Search This Blog

Showing posts with label Masakan Tempoyak. Show all posts
Showing posts with label Masakan Tempoyak. Show all posts

Thursday, 29 July 2021

Tempoyak : Sebekas RM 20 dengan Gulai Tempoyak Daun Kayu

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Musim² durian ni mesti tempoyak akan datang seiring.. Lama dah tak makan tempoyak sebab dah lama tak buat tempoyak. Beli durian, cukup² untuk makan je, tak ada lebihan nak buat tempoyak 😂

Baru² ni terjumpa resepi Gulai Tempoyak Daun Ubi Kayu. Masa rumah bujang dulu, macam ada housemate dari Lumut bawak menu ni, ayah dia yang masak. Bila dah kahwin ni, asyik lupa nak tanya kawan tu, resepi masakan tu, sebab tak tahu nama apa nak habaq kat dia 😅

Pastu jumpa kat IG Yaties Kitchen. Tengok rupa macam sama je, terus SS, send kat dia. Yang ni ke dulu bawak masa kat rumah sewa tu? Dia cakap ya betul la tu. Sembang², pasal resepi, nekad la nak buat. Misi mencari tempoyak, hehe..


Petang tu keluar nak cari durian Tekka. Tapi penjual Tekka yang beli sebelum ni, tak ada pulak hari tu. enSuami jumpa udang merah, tauke tu lelong. Dia bawak masuk dalam Keta, saya rasa bau masam² je. Bagi anak rasa, dia kata ada masam. Pastu dia keluar lagi pergi cari Tekka pulak..



Memandangkan dah masam teringat pasal tempoyak, tak jadi beli yang siap. Balik buat sendiri, tempoyak udang merah.

Satu bekas harga RM 25, dia lelong RM 20, enSuami amek 2 bekas. Alhamdulillah 1 bekas je yang masam. 1 lagi okay. Rasanya sebab dia kopek dah lama, letak kat tempat panas, jadi buat berkuap jadi masam. Patut simpan dalam polisterin berais okay la kan🤔


Kopek satu², pakai sarung tangan plastik tu sebab tak nak ada kena enzim😁
Cari tips dan resepi buat tempoyak kat YouTube n TikTok. Kalau nak masak², tengok TikTok senang, sebab video dia sentiasa jalan, tak yah nk tekan button replay untuk ulang²..

Tips Tempoyak
1. Guna garam kasar untuk perap.
2. Ada letak gula. Sebelum ni tak pernah letak gula.
3. Guna sudu/senduk plastik untuk kacau², jangan guna yang besi.
4. Dah isi dalam bekas bertutup, tabur gula di permukaan atas isi durian.
5. Guna bekas yang lebih besar dari muatan isi durian, supaya ada ruang pernafasan dalam bekas tu.
6. Dah siap adun, jangan tutup rapat sangat penutup tu, sebab nak biarkan gas yang terhasil dari perapan tu boleh keluar, kalau tak, bekas boleh meletup akibat tekanan gas dari tempoyak.
7. Biar pada suhu bilik dahulu semalaman. Esok baru masuk peti sejuk.


Saya korek² ni buat sebelum nak balik kampung, raya haji lepas. Memandangkan tak ada kat rumah, Sy letak je terus dalam peti sejuk. Nasib la tak ada letupan yang terjadi dalam peti sejuk tu, kalau tak naya je satu peti sejuk bau tempoyak 😜

Mungkin sebab bekas yang saya guna tu, jenis tak rapat sangat. Masa tu dengan harapan, balik dari raya tu, boleh dah masak gulai tempoyak tu. Sebab kata selepas tiga hari dah boleh makan. Makan tu memang boleh makan, tapi tak berapa rasakan lagi masam² tempoyak tu. Macam letak isi durian je dalam masakan tu..

Sebelum balik dari rumah mertua, pesan kat enSuami, kutip pucuk ubi kayu, untuk sekali makan je. Pastu saya ada kutip juga sikit pucuk ubi keledek. Sebab daun² lain tak ada seperti daun kaduk dan labu. Daun kunyit ada tanam. Singgah supermarket nak beli barang dapur, jumpa petai dah siap kopek. Rasa macam takut tak jumpa petai papan, beli siap je lah. Kalau difikirkan macam untung beli yang siap kopek ni. Bukan saja dah mudah nak masak sebab siap kopek, tapi untung sebab yang ditimbang memang dah sah² isi petai yang boleh dimakan.

Biasa lah kalau beli petai papan, belum tentu lagi berapa isi petai yang akan dapat, kadang² buruk je banyak. Isi pun kecik² je. Yang beli siap ni, besar² betul, gemuk², baka dari mana tak tahulah. Tapi memang besar hampir saiz ibu jari 👍🏼


Alhamdulillah tercapai hasrat nak masak gulai tempoyak ni. Dah tau resepi, next time boleh buat lagi. Sedap sangat aihh. Dah lama gila tak  makan nasi penuh pinggan. Hari tu boh sesiap nasi penuh pinggan, azam nak makan banyak. Alhamdulillah berselera la makan tu.. buat pedas² dari masakan biasa. Letak sampai 7biji cili padi merah tu. Selalu apa² masakan sebiji je letak 🤭

Resepi buat tempoyak, klik sini

Resepi Gulai Tempoyak Daun Kayu, klik sini

Ada bahan², boleh lah try korang.. sedap dan berbaloi masak sendiri, hehe..


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Sunday, 24 August 2014

RESEPI : Aneka Masakan Durian

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ada rezeki enSuami dapat beli durian segar dan sedap dari Bukit Fraser.
Masa perjalanan balik dari kem perkhemahan di Ampang Pecah, KKB.
Hari pertama dapat durian, terus saya perisikan buah masuk Tupperware.
Dapat 4 biji RM20.00.
Dah lama sangat teringin nak buat masak tempoyak.
Sebelum enSuami pergi camping tu, dah pesan minta belikan ikan ketul, kenkonon nak masak masa dia tak ada.
tapi tak terbuat pun, almaklumlah makan sorang2, mana selera nak masak sedap2.
Nak masak pun jadi malas.
Masak cincai2 jek...
Bila dia balik tu terus jadi masak tempoyak...
Senang sungguh nak masak tempoyak ni ye....
Tak guna bawang pun, I LIKEEEEE!
Masa google cari resepi, ada dua versi rupanya.
Versi Perak dengan versi Pahang.
Kalau Perak letak Serai.
Kalau Pahang letak Daun Kesum.
Oooh, patut la macam biasa tengok sekejap kesum, sekejap serai.
Ada juga yang tambah lagi daun kantan.
Lagi baguih, ketiga2 dia letak, ini versi SATU MALAYSIA, agaknya...
Saya kat rumah ada serai je.
So jadi versi Perak la.
Kalau ada bunga kantan, daun kesum, lagi sedap kot, wangi.....
Resepi Ikan Ketul Masak Tempoyak
3-5 biji Cili Merah yang dikisar kasar [kalau tak ada, ganti cili kering, rendam lama sikit bagi lembut dulu]
Serai yang diketuk.
1 senduk Tempoyak.
Ikan pilihan [kembung, patin, atau ikan ketul yang lain]
2 cawan air atau lebih
Gula garam jika perlu
Orang yang bagi resepi tu kata, rahsia nak sedap, satukan ikan, cili, tempoyak, air di dalam periuk.
Dan gaul menggunakan tangan! Hah itu rahsianya...
Fuyoo saya pun buat juga. Ini memang air tangan betul ni, hahaha.
Isk, mesti la tangan dibersihkan dulu...
Dah sebati semua, baru masak dengan api sederhana.
Boleh letak serai / daun kesum / bunga kantan.
Proses masak yang slow2 aje....
Tunggu sehingga mendidih.
Boleh tambahkan gula garam kalau tak cukup lagi rasanya..
Puas hati dapat makan ikan ketui masak tempoyak.
Yang enSuami beli ni, tauke kedai tu kata, ikan senangin.
Hentam saja la, janji nampak ikan ketui....
Saya bukan makan pun ikan dalam tu.
Makan kuah je...
enSuami yang habiskan ikan tempoyak tu.
Saya tak reti sangat makan ikan yang tak digoreng dulu dalam masakan.
Rasa geli2 kat tekak, tak boleh nak telan, eeeee.......
Serawa Pulut Durian


Yang kedua ni atas permintaan enSuami.
Dia nak makan serawa sahaja.
Masa cari resepi, terjumpa Mat Gebu makan serawa ni dengan pulut.
Terus teringat, awat tak teringat langsung nak makan pulut durian nih??
Orang Kedah kan makan pulut dengan durian + santan + gula...
Haaaaa, tekak sapa boleh masuk???
enSuami tak leh telan..
Ni tekak orang Utara je ni...

Terus semangat pi masak pulut.
Masak pulut macam masak nasi je.
Saya tak letak santan pun.
Sebab nak simpan santan untuk serawa.

Resepi Serawa pun senang jugakk.

Isi Durian.
[Saya suka letak isi je, biji2 buang. enSuami pun tegur nape buang biji?
Saya tak suka, rimas la ada biji2 ni. Kalau boh isi sahaja kan senang nak makan.]
Santan Pekat.
Gula Melaka / Gula Perang / Gula biasa
[Gula melaka tak ada, saya guna gula perang.]
Daun pandan.
[Nak bagi wangi je, kalau tak ada pun tak pe.]

Yang ni pun satukan semua dalam periuk.
Guna api sederhana je.
Yang penting kacau sentiasa.
Tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
Tanda santan dah masak, boleh tutup api.

Makan panas2, sedapnyaaaaaa....

enSuami tak masuk tekak dia, pulut dengan serawa.
So dia cicah dengan roti jek..
Saya pun first time makan pulut dengan serawa.
Saya masak pulut nak makan dengan durian.
Bila pulut lebih, saja2 cuba dengan serawa plak..

Ajaibnya saya boleh telan pulut tu dengan serawa.
Sebelum2 ni, saya jarang makan serawa.
Bubur2 yang manis2 ni, pengat2 ni, saya tak reti.
Macam biasa la, benda lembik2 ni, tekak rasa geli nak telan.

Sebelum tu cuba juga buat cekodok durian.
Xleh pi jugak tekak saya.
Selalu saya makan durian fresh je, termasuk tempoyak.
Kalau masak letak dalam bubur kacang hijau, dalam kuih kasturi, memang tobat terkejut kalau rasa ada durian dalam tu.
Durian crepe OK, sebab durian fresh...
Tapi dah jemu, makan crepe durian.
Ada resepi lain tak yang guna isi durian fresh2???
Ohh ya, hari tu tengok AFC, ada traveller tu makan aiskrim durian kat Thai.
Cara diorang buat, letak aiskrim dalam cup, lepas tu letak isi durian plak.
Jadi la aiskrim durian..
Aik macam tu pun boleh jadi noo...
Ala, tak dak aiskrim plak kat umah.
Isk nak cari aiskrim la plak lepas ni, durian ada lagi, hohohoho....
Daisypath Anniversary tickers