Search This Blog
Showing posts with label NISA' dan Muslimat. Show all posts
Showing posts with label NISA' dan Muslimat. Show all posts
Saturday, 4 May 2013
Wednesday, 17 April 2013
Boleh plak hang mengumpat customer depan customer nooo...
Siap bawak kain contoh nak matching color koooooot...


Wednesday, 10 October 2012
Seminar Negara Berkebajikan : Tawaran dan Peluang kepada Wanita Malaysia
Seminar ni diadakan pada 7 Oktober bertempat di KUIZM.
Oh maklumat dalam banner dah cukup lengkap, hehe.
Boleh tengok kat banner..
Seminar ini hanya dihadiri khas oleh ahli dan pimpinan parti (PAS) untuk sebaran di peringkat pertama sebelum membawa pulang maklumat dan input ke gelanggang perjuangan masing2.
OK, muslimat sahaja yang datang seminar ini.
Dari pagi seawal jam 8.00 pendaftaran sehingga dijadualkan tamat pada jam 5.00 petang.
Pada sesi pagi, YB Dr Siti Mariah telah membentangkan "Tawaran dan Peluang untuk Wanita Malaysia"
Dalam kertas kerja ini, YB Dr Siti Mariah menjelaskan Agenda Wanita Malaysia yang telah dibincangkan bersama pimpinan wanita Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
Buku ni kaler oren @jingga, sama tema dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Dalam gambar tersebut sudah jelas, dengan 7 perkara pokok yang diperincikan secara terperinci.
Buku ini dijual dengan harga RM 3.00.
Perincian yang tersebut adalah seperti di bawah.
Dan ini yang paling penting untuk jaminan kita semua sebagai Wanita, Isteri, Ibu berkeluarga, Suri rumah atau berkerjaya, Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU!
Siapa tak nak tawaran di atas, angkat kaki, hehe...
Kepada semua yang masih ragu atau keliru, walaupun Pakatan Rakyat mempunyai agenda Wanita Malaysia ini (Buku Jingga), tetapi PAS juga telah membuat satu inisiatif khas untuk Muslimat PAS dalam memberi fokus kepada beberapa tawaran PAS kepada wanita Malaysia :
Terdapat 10 Agenda Permulaan yang diutamakan dalam buku hijau Negara berkebajikan Tawaran PAS.
Buku ini dijual dengan harga RM 4.00.
Di dalam buku ini, wanita dapat mengetahui 10 agenda tersebut iaitu:
- Kerajaan beramanah, adil dan bersih.
- Masyarakat penyayang, aman dan bersatu.
- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama.
- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai.
- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai.
- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat.
- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia.
- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.
Kalau dilihat dan dibaca, pandangan saya, tawaran Wanita PR adalah lebih terperinci iaitu memberi sesuatu yang segera bermanfaat kepada wanita secara langsung dan dapat dilihat hasilnya dengan cepat.
Untuk tawaran PAS ini, topiknya lebih menyeluruh secara nasional, di mana Wanita/Muslimat PAS mahu menjadi salah satu atau organisasi/badan yang mengambil bahagian dalam mentadbir negara ke arah lebih sempurna, beramanah, adil dan bersih.
Maksudnya portfolio ini sesuai untuk bakal Menteri Wanita Malaysia Pakatan Rakyat la.
Bukan macam menteri wanita sekarang.
Kahkahkah, menteri wanita tapi bukan wanita.
Macamana nak tau keperluan dan kehendak Wanita kalau bukan pimpinan tu Wanita???
Macamana? macamana? macamana?
Sebab tu dia kata, Malaysia xperlukan pergerakan hak wanita, huhuhuhu.
Siapa yang mau setuju, picit mouse dia kat link tu....
Selepas pembentangan ini, Cikgu Azmi dan YB Dr. Dzulkifly mengulas dan memberi beberapa cadangan untuk memperkasakan lagi agenda yang telah disenaraikan.
Selepas pembentangan ini, Cikgu Azmi dan YB Dr. Dzulkifly mengulas dan memberi beberapa cadangan untuk memperkasakan lagi agenda yang telah disenaraikan.
| ~Cikgu Azmi~ |
| ~YB Dr Dzulkifly~ |
Gempur Minda!
Gempur minda Rakyat Malaysia!
Rakyat Melayu Malaysia!
Apa pencacai cakap?
![]() |
| ~Oopps maaf, kalau ada yang xsesuai dalam poster di atas~ |
Camtu la selalu kan, pencacai dok komen2 kat blog, FB, dan mana2 medium.
Ok, sekarang PAS dan PR dah ada polisi dan agenda tersendiri selepas berjaya menakluki Putrajaya.
Nanti ada plak orang dok cakap, dulu nak buat Putrajaya, tentang! La ni sibuk2 plak nak Putrajaya!
Whatttttttttt????????
Bukan bangunan Putrajaya tu yang kami nak cek oiiii,
Dah pentadbiran negara Malaysia kat Putrajaya, mesti la sebut nak Putrajaya.
Sempitttttt.
Hijau ke Putrajaya.
InsyaAllah.
Tuesday, 9 October 2012
Jom buat mi kuning sendiri di rumah...
Hari Sabtu lepas ada kursus buat mi kuning.
Bila dapat tau tu, memang teruja nak pi la.
Yuran, RM 10 ja.
Kursus ni anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB)
PWB ini adalah komponen agenda di bawah Exco Wanita, YB Rodziah untuk membantu suri rumah, ibu tunggal atau wanita yang berminat untuk menambah ilmu dan kepakaran seterusnya dapat menjana pendapatan dari rumah.
Setiap DUN dikehendaki memilih satu bidang atau produk untuk difokuskan oleh wanita setempat.
Peruntukan sebanyak RM 30K disediakan untuk PWB bagi memenuhi keperluan kursus, membeli mesin atau peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk.
Bagi DUN Bangi, memandangkan kelas jahitan telah berlangsung sejak tahun lepas, dan berlarutan di beberapa cawangan yang digerakkan oleh Muslimat, justeru AJK telah memilih bidang makanan untuk difokuskan kepada wanita di sini.
Semasa kelas jahitan berlangsung, YB telah menyumbangkan 6 buah mesin jahit SINGER untuk kegunaan pelajar dan seterusnya beberapa orang telah bergabung menerima tempahan menjahit baju.
Nabilah? hehe.
Boleh jahit untuk diri sendiri ja.
Xsempat kot.
Baju sendiri pun xsiap2 lagi,ekekeke.
OK, sapa nak resepi buat mi kuning, angkat mouse?
hehehehehehehehe
Ok, Nabilah bagi kat bawah.
Sonang ajo zaman sekarang ini.
Amek gambaq ja, xyah nak salin2.
Tapi masa ni saya salin dalam buku.
Cuma amek gambaq sebab CikLela minta amekkan.
Sebagai bukti untuk laporan aktiviti nak bagi kat YB, hehe.
Bahan2nya adalah:
1. 500G tepung gandum
2. 1 biji telur
3. Sedikit kunyit.
4. 200ML air
5. 1 senduk minyak masak.
6. Air untuk rebus.
Pilihan : Kunyit/ Lobak Merah/ Bayam
Ok, ini contoh bahan2 dia.
Soalan : Cikgu, tepung gandum mesti pakai jenama tu ke, atau apa2 tepung gandum pun boleh?
Cikgu : Semua jenama tepung gandum boleh.
Cikgu : Untuk 200ML air itu, teknik yang betul adalah, ambil penyukat, masukkan sebiji telur, dan tambah air sehingga menjadi 200ML air.
Untuk pelbagai perasa.
Tadi ada nampakkan kunyit, carrot dan bayam.
Untuk pengetahuan, kita boleh buat mi pelbagai rasa!
Hebat kan???
Cikgu kata, dah memang ada jual pelbagai rasa.
Ye ke, xpernah jumpa pun, hehehe.
Ini first time tau, emm.
Untuk carrot dan bayam, sama juga macam tadi untuk sukatan 200ML.
Letakkan telur dahulu, baru tambah cecair (hasil kisaran carrot n bayam)
Ada paham?
Ok, masa ni kami dah bersedia untuk belajar cara membuat mi.
Xcited gila, semua dok depan.
Rasa syok sangat dapat belajar ni.
Nanti xyah lagi nak beli kat kedai.
Lagipun xberapa nak sihat sebab ada asid borik, bahaya tu.
Mi ni, Nabilah Ahmad hanya suka makan bila digoreng.
Kalau mi kuah2, macam kari ka, sup ka, apa lagi ek?
Dok gemar angat, syok lagi kalau goreng.
Lalalalalala.
Ok, ni la cikgu yang ajar buat mi ni.
Cikgu Azrida.
Cikgu memang dok buat jual2 mi kat umah.
Hanya secara kecil-kecilan.
Macam jiran2 yang tau, dok tempah la kat cikgu.
Makan mi yang fresh tuuuuu.
Xdak asid borik lagi!
Pelbagai perasa gitu.
Cikgu kata semua jenis sayur boleh, untuk buat mi ni.
Lepas cikgu buat demo sekali, peserta diajak untuk buat sendiri untuk praktikkan.
Cikgu kata kalau tengok saja, nanti xingat plak.
Bila cakap macam tu, Nabilah Ahmad la, orang pertama meluru ke meja, dah memang dok depan sekali pun.
Xsabaaq ni nak buat mi sendiri.
Chayuk!
Cara-cara nak buat:
1. Timbang tepung 500GM
* 500GM tepung boleh dapat 1KG mi, banyakkan?
2. Masukkan sedikit kunyit, kalau nak kuning sangat, boh banyak sket naa.
3. Sukat campuran telur dan air. Masukkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan hujung jari.
* Air hanya 200ML, ingat! Kalau lebih cikgu kata xjadi, terlalu lembut, nanti melekat kat mesin.
4. Bila dah habis air, jangan pelik, memang tepungnya seroi2. Bukan menjadi doh macam kuih2 lain bila kita uli.
5. Lepas tu, ambil segenggam tepung, padat2kannya dengan genggaman dan picit2kan tepung menjadi leper.
6. Sesi menggelek dengan mesin. Gunakan ruang menggelek untuk meratakan tepung sehingga padat. pelabagai saiz ketebalan boleh digunakan mengikut kegemaran masing2. Kalau nak mi besaq2, buat tebal2. Kalau nak mi halus2, boleh nipiskan ia.
7. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga adunan tadi habis. Kena selesaikan semua tepung dengan segera sebelum ia kering dan keras. Bila dah keras, susah dah nak padat2kan. Kena pandai2 sendiri tambah air untuk lembutkan balik. [macam yang kami buat haritu, huhuhuhu]
8. Lepas dah semua digelek/leper, tukar plak pemutar ke bahagian jejari. Jadi boleh la dapat mi buatan tangan kita sendiri.
Pulun2, jangan tak pulun kayuh.
Masa ni susah sket la.
Sebab CikTon lupa bawak dia punya penyendal mesin ni.
Tu yang terpaksa guna lebih tenaga.
Satu tangan nak tekan mesin, satu tangan lagi nak kayuh, huhuhu.
Tu yang macam xnampak sangat mi nya.
Masa ni kami tengah siapkan mi perasa bayam.
Masa yang perasa kuning tu, kami leper, terus buat ke mi.
Jadi adunan yang akhir tu dah kering, pandai2 sendiri tambah air bagi lembut sket.
Masa tu cikgu pun bagitau selalu dia habiskan buat yang leper dulu, baru potong mi.
Kali kedua buat untuk bayam, baru kami buat cara yang betul.
Baru selamattttt!
Ni la hasilnya mi bayam.
9. Bila dah siap semua jadi mi. Sila panaskan air. Bila mendidih betul2, baru masukkan mi tadi.
Tambah 1 senduk minyak untuk elak dia melekat2 antara satu sama lain.
Macam kita masak spageti tu la kan.
Oh ya, rasanya pun macam spageti.
Xmacam mi kuning yang kita beli kat kedai.
Emm, camtu la.
Nanti nak makan mi, boleh buat macam ni.
Nak makan spageti pun buat macam ni, hahaha.
Ok, mi yang kita buat ini, boleh tahan selama 3hari kalau disimpan dalam peti ais.
Kalau nak simpan lama, sila frozen kan.
Tapi cikgu kata xsedap sangat bila disejukbekukan.
Lebih baik makan yang fresh.
Nak makan, baru buat, camtu la kot yang cikgu maksudkan.
Masa dapat tau ada kursus buat mi, Nabilah ingatkan kita buat mi ni, macam orang Cina kung fu buat tu.
Main tebar2, pusing2, belit2, nanti tepung tu terbelah2 sendiri membentuk mi.
Kueng kueng, bajet tinggi gile metafora, hahahaha.
Ohohoh, mau belajaq buat ramen dengan bapak Mong Ryong yang hebat dalam cerita Witch Yoo Hee tuuuu...
...Hohohohoho...
Selamat mencuba di rumah. Sediakan makanan yang sihat untuk keluarga kita, tata
Monday, 9 April 2012
Walimah Zaniza & Sheikh Afiq ~313~
Jadi trademark dia plk ye, ~313~...
Tapi kami xla pergi masa tarikh 31.3.2012.
31.3 adalah tarikh nikah bagi mereka berdua.
1 April xdapat pergi kenduri di Banting kerana ada mesyuarat Agung pada hari tersebut.
Jadi dapat join pada 7 April 2012, di dewan Besar, UNITEN, apa nama, xingat daaa.
Kaler coklat-gold.......
Cam tema ai laaaa........
Sheikh pun berkot India jgk.......
Sekarang dah ramai pengantin berbaju begitu.
Nampak smart kan.......
Baju melayu songket dah pakai dah masa majlis di Banting.
Bila majlis di dewan, mesti la gaun dan kot kan, baru kelas gitu.....
Ai jeles la kat orang yang boleh buat kenduri kawen kat dewan, emmmmm
Tapi, nasib baik majlis ai dah lepas ye.....
Nak kawen sekali lagi, boleh takkkkkkkk, ngeeeeeee
Mashuk plak baju pi makan kenduri dengan tema pengantin, 
Gaya bebas ceria bersama pengantin!!!
Terjumpa plak kawan lama satu fakulti FST dulu Amierul n Aisyah dengan anaknya.
Gigihnya Amierul, 2minggu sekali berulang dari Sabah ke Gombak, jumpa anak isteri.
Cayalahhhhh 
Apa la yang ditunjukkan oleh Sheikh kat Mak dia, semangat noooo.......
Jumpa lagi dengan Sarah Azizul dan enSuaminya, Fadhli.
Comeyyyyyy!
Kawan Sheikh agaknya depa ni....
Semangat dua orang tu, lagak seperti pengantin berjalan di red carpet.
Belum jadi pengantin lagi kot, nak merasa la tu, hehehe...
Kami dari rombongan IPU-JASA, NISA Serdang mengucapkan selamat Pengantin Baru,
Semoga Berbahagia sampai Syurga ya...
Sehari sebelum nak pi kenduri pi beli hadiah untuk pengantin.
Tak tahu nak pilih hadiah pe nih..
Zaman 1, sape kawen mesti asyik dapat mineral pot (air penapis tu kan)
Zaman 2, Sape kawen mesti asyik dapat heater tu kan
Zaman 3, Sape kawen, saya pilih nak bagi set taperware mcm ni plak....
Kak Sabrina kata, dia suka sape bagi hadiah taperware ni...
Senang nak simpan makanan dalam peti sejuk.
Almaklumlah bila hidup berdua, apabila rajin masak, kalau makanan tak habis dimakan, mesti nak simpan kannnn, nak elak pembaziran.
Baguslah kan...
Set pinggan mangkuk, gelas, jar, mesti dah ramai yang bagi....
Lagi best kalau dapat set dari IKEA kan, ai tau la tu, syok ehhhhhhhhh
Tapi taperware kat atas tu bukan set IKEA la ye...
Saya yang dapat set taperware IKEA pn Nik Aeshah bagi.
I like, kaler hijau plak tu...
Sama macam bingkai frame IKEA yang Nabilah pesan beli dengan ChikLela.
Adusssss, bila nak hias rumah sendiri nih, tak sabarnyaaaaaaaaa!
Wednesday, 19 October 2011
Suasana yang serabut dengan kekurangan tenaga, =|
Ahad lepas, Jom Shopping Siri Ketiga peringkat DUN Bangi.
Seawalnya Nabilah membuat persediaan untuk mempastikan kelancaran program.
Pengalaman dua kali siri sebelum ini, memberi panduan apa yang patut, apa yang perlu.
![]() |
| ~Dah buat pembahagian mengikut kampung dan cawangan~ |
Rezeki kali ketiga ini, masih lagi kekurangan.
Kali ini diuji dengan kekurangan petugas untuk membantu.
Dah hampir ke 9.30 pagi, sesi pendaftaran menjadi serabut dan tak terkawal.
Orang yang diharap membantu, xsampai.
Setiap kali pendaftaran, mesti ada warga emas yang xlayak, x dipanggil datang menerjah nak shoping jugak.
Time ni la, rasa nak mengamuk ni....
Nak marah pakcik, makcik, xpatut plak.....
Tapi memang mereka tak diundang.
![]() |
| ~Ada plak Achi ni datang sebab dengar dari jiran2~ |
Wakil cawangan yang diamanahkan pun tidak bertindak jujur untuk melancarkan program.
Semua cacat cela program dan peserta, Nabilah sorang je yang boleh jawab.
Kalau ada maklumat yang tersangkut, Nabilah yang kena berurusan dengan Shah Alam, Nabilah yang kena menjawab sebab musabab memberi pada yang x layak.
![]() |
| ~Pakcik ni wat provok, dia pun warga emas, layak dapat! Daftar pun xpernah, nak dapat camna!Serabuttttttttt~ |
Pengalaman lepas, dah buat Nabilah serik.
Xleh nak bertolak ansur dengan pakcik makcik.
Tolonglah faham, saya kena wat keja ikut prosedur, kalau x, saya yang susah nak kena jawab nanti.
Pakcik makcik tau nak bebel je, wat provokasi.....
Kang Nabilah tinggikan suara, marah2 baru tau kot.
Satni ada plak, mulut yang kata, Pejabat Adun xmesra, aisssssssssssssssssshhhhhhhh manusia manusia......
![]() |
| ~Dah keja jadi casher Econsave daa dengan Kak Sab~ |
Troli pun habis.
Ada plak pelanggan lain, marah2 xpuas hati sebab nak masuk kaunter yang kami khaskan untuk program ni. Sebab kaunter lain penuh, ramai orang. Dia jawab dia nak bayar guna kad kredit, kad kredit khas kat kaunter 1-3 sahaja, kalau dia mai kat kaunter 13-15 pun, xleh bayaq jugak!!! Adoiiiiiiiiiii.
Siap nasihat kat kami lagi, wat la program hari lain, hari Ahad yang ramai orang ni jugak la sibuk nak wat program.
Amboi, bukan Econsave ni akak punya! Nak bayar dengan kad kredit je pun, KREDIT kottttttttt
Ye baik, lepas ni, kami xwat hari Ahad.
Nak wat hari keja, senang.
Xmengharapkan petugas lain, xmyibuk dengan pelanggan lain.
Ni baru kali ketiga, kami masih dalam tempoh percubaan.
Bila dah tau mcm ni jadinya, nanti kami blah la...........
Puas hati????
![]() |
| ~Ha yang ni, memang pekerja Econsave ni, sah2 nampak, dah lama keja kt sini, kak? Hehehe~ |
Sibuk plak mencari barang2....
Kira2 xcukup.... Pas2 tolak plak barang yang dah diambil.
Sory, Kak Nabilah dah pesan untuk utamakan Susu Anlene Pek Besar.
Sebab ada permintaan dari orang, kan sesuai diminum oleh warga emas.
Terima kasih kat korang yang dah ketensionan dan kelaparan.
Lain kali jadi petugas lagi untuk peserta uzur.
Lepas ni, insyaAllah kita ada reward untuk petugas.
Selamat membantu orang bershoping.......
Kita? shoping lepas pakcik makcik habis shoping yeeeeeee, emmmmmmm........
Subscribe to:
Posts (Atom)



































