Search This Blog

Showing posts with label Mi Kuning Homemade. Show all posts
Showing posts with label Mi Kuning Homemade. Show all posts

Wednesday, 21 October 2015

RESEPI : Mi Kuning buat sendiri di rumah...

Assalamualaikum...

Dulu saya pernah kongsikan pengalaman pergi kursus buat mi kuning...
link entri tu di sini...

Lepas dari kursus tu pernah cuba sekali di Bangi..
dan sejak di sini, dalam 3kali kot buat mi ni di rumah...
termasuk semalam, baru buat mi ni...
buat makan mi kari untuk tengahari. malamnya buat mi goreng mamak...

Tapi keseluruhan gambar ni diambil kali kedua buat.
untuk sedikit makan2 sempena hari Lahir enSuami, 10 Oktober lepas...
nak share, Mi Rebus Haji Wahid, Johor yang dah dua kali cuba, resepi dari Kak Azlita Masam Manis...
tapi tak ada pula gambar Mi rebus nye...
dah sampai rumah mertua, saya kalut2 solat asar..
masa saya datang ke meja makan, bapa Mertua dah mula baca doa selamat...
lepas tu selamat la semua masuk perut, kekeke....
Sedap sangat resepi tu..
Cubaan pertama guna ubi keledek merah.. kali kedua tu guna kentang pula...
siapa nak tengok resepi, boleh klik sini

Hari ni share step by step buat mi kuning je...
alang2 dah amek gambar, share je lah...
nanti banyak pula entri berstatus draf dalam blog ni [nampak semak ler]

Bahan:
500G tepung gandum
1 biji telur + air = 200ML
Sedikit kunyit
1 senduk minyak masak
Air untuk rebus
Pilihan : Kunyit/ Lobak Merah/ Bayam

Bahan2 pun mudah je, tepung, telur, air, kunyit...
Timbang tepung 500G.
Masukkan sebiji telur ke dalam bekas penyukat, tambah air sehingga 200ML. Masukkan sedikit kunyit, nak letak garam sikit pun boleh. Tak nak garam pun tak pe...Pastu pukul sedikit untuk larut dan sebatikan telur dengan air dan kunyit tu...


Kemudian satukan tepung dengan campuran telur tadi ke dalam bekas pengadun..
kalau nak uli dengan tangan pun boleh, bread-maker pun boleh kot..
saya guna mixer, guna pengadun jenis doh....
uli je semua sehingga sebati...
tepung ni memang rupanya seroi2 je macam dalam gambar...
dia takkan jadi seketul macam doh2 yang lain....
lepas dah sebati, boleh berhenti mengadun...


Sediakan peralatan dan tempat untuk aktiviti menggelek tepung...
memandangkan meja makan dah ke depan di bahagian ruang tamu, makanya di sini juga la aktiviti saya nak buat mi, hehehe....
lapik dengan plastik beras je... plastik tu kena cuci dulu ye, kalau tak bau hapak beras lak nanti...
mesin pasta ni pun pinjam yang mak mertuanye..
pahtu, buat macam harta sendiri, hihuuu....


Dah ready semua?
buat kerja ditemani laptop je la...
sambil buat kerja, sambil layan movie..


Pertama sekali, kena kepal kan tepung tadi seketul2 macam ni...
lebih kurang besar genggaman tangan masing2..
padat2kan betul-betul....
buat sampai tepung habis ...


Lepas dah habis bulatkan, baru mula meleperkan tepung....
dari yang bulat tadi, kita leperkan sikit guna jari..
pastu masukkan ke dalam lubang penggelek tu...
so masa ni la kekuatan fizikal diperlukan...
mau nak lenguh pergelangan tangan dan bahu juga...
satu tangan nak pegang mesin, satu tangan lagi nak pusing handle tu...
yang ni pun, buat sampai habis juga....


Besen yang banyak2 tadi saya guna untuk ni...
mangkuk mixer tu letak tepung yang bulat2...
besen kedua letak yang leper2...
yang atas sekali, buat tutup yang leper tu...
kalau buat kerja bawah kipas, elok tutup la sikit, nak elak dari tepung terlalu kering..
nanti keras, susah pula nak lenyek nanti...
minyak tu tak guna pun masa aktiviti melenyek..
saya cuma guna jadi pelincir dan pencuci mesin ni je...

Masa kursus tu, Acik Azrida bagitau mesin ni tak boleh dibasuh dengan air..
kalau nak bersihkannya, guna minyak masak je...
lap2 kering dengan tuala, pastu simpan...
dalam keadaan tertutup kemas, supaya lipas, semut atau cicak tak buat onar kat mesin ni...
patut la yang Mak saya nye berkarat habis, sebab suka dok basuh dengan air, kuengkueng...
dah selamat masuk tong sampah daa, sebab tak leh guna..
karat banyak lekat kat tepung...


Lepas dah habis semua tepung dileperkan...
baru la kita tukar acuan pula..
amek yang jejari halus nye..
kalau jenis yang lebar tu, macam kerepek la pulak kan, kerepek jejari udang tu...
masa ni baru seronok n senang...
sebab senang je tepung tu lalu sekali terus jadi mi...
seronok oo nampak mi buat sendiri ni, hehehe...

Lepas dah siap semua tepung dh jadi untaian mi...
boleh panaskan air dalam periuk...
kalau boleh amek periuk besar sikit dari saiz mi tu...
boleh masuk sekaligus je...
senang kerja nak merebus tu...
masa merebus ni la, kena letak minyak...
untuk nak elak mi melekat antara satu sama lain...


Mi yang baru je masuk dalam periuk untuk direbus..
nampak leper, kuning pucat...


Rupa mi bila dah masak sepenuhnya..
saiznya akan kembang sikit hampir membulat dan berwarna kuning segar...


Lepas dah nampak mi masak, boleh toskan mi ke dalam penapis..
masa ni dah nampak la lebih kuning daripada warna tepung masa sebelum di masak...
letak sikit je kunyit, dah OK dah..

Mi yang segar macam ni boleh tahan 3 hari kalau disimpan dalam peti ais biasa..
kalau dibekukan, mungkin boleh tahan lama..
tapi kena rebus masak dulu, baru bekukan...
nanti nak makan, boleh celur aje, jimat masa...

Saya suka buat sendiri, sebab saya selalu lupa nak beli2 mi, koteow tu semua..
kalau koteow pun boleh buat sendiri, kan syok...
tapi setakat ni belum terfikir pula nak cari resepi buat koteow sendiri...
ada ke ehh?
kalau ada, boleh la cuba kot...


Mi kari semalam...
mi kari simple, hanya ada mi dengan kari ayam je..
tambah fish cake sikit...
ada kobis je sebagai ulam...
tauhu, tauge, semua tak daak...
resepi tangkap muat je..
kari lebihan sarapan roti jala, hari Isnin tu...
dua2 ni favorite enSuami...
suka sangat dia dengan roti jala dan mi kari...


Makan petang sebagai makan malam, masak mi goreng mamak pulak...
selalunya dengan 500G tepung, akan dapat 1KG mi..
haa 3 kali juga la boleh masak untuk makan berdua ni...
kalau family besar, sekali makan je la 1KG ni...
puas hati, boleh makan sampai puaih....

Selamat mencuba, babaiiii....
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday, 9 October 2012

Jom buat mi kuning sendiri di rumah...

Hari Sabtu lepas ada kursus buat mi kuning.
Bila dapat tau tu, memang teruja nak pi la.
Yuran, RM 10 ja.

Kursus ni anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB)
PWB ini adalah komponen agenda di bawah Exco Wanita, YB Rodziah untuk membantu suri rumah, ibu tunggal atau wanita yang berminat untuk menambah ilmu dan kepakaran seterusnya dapat menjana pendapatan dari rumah.
Setiap DUN dikehendaki memilih satu bidang atau produk untuk difokuskan oleh wanita setempat.
Peruntukan sebanyak RM 30K disediakan untuk PWB bagi memenuhi keperluan kursus, membeli mesin atau peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk.

Bagi DUN Bangi, memandangkan kelas jahitan telah berlangsung sejak tahun lepas, dan berlarutan di beberapa cawangan yang digerakkan oleh Muslimat, justeru AJK telah memilih bidang makanan untuk difokuskan kepada wanita di sini.

Semasa kelas jahitan berlangsung, YB telah menyumbangkan 6 buah mesin jahit SINGER untuk kegunaan pelajar dan seterusnya beberapa orang telah bergabung menerima tempahan menjahit baju.

Nabilah? hehe.
Boleh jahit untuk diri sendiri ja.
Xsempat kot.
Baju sendiri pun xsiap2 lagi,ekekeke.

OK, sapa nak resepi buat mi kuning, angkat mouse?

hehehehehehehehe

Ok, Nabilah bagi kat bawah.
Sonang ajo zaman sekarang ini.
Amek gambaq ja, xyah nak salin2.
Tapi masa ni saya salin dalam buku.
Cuma amek gambaq sebab CikLela minta amekkan.
Sebagai bukti untuk laporan aktiviti nak bagi kat YB, hehe.

Bahan2nya adalah:
1. 500G tepung gandum
2. 1 biji telur
3. Sedikit kunyit.
4. 200ML air
5. 1 senduk minyak masak.
6. Air untuk rebus.

Pilihan : Kunyit/ Lobak Merah/ Bayam

Ok, ini contoh bahan2 dia.

Soalan : Cikgu, tepung gandum mesti pakai jenama tu ke, atau apa2 tepung gandum pun boleh?
Cikgu : Semua jenama tepung gandum boleh.

Cikgu : Untuk 200ML air itu, teknik yang betul adalah, ambil penyukat, masukkan sebiji telur, dan tambah air sehingga menjadi 200ML air.

Untuk pelbagai perasa.
Tadi ada nampakkan kunyit, carrot dan bayam.
Untuk pengetahuan, kita boleh buat mi pelbagai rasa!
Hebat kan???
Cikgu kata, dah memang ada jual pelbagai rasa.
Ye ke, xpernah jumpa pun, hehehe.
Ini first time tau, emm.

Untuk carrot dan bayam, sama juga macam tadi untuk sukatan 200ML.
Letakkan telur dahulu, baru tambah cecair (hasil kisaran carrot n bayam)
Ada paham?

Ok, masa ni kami dah bersedia untuk belajar cara membuat mi.
Xcited gila, semua dok depan.
Rasa syok sangat dapat belajar ni.
Nanti xyah lagi nak beli kat kedai.
Lagipun xberapa nak sihat sebab ada asid borik, bahaya tu.

Mi ni, Nabilah Ahmad hanya suka makan bila digoreng.
Kalau mi kuah2, macam kari ka, sup ka, apa lagi ek?
Dok gemar angat, syok lagi kalau goreng.
Lalalalalala.

Ok, ni la cikgu yang ajar buat mi ni.
Cikgu Azrida.
Cikgu memang dok buat jual2 mi kat umah.
Hanya secara kecil-kecilan.
Macam jiran2 yang tau, dok tempah la kat cikgu.
Makan mi yang fresh tuuuuu.
Xdak asid borik lagi!
Pelbagai perasa gitu.
Cikgu kata semua jenis sayur boleh, untuk buat mi ni.


Lepas cikgu buat demo sekali, peserta diajak untuk buat sendiri untuk praktikkan.
Cikgu kata kalau tengok saja, nanti xingat plak.
Bila cakap macam tu, Nabilah Ahmad la, orang pertama meluru ke meja, dah memang dok depan sekali pun.
Xsabaaq ni nak buat mi sendiri.
Chayuk!

Cara-cara nak buat:
1. Timbang tepung 500GM
* 500GM tepung boleh dapat 1KG mi, banyakkan?
2. Masukkan sedikit kunyit, kalau nak kuning sangat, boh banyak sket naa.
3. Sukat campuran telur dan air. Masukkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan hujung jari.
* Air hanya 200ML, ingat! Kalau lebih cikgu kata xjadi, terlalu lembut, nanti melekat kat mesin.
4. Bila dah habis air, jangan pelik, memang tepungnya seroi2. Bukan menjadi doh macam kuih2 lain bila kita uli.
5. Lepas tu, ambil segenggam tepung, padat2kannya dengan genggaman dan picit2kan tepung menjadi leper.
6. Sesi menggelek dengan mesin. Gunakan ruang menggelek untuk meratakan tepung sehingga padat. pelabagai saiz ketebalan boleh digunakan mengikut kegemaran masing2. Kalau nak mi besaq2, buat tebal2. Kalau nak mi halus2, boleh nipiskan ia.
7. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga adunan tadi habis. Kena selesaikan semua tepung dengan segera sebelum ia kering dan keras. Bila dah keras, susah dah nak padat2kan. Kena pandai2 sendiri tambah air untuk lembutkan balik. [macam yang kami buat haritu, huhuhuhu]
8. Lepas dah semua digelek/leper, tukar plak pemutar ke bahagian jejari. Jadi boleh la dapat mi buatan tangan kita sendiri.

Pulun2, jangan tak pulun kayuh.
Masa ni susah sket la.
Sebab CikTon lupa bawak dia punya penyendal mesin ni.
Tu yang terpaksa guna lebih tenaga.
Satu tangan nak tekan mesin, satu tangan lagi nak kayuh, huhuhu.
Tu yang macam xnampak sangat mi nya.

Masa ni kami tengah siapkan mi perasa bayam.
Masa yang perasa kuning tu, kami leper, terus buat ke mi.
Jadi adunan yang akhir tu dah kering, pandai2 sendiri tambah air bagi lembut sket.
Masa tu cikgu pun bagitau selalu dia habiskan buat yang leper dulu, baru potong mi.

Kali kedua buat untuk bayam, baru kami buat cara yang betul.
Baru selamattttt!

Ni la hasilnya mi bayam.

9. Bila dah siap semua jadi mi. Sila panaskan air. Bila mendidih betul2, baru masukkan mi tadi.
Tambah 1 senduk minyak untuk elak dia melekat2 antara satu sama lain.
Macam kita masak spageti tu la kan.

Oh ya, rasanya pun macam spageti.
Xmacam mi kuning yang kita beli kat kedai.
Emm, camtu la.
Nanti nak makan mi, boleh buat macam ni.
Nak makan spageti pun buat macam ni, hahaha.

Ok, mi yang kita buat ini, boleh tahan selama 3hari kalau disimpan dalam peti ais.
Kalau nak simpan lama, sila frozen kan.
Tapi cikgu kata xsedap sangat bila disejukbekukan.
Lebih baik makan yang fresh.
Nak makan, baru buat, camtu la kot yang cikgu maksudkan.

Masa dapat tau ada kursus buat mi, Nabilah ingatkan kita buat mi ni, macam orang Cina kung fu buat tu.
Main tebar2, pusing2, belit2, nanti tepung tu terbelah2 sendiri membentuk mi.
Kueng kueng, bajet tinggi gile metafora, hahahaha.
Ohohoh, mau belajaq buat ramen dengan bapak Mong Ryong yang hebat dalam cerita Witch Yoo Hee tuuuu...
...Hohohohoho...

Selamat mencuba di rumah. Sediakan makanan yang sihat untuk keluarga kita, tata

Daisypath Anniversary tickers