Search This Blog

Wednesday 19 October 2011

Suasana yang serabut dengan kekurangan tenaga, =|

Ahad lepas, Jom Shopping Siri Ketiga peringkat DUN Bangi.

Seawalnya Nabilah membuat persediaan untuk mempastikan kelancaran program.
Pengalaman dua kali siri sebelum ini, memberi panduan apa yang patut, apa yang perlu.

~Dah buat pembahagian mengikut kampung dan cawangan~

Rezeki kali ketiga ini, masih lagi kekurangan.
Kali ini diuji dengan kekurangan petugas untuk membantu.
Dah hampir ke 9.30 pagi, sesi pendaftaran menjadi serabut dan tak terkawal.
Orang yang diharap membantu, xsampai.


Setiap kali pendaftaran, mesti ada warga emas yang xlayak, x dipanggil datang menerjah nak shoping jugak.
Time ni la, rasa nak mengamuk ni....
Nak marah pakcik, makcik, xpatut plak.....
Tapi memang mereka tak diundang.

~Ada plak Achi ni datang sebab dengar dari jiran2~

Wakil cawangan yang diamanahkan pun tidak bertindak jujur untuk melancarkan program.
Semua cacat cela program dan peserta, Nabilah sorang je yang boleh jawab.
Kalau ada maklumat yang tersangkut, Nabilah yang kena berurusan dengan Shah Alam, Nabilah yang kena menjawab sebab musabab memberi pada yang x layak.

~Pakcik ni wat provok, dia pun warga emas, layak dapat! Daftar pun xpernah, nak dapat camna!Serabuttttttttt~

Pengalaman lepas, dah buat Nabilah serik.
Xleh nak bertolak ansur dengan pakcik makcik.
Tolonglah faham, saya kena wat keja ikut prosedur, kalau x, saya yang susah nak kena jawab nanti.

Pakcik makcik tau nak bebel je, wat provokasi.....
Kang Nabilah tinggikan suara, marah2 baru tau kot.

Satni ada plak, mulut yang kata, Pejabat Adun xmesra, aisssssssssssssssssshhhhhhhh manusia manusia......
~Dah keja jadi casher Econsave daa dengan Kak Sab~
Dah kat Econsave pun, staf diorang pun kureng.
Troli pun habis.
Ada plak pelanggan lain, marah2 xpuas hati sebab nak masuk kaunter yang kami khaskan untuk program ni. Sebab kaunter lain penuh, ramai orang. Dia jawab dia nak bayar guna kad kredit, kad kredit khas kat kaunter 1-3 sahaja, kalau dia mai kat kaunter 13-15 pun, xleh bayaq jugak!!! Adoiiiiiiiiiii.
Siap nasihat kat kami lagi, wat la program hari lain, hari Ahad yang ramai orang ni jugak la sibuk nak wat program.
Amboi, bukan Econsave ni akak punya! Nak bayar dengan kad kredit je pun, KREDIT kottttttttt

Ye baik, lepas ni, kami xwat hari Ahad.
Nak wat hari keja, senang.
Xmengharapkan petugas lain, xmyibuk dengan pelanggan lain.
Ni baru kali ketiga, kami masih dalam tempoh percubaan.
Bila dah tau mcm ni jadinya, nanti kami blah la...........
Puas hati????

~Ha yang ni, memang pekerja Econsave ni, sah2 nampak, dah lama keja kt sini, kak? Hehehe~
Yang terakhir, nak kena beli barang2 untuk 15 orang yang uzur.
Sibuk plak mencari barang2....
Kira2 xcukup.... Pas2 tolak plak barang yang dah diambil.
Sory, Kak Nabilah dah pesan untuk utamakan Susu Anlene Pek Besar.
Sebab ada permintaan dari orang, kan sesuai diminum oleh warga emas.

Terima kasih kat korang yang dah ketensionan dan kelaparan.
Lain kali jadi petugas lagi untuk peserta uzur.
Lepas ni, insyaAllah kita ada reward untuk petugas.

Selamat membantu orang bershoping.......
Kita? shoping lepas pakcik makcik habis shoping yeeeeeee, emmmmmmm........



5 comments:

  1. Uppa, nanti datang tolong Nabilah boleh???Waaaaaaaaaaaa...........

    ReplyDelete
  2. insya-allah boleh...tapi kena bagitau awal pasal sekarang nie kalau tak balik kampung (hari sabtu/ahad), uppa terlibat dengan gerak kerja pilihanraya Puchong...especially hari ahad.

    nanti kalau nak buat shopping hari kerja tue..insya-allah..boleh jugak uppa turun pasal uppa tak de kelas semester nie... :-)

    ReplyDelete
  3. Yeahhhhhh, best2
    Ada orang nak tolong Nabilah...

    Ok2, next prog mayb dlm 1.11.11, hari selasa. nanti Nabilah roger ye, insyaAllah.

    Kamsahamnida, Uppa sshi, =)

    ReplyDelete
  4. Minta maaf nabilah... kami dah bagi nama, tapi x datang tolong... mertua datang, pastu hantar mereka ke Melaka pagi tu...

    Berurusan dengan orang ni macam2 ragam. Allah bagi peluang kepada kita untuk hadapinya, bersukurlah hang dapat peluang tu... Orang yg duk saja2 kat rumah, xdapat peengalaman macam tu...
    InsyaAllah ada reward di akhirat yg xnampak di mata... ;)

    ReplyDelete
  5. Hg ada bagi nama? kat sapa? nasib bek km xtau, sabaq je la....

    ermmm, kdg2 sedih, nak la mgadu kat org...
    tp ayat dlu msa bujang, "cekia, himderuo naa...." xdpt lagi nak luah kat bahu itu, huuuu, sobsobsob

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers