan ayaq liuq la, masa tengok gambaq blogger tu tunjuk...
Macam sedap jerrrrrr.......
Tapi sebab bahannya susahnya nak cari, lama tak terbuat.
Seminggu sebelum nak puasa tu, ikut enSuami pi Mahnaz Food tu.
Sebab kelab guru sekolah dia nak bagi saguhati buah kurma sempena Ramadhan.
Saya pun teringat pasal resepi ni, mesti bahan2 tu ada kat sana.
Sebab resepi luar negara omputih, kena cari kat kedai omputih lah...
Cari kat 2PLY tak ada, kedai bakery Tanjung Karang pn tak ada...
Punah harapan nak makan biskut ni...
Tu yang bila dapat beli, tak sabaq nak buat tu...
Nama biskut ni, Cranberry Pistachio Shortbtread.
So kena la cari pistachio ni.
Sebelum tu jumpa cranberry tu kat Tesco, 200g++, harga RM7 lebih kot.
Pistachio siap kopek, punya la mahal, ada berapa biji je dalam plastik kacang tu, boleh goncang dengar kacang tergolek.
Tapi saya punya tak jadi la shortbread.
Sebab saya malas nak gelek2....
Senang guli2kan aje.....
Pastu penyek2 dengan garfu....
Cepat sikit siap...
Hehe, nak cepat aje.......
Susun-susun, kasi bakar....

Lagi nak tunjukk....
Hehe, teringin dakkkkk???
Terlioq ooo tengok, hihihi....


Merah2 tu cranberry tau...
Yang hijau2 tu kacang cerdik...
Resepi pun mudah je, tak guna telur pun...


Lepas siap bakar tu, amek rasa...
Fuhhhh, nikmatnya.....
Puas hati dapat makan biskut ni...
Lama dah dok peram nak buat.
Terlerai dendam di dada, cewahhhhhhhh


First time saya boleh makan makanan yang ber'buahan' ni.
Selalu kek buah, biskut, nasi yang ada kismis ke ceri ke, memang saya tak makan.
Tekak saya tak boleh terima ada buah dalam nasi, dalam kek....
Kalau saya makan pun, saya kutip biji2 buah tu letak tepi pinggan, makan nasi makan keknya aje...


Tu yang pelik tu, yang ni saya boleh makan plak.
Maknanya sedap la tu.
Sesuai kot, cranberry dengan kacang.

Yang kedua, setakat ni biskut wajib tiap2 tahun ada.
Tat nenas....


Ini resepi dari Mak sendiri.
Sekarang Mak dah tak larat nak buat2 biskut, saya la plak buat.
Oh ye, insyaAllah tahun ni beraya di Kedah.
Jadi awal la sikit buat kuih2.
Nak bagi Mertua sikit. Bawak balik kampung sikit.
Rumah sendiri tak ada, habis licin.
Tengok la kalau rajin, lepas raya ni buat lagi.
Tapi bahan2 untuk biskut pistachio tu dah tak ada la, memang cukup2 je.
Mungkin buat biskut lain la kot.
Tat nenas ni, bahan senang nak jumpa.
Tapi acuan dia tu tak syok.
Sebab sikit je boleh dapat.
Sekali sumbat, dapat la dalam 3 atau 4 biji.
Nak picit dengan jari, lenguh pun satu hal jugak.
Pastu acuan tu, besi dia tu ada macam tajam2 sikit, buat jari saya sakit plak...
Sabaq je la.
Nasib baik adunan dia lembut2 aje.....
Kalau enSuami tak sibuk, saya paksa la dia, sapu2 telur kat atas tu..
Saya pulun2 buat sorang2, dia tolong tengok je, datang2 usik saya, iskkk...
Kena paksa baru nak buat.
Sempat la dia tolong sapu satu tray.
Selebihnya, melayan Hafni lah.
Kalau tak, saya kena berhenti dulu, melayan Hafni.
Kalau Hafni tidoq, selamat la, laju sikit buat kerja.
Biskut ketiga, saya cari resepi yang ada biskut oreo.
Sebab hari tu ada beli serbuk oreo yang dah siap hancur kat 2PLY.
Ada lebih lagi, kot2 la boleh cuba buat biskut.
Jumpa la resepi ni, nama mengancam betul..
Oreo Black Beauty....
Hah, beauty tak I, hahaha...
Senang je nak buat, guli2 juga.
Tapi rasa dia biasa2 je, tapi rangup la....
Rupa je gah, hehehe.
Tapi OK je...
Sebab cute, hehehe.......

Berjasalah juga oven besaq ni...
Tahun ni kali pertama berjasa buat biskut.
Sebelum2 ni, guna oven kecil tu ja.
Saya berjaga tengah2 malam buat biskut raya, tahun 2012.
Sebab siang kerja lagi masa tu.

Kalau mood enSuami baik, dia kata la, kesian isteri saya berjaga lama2 buat kuih raya.
Haaaa, kalau kesian, nanti nak oven besaq arrr, masuk umah baru nanti, hehehe...
Kenkonon, nak berniaga cookies ni, tapi tak tau la bila nak mula, hahaha...
Oven dah ada....

Nanti nak beli tray lagi la...
Beli oven ni, dapat satu je tray.
Selalu orang dapat dua.
Satu lagi dia bagi yang lubang2 tu, macam nak grill sesuai la..
Kalau letak biskut, adoi habis biskut bercorak lubang kat bawah...

4 jenis je saya buat.
Last sekali simpul kasih.
Mana gambaq ni, nanti la saya boh.
Tapi semua tau kot.
Popia yang diikat, dalam tu ada serunding ikan.
Serunding ikan buat sendiri.
Popia beli lar, xreti ceq nak buat sendiri...

Update 22.7.2014
Ni dia simpul kasih....


Popia yang disimpul, di dalamnya inti serunding ikan...
Kalau kat rumah mertua, tetamu suka la makan ni....
Kroppp krappp kroppp krappp rangup dipepak....


OK, babai.
Kalut nak pi kedai perabot lak...
Teman Mak mertua jek...
Daisypath Anniversary tickers