Search This Blog

Showing posts with label Sedap Menyelerakan. Show all posts
Showing posts with label Sedap Menyelerakan. Show all posts

Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Friday, 22 September 2017

Part 2 : Sambutan Kelahiran Hafni di Sekolah

Assalamualaikum...

Lambat pula nak sambut part 2...
bila berkira2 hari due dah nak dekat,
saya senaraikan semua kerja yang perlu dibuat sebelum bersalin..

Mula la berderet2 senarai nak buat..
kerja minggu lepas, dah selesai beres..
minggu ni plannya, nak siapkan hantaran adik nak nikah bulan 11 ni..

So dah siap separuh jalan..
malam tadi tengah dok kemas2, frame yang nak guna tu jatuh ke lantai..
berderai terus bingkainya..
tak kualiti rupanya, padan la harga RM14.90 je kat DIY...
nak kena cari yang baru pulak la..
baru je kata nak beli yang baru sebab frame ni tak ada cermin dan ketebalannya 1cm je, tak muat untuk quilling yang saya buat tu....

~Frame yang dah patah berderai bingkainya, huhu~

Memandangkan kerja terbantut sementara ni..
boleh la kejan habiskan entri yang tertangguh...
laju sikit tangan nak menaip ni...
kejar masa, huhuhu...


Sejak balik dari Kedah, sibuk la saya menggoogle resepi kek secret recipe tu..
first time rasa kek SR kena di tekak saya...
tu yang berkobar2 nak buat sendiri, boleh makan lagi, yeh..
kena balik rumah mertua, sebab kalau 3 beranak kami je, tak habis la nak makan sebiji kek yang manis dan bercheese tu...

Ikut asalnya, dasar kek tu guna biskut yang dihancur-mampatkan bersama butter..
macam biasa la kek SR tu...

Tapi terfikir pulak nak buat kek untuk Hafni ke sekolah...
saja2 buat dia happy, rasa special sikit nak potong kek depan kawan2...
so nak buat kek apa ya...
kek apa lagi yang senang, kek coklat lembab lah kan....huhu

Jadi plan saya;
buat kek coklat lembab sebiji untuk ke sekolah..
tuang sikit untuk buat dasar sebiji kek lagi, kek ala SR...
nak ganti biskut tu, dengan dasar kek je...

So dua loyang kek, dua tingkat periuk kukus, diguna serentak masak, selama 40 minit...
saya masak ni hari Khamis.. sebelum tengahari tu, masak kek...
lepas tu terfikir pula nak buat cookies...
sebab takkan nak bawa kek sebiji je kan...
so buat la cookies, yang besar2 sikit, bagi cepat siap...

Memang dalam senarai pun nak buat cookies ni untuk kudapan masa pantang ni...
so alang2 tu, buat terus 2 adunan..
sampai tak muat mixer nya..
saya dah agak dah, ragu2 jugak nak lamsam 2 adunan sekali bancuh...
sebab guna 500G tepung..
banyak tu, tapi buat jugak 2 adunan sekali gus..
padan muka, tak muat mangkuk mixernya...
dah kena gaul asing dalam besan pulak, adeh...
lain kali buat satu2 adunan dulu ye Nabilah Ahmad, emmm


Ni cookiesnya, oreo cookies..
first time makan kat rumah BFF raya lepas..
sedap plak rasa lemak2 rangup gitu...
cari resepi kat internet, guna minyak sapi rupanya, patutla rasa gebu2 lemak gitu...
simpan resepi dulu, sekarang baru sempat nak buat...

Yang ni guna acuan besar2, yang orang buat cookies royal icing tu...
letak satu bekas, muat2 100 biji...
pelajar sekolah Hafni, lebih kurang 87 orang semua...
boleh la makan seorang sebiji...
tak sempat dah nak bungkus2...

Ok la kan bagi cookies macam ni daripada bagi jajan2 kan...
saya tak suka la parents yang celebrate besday anak, bagi jajan dalam goodies bag tu..
Tak semua anak2, ibubapanya ajar makan jajan..
So tolongla bagi makanan yang berkhasiat sikit untuk anak2 kita dan anak orang lain..
untuk kebaikan bersama...kekdahnya, emmm

Lepas siap kek coklat lembab saya ni...
kek tak tebal sangat pula...
ada je yang tak kena...

So dapat idea, guna coklat mousse untuk choc cheese berry tu, lapis pada kek ni juga....


Coklat mousse ni saya gandakan adunannya...
sedap mousse ni, rasa macam aiskrim..
macam kek indulgence tu la...


Petang tu, dah sesiap lapiskan dengan coklat mousse tu, untuk simpan peti semalaman...


Coklat ganache pun buat jugak...
kenkonon nak buat efek leleh sikit kat tepi kek tu nanti...
bangun 3 pagi, masak ganache ni, dan deko kek....


Selepas semalaman dalam peti...
pastu tuang ganache atasnya...


Bab deko ni, spoil gila...
2 kali saya alter...
adoi rasa macam nak campak je kek ni...
huhuhu, tak dapat buat seperti yang dibayangkan...
ku keciwaaaa, huaaaaaaaaaaaaa

Kaler hijau tu bukan icing pun...
tak dapat buat icing sebab gelatin habis, ngam2 untuk coklat mousse tu...
jadi terpaksa guna coklat putih yang diwarnakan hijau...
memang bad experience betullah bila guna coklat putih ni..
dah masuk kali kedua dah, coklat putih ni buat hal...
asyik salah je nak handle...
tobat dah lepas ni....


Akhirnya guna je la kitkat sebagai penyelamat..
letak 4 ketul, ibarat 4 tahun umur Hafni...
siap sampai ke Subuh...


Selamat hantar ke sekolah jam 9.30 pagi..
sebelum waktu rehat sekolah jam 10 pagi..


Gambar2 ni semua yang cikgu hantar...
masemm je mukanya...
tak reti nak senyummmm...


Ada la satu tersengih ni...
apa la yang cikgu tu acah2 kat dia, sampai dia boleh senyum macam ni...
video pun ada atas request saya, sebab nak bagi si Hafni ni tengok balik masa kawan2 nyanyi happy birthday untuk dia tu..
Hahaha, gitu la budak2....
apa yang dia tengok kat youtube tu, dia pun nak jugekkkk...
sabo je la, melayan kerenah anak...

Tuesday, 22 August 2017

RESEPI : Mi Wantan Ekspres Homemade

Assalamualaikum....

Haa semalam cerita mi Korea...
hari ni nak cerita mi Cina pulak, hahaha...

Resepi ni baru cuba dua minggu lepas..
nak update minggu lepas, tak sempat nak menaip...
so hari ni la keluar ceritanya...

Mi halus ni terfikir nak buat, bila 2 malam berturut2 Hafni nak makan megi..
nasi tak makan...
kalau pergi kenduri kawen je, baru dia nak makan nasi..
seronok tengok pengantin cantik..
kawen.. kawen... sebab dok tengok cerita UpinIpin tu....

Disebabkan dah selalu sangat buat mi kuning, acuan besar..
saja nak cuba acuan kecil pula..
boleh la jadi alternatif untuk mi segera yang Hafni suka sangat tu...

Resepi sama ja macam mi kuning semalam..
cuma tukar acuan lubang yang halus je..
kononnya acuan untuk bihun..
setakat ni belum pernah lagi buat bihun..

Lepas siap rebus semua..
asalnya pagi tu nak buat mi goreng mamak..
dah siap keluarkan paste mi goreng mamak dah..
tapi pi buat mi halus pulak..
tapi buat juga la, untuk sarapan pagi tu...

Pagi2 tu lepas Subuh, keluarkan noodle maker, terus buat mi on the spot..
pastu masak sarapan..
Mi goreng mamak dengan mi halus ni, wakakaka....

Tengahari tu sebelum nak ke sekolah..
enSuami bagi idea masakkan mi hitam Cina tu..
alaa yang hitam, ada daging, sayur apa tu...

Mi suah ke, saya tanya??
eh mi suah kan warna putih, hitam mai mananya...
dah tentu la salah...
saya jawab, tengok lah dulu...

Pastu dah nak sampai petang, baru teringat pasal nak masak makan malam...
terus mesej enSuami, tanya mi apa yang dia nak tadi, ce tunjuk gambaq...
So ada la dia hantar screenshot gambar lebih kurang macam ni, hasil carian google..

Image result for wantan chinese noodle dishes

Oooo mi kering, ingat berkuah...
ooo patut la dia cakap ada macam2 susun kat atas mi..

Saya pun tercari-cari lah resepi mi macam ni...
rupanya mi wantan...
enSuami sebut mi suah, tapi hitam/gelap punya...
mana la nak terbayang...

Rasanya macam pernah je makan kat Mohd Chan kot...
memang sesuai sangat la dengan mi halus yang ada ni...

Wantan tak ada, tapi kulit popia ada...
kebetulan ada vegetables cuttlefish ball...

So terbayangkan, amek kulit popia tu, letak sebiji ball tu, kemudian balut la bagi jadi wantan...
Patut lepas Asar, boleh la mula masak-memasak...

Tapi tak ingat saya buat apa masa tu..
ralit menjahit ke menetas kain ke layan Korea ke, sampai dah 6.30 petang..
enSuami 6.50 - 7 petang tu, dah sampai rumah daa, alamakkkk...

Masa tu baru la nak terkedek2, nak buat wantan, huhuhu...
Hafni pula nak buat jugakkkkkk...
Dia la yang balut wantan ni...
yang dia buat, lagi comel n kemas dari Umi, adoi...
saya main buat sempoi je la, dah kalut nak cepat..
tang ajaq anak balut, betul je ajarnya...

Lepas dah siap balut wantan, terus goreng...
Kuali sebelah tumis bawang putih...
dah garing2 sikit, masukkan sayur yang korang suka...
Masa tu saya ada cendawan dan pok choy je...
dah masak sayur, tuang kicap banyak2...
kalau nampak macam nak kering hangit, tambah air sikit...
sikit je, tak nak banyak..
kalau basah sangat atau berkuah, tak syok...
tapi kalau korang suka ada kuah, boleh la letak air lebih banyak...

Dah sebati kuah, masukkan mi, titiskan sedikit minyak bijan..
gaul rata sehingga semua mi bersalut dengan kuah..
masa ni kan, nak tutup api pun boleh...
kalau pakai kuali besi biasa, elok tutup api, kalau tak nanti kuahnya kering..
Kalau guna non stick @ seramik, boleh dengan api perlahan....
sambil gaul hingga mi semua rata bersalut...

Lepas habis goreng wantan, sambung goreng ayam..
ayam amek bahagian isi banyak seperti dada tu..
kalau ada daging, seketul2 goreng@gril...
nanti boleh hiris nipis-nipis, nampak cantik....

Dok cincau-cincai kat dapur, 7.15 malam, siap boleh makan...
Siap berhidang plating berdeko bagai...
enSuami tengok, Waaa hebat la isteri saya ni! Amek gambaq sikit...
sambil dok klik2 guna handphone dia...
Pastu dok share plak gambar tu kat adik2nya...emmm


Pastu kang diorang tanya apa benda sebelah ayam tu? roti goreng ka?
Hahahahaha, wantan tak berapa nak wantan sangat la...
wantan buat sendiri, kalut2...
boleh la daripada tak ada langsung...
nanti tak de la namanya Mi Wantan kannnnn????

Resepi penuh mi wantan ni macam agak rumit jugak la...
tapi saya tak ikut semua pun...
Just ada asas, mi gelap n kering, ada wantan, ada sayur celur/goreng, dan hirisan ayam/daging...

Jumpa di blog RasaMalaysia.com
Panjang bebenor step nak masaknya...
saya hanya baca bagi faham macam mana nak dikatakan itu mi wantan...
Rupanya benda yang paling penting ada, adalah garlic oil...
so saya sempat buat garlic oil ja...kol 7 baru nak masak kan...
pastu terus masuk sayur, tuang kicap, minyak bijan haruslah ada, Chinese cuisine kan...
dah siap jadi...
tu pun enSuami cakap sedap....wakakaka...

Tak ada la macam makan kat restoran sebelum ni, rasa macam mi tu kena gaul dengan KICAP je..
bila buat sendiri ada la rasa juga mi tu dimasak kan....

Resepi Mi Wantan Ekspres
Olahan : NabilaHasyim
  • Mi kuning halus @ Yee Mee kering @ Mi kering segera (rebus sehingga lembut dan toskan)
  • 1 senduk minyak masak
  • 3-4 ulas bawang putih dihiris nipis @ cincang
  • 2 pokok sayur pokchoy @ sawi panjang @ sawi bunga kuning @ sayur lain ikut stok yang ada
  • 1 genggam cendawan tiram
  • Kicap pekat secukupnya
  • 1-2 titis minyak bijan
  • sedikit air (jika perlu)
  • gula dan garam (jika perlu)
  1. Panaskan minyak dalam kuali...
  2. Goreng bawang putih, hingga garing tapi jangan sampai hangit, just nampak macam dah crispy.
  3. Masukkan sayur yang korang suka, goreng sehingga masak.
  4. Tambahkan kicap pekat dan sedikit air untuk menjadi kuah..
  5. Masukkan mi dan titiskan minyak bijan..
  6. Perlahan/Matikan api. Gaul rata sehingga sebati.
  7. Hidangkan bersama daging panggang atau ayam goreng dan jeruk cili..
Jeruk Cili
Sila sediakan 2 jam sebelum dimakan atau disimpan semalaman di dalam peti sejuk..
  • 5 biji cili padi @ cili besar hijau dihiris serong
  • 2 SB cuka
  • 2 SB gula
  • 1/4 SK garam
  • sedikit air masak
  1. Satukan air, gula, garam, cuka dan kacau hingga larut.
  2. Masukkan cili, kacau rata..
  3. Simpan dalam peti sejuk..
    ** saya ada tambah sikit kicap, nak bagi gelap sikit, sebab dah terlambat nak jerukkan cili ni..hehehe

Haaa, selamat mencuba...
Memasak dengan mudah dengan kasih sayang, ahaksss (^_^)

Monday, 21 August 2017

RESEPI : Mi Kacang Hitam @ Black Bean Noodles @ Jjajangmyeon

Assalamualaikum...

Nak cerita ada cuba buat sendiri mi jjajangmyeon yang nampak terliur sangat bila orang Korea makan..

Mencari resepi di internet..
pernah tengok Chef LeeYeonBok masak untuk artis veteren Korea dalam rancangan Please Take Care of My Refrigerator.
masa tu dia bagi tips nak sedap, blackbean paste tu kena goreng dengan minyak dulu..
minggu depannya hos rancangan tu bagitau Chef LYB dikecam kerana mendedahkan tip yang penting dalam menyediakan jjajangmyeon.
Pemilik restoran di sana menganggap nanti restoran diorang tak laku la sebab ramai yang dah tau secret recipe nya... huhuhu...

Tapi bila saya cari resepi di internet, jumpa di MyKoreanKitchen, ada je tips tu..
sedangkan tarikh posting resepi ni lebih awal dari tarikh tayangan rancangan tu..
bukan rahsia lagi lah agaknya...

Antara dua website Korea yang saya suka rujuk untuk cari resepi berkaitan Korea iaitu MyKoreanKitchen dan web Maangchi
Untuk blog Maangchi, saya jumpa cara nak buat paste..
yang tu yang penting sangat...

Nak beli yang siap dah, tak tahu nak beli dari mana..
alaa buat sendiri je la....
beli kacang hitam...
basuh bersih rendam sampai kembang..
pastu rebus sampai masak/empuk...

Sampai step ni pun dah salah dah..
rebus xcukup masak..
kalau la ada pressure cooker, kan konpem masak/empuk, hukhuk...

Masa ni cuba buat dalam bulan Ramadhan lepas..
hentam je..
lepas rebus, blend..
mulanya guna food processor, tapi jadi cincang je..
bukan halus paste...
so kena blender je la, terpaksa letak air sikit untuk bagi larut dan halus...

Lepas blend tu, saya masak dulu bagi kering paste nya...
Lepas dah kering, asingkan masuk bekas lain..
kuali yang sama tu, masukkan minyak, baru goreng paste tadi..
ikut banyak mana nak makan..
masa dapat step pertama tu banyak, tak habis la nak makan berdua dengan enSuami...
guna sikit dalam 1 senduk nasi tu je..

Paste saya tak hitam sangat macam dalam gambar, dari web Korean tu..
1; sebab kacang tak masak/empuk lagi.
2; saya tak buat apa2 tips yang Maangchi tambah dari paste asal kepada paste ke2, sebelum nak masak jjajangmyeon.
3; masak ikut apa yang ada je, secara asasnya kacang hitam ada, sudaa....

So detail resepi seperti di bawah...

Mi jjajangmyeon
Saya buat sendiri mi kuning ni...
resepi seperti mi kuning biasa..
  • 500G tepung gandum
  • 200ML air termasuk sukatan dengan sebiji telur
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  1. Satukan semua bahan, uli dengan noodle maker atau guna mesin manual pasta..
  2. rebus dengan air mendidih yang diletakkan 1 senduk minyak.
  3. selalunya sukatan resepi ni akan dapat 1200G> mi kuning.
Kuah Jjajangmyeon
  • 1 senduk minyak
  • 1 senduk paste chunjang
  • 2 SB gula perang
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji zukini (saya ganti timun jepun, xsempat nak beli zukini - dipotong dadu)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 8 biji cendawan butang segar (kalau tak ada, yang dalam tin pun boleh)
  • sedikit kobis dihiris panjang
  • 1 mangkuk isi ayam/daging cincang 
  • 1 cawan air
  • Bancuhan tepung jagung (5SB TJagung dengan 4SB air)
  1. Sepatutnya ayam tu kena perap dulu dengan beberapa bahan2, tapi malas nak buat, saya skip je.. masak macam nak masak mi goreng je..
  2. Panaskan minyak, masukkan paste chunjang (kacang hitam tadi)
  3. Dah nak garing sikit, masukkan gula perang.
  4. Dah sebati larut, boleh keluarkan paste tu.. tapi saya tak buat.. terus je masuk bahan seterusnya.. (memang sengaja nak masak lama sikit, kacang saya tadikan tak masak sangat)
  5. Masukkan ayam, masak sehingga separuh masak..
  6. Masukkan bawang besar, kentang, zukini..
  7. Kemudian masukkan kobis dan cendawan pula...
  8. Kacau semua sehingga rata dan masak/empuk..
  9. Kalau tadi asingkan paste chunjang, boleh masukkan masa ni..
  10. Tambahkan air ikut kepekatan/kuantiti kuah yang dikehendaki..
  11. Bila semua dah masak, sebelum nak tutup api, tuangkan bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat lagi..
  12. Memandangkan paste chunjang saya tak berapa nak hitam, saya ada tambahkan kicap pekat untuk bagi warna gelap tu..
  13. Selain itu, boleh tambah stok ayam, bahan perasa yang selalu korang guna semasa memasak, gula garam kalau tak cukup rasa...
  14. Oh ya, tekak Melayu, kalau tak pedas, tak sedap kan, jadi saya ada masukkan 1SB serbuk cili dan 2 biji cili padi dihiris nipis boleh tambah lagi ikut selera...
Bahan Hiasan
  • Timun yang dipotong jejari (boleh rendam dengan air garam untuk rangup)
  • Telur rebus
Masa sedang dok masak ni, sempat la berWhatsApp dengan adik ipaq saya yang pergi honeymoon kat Korea hari tu..
mana la tau kot2 diorg ada makan jjajangmyeon real dari Korea..
Sebab tak boleh nak agak, apa rasa jjajangmyeon ni..sedap ke tak, macam mana rasanya???

Tengok orang Korea makan, memang la sedap, dah makanan diorang kan..
rupanya tak makan pun.
Dia pernah cuba makan sekali kat restoran mana entah kat Malaysia ni, katanya tak sedap sebab tak pedas.
Asyik dok tambah chili flake je la, nak bagi pedas punya pasai..

Rasanya masa tengok rancangan Top 3 Best Chef, Baek Jong Won, ada jjajangmyeon yang pedas gilaaa tu..
ke saya yang silap entah, dah lama dah tengok..
dok terliur je tengok orang makan.. emmm

Memandangkan ulasan dari adik ipar, kalau tak pedas tak sedap..
sama la tekak macam enSuami ni..
Mohle kita cepat2 adjust..
sebab tak nak bagi first impression yang tak sedap tentang jjajangmyeon..
kalau sekali makan tak sedap, tak boleh buat dah lepas ni, huhuhu..

Macam kimchi, dah 2 kali buat..
saya boleh makan masa baru siap gaul2 semua tu, terus makan, macam tu takpe..
tapi bila dia dah masam, fermented tu,
arghhhhhhhh rasanya, tak dapat diterima dek tekak...

Inilah hasil jjajangmyeon saya untuk percubaan kali pertama...


Ada sekeping gambaq ni ja..
Almaklumlah nak buka puasa la katakan... 
1; sebab lapaq
2; sebab tak sabaq nak tau apa rasa jjajangmyeon homemade ni..

Teringat nak snap sebab nak tunjuk kat adik ipaq..
dah dok mesej dengan dia tadi..
so dia dah tau saya nak buat jjajangmyeon...
tengok kat gambaq ni, dia kata jadi ja tengok macam jjajangmyeon..
mesti lagi sedap dari restoran tu buat, hahaha...

Dah adjust ikut tekak kita sendiri, boleh la...
not bad...
enSuami kata sedap, boleh buat lagi...
kalau dia kata OK, boleh la buat lagi...
ada banyak lagi paste nya..

Minggu akhir puasa, nak raya tu..
berbuka ramai2 di rumah mertua..
saya buat lagi, jjajangmyeon ni...

Alhamdulillah, adik2 ipar semua makan..
tak ada rasa pelik, tak lalu ke...
makan je semua, macam makan mi goreng..
part nak gaul2 dan makan dengan chopstik tu paling best..
fefeeling makan cam Korean..ahaksss

Setakat ni kimbap dan jjajangmyeon je boleh diterima tekak..
Adik ipaq tadi suh cuba tteokkboki pula...
dia suka spicy tteokkboki, siap dah bagi resepi dah suh cuba..
tunggu mood tak ada selera makan nasi, nanti kita cuba buat tteokboki pula...hehehe...

Selamat mencuba... (^_^)

Monday, 7 November 2016

Sayangku Cikgu Hasyim ;)

Assalamualaikum...


Sorry, jangan ada yang nak termuntah plak baca tajuk tuh, kekeke...

Ini cerita sebulan yang lepas..
sambut besday enSuami..
10.10.2016...

Memandangkan 10.10 jatuh hari Isnin..
weekend hari Sabtu sebelum Sabtu tu, dah ada pun kek untuknya..
tapi baking kek hari Jumaat..

Pagi Sabtu, saya ada kursus jahitan manik..
so kena masak awal2 sebelum apa2 hal berlaku...

Memandangkan tajuk kek, macam pernah dengar je kan..
kenkonon nak tiru, Sayangku Kapten Mukhriz ler...
Tapi sebab enSuami kite, cikgu..
So jadilah Sayangku Cikgu Hasyim, kahkahkah...

Masa hot dengan Kapten Mukhriz, kan ada keluar resepi kek padat Kapten Mukhriz kan??
Macam nak try buat kek tu..
tapi bila teringatkan sebelum ini enSuami pernah kata, kalau nak buat kek butter, pakai la butter jangan pakai Planta plak...
cee, pandang enteng pada Planta ye...

Ok la, xyah la buat kek butter..
pewarna hijau pun dah habis, malas nak kisah pergi beli...
kita buat kek span biasa je la...
cuma kali ni special sikit...

Ha, apa yang special???
guna pewarna asli...
Warna biru si bunga Telang...


Terima kasih pada Sarah (Blogger Petak Bunga)..
atas jasa baik dia bagi benih bunga telang, saya pun dapat menanam pokok ni sendiri...

Memang pokok ni, cepat betul membiak...
Bunganya banyakkkkkk sangat...
Masa awal2 dulu mula dengan nasi lemak...

Nasi Lemak Bunga Telang

Ais krim xjadi biru nya...
sehari sebelum tu, enSuami tunjuk video dari FB ada kedai ais krim di Damansara ke mana entah..
buat aiskrim guna bunga telang, untuk kaler biru...

Dia letak 2-3 kuntum je, aiskrim dia boleh jadi biru...
Musykil saya, saya buat tak jadi pun....emm


Balik rumah je, terus je buat aiskrim dengan bunga ni..
tapi saya tabur je masuk dalam aiskrim..
ingatkan lama2 warnanya boleh melarut dengan medium aiskrim tu..
sampai la dah keras, tak jadi pun...
bila aiskrim dah cair, bila dipenyek2 pada bunga tu, baru keluar warnanya...

Baru saya faham, kenapa dalam video tu, dia bancuh bunga ni dalam air dulu...
kacau2 sehingga warna dia keluar, baru boleh guna...

Tak pe lah, lain kali cuba lagi..
tapi resepi aiskrim, tak de pula guna air..
agak2 boleh ke bancuh bunga tu dalam susu cair ekk????
susu cair dah habis stok, so xdapat nak cuba teori ni lagi...


Ni pula buat nasi dagang versi biru..
saya guna beras biasa je..
tapi puas la kalau dapat makan nasi dagang..
heran sungguh la...special sangat nasi dagang ni..
enSuami pun lain macam happy kalau saya buat nasi dagang..
Fuyoo, nasi dagang tu, sedapnyaaaa...

Tapi kan, tak semudah tu la nak dapatkan warna biru pekat macam nasi dagang tu...
banyak kali cuba juga la...
Masa awal2 dulu, letak sikit2 je bunganya, macam la bunga tu mahal sangat nak kena beli...
walhal berlambak2 bunganya kat pokok, hihuu...
Bila xjadi sangat birunya, setiap kali nak masak, saya tambah bilangan kuntumnya..
dari 10, 20, sampailah 30 untuk 2pot beras, baru nak dapat biru macam tu, tau...


Gitulah hikmahnya kenapa bunga dia banyak sangat tumbuh bila sekali tanam tu...
bukan senang nak jadi betul2 biru, kena letak banyak2 tu....

Sama la alkisahnya dengan kek saya ni....
dah letak 40 kuntum dengan 70g air pun tak biru lagi, hukhuk...


Nak buat sebiji kek span (saya amek resepi kek span vanila) bukan la guna air banyak pun..
sikit je..
ni pun dah bersesak dah dok kacau bunga dalam bekas air tu..
ingat dah cukup dah nak membirukan kek ni....


Lupa nak campur tolak warna krim/kuning adunan kek hasil daripada telur dan tepung...
cuba kira kalau biru + kuning, jadi warna apa????

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaawaaaaaaaaaaaa...


Dapat kaler hijau...
seropa macam buat kek pandan jek...
nasib rasa ros ja, sebab letak esen ros..
adoi, spoillllllllllllll...

Teruskan je la dengan kaler hijau pun..
maleh dah nak baking lagi..
janji boleh makan suder....

Untuk topping kek, cuba cream cheese frosting pulak..
Ambil resepi dari Acik ZalinZalina


Seperti biasa, pukul whipping cream sampai kental dulu..
kemudian transfer masuk bekas, masuk peti sejuk..
almaklumlah ada satu je mixer...


Lepas tu, baru pukul keju pula..
tak perlu basuh pun mangkuk mixer tu...
bijak tak, jimat kan...


Sambil2 nak pukul kental krim tu, kalau bijaksana-bijaksini..
boleh la, potong kek kepada 2 atau 3 bahagian..
ikut suka nak berapa lapisan..
Saya buat 3 keping je..
takut krim nak topping nanti tak cukup, hehehe...


Kemudian boleh la layer satu2, sampai habis...


Chef cilik ni, tengok Umi dia buat, macam best je pusing2..
dia pun nak jugekkk...
menjerit2 Umi masa ni tengok dia dok sapu krim....
Sabo je la..
Habislah kek ni, adoi..
Lama juga la dok tunggu dia main2 ni..
Sampai dia puas hati hias kek untuk Abi dia, kekeke...


Hasilnya begini la selepas dipotong...
nak hijau pun x berapa nak hijau...
Nak kata biru, memang tak la kan....
Huhuhuhu.....


Makan tengahari hari Ahad tu, baru potong keknya..
Dengan pulut kuning dan nasi tumis, Mak Mertua masak.
Adik ipar masak Sambal Daging/ Daging Masak Merah.
Saya buat rendang ayam...

Happy family, makan sampai kenyang...
Alhamdulillah :)



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Monday, 3 October 2016

RESEPI : Kek Lobak Merah + Kacang

Assalamualaikum...

Dah lama tak makan kek karot..
sejak jumpa video kek karot versi blender halus tu, orang2 komen dalam tu, ni la cara buat kek karot yang betul..
omputih la yang komen..

Seingat saya, versi Malaysia parut je la kot..
xpernah nampak lagi yang jenis blend..
kalau buat nasi karot pun, parut je..
kalau blend, tak jadi nasi la, jadi bubur karot la kot, hohoho...

Minggu lepas, tetiba terlintas teringin nak makan kek karot..
sebab dah lama tak buat...
ada kesempatan pi Mydin, beli karot 6 batang,
walaupun di rumah masih ada dua batang..
Bajet2, nak buat 2 biji kek...

Satu makan, satu lagi bagi orang, kekeke...
rasanya dalam sebulan tak membakar kek, tak boleh duduk agaknya..
nampak telur banyak lagi dalam peti,
ooo tak buat kek lagi, nanti buat kek, habis la telur tu, huhuhu...


Resepi untuk kek karot, masih lagi setia dengan resepi ex-housemate bagi- Masz
resepi dia senang, kalau tak ada mixer pun boleh buat kek ni..
guna blender untuk pukul telur + gula (sehingga larut dan jadi putih).. nak guna whisker pun boleh
janji ada oven, kalau tak ada, boleh cuba kukus, atau pressure cooker, atau pemanggang ajaib..
nak adjust api, xtau la, sebab saya tak ada PC dan PA tu...
kalau kukus, standard kek, 40-45 minit la..

Masz sendiri yang tulis resepi ni..
siap lukis-lukis lagi..
page belakang, dia bagi resepi kek coklat..
tu sebab dia tulis - Masz lagi
yang serbuk kayu manis, saya tambah, sebab dia lupa tulis..

First time cuba tu, tak jadi.
dah tu mengadu kat dia, dia baru teringat serbuk kayu manis tak tulis..
tapi bukan sebab tu kek saya tak jadi..
masa tu memang tak pandai lagi nak buat kek..
saya tau buat kek coklat kukus je masa tu..
kenapa entah, macam tak kembang/naik sangat la...

Kali ni buat OK je kek tu..
Lembab, lembut, bahagian atas tu, keras crunchy sikit, saya suka yang macam ni..
kali ni tambah sikit bahan asing, cewahh..


Hari tu nampak di blog kak Azie Kitchen, ada letak kacang...
tapi tak ingat kacang apa dia letak..
kena google balik cari resepi tu..
kebetulan masa beli kayu manis, nampak kacang ni di sebelahnya..

Ooo, dok ingat nak buat kek karot, boleh la acu cuba try test letak kacang..
nak merasa jugak apa kelainannya, mesti bila makan, mengunyah lebih sikit sebab ada kacang..
main amek je beli kacang ni..
kalau tak sedap letak dalam kek,
lain kali boleh goreng makan terus, buat kudapan..
dulu2 Mak rajin beli buat sendiri kacang goreng, goncang2 dengan sedikit garam..
boleh makan2 sambil tengok TV, hehehe...


Untuk nak letak dalam kek, saya cincang2 dulu dengan pisau..
buat gaya Jamie atau Nigella tu ye...
pegang hujung pisau yang tajam tu secara statik, gerak2kan hulu pisau je untuk cincang2 kacang..
fefeeling jadi chef sat, dengan pisau baru, kekeke...


Karot pun parut guna pemarut baru, yeh!
Sukaaaaaaa..

Lepas dah siap parut karot dan cincang kacang...
baru mula pukul telur serentak dengan ON oven..
saya guna jam oven je untuk tengok berapa minit saya pukul telur + gula sehingga jadi putih..
dalam sepuluh minit camtu..


Sambil pukul telur, sambil ayak tepung semua..
kalau guna hand mixer, kena ayak tepung dulu la..
kecuali kalau ada pembantu nak tolong sekali buat...


Masa ni, saya buat 1 1/2 adunan..
buat untuk dua loyang.
yang loyang besar tu, tersaja pi tabur karot lebihan tu..
bila dah masak, dia tenggelam jugak..


Suhu oven yang resepi Masz ni, guna 160C je..
masa oven kecik dulu, OK la masa elok dengan masa 40minit..

Tapi bila guna oven besar ni, 40 minit masih tak masak..
saya tambah 15 minit lagi, baru masak OK..
Sebelum ni buat kek coklat dia, tak masak juga, tambah 15 minit lagi..
kali ni terlupa lagi nak adjust tambah suhu lagi..
lepas ni boleh adjust jadi 170C selama 40minit pula..
lebih kurang standard untuk kek padat..
Lain kali nak buat lagi, boleh cuba 170C pulak, hehehe..


Masa gaulkan tepung tu, nampak karot macam banyak je..
tu yang ada lebihan sikit tadi, pi buat tabur2..
bila dah masak, tak la banyak mana pun karotnya kan..
patut habiskan je tadi, adoi..
saya parut 4 biji je tadi..

Ada kacang ni, sedap juga ye..
Saya agak tak kena dengan selera saya, tapi bila cuba makan, OK jugak sedap..
gula tu, sukat 2 cawan, tapi tak pernah penuh pun..
memang selalu masak kek, memang kurangkan sikit gulanya..
tak sukat betul2 penuh pun..
tak nak manis2 sangat, nanti pening kepala, huhuhu...

Senang kan resepi ni..
Selamat mencuba!




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Monday, 5 September 2016

Hafni dah 3 tahun, 4 September 2016..

Assalamualaikum...

Susahnya nak menulis, bila dah lama tinggal..huhu
tengok blog je tak ada mood nak tulis...

Tapi dalam hati ni, sentiasa bermonolog teks nak mengarang di blog..
tapi tidak direalisasikan sebab tak ada masa nak menghadap...

Lama sangat dok simpan cerita..
yang dah lama2 tu, kira simpan dalam laptop je la...
atau biar ia berlalu begitu saja...

Tapi pagi tadi bila BW, ada blogger tu tulis, kalau tak menulis cerita di blog, tak ada kenangan untuk diulang tayang semula..
lebih2 lagi cerita perkembangan anak2..
Walaupun tak sehebat mana, tulis je la kan...
anak2 sekejap je, membesar..
tup2 dah pergi tadika, sekolah, universiti, pastu kawen...

Jadi, untuk tidak keciwa atau menyesal...
tulis la sikit, kalau tak banyak...
share la sikit, walaupun tak hebat..
esok2 tua, boleh baca balik, inshaAllah :)


Hafni sambut besday yang ketiga, 4 September semalam..
tapi potong kek nya, hari Sabtu lagi...
sebab Ahad ada aciknya, dah nak balik UKM, kami pula nak join kursus pertanian..
jadi sambut sesiap hari Sabtu tu..

Nasib baik la, hari Jumaat lagi saya dah siap baking kek..
tu pun 2 kali juga buat kek...
kek pertama tu, agak basah, susah nak potong, habis hancur...cancel..
mula baking yang kali kedua pula...

Buat kek senang2 je kali ni..
senang2 pun, berlapis2 jugak la, hahaha
kek kastad pandan lapis...
dulu2 masa kerja bakery, pernah tengok kakak ni buat, lapis2 ni...
saya tengok je la, tak pernah rasa pun, sebab rasa macam tak minat je tengok kek gitu..
kali ni saja nak mencuba, tengok KakIta potong kek tu, macam cantik je lapis2 tu...
saja nak mencabar, alang2 boleh gak nak merasa..
nak membeli, memang tak la..iskk

Asal plan nak potong 3 lapis, pastu 2 lapis je...
takut loyang tak muat, kang melimpah pula..
bila dah potong, nampak tak cantik pula sebab tebal sangat lapisannya...

Ada sebungkus lagi tepung kastad, nak cuba lagi sekali...
hasil kastad saya, tak sejernih macam dalam gambar orang lain..
Rasa, sedap OK...
saya ja yang kureng suka sebab ada santan, rasa lemak2 gitu..
mungkin lepas ni nak cuba tanpa santan pula atau kurangkan sikit kepada separuh...

Close-up gambar kek tak ada huhu...
sebab sambut di rumah mertua..
gambar atas tu pun, adik ipar yang ambil..
ada la simpan kenangan...

Selain kek, buat bihun sup tulang, enSuami minta versi Utara punya..
siap dengan sambal merah lagi la...
Mertua masak kan pulut kuning untuk Hafni..

Itu je sambutan besday untuk Hafni, buat makan2 dalam family saja..
Semoga Hafni sihat dan cerdas.. Rajin dan Solehah.. Alim dan diberkati hidup sepanjang hayat...
Amin..
Hafni, sarang nhe :)

Monday, 25 April 2016

RESEPI : Puding Biskut Tiramisu

Assalamualaikum...

Bila dah lama tak blogwalking, sekali mai angin rajin, satu-satu entri saya baca di setiap blog kawan2 alam maya ni..
baca sehingga entri terakhir saya baca...

Bila sampai je entri masak-memasak ni, ha mula la membuak-buak perasaan nak masak jugak, wakakaka....


Maka, jumpa la satu resepi yang mudah sangat..
kacau-kacau..
susun-susun..
tabur-tabur,,
siap sudah!

Resepi dari blog TintaMerahMama...
Puding Biskut Tiramisu...

Bahan
Biskut kraker secukupnya (saya guna biskut Marie)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan supaya kurang manis)
1 tin air
5 sudu besar tepung kastad
1 sudu esen vanila
sedikit garam
serbuk milo
nestum

Cara Masak
Satukan susu cair, susu pekat, air, tepung kastad, esen vanila dan garam. Larutkan dulu semua bahan, baru buka api. Ni cara saya la kalau masak puding. Ada setengah orang yang rajin tu, siap tapis lagi. kalau ada juga tepung yang tak larut, kena la tapis...
Masak sehingga adunan puding menjadi pekat, tutup api.


Kemudian, sediakan loyang atau tupperware..
Disebabkan lepas ni kena simpan dalam peti sejuk, saya guna tupperware je, sebab ada penutup.
Lapiskan dengan plastik... Saya tak ada plastik lapik tu, guna plastic wrap je, huhu...


Pastu boleh la susun-susun biskut, sehingga menutupi permukaan.
disebabkan saya guna biskut bulat, ada la lompong di bahagian tengah tu, hehehe...


Lepas tu, tuang puding sehingga menutupi permukaan biskut...
gayanya ala-ala kek batik la jugak kan...


Pastu tabur milo/serbuk koko, ikut selera...
pastu tabur pula nestum..


Ulang lagi melapis sehingga habis puding atau biskut, atau dah penuh bekas...
Lepas dah siap, boleh masuk peti..
Simpan dulu untuk beberapa jam, sebab kita nak bekukan puding tu dulu...


Selepas semalaman dibiarkan dalam peti sejuk, boleh keluarkan dari bekas, dan potong dengan pisau panas (rendam dalam air panas, lap dengan tisu, kemudian potong puding)
Baru licin je kejadian lepas dipotong tu...

Ha kesan lompong di bahagian tengah tu, tebal je pudingnya...
Senang je kan...
Best la, nanti nak buat lagi, sesuai buat makan2 sambil layan KShowOnline, kekeke....

Selamat mencuba!!!



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382
Daisypath Anniversary tickers