Search This Blog

Wednesday 30 June 2021

Resepi : Cornflakes Sira Kari

Assalamualaikum

Tujuan asal, nak habiskan cornflakes.

Hari tu beli cornflakes jenama Tesco, anak² tak nak makan, kata tak sedap. Mungkin sebab dah biasa dengan Nestle.

Teringat biskut raya yang guna cornflakes kisar, yang kawan suka sangat. Tanya dia, nama biskut tu, biskut buah pinggang.

Cari² resepi, teringat yang sebelum ni ada viral cornflakes sira kari. Saya pun cari juga resepi tu. Macam senang buat ni, xyah susah² nak baking buat biskut satu², penat la sikit kan..

 Jumpa dua resepi yang sira versi kacang soya, dan versi cornflakes.

  Kacang soya pun nak kena habiskan. Beli tahun lepas masa MCO1. Dah cuba buat air kacang soya dan taufufah. Tapi tak jadi sangat. Ada rasa kelat² kacang gitu. Kalau orang kampung saya kata rasa pedaq.

Kali ni saya rendam dalam jam 3petang. Dalam 6, tengok resepi, orang tu cakap rendam kacang soya dengan sedikit kapur. OOO, baru kutahu. Agaknya salah step kat sini kot.

Air kapur tu fungsi untuk rangup kan kacang bila digoreng? Atau nak buang rasa yang tak sedap pada makanan? Atau nak elak bahan makanan serap air?

Tapi ikut jugalah letak air kapur. Sebab memang ada kapur kat rumah. Boh je 😁 6.30 lebih tu baru mula goreng kacang tu. Dia Suh letak minyak banyak, supaya boleh tau bila kacang soya masak, dia akan terapung. Tapi saya letak minyak sikit je, sebab tak suka nanti ada banyak lebihan minyak.

Jadi goreng la sikit², nak tau kacang masak, susah jugak lah. First timer goreng kacang soya. Dok ingat teori mertua ja, kalau goreng kacang 🥜, kalau dengar ada yang meletup, maksudnya kacang dah masak. Saya memang gagal bila goreng kacang tanah, selalu hangus hitam, hahaha.

Sekarang senang goreng kacang 🥜 dengan AF ja. Tapi kali ni, tak terfikir lak nak guna AF. Tengah dok goreng tu baru teringat 🤦. Goreng je la sampai habis dulu..

Untuk nak buat sira ni, sediakan bahan :

Planta/mentega

Daun kari

Serbuk kari + serbuk cili

Gula/madu

Sedikit garam

cornflakes, kekacang/maruku

Cara memasak:

1. Panaskan kuali, cairkan Planta. Masukkan daun kari tumis naik bau. Api slow² je. Takut Planta hangus.

2. Masukkan serbuk kari+cili yang dibancuh sedikit air. Kacau sentiasa sehingga serbuk kari masak. Masa ni ada bau hangit², saya pun seram gak, kang rasa hangit tak sedap. Tapi sambung je buat 

3. Masukkan madu, garam untuk perasakan. Boleh tambah sedikit air kalau adunan cepat kering. Kita nak tunggu sampai serbuk kari masak je. supaya tak sakit/pedih perut.

4. Kalau rasa dah okay, masukkan kacang², gaul sekejap pastu tutup api. Selepas tu baru masukkan cornflakes. Gaul rata sampai semua kena sira tu. Makan panas² tu sedap juga.

Dah mula rasa tak boleh nak berhenti tangan tu amek cornflakes tu masuk mulut.

 

 Dah sejuk dalam kuali, baru alih masuk bekas. Sedap sangat. Hari tu buat sikit je dulu. Ada banyak lagi cornflakes. Kacang soya yang dah siap goreng tu pun, ada lagi. Simpan dalam peti sejuk, sebab dia tak berapa nak rangup. Nanti nak buat lagi. Buat kudapan homemade ni, boleh adjust ikut selera sendiri. Tak ada perasa tambahan yang berlebihan. Selamat untuk diet sihat gitu..

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers