Search This Blog

Showing posts with label Home Binder. Show all posts
Showing posts with label Home Binder. Show all posts

Friday, 1 July 2016

SUSUN ATUR : Persiapan nak balik raya..

Assalamualaikum...

Dah tak lama dah nak raya..
dah mula mengemas nak balik kampung?

Benda paling awal, saya siapkan baju...
punya la lama, nak siapkan baju raya tahun ni..
macam2 hal jadi..
kain tak cukup la..
beli kain nak buat shawl, warna tak masyuk la [enSuami yang komen]

Bila dah 100% lengkap, lega....
baru la rasa tenang nak menyambut raya, kekeke...
Bila dah siap, kena la basuh, ye tak..
Bila dah kering haa, mula la menggosok pulak...

Hari Rabu lepas kalau tak silap, saya menggosok baju2 ni..
Hari Khamis baru siap lengkap untuk 3 hari..


Siap2 susun untuk satu hari.
Satu hanger tu, untuk kami 3 beranak..
tapi baju je la..seluar enSuami, masuk beg je kot nanti..
Amek hanger yang tebal sikit, susun baju Hafni dulu, baju saya [jubah dress ke namanya], pastu baru baju enSuami..
Yang baru purple n hitam. Merah, baju raya tahun lepas.

Bawak 3 pasang, sebab raya ketiga ada kenduri..
Gosok sesiap dari rumah..
nak kedut ke, nak ronyok ke, tu belakang kira la..
yang penting dah gosok dah..
tak suka last minute buat kerja, nanti penat tak tertanggung...
kalau malam raya baru nak gosok, nanti nak kena berebut pulak, bila dah ramai2 balik ni kan...
kalau ada yang kedut2 yang tak boleh diselamatkan, pandai2 la gosok balik mana yang perlu..


Dah siap baju yang bergosok..
siapkan baju dalam beg pulak..
kebanyakannya pakaian waktu malam, atau pun salinan basahan...
kongsi je satu beg, 3 beranak, kekeke...
lampin Hafni letak beg kecik lain, yang sentiasa dibawa ke mana2 tu, senang nak amek kalau emergency nak kena tukar pampers..

Ada lagi tu, benda2 yang akan ditambah..
yang ni yang memang dah ready, tak mengganggu keperluan harian...
sebab tu letak sesiap...
nanti akhir2 waktu nak keluar rumah tu, baru tambah berus gigi, ubat gigi, deodoran, bedak ke, pencuci muka ke....
Seluar enSuami baru basuh hari ni...
esok kalau dah kering, gosok dulu kalau perlu, baru simpan masuk dalam beg...

Dah siap pakaian, siapkan perihal makanan pulak...
Makanan kering yang dah siap masak, dah ready masuk beg recycle Tesco tu.
Maruku kacang peas yang saya buat hari tu, simpan dalam tin biskut.
Pastu chocolate chips cookies/famous amos tu, dah terbuat awal hari tu...
kejan nak habiskan apa entah, saya buat sebelum puasa lagi...


Minggu lepas ada buat semperit gold..
buat satu adunan je...
lepas tu tobat tak buat dah..
acuan plastik yang dah kemek sikit tu, memang buat tepung terputus2..
ingat boleh guna nozzle dgn piping bag buat semperit, tak boleh rupanya, wuarghhhh..
buat satu adunan je untuk mertua...
untuk Mak sendiri, ganti dengan coklat cip tu je la, nasib baik teringat pasal cookies tu, kalau tak, mau tertinggal sebab tersorok di belakang bekas2 makanan di kabinet, hihihi...

Malam tadi pula, baru siap bersihkan oven..
Hari Rabu siang tu, saya ada taburkan soda dan cuka, untuk tanggalkan kerak yang melekat di dasar oven...
kesan dari bakar red velvet hari tu, guna loose pan, pastu tersentak plak loyang tu, masa nak adjust kedudukan 2 biji loyang tu, so ada tiris, menitis ke bawah...
tengah dah panas oven tu, mana nak boleh lap-lap kan..
pasrah je la, hangit di situ...


Kali ni baru nak cuci2...
1 lampu oven dah terbakar.. cuba nak keluarkan lampu tu, nak bawa ke kedai nak beli, tapi tak tahu nak buka macam mana, huhu..
entah boleh diganti ke tak, pun tak tahu...
gelap sikit la bila baking sebab dia lampu utama..
lampu yang tepi tu, tak nampak sangat kalau guna loyang tinggi, terlindung sikit..

Puas hati juga la, dapat tanggalkan kerak2 tu...
walaupun tak dapat licin 100%, tapi OK la..
ada sikit2 je yang tak tertanggal, nak kikis ganas2 kang, calar pulak..
OK la tu, xda la nak bau hangit2 masa baking nanti...


Memandangkan semalam buat kerja sambil disuluhi lampu suluh, baru saya perasan dengan kesan2 calar ni...
ada dalam 4-5 tempat kesan2 macam ni di kawasan dasar oven...
selama ni saya ingat ada kerak2 kesan dari baking, rupanya bila disuluh, baru tau finishing dia xrata kot..
dok terfikir gak, kot2 saya yang buat bagi calar..
tapi macam tak logik plak nak calar macam tu...
di bahagian dasar oven lak tu, hujung2, tepi2 gitu...
takkan la kena loyang kot..
mana ada letak loyang bawah sekali semasa baking kan...
So saya assumed, memang masa datang macam ni dah kot...
masa di kedai, mana nak nampak benda2 kecik2 macam ni...
selagi tak memberi kesan pada proses membakar, OK je..kan..


In sha Allah, esok dah boleh mula membakar..
saya cadang nak buat kek je..
Abang saya ada tanya tentang cheesecake leleh yang saya tempah dengan BFF saya thn lepas..
dok teringin pulak katanya...
dah tu, saya pun terfikir nak buat kek je la..
alang2 dah pandai kan, ahakss...
kebetulan BFF tu pun baru je bersalin, orang dalam pantang, takkan nak kaco kan...
harap2 menjadi la tu...
telur gred A pun dah beli.. line clear la nak buat kek..

Mak mertua pulak order 2 biji pai epal.
saya ingat nak buat 3 biji kek, kalau tak larat, 2 je..
masak pulut sikit.
itu je nak masak untuk bawak blk..

Kalau boleh hari ni, hari ni dah nak baking..
ni baru bermesej dgn junior tanya boleh bekukan kek tak..
mak nya [pemilik ZaiSara Cookies] kata boleh bekukan, nak defrost nanti biar pada suhu bilik je, tak perlu nak kukus ke bakar balik ke..
wow macam menarik je...
saya memang dok plan nak bekukan...
tapi acaner, freezer plak penuh...
aiyak...


Sebelum ni, bahagian conteng2 ni saya tulis barang2 apa nak beli yang dah habis..
baru2 ni terfikir nak tukarkan fungsi tempat conteng ni, dengan menulis stok apa ada dalam freezer ni..
ye la, kat bekas makanan tak ada label, so kadang2 2-3 kali jugak dok buka penutupnya nak tengok apa isinya..
amek bau sekejap, baru tau makanan apa gitu...


Sebab saya jenis sekali makan je, kalau tak habis, sayang la nak buang terus..
tu yang dok menyimpan je..
tapi suka cara ni, sebab bila malas, xsempat nak masak, boleh makan apa yang ada dengan senang.
just defrost dan panaskan aje...
gitu la senang bagi saya..

So bila dah tulis ni, senang sikit saya nak pantau..
bulan puasa ni, malas2 nak masak, tengok stok apa ada...
boleh je renew menu dari apa yang ada...
kekeke, bijak x...???


Sebelah pintu pun penuhsssssssss...
kalau ikut tips freezer 80% ke 90% je boleh isi freezer.
ini tak tau la dah berapa % ada dalam ni, ampun...

Bab mencuci mengemas, semalam dah clear ruang tamu bilik tidur.
dah bersihkan peti sejuk, kabinet dapur, dapur...
hari ni, enSuami mesin rumput di halaman, saya pula cuci telur sepapan..
kejap lagi nak cuci filter air plak, dah berkeladak teruk dah...
bilik air je belum cuci lagi, siang2 tak larat la nak gonyoh2 lantai, huhu...
KIV dulu, malas sangat balik raya nanti je la kita cuci, huheww...

Nak ucap selamat menyambut hari raya eidulfitri [sesiap]
kot2 ni last entri sebelum raya...
kalau ada pun, mungkin automatic scheduled [kalau rajin]..

Ehh, kami nak minta maaf kat semua tau..
kot2 ada buat salah apa2, terkasar bahasa sepanjang berblogging di alam maya ni..
apa yang saya tulis di sini, adalah pengalaman saya sendiri kebanyakannya...
tak ada niat nak mengguris perasaan mana2 pihak...
Kalau ada yang terjadi pada sesiapa, tidak lah dapat saya hindari melainkan memohon ampun dan maaf daripada kalian semua...

Selamat memandu, selamat balik kampung, selamat hari raya...
semoga sihat dan bahagia pada hari lebaran bersama keluarga masing2...Amin.
Babai...


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 5 January 2016

HOME BINDER : Dah siap jadual dan kalendar 2016

Assalamualaikum...

Dah siap dah tampal kalendar dan jadual tahunan..
tempat tampal cam besa la, di pintu peti sejuk beku...kuikui
baru lengkap siap pagi ni...


Untuk tahun 2016, ada beberapa item yang ditambah..
selari dengan keperluan...
antaranya tambah kipas ekzos, penapis air, tong gas, dan;
pembajaan pokok!


Nak baja pokok pun kena ada jadual, huhu...
sebab tak nak lupa...
kang kesian pokok tak berzat..
buat masa ni, baja kopi pun dah habis...
belum beli lagi, tak sempat nak ke pasar/nursery...


Sementara tu, saya buat baja kopi sendiri..
kopi minum yang dibeli, dah keras kedung...
tak habis dimakan...
saya tuang air panas, buat pati kopi...
masa nak baja, tuang sikit pati kopi tu, kemudian tambah air lagi untuk siraman ke pokok...
entah sama fungsi ke tak, main hentam je la...
guna apa yang ada dulu...


Dan kalendar kuda pun tak dapat...
so semalam dah print sendiri dari softcopy yang enSuami download...
Pemilik asal ni pun buat sendiri je...
Lain sikit dari cetakan yang kedai kalau betul2 kalendar kuda-Cina...


Tahun ni biru pula jadi pilihan....
saja nak mewarna-warnikan pemandangan, kakaka....

Semoga azam dan perancangan berjalan lancar seperti yang dijadualkan...
ehemmmmmm, Amin....

Korang punya dah siap????
lambat pula saya update, heeee...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Friday, 1 January 2016

HOME BINDER : DIY Planner 2016

Assalamualaikum...

orang ada planner cantik2..
kulit keras, berbinding...
kita pun nak juga ada planner..

Walaupun saya hanya;
Suri rumah tangga sepenuh masa..
hehehe..


Saja nak cuba buat sendiri tahun ni..
Sebelum2 ni, manual je guna pen/pensil..
main garis ikut lebar pembaris...
sebesar2 kertas A4..


Haa, ini la kalendar versi dulu2...
garis dengan pembaris je...
sepenuh2 kertas, besar2 gitu...
tulis tangan je, herot sana sini..

Saya mula buat gini, masa zaman U dulu..
tengok kawan2 Chinese buat gini..
senang nak tulis kelas ganti, masa kelas, kelas mana kuliah...
sebab pensyarah selalu ke luar negara, jadi banyak kelas bertukar-ganti..
ganti waktu malam la selalunya..
bila ada catat macam ni, tak ada la tertinggal kelas..

Bila dah mula sekali, nampak efisyen..
tak salah untuk teruskan benda yang bagus..
bila dah mula kerja, boleh catat waktu meeting pula..


Saya suka tulis apa2 notis dalam kotak tarikh tu..
baru tau, kejadian tu berlaku pada tarikh tersebut..
tulis sebesar2 kotak-penuh...
baru nampak jelas...

Dalam gambar atas ni, nampak tarikh saya pindah barang dengan lori pada 28 Mei 2013...
ha tulis semua segala pergerakan hidup saya...
memang senang nak recall balik...
cari notis atau tarikh, tahu la apa yang terjadi masa tu...

Tahun 2014, agak kurang catatannya..
nampak macam tak terturus je planner saya ni..
tahun pertama jadi ibu, hidup carca-marba la kot...


Tahun 2015, Alhamdulillah...
lengkap dengan pelbagai info dan catatan...
saya suka guna pen warna-warni glitter tu, untuk tulis ikut perkara...
Terima kasih pada Fizah SusunAturSioca yang buat planner 2015 yang cantik ni..
sape nak beli, Fizah ada jual planner yang sangat comel dan sweet..sila klik pada link tu..

Yang saya buat tetap secara bulanan..
Pen merah : Tarikh saya uzur... saya kira mula dari 1-15 hari. tempoh merah untuk kitar haid. nombor yang berbulat tu, tempoh betul2 berdarah. lepas dah bersih tak ada bulat. dan waktu saya mula tak solat sebab haid pun saya catat, yang berpangkah tu..supaya mudah nak tahu/agak, waktu bila saya dah betul2 bersih.
[pernah dengar pengisian Ustazah, kalau kita period xsempat solat waktu zohor, maknanya nanti nak bersih, mandi sebelum waktu zohor juga. tp tu anggaran saja.. terpulang pada kondisi badan masing2]
Pen biru : Tempoh bersih juga 15 hari...
Pen Gold : Waktu Subur.. anggap waktu subur tu kan berharga, so guna la pen gold..
Significant kan, pengkelasan saya ni? kekeke....

Lepas tu, sejak kawen, bila tak puasa di bulan Ramadhan...
lepas raya je, terus qada' yang tak puasa tu...
saya tak mau tangguh2 lama..
kalau tak catat, lagi la senang lupa..
saya yang catat pun, tak berani nak tangguh sampai ke tahun depan..
lagipun bulan Syawal, mood berpuasa tu segar lagi..
jadi terus je dengan qada'.. puasa pun masa hari kerja, senang..
tak terasa sangat masa berlalu...
kalau sempat, sambung lagi dengan Syawal Puasa 6.
lepas dah qada pun tulis juga...

Selalunya saya tulis QADA je dulu, sebagai cadangan merancang untuk puasa..
lepas dah puasa, baru tulis, hari ke berapa..
dan selalu, puasa lebih sehari dari bilangan hari uzur tu..
just nak ambil langkah berjaga2...


Catatan lain yang wajib ada...
Tarikh gaji masuk, hehehe...
dan tarikh tukar gas dapur...
selalu setong tu, tahan 3 bulan...


Jadi kali ni, nak versi cetak pula..
so godek2 la dalam publisher...
kalau kat internet, zaman online semua..
kalendar kuda pun ada PDF, boleh print je terus...
sadisnya tahun ni tak dapat kalendar dari mana2 kedai!

Macam tau2 je, I dah ada kalendar sendiri..
lagipun enSuami dah download PDF kalendar kuda tu...
so, kalau tak dapat hardcopy dari kedai, kena print sendiri la kalau nak guna...

Tapi tak dapat pun xpe la..
kalau dapat, banyak sangat pun, sampai tak tahu nak letak mana lagi..
rasa membazir pula....
last2 saya buat lapik plastik sampah je, kuikui..
tak pun masuk bakul recycle...
dapat duit, kitar semula kertas, heee...


Sepanjang tahun 2015 ni, saya buat macam ni di pintu peti ais beku saya...


Atas, letak kalendar kuda...
bawah jadual pembersihan rumah...
oh belum lagi iron baju untuk bulan ini...

Hari tu, nak iron baju, enSuami cakap lambat lagi nak sekolah..
sekarang, huh..
dah mula dah sekolah semalam.. [pendaftaran tingkatan 1]
baju tak iron2 lagi, huhu...
hari ini cuti tahun baru, balik rumah mertua pula..
minggu depan la kot baru nak gosok baju, lalalala...


Kalau tahun ni tak dapat kalendar juga,
mungkin kena cetak sendiri..
jadual pembersihan tu pun ada tambahan lagi..
sepanjang tahun, tersedar ada beberapa item yang perlu ditambah untuk pembersihan..
seperti kipas ekzos dapur, penapis air, atau mungkin juga tong gas dapur sebagai peringatan..
belum edit lagi jadual baru 2016.
lepas ni boleh cetak sekali dengan kalendar kuda...


Fail yang disediakan untuk mengumpul planner setiap tahun..
resit2 belian barang pun saya tampal di kertas, simpan dalam fail ni...
sebagai rujukan harga pada masa akan datang...
sebab agak berkira 10,20sen mahal antara kedai yang ada, kekeke...
dah habis jimat dah ni dalam berbelanja, emmm

Sekian saja cerita pasal planner tak seberapa..
planner ka kalendar nih??!!
hentam saja la....
~lalalalalalala~
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Thursday, 18 June 2015

HOME BINDER : Menu Ramadhan keluarga kami ;)

Assalamualaikum...

Macam best je tengok orang buat jadual menu juadah bulan puasa ni...
Ehh silap plak...
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni..

Saya bab2 nak wish, asyik terlupa je..
jenis tak up-to-date punya olang...
hehe...

Dah orang semua ada menu, saya ada gak terfikir nak buat ke tak..
seminggu sebelum puasa lagi, dah dok bajet macam nak buat..
tapi bila buka laptop, kerja lain pula yang dihadap, heyy..
pastu terlupa lagi, heyy..

Sampai hari ni, dah puasa, baru berkesempatan..
alkisahnya sebab saya nak susun resepi2 kuih-muih yang saya reti buat, dan nak buat masa bulan puasa ni...


Asalnya nak buat kuih je, tapi bila dah buat jadual kemain, kosong pula kalau ada menu kuih aje...
dari pagi tadi perah otak, jam 2 tadi baru nak siap jadual..
bukan menu hebat2 pun...
masak menu macam biasa je...
masak sahur, macam masak sarapan, tu pun kalau rajin lah..
kalau tak, makan nasi putih dengan telur masin ke, sambal ikan bilis tempe ke, sambal bilis hitam ke, pekasam ke, ikan kering ke, yarkssssssssssss macam2 daa..
telur mata pun, menu back-up yang penting juga tu, hehehe...

Cuma bila Ramadhan ni je, rasa macam tak best buka puasa tak ada kuih muih..
kalau hari biasa enSuami tak layan kuih-muih ni..
jenis manis2, tak minat katanya..
rasanya pilihan kuih kali ni, tak ada yang manis sangat kot..

Dan untuk merealisasikan impian nak masak kuih yang macam2 tu, jeng jeng jeng....


Apparatus baru untuk aktiviti memasak, yeh.. eh Alhamdulillah...
dapat gak beli...
2-3 hari ceq dok memendam perasaan nak beli periuk kukus...
ingat dah kena beli kat 2PLY atau kedai houseware..
terfikir nak tengok online katalog Tesco dan Giant di website...
dua2 ada SALE untuk periuk kukus ni...dan hari terakhirnya semalam, 17 Jun 2015.
jenama lain2 lah...


TESCO offer jenama Shenfu, 32cm, RM29.90..
Giant offer jenama Simply Living, 32cm, RM49.99..
Kedua2nya glass lid.. transparent, boleh nampak progres makanan...
enSuami tak berapa nak berkenan yang murah, kot2 nipis kualitinya..
tanya bestfriend, dia beli dengan harga RM40++, tapi itu harga kat Padang Besar, tahun 2012...
ok, saya kebuntuan...


Akhirnya semalam, pergi juga Giant nak tengok kualiti dulu..
cari punya cari di rak, tak nampak bayang pula...
akhirnya keluar dengan tangan kosong, macam nak hampa pun ada...

Kebetulan pergi hantar troli bersebelahan dengan kaunter pelanggan tu, saya pun pergi tanya la, sambil tunjuk gambar dari website tu..
dia pun confirm offer tu masih available..
so, dia bawa saya ke kaunter bahagian elektrik, untuk minta staf tu carikan periuk kukus ni..
sebab masa semak dalam web, stoknya masih ada...
siap panjat tangga la cari, tapi bukan saya la yang panjat, of course la staff Giant kan, hahaha...


Dalam 5 minit gitu, jumpa la periuk kukus ni tersembunyi di sebalik kotak2 periuk2 yang lain..
hey, bila buka tengok, pegang2 macam OK je..
tebal la juga kualitinya..
dah dia kata stainless steel lagi kan...
emmmm, camna tak amek kan....
dah susah2 orang tu panjat tangga, satni tak beli, sumpah seranah pula dia kat situ kennn..
tapi sebab saya pun nak sangat2 periuk ni, dah ada depan mata, macam nak beli la kan...
RM50 selamat untuk periuk kukus...

Nak beli TRIO tak mampu la pula den..
terliur tengok TRIO kat Go Shop..
sebab tengok TRIO ni la, hati membuak2 nak beli periuk kukus, haishhhh....
asbab nak bulan puasa lagi kan..
asbab dah reti buat kuih pau..
haruslah ada periuk kukus yang betul..
kesiannn, selama ni dok guna kuali je, kukus kuih2....


Selamat beli ni, ayat pertama enSuami, lepas ni boleh la buat kuih pau... [kan dah kata, kuih pau juga disebutnya]
Ouhhhh, semestinya lah..
inti dah buat banyak2 hari tu, masih ada lagi..
tunggu masa nak uli tepung je...

Ni jadual dah ada...
harapnya boleh la berjasa dengan periuk kukus ni..
dah siap beli asam boi, teringat2 nak buat ikan kukus juga, nyummmmm...


Tempat biasa yang paling efisyen tampal notis, heyy..
dah penuh daa...
macam keadaan di dalamnya juga, huhu....

Hari ni, bubur nasi [dah siap masak semalam, hee], tauhu sumbat dan cucur udang...
semua dah pre-ready...
kuah kacang, tukar dengan kuah pecal je, lebih kurang je rasanya...[hentam je la]
tunggu last progres je lepas solat Asar ni...
nak goreng cucur udang, dan sumbat tauhu...

Selamat berbuka puasa semua...
segera berbuka, lewatkan sahur...
sunahkan tarawih, bangunkan solat malam..
semoga Ramadhan kali ni, bulan berpesta ibadah melipatgandakan pahala dan taqwa kepada Allah...
Amin....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday, 16 June 2015

HOME BINDER : Cara saya simpan koleksi resepi masakan

Assalamualaikum...

Alooo, lamanya tak menulis..
dah upload gambar, tapi xtau nak mula macam mana, huhu...

Terus kepada cerita daa..
ikut berdasarkan gambar je la ek..

Projek ni baru je buat tadi...
kerja yang paling terkini saya siapkan untuk koleksi resepi yang saya kumpul...

Zaman sekarang semua dah guna android, memang memudahkan separuh kerja dah..
sekarang main screenshot/printscreen je la..
cepat sikit berbanding nak menyalin resepi guna tangan dan pen kan, heee


Asyik dok printscreen je, lama2 dah jadi banyak..
pastu, dok slide2 cari resepi yang dikehendaki...
lagi rumit kalau cik Hafni comel tu dok pegang handphone tengok UpinIpin kat Youtube..
nak minta kejap telefon tu, bukan senang, huhu...
nanti mula lak, nak buat drama, nangis2 tu...

Jadi bila dah lama terfikir2, baru hari ni sempat nak buat..
memandangkan printer tu dah lama terbiar, jadi mari kita buat dia bekerja keras hari ni..
saya pun transfer semua screenshots resepi tu ke dalam komputer...
kemudian cetak resepi tu dengan format 4 keping per page..
sebab ada banyak sangat kot, hahaha...
nak jimat la jugak..
lagipun buku diari yang nak lekat tu kurus je...
jadi kena la cetak ikut muat buku diari..


Haa, kurus je diari ni..
selama ni pun memang dok simpan resepi dalam buku2 diari je pun..
tahun 2011 hah, kita guna pakai semula diari ni..
tiap2 tahun dapat diari, xsempat nak tulis apa pun..
diari hidup dah ada dalam blog online ni..
jadi diari hardcopy macam ni, kita guna pakai untuk hal lain plak...

Cuma kali ni, gaya advance sikit la..
siap cetak...
kemas sikit...
tulisan pun dah herot-petot dah bila dah lama tak menulis, hee


Bila dah siap cetak, potong2 ikut page, guna pisau je nak cepat, huhu..
pastu gamkan je ikut turutan resepi tu...
ada sesetengah orang, saya baca, diorang asing2kan resepi ikut kategori..
lauk-pauk, kuih-muih, dessert, kek dan lain-lain...
saya asingkan juga ikut kategori...
tapi saya lekatkan dalam buku yang sama je...
selalunya saya ingat lah resepi tu ada kat mana2...


Sebab kecenderungan tu bermusim..
kalau dah resepi tu saya amek dari internet dan print macam ni..
dah tentu ada dalam buku diari ni...


Yang sebelum ni, catatan dengan tangan..
kebanyakan resepi dari sumber2 terdekat seperti dari mak dan kawan2...


Ada juga yang saya ambil dari majalah, surat khabar ke..
dari mana2 yang saya jumpa, kalau rasa menarik tu, ambil je la simpan...
mana la tau, bila buntu2 tak tahu nak masak apa, boleh belek2 buku tengok apa2 resepi yang ada, yang belum dicuba...


Macam resepi kuih muih ni, saya pun tak ingat dapat mana...
kalau tak silap, paparan resepi ni, ada pada kalendar..
terbitan syarikat tepung beras Erawan kot...


Yang ni resepi popular sebuah restoran...
kerabu tomato berdaging...
macam best je tengok..
saya memang peminat kerabu...


Diari 2010 ni, kebanyakannya resepi selepas kawen [kawen 2011]
selepas kawen tu, ada la dalam 2,3 kali masuk kelas masakan....
cewah, nak jadi cef terbaik la konon tu, heee...


Masa masuk kelas tu, dapat nota resepi siap taip..
so balik tu, just potong2 matching ikut buku diari ni...


Lepas tu, ada pula kesempatan belajar buat biskut dengan Bibik Besah..
haa, mesti macam pernah dengar kan...
Kak Besah yang glamor kat MyResepi tu..
kebetulan, rezeki sangat, anak saudara Kak Besah tu, housemate saya masa bujang dulu..
dia la ajak, jumpa bibiknya [panggilan mak saudara bagi orang Jawa]
katanya bibik dia pandai buat biskut2..
sebab masa tu, nak raya..
so kena la buat kuih raya kan...
almaklumlah raya pertama bergelar isteri dan menantu...
nak la buat biskut raya sendiri...


Dah 3 buah diari bertukar fungsi menjadi buku resepi...
suka guna buku diari ni..
selalunya kan buku diari ni hardcover..
saya tengok mak, mertua pun guna buku diari untuk simpan resepi..


Ada 3 lagi buku diari menanti giliran, hehehe...
Sayang sangat dengan diari2 ni, xsampai hati nak buang...
tu yang simpan je tu...
semua dapat free semasa kerja dulu...


Kalau awal tahun tu, jumpa Exco, dapat diari...
pergi pejabat MB dapat diari...
nasib baik Adun saya masa tu tak buat diari, hanya kalendar tahunan...
dapat diari cantik2, simpannnnn je
kenang-kenangan berkhidmat dengan kerajaan negeri, Alhamdulillah...
2013 tahun akhir berkhidmat, huhu....



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers