Search This Blog

Tuesday 29 June 2021

Tempe Busuk : Korang pernah makan atau masak?

Assalamualaikum annyeong

Tempe busuk? Namapun busuk mesti la tau tempe tu busuk kan.. tempe ni agak nak dekat sebulan gak la tu. hari ni dah 29 Jun, rasa awal bulan dulu enSuami beli. Dia beli 4bungkus tempe yang lipat macam lepat tu. Dah masak 2bungkus, tinggal 2bungkus lagi.

Simpan punya simpan, dah terlajak sampai sebulan tudiaa. Semalam nak masak tengahari, teringat tempe tu. Sian dia lama terbiar.Buka bungkusan, hiris 2,3 tengok rupa, hitam gitu..


Snap gambar, wasap kat kawan, dia orang Jawa. Mak dia buat dan jual tempe.
Tanya boleh makan lg tak, hitam macam ni bau tengik la jugak..
Dia reply boleh je makan, orang tua-tua masak je makan..
Dia sendiri tak suka.
Dia cakap boleh makan, saya pun goreng la.

Tunjuk kat enSuami, hitam macam tu dia kata xmau makan, hahaha..
Orang Jawa pun tak berani nak makan, tempe hitam2 macam tu..
Saya belasah je masak. Masak tumis cili merah dan hijau, pedas gitu, mesti makan nasi bertambah..
*motif nak bagi enSuami makan, hahaha..

Selepas goreng tu, rasa la jugak.

Tempe ni dah lembut sangat, mudah hancur..

Masa makan, saya lenyek2 je.. jadi perasa gaul dengan nasi.

Dalam tempe tu saya letak kentang potong panjang2 macam fries, ikan bilis dan kacang goreng lebihan nasi lemak hari Sabtu lepas. Pastu letak juga kacang soya yang saya goreng, ada buat macam kerepek gitu, untuk kudapan, esok saya cerita, hee... 

 

 Alhamdulillah selepas sehari makan, tak ada efek sakit perut, cirit-birit ke apa..

Sihat walafiat ja..

Maknanya tempe busuk macam ni masih boleh dimakan ya. Jangan dibuang, sian dia.. Masak je tumis cili pedas2 ni, confirm habis dimakan. Alhamdulillah..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers