Search This Blog

Showing posts with label Majlis Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Majlis Sahabat. Show all posts

Thursday, 27 August 2015

Walimah di Batu Laut, Singgah di Pantai Morib...

Assalamualaikum...

Ahad lepas, setelah lama tak jalan2 melihat alam luar, wakakaka

Kebetulan ada jemputan kenduri kawan serumah semasa bujang dulu di Bangi, digagahkan juga la ke sana..
Lokasi Batu Laut, Tanjung Sepat..
tak ingat pula, bila dalam perjalanan ke rumah dia, melalui Pantai Morib..
pernah la dua kali pergi rumah dia..
sebab kakaknya, teman semasa belajar, merangkap teman serumah juga..
masa dia nikah n bersalin, pernah la ziarah bersama2 kawan2 lain..
so kali ni adiknya pula yang kawen...


Penunjuk arah ke rumah kenduri..
lupa plak nak cakap kat enSuami, terus pun boleh..
sebab rajahnya agak meragukan, terus ke, ke kanan nih?
enSuami amek kanan, jumpa la kami si pantai Morib...

Alang2 dah lalu, sampai pula awal lagi, sebelum jam 12..
makanya enSuami ajak jalan2 tengok pantai...
saya pun tak ingat pernah datang ke tak...


enSuami dok bebel, mana chalet orang kaya tu?
hah, kat sini ke...
macam lain je...
yang tu berpantai...
yang ni tak ada pantai pasir, tapi batu2....

Lama2, baru teringat, yang tu kat Bagan Lalang, kan?
sebab pernah ada program kat situ..
itu jalan lain la, mana nak ada kat sini..
confused sudaa....


Lagak si kenit tu..
serabutnya rambut dia..
kalau kita sikat, lagi dikecaqnya [diserabutkan]..
jenis tak boleh dirapikan..
nak pakaikan cekak, diikat getah, atau dipakaikan tudung..
tak sampai seminit, dia dah cabut, adoi....


Ikut suka la anak oi..
asal jgn dok jerit2, gheyau sudaa..
nanti Abi jeling2 kat Umi lak, kalau anak dia berbunyi...
kita lak yang salah, iskk


Apa fesyen ntah Hafni sekarang ni..
kalau nak ambil gambar dia je, mesti dia buat kepala senget, siap depang tangan ke atas, macam nak menari zapin..
gaya posing Hafni kot...
hahaha, nak tergelak je tengoknye...


Tak lama pun dapat lepak kat situ, enSuami ajak pi makan kenduri cepat..
asalnya kawan2 serumah yang lain, ajak berjumpa di kenduri ni..
tapi diorang nak tunggu pengantin ready makan beradab dalam lepas zohor gitu..
nak tunggu sampai pukul 2, 2 jam lagi oi...

Apa lagi, bos dah bagi signal tu..
nak cepat2 makan, nak cepat2 balik la tuh!
memang tak dapat nak duduk lama, sebab orang nak makan kenduri, tak cukup kerusi..
saya, suapan terakhir, terus minum air, angkat punggung terus pergi cuci tangan..
masa tu ada satu family tengah menunggu..
kesian lak kalau satu family dok asing2 kan...
segan pun ada nak buat lambat2, tu yang bangun terus tu...

Apa punya blur saya masa tu..
dah masuk dalam rumah pengantin, letak hadiah kawen, terlupa nak jumpa pengantin..
saya dengar pengantin tengah mekap dalam bilik..
tak ketahuan punya pasal, kawan saya pun sibuk sediakan makanan majlis beradab, jadi tak dapat nak sembang apa2..
sempat salam je..

Pastu keluar dari rumah, enSuami dah kelip2 mata, suh cepat..
tak terlintas nak bergambar depan pelamin pun..
dah pengantin pun tak dok, huhuhu...


Ada photobooth dengan buku tetamu je la pengubat duka ahti yang lara..
paksa juga enSuami amek gambaq satu.
klu tak, tak ada bukti mai kenduri..
sebab tak dapat jumpa pengantin...
rasa tak bermakna sangat, huh....


Selamat Pengantin Baru Nurul...
minta maaf la tak dapat tunggu..
enSuami saya bukan jenis nak lepak2..

Habis makan je, kalut dah ajak balik...
sedey tau, hukhuk..

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday, 27 November 2012

Majlis Walimah Junior kat Segamat, jadi Mak Andam ehh...

Salam, hai semua.

25 Disember lepas, sekali lagi saya ke Johor.
Kali ini ke Segamat.

Ada junior nak kawen.
Saya plak nak pi kenduri kawen...

Eh eh eh, semangat nak pi kenduri kawen, sehari awal dah bertolak.
Kawan2 lain especialy sahabat Nisa' Serdang ajak konvoi pagi kenduri dari Bangi.
Tapi sebabkan saya adalah special case, kena pi awai la.
enSuami pun terpaksa ditinggalkan kat Bangi, heee...

Sory enSuami, nak merendek dengan kawan2 bujang sat, hehehe.
Xde la, tolong mekap PnPengantin jap..
Amek kontrak lak, weeeee...


Tahun lepas, awal bulan 11 ada mekap, sorang junior.
Selepas setahun, ada junior pun nak cari mekap2.
Saya offer diri nak challenge.

Dah setahun ni.
Huhu, dia pun terkejut, yang kakak ni boleh mekap orang.
Ala, mekap besa2 je la.
Bukan gempaq macam kat butik, mekap vogue2 gituuu.

Sesuai untuk golongan kami yang besa2 je.
Jarang atau tak pernah mekap.
Sama la dengan diri ini.
Xpernah beli foundation pun seumur hidup ini.

Bila tahun lepas stat nak mekap orang, baru la tercari2.
Study, survey, pergi kelas mekap.
Baru la kenal menatang2 orang pakai untuk solekan.
Sebelum ni, tau celak je la, eye liner.

Geng2 kami ni memang tak bermekap.
Paling rajin pun, ada foundation n bercelak.
Eyeshadow, blusher, lipstick, jangan harap la nak jupa.
Kalau sape pakai mekap tu, mmg nampak sangat ler..

Sebab tu bila nikah, kawen atau bertunang, x susah sangat.
Sekali mekap sket, boleh nampak cantik daaa..

Cuma kami sendiri akan rasa pelik, ganjil, hodoh, mcm hantu, bila tengok muka sendri bermekap.
Hahahaha, pelik kan...
Selalu orang biasa akan nampak mukanya mcam hantu bila tak bermekap, tapi kami nampak macam hantu bila bermekap.
Sebab, tak biasa!

Masa buat trial2, sungguh si Ain ni, xleh terima.
Tengok muka dia bermekap ni.
Macam tak percaya.
Teruknya muka saya! Malunya!

~Veil n spiderweb masa saya nikah dolu2, ngeeee~

Adeh, kak Nabilah xda la mekap muka dia macam hantu.
Mesti la kita mekap cantik2....
Nak jadi pengantin ni.
Orang tumpuan tetamu ni.
Tukang mekap pun takut jugak kot.
Kalau ada yang kata pengantin tu, muka cam hantu la.
Teruk la mekap dia.
Overnya mekap dia.....
Hohohoho, tatut!


Kawan2 serumah meyakinkan dia, cantik!
Saya pun diyakinkan mereka.
Saya pun ragu2, sebab saya yang mekap.
Kalau ikut hati, ada jugak yang tak puas, rasa nak buat lebih baik lagi kan..
Saya pun cakap kat Ain, diri sendiri memang nampak pelik, sebab kita tak biasa mekap2 ni.
Tunggu nak kawen baru nak bermekap.
Baru rasa special sket, seri tu lain.


Ain bergambar bersama adiknya, Hasanah.
Masa majlis nikah ni, Tok Kadi sampai lewat dalam sejam lebih menunggu.
Dah hilang debarnya.
Pengantin perempuan kat dalam, isi masa lapang bergambar dengan family n kawan2 yang datang.
Cantik sangat la baju ni. Rasa nak buat baju mcm ni la.
RM 200++ beli kat Jalan TAR.
Kalau sebut bab baju, panjang alkisahnya di sebalik baju kawen dia ni.
Ni baju last minute ni.
Beli yang siap terus.
Pengantin siap demam2 lagi, banyak sangat masalah menimpa.
Nasib baik ada best friend yang jadi runner kat KL ni.
Tolong belikan baju n bawa balik Segamat, seminggu sebelum majlis.
Suspen gila.


Saya mak andamnya pun risau.
Terkejut kot bila dapat tau baju asal rosak.
Kain yang kami beli untuk wat jubah resepsi pun cancel gak.
Untuk majlis resepsi, dia sewa kat butik pengantin kat kampung.
Kesian, sabaq noo..
Ujian nak mendirikan rumah tangga soleh.
Dapat enSuami hebat, ujian pun hebat ler..
Rezeki masing2.


Ustaz Pengantin, cool je.
Rupanya dia memang minat bergambar.
Patut le rileks je.
Ain je yang malu2.
Puas dok ajar, usik2....
Bagi dia selesa dengan suasana baru, orang baru, teman baru.


Selesai majlis nikah, bergambar dengan family.
Terutama kedua2 ibu bapa pengantin.


Kotak beg mekap yang saya buat sendiri masih berjasa buat masa ni.
Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Sape la yang sempat dok snap ni.
Kucar-kacir kat atas katil pengantin, huhuhu.


Lepas majlis akad nikah, tiba la majlis yang mendebarkan.
Bagi saya la mak andamnya.
Pengantin, dah sah suamisteri, legaaaaaaaa satu dunia rasa lapang.
Sebab syaitan semua daa lari, suamisteri dah halal.

Memang dapat rasa perbezaan tu.
Tak makan pun tak rasa lapar, hahaha.
Nikmatnya perkahwinan yang Allah bagi kepada umatNya yang menjaga syariat agama.

Sebeum nak siap ni, bergilir2 orang masuk nak jupa pengantin.
Ni masalah ni.
Terganggu sket, dah la mak andam malu2, rendah diri kekeke.
Sampai dah masuk waktu zohor,  tak sudah lagi.
Ain solat zohor dulu di tengah2 proses mekap.
Bab tudung yang kami takut ni.

Sebab, tudung ni kami reka sendiri.
Sebab nak beli tudung awning, bidang 60 dengan kaler yang sesuai, agak rumit.
Kitorg plan beli kain dan cuba jaya.
Plannya, memang Ain nak pakai awning kaler putih.
Dan mahu asing.
Jadi beli tudung itu yg penting.
Awning kaler putih, senang jer.
RM 5 pun dapat kat pasar malam, eh ye ke, hehe...
Tudung kecik tu murah2 je kan, yang labuh ni mahal2 sket.


Sebab Ain tak pandai bergaya, jadi dia tak cuba2 sendiri sebelum majlis.
Ada cuba sekali, sehari sebelum nikah tu pun sebab ada kawan baiknya Ain Amir, nak test.
Malam sebelum kenduri pun, saya try pusing2 kat badan sendri.
Dah pengantin sibuk dok pakai inai.
Hari kejadian tu, kalut2 la tarik.
Nak cover tshirt putih kat dalam lagi.
Jadi berat sangat tanggungjawab saya masa ni.
Sebab sewa baju ni, dia sediakan korset je.
Conpem la kami tak guna, sebab kat tangan jarang, nmpk kulit.
Sebab tu Ain tukar dengan tshirt putih.
Akhirnya selepas pusing, Alhamdulillah jadi.
Dapat la cover sket.
Ain, kadang2 dok tarik tudung dia kat belakang tu.
Sebab risau kalau2 singkat.
Ye k.Nabilah tau, dah besa tudung labuh, jadi tak selesa.
Kak nabilah dah cuba selabuh yang mungkin, jangan risau.
Saya takkan menggadai maruah kamu, kekeke.
Paham ler....


Oooooo, rupa2nya, adik2 yang lain bersuka ria kat luar ye..
Tak aci!
Saya dok tension kat dalam.
Mereka bergambar dengan cerianya.
Isk, jeles2, terlepas peluang nak beraksi, emmm




Akhirnya pengantin selamat disediakan dengan jayanya.
Disediakan?
Hehehe, dah siap bersiap la kan.
Kalau tak sudah bersiap ni, conpem tak keluaq lagi jemput enSuami kat depan pagar rumah, hehehe.


Lega la rasa.
Bila tengok Ain selamat di sisi enSuami dia.
Veil resepsi cadangan saya tu pun turut membantu menambahkan seri pengantin.
Saya xsuka pkai crown2, zaman dolu2 je pakai.
Target saya wat mcm english style sket.
Simple, tapi cantik, ewahhh!
Ok, selesai la sudaa tugas saya.
Dok tanya2 la junior, OK tak ok tak.
Risau kalau2 nampak tak cantik, tatut memberi efek kat majlis kawen orang, huhuhu.

Lepas pengantin dah sudah makan, kami pun nak beransur pulang ke Bangi.
Ajak bergambar jap kat pelamin.
Tak merasa lagi bergambar kat pelamin ni.
Lain plak rasa datang kenduri orang kali ini.
Selalu saya yang banyak bergambar, tapi kali ni, saya di mana?
Xsempattttttttt.
Kamera yang dibawa pun dah bertukar tangan.
Shira yang jadi tukang amek gambar, snap2.


2kali mekap pun dah rasa penat gila.
Nasib baik tak ofer diri nak jadi fotografer, mau pengsan dibuatnya, hoho.

Alhamdulillah, saya berpuas hati.
Sebarang komen saya terima dengan lapang dada.
Nak upgrade lagi skill.

Sape lagi nak jadi mangsa solekan saya?
Meh beratur.
Saya sudi nak mekap muka sesape yang nak, hihihi.


Selamat Pengantin Baru Ain.
Semoga menjadi isteri Solehah.
Amin....

Salam sayang dari Sahabat di Bangi.
Ada masa, jemput la datang ke Bangi lagi ye.

Oh oh oh, sedihnya.
Apa la perasaan bila tinggalkan Bangi yang best ni..
Oh, xmau pindah lah, tolong!

Monday, 9 April 2012

Walimah Zaniza & Sheikh Afiq ~313~

Jadi trademark dia plk ye, ~313~...

Tapi kami xla pergi masa tarikh 31.3.2012.

31.3 adalah tarikh nikah bagi mereka berdua.
1 April xdapat pergi kenduri di Banting kerana ada mesyuarat Agung pada hari tersebut.

Jadi dapat join pada 7 April 2012, di dewan Besar, UNITEN, apa nama, xingat daaa.

Kaler coklat-gold.......
Cam tema ai laaaa........
Sheikh pun berkot India jgk.......
Sekarang dah ramai pengantin berbaju begitu.
Nampak smart kan.......


Baju melayu songket dah pakai dah masa majlis di Banting.
Bila majlis di dewan, mesti la gaun dan kot kan, baru kelas gitu.....
Ai jeles la kat orang yang boleh buat kenduri kawen kat dewan, emmmmm

Tapi, nasib baik majlis ai dah lepas ye.....
Nak kawen sekali lagi, boleh takkkkkkkk, ngeeeeeee

Mashuk plak baju pi makan kenduri dengan tema pengantin, happy


Gaya bebas ceria bersama pengantin!!!

Terjumpa plak kawan lama satu fakulti FST dulu Amierul n Aisyah dengan anaknya.
Gigihnya Amierul, 2minggu sekali berulang dari Sabah ke Gombak, jumpa anak isteri.
Cayalahhhhh thumbs up


Apa la yang ditunjukkan oleh Sheikh kat Mak dia, semangat noooo.......

Jumpa lagi dengan Sarah Azizul dan enSuaminya, Fadhli.
Comeyyyyyy!

Kawan Sheikh agaknya depa ni....
Semangat dua orang tu, lagak seperti pengantin berjalan di red carpet.

Belum jadi pengantin lagi kot, nak merasa la tu, hehehe...

Kami dari rombongan IPU-JASA, NISA Serdang mengucapkan selamat Pengantin Baru,
Semoga Berbahagia sampai Syurga ya...love struck

Sehari sebelum nak pi kenduri pi beli hadiah untuk pengantin.
Tak tahu nak pilih hadiah pe nih..
Zaman 1, sape kawen mesti asyik dapat mineral pot (air penapis tu kan)
Zaman 2, Sape kawen mesti asyik dapat heater tu kan
Zaman 3, Sape kawen, saya pilih nak bagi set taperware mcm ni plak....


Kak Sabrina kata, dia suka sape bagi hadiah taperware ni...
Senang nak simpan makanan dalam peti sejuk.
Almaklumlah bila hidup berdua, apabila rajin masak, kalau makanan tak habis dimakan, mesti nak simpan kannnn, nak elak pembaziran.
Baguslah kan...
Set pinggan mangkuk, gelas, jar, mesti dah ramai yang bagi....

Lagi best kalau dapat set dari IKEA kan, ai tau la tu, syok ehhhhhhhhh
Tapi taperware kat atas tu bukan set IKEA la ye...

Saya yang dapat set taperware IKEA pn Nik Aeshah bagi.
I like, kaler hijau plak tu...
Sama macam bingkai frame IKEA yang Nabilah pesan beli dengan ChikLela.

Adusssss, bila nak hias rumah sendiri nih, tak sabarnyaaaaaaaaa!



Monday, 14 November 2011

Glamer gilaaaaa.......

Apa yang glamernyaa?
Di mana yang glamernyaa?
Sapa yang glamernyaa?

Isk, banyak la soalan korang...
Meh nak jawab sikit2...
Sabaq nooooo.....
Sayang Nana......

Hahaha, sebut Sayang Nana, mesti la di Penang, Pulau Mutiara.

Ain Rashid, kawan yang dikenali semasa belajar di KMJ tahun 2010.
Huh, memang banyak la kenangan kami bersama.
Kalau tengok cerita2 kami di sana, memang ada pahit dan manisnya.

Ain Rashid nikah pada tarikh glamer 11.11.11.
Mulanya nak nikah pun, Tok Kadi tolong set kol 11 pagi.
Xda rezeki, Tok Kadi tu gi wat Haji.
Bila tukar Tok Kadi, dia bagi kol 8.45 pagi, waktu yang dia free.

Rupanya terdapat 33 pasangan yang akan nikah pada tarikh ni, dari pagi sehinggalah ke 11 malam.
Hebatnya......
Pagi tu, yang nikah dengan Ain ada lagi 2 pasangan yang lain.


3 pasangan yang nikah, Ain ja xpakai kaler putih.
Dia pakai hijau turqoise lembut.
Glamer gilaa, lain dari yang lain.


Selepas selamat nikah, petang tu, kami ke rumah Maktok (umah Tok Ain)
Agenda, nak siapkan buku tetamu untuk majlis resepsinya esok.
Rasa rilek la plak, bila nikah awai kan?
Petang tu boleh lagi dok rilek2, jalan2.
Kalau Ain, tidoq dengan lena petang tu.

Nabilah tolong dia siapkan buku tetamu.
Sambil dok sembang2 dengan Maktok.
Siap dapat pujian lagi, kekeke.
Tengok la buku tetamu untuk Ain & Wan yang glamer gilaaaa...

Hahaha, xla gempaq sgt pon..
Ini je yang mampu dibuat petang tu.
Maaf ye Ain, kalau buku ni xglamer sgt hasil kreativiti kak Nabilah, huhuhu.


Daripada buku yang kosong, balut2, tampal2, tempek2...
Dah berubah wajah dengan sekelip mata, hehehe.

Dah siap buku, pen kaler2 pun nak kena ada bekas yang cantik, glamer gitu.....
Tanya kat Maktok, ada bekas letak pensil x? Pasu kecik ka?
Ha, gelas jernih ada?
Maktok kata pi tengok kat rak belakang.
Ceq pun pi la belakang, ingatkan nak amek gelas yang xpakai.

Maktok, ni gelas yang dok pakai tiap2 hari.. xpa ka amek nak hias2 ni. Lepas ni xleh pakai dah ha...
Amek la, guna. Nak cari benda lain, xdak dah nak bagi.


Erm kira boleh lah ni, lagipun gelas fre je ni, Maktok kata.
Ye dapat hadiah beli Colgate, hehehe.
Yeh, siap untuk gelas pen....

Dah match dah semua, oren merengau.
Satu je kurang kat sini, xdak tulis Majlis Resepsi ke Buku Tetamu ke...
Dapat wat Ain Love LOve Love Wan je, huhu.
Boleh la ek...
Nanti ada tukang promoter.
Orang akan tau, mende la buku ni kan..........

Pada hari kejadian, sayalah promoternya, huhuhu.
Nak tulis x kat buku yang comel ni?
Meh le tulis ucapan....
Dah wat cantik2 ni....
Rugi la kalau orang comel2 xtulis dalam buku yang comel ni...


Aish main psiko btoi, hahaha.....
Meh2 tulis..........
Seronok tengok bila ramai yang mau tulis.
Legaa hati, risau jugak kalau xramai yang tulis.
Kang penyebabnye saya plak, buku xcantik? Saya xpromote?
Haishhhhhhhhh.


Kat rumah Mak Ain, bilik pengantin juga dihias cantik.

Mudah, cantik, ringkas.
Semuanya boleh buat sendiri.
Xperlu susah2 sewa kat butik.
Rugi kita.......

Hantaran turut tidak ketinggalan berwarna oren, ang ang.......

Ooo, lupa plak nak tunjuk gambar pengantin di hari kejadian.
For sure lah glamer gilaaa
Xpercayaaaaaaaa, tengok ar sendiri kat bawah...........

Suke dengan pelamin dia yang macam basikal? kereta kuda? kereta sorong? hehehe.
Tapi suka la, cantik......


Ain Rashid dan adiknya.
Muka sebijik kan...
Dua2 suka pkai contact lens.
Tu yang mata cantik menarik, tertarik je tengok....

Glamer gilaaa pengantin dan adiknya.

Selamat Pengantin Baru kepada Ain dan Wan.
Majlis di pihak lelaki akan berlangsung Sabtu ni.
Sama la kita, PJJ ya, wat sementara waktu.
Tahun depan ada perancangan baru katanya.

Ada soalan dari si pengantin, Hadiah pe sesuai untuk pn Isteri ni nak hadiahkan kepada enSuaminya pada hari majlis kendurinya di sana?
Xda idea nak bagi, korang rasa apa hadiah yang sweet untuk diberikan kepada Suami?

*aish kenapa saya xleh pk lg ni... dah ada suami pun xleh pk..
grand jugak dia nak wat, siap nak tulis puisi cinta, bagi enSuami dia baca depan ahli keluarga depa, haiiiish, hadiah ape ekkkkkk???

update hari ini 17.11.11

Untuk hadiah surprise enSuami, Ain nak belikan tali leher [*idea dari enSuamiku tersayang (^_~)]

Ada gambar baru nak masuk, gambar dari kamera Ana..
Ada la sket muka bergambar dengan pengantin, sebelum nak meninggalkan majlis.







Melaram awal pagi...



Sebelum pengantin sampai...


~Bersandiwara, lalalala~


~Bersama Pemakai Gaun Kawenku yang lalu~




Daisypath Anniversary tickers