Search This Blog

Showing posts with label Ruang Tamu. Show all posts
Showing posts with label Ruang Tamu. Show all posts

Thursday, 15 March 2018

RUANG TAMU : Susunan je baru, perkakas masih sama, hahaha

Assalamualaikum

Alahai, minggu lepas janji, minggu ni baru sempat ehhh..
Tu la bila berjanji, mesti ja xdapat nak buat.
Lepas ni xleh berjanji lah, 😎

Saya rasa lama sangat dah tak mengemas rumah..
rasanya kali ni, kali 4 atau 5 saya tukar susunan...
yang terakhir, seat yang besar sekali letak di dinding..
kenkonon ada nak buat dekorasi kat dinding tu..
tapi separuh jalan je proses DIY tu...
akhirnya tak jadi buat...
tiga tahun berlalu begitu saja..


Bila ada sofa tepi dinding tu, jadi tempat longgokan barang2 plak...
semua nak letak atas sofa tu...
almaklumlah depan pintu ja...
buka pintu ja, sofa tu paling dekat, semua main campak atas tu...

Jadi sebelum nak mula angin nak mengemas tu..
terfikir la, alang2 nak mengemas, saya nak tukar susunan sekali..
baru la nampak impak besar sikit bila bertukar keseluruhannya..
dok bayang dalam kepala je la, nak susun lagumana plak kali ni..

Nak guna apa yang ada ja...
dalam kepala otak, seater yang panjang tu, nak jadi divider tengah2 ruang tamu tu..
tapi bila dok kemas tu, nampak macam tak lepas ja ruang nak jalan sebelah dinding straight dari pintu tu..
kalau nak ikutkan, muat je lebar tu..
tapi sebab, depan seater tu pun akan ada sofa lagi, so ruang nak akses macam tak smooth..
jadi tukar plan, yang seater besar, ke dinding, yang 2seater jadi divider.
yang 1 seater untuk tuan rumah, senang nak bagi isyarat dari dapur kalau ada tetamu, wakakaka...


Pastu teringat, bila pagi2 hari sekolah..
selalu dok terjerit kat Hafni, amek sikat, amek cream, amek getah, tudung, skaf semua..
nak siap dia sebelum pi sekolah..
selalu dok bersiap kat ruang tamu, sebab nak elak si adik terkejut daripada tidur..
jadi teringat macam sesuai je kalau alihkan bedside table ni ke ruang tamu.
ada dalam bilik tidur pun tak berguna sangat..


Jadi alihkan ke sini, boleh la letak keperluan tu semua dalam laci, tak yah nak jerit2 lagi dah..
Sebelah atasnya, buat letak beg sekolah.
masa ni tak ada, sebab dah pi sekolah, bakul tu pun dah tukar lain, sebab cikgu bagi bawa balik buku teks, setiap hari kena bawa buku teks ikut jadual..
bakul tu tak muat nak letak buku, jadi tukar dengan bakul lain..


Untuk bahagian yang terlindung tu, saya hamparkan karpet yang dah lama tak guna..
almaklumlah sekarang ni kan dah ada baby..
tak leh nak lepak atas katil ja...
dah ranap dah tilam tu di bahagian tertentu, tak rata dah tilamnya...
anak kecik ni pun, dah mula nak meniarap, bergerak berguling2 dah, risau lama2 atas katil...
jadi kena lepak kat bawah2 je la..
buka toto, tilam dia, barang keperluan baby semua letak sini...

Bila ada sofa di tengah tu, boleh juga saya bersandar semasa BF baby..
cuma satu je spoil, kipas kat bahagian ni macam tak rasa sangat anginnya.
Padahal sama ja buka high sama dengan kipas depan pintu tu..
sejak technician datang baiki hari tu, prestasinya dah tak macam awal dulu..
saya pun hairan angin kipas tu pergi mana, emmm


Hai tenangnya hidup bila tengok rumah lapang dan rapi ja...
ha, selalu orang tayang yang cantik2 ja kan...
saya pun teringin bila tengok rumah orang cantik kemas...



Lagi tabik spring kalau jenis rumah, yang banyak sangat barang perhiasannya..
rajinnya depa susun, nak belek satu2..
saya tak sanggup oii...
saya ada yang basic ja, yang keperluan...
hiasan2 tu kadang2 teringin juga nak buat..
sikit2 boleh la, tak leh banyak2 satni saya yang rimas...

Tapi yang cantik indah tenang tu, tak selamanya begitu, hukhukhuk...
baru hari Jumaat kemas....
hari Sabtu-Ahad dah jadi lagu ni dah, arghhhh


Habis punah berkecai aiii...
sabaq je la...
jiran sebelah la punya pasai ni...

Harapan la nak kemas sokmo...
nak kemas tu punya la lama amek masa...
nak sepah, sat ja...


Bantal2 ni terpenyek sebab Hafni dok lompat2 atas sofa ni..
bila tukar susunan macam ni, jadi bertambah seronok plak dia nak melompat..
dari satu sofa ke satu sofa, sampai la sofa yang divider tu, dia terjun ke toto karpet tu..
kadang2 saya tengah sandar situ pun, dia boleh lagi suruh saya ke tepi..
Umi tepi sikit, Hafni nak jump ni!
amboiii, jadi port baru plak untuk dia..
akai anak2 ada ja la...


Haa, susunan je baru..
barang2 semua sama..
cuma ranting2 tu je dulu, sebelum ni ada bunga2 kering tu,
saya cabut dah semua..
tinggal batang je saya guna..
simple senang..
sebelum ni asyik tersangkut kat baju, bila lalu sebelah dia..
sekarang dah tersorok di kiri kanan seater besar tu..
tak ada dia nak kacau orang dah...
melainkan ada orang dok kaco dia..
Hafni suka dok hide hide kat situ...
port dia merajuk menangis pun kat situ jugak, hahaha...

Nak cat2, belum ada semangat dan bajet lagi..
cuma terfikir tahun ni, kalau sempat nak cuba buat langsir..
guna langsir rumah sewa lama..
rasanya cukup untuk ruang tamu je..
prepare untuk mood raya..
baju raya xyah jahit dah tahun ni, pakai baju kenduri kawen baru ni je, yeyeh...
tengok la jadi ke tak...
dah lama dah langsir tu terpasang 5 tahun..
tanpa bertukar, tanpa bercuci, acemmmmm



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Wednesday, 7 March 2018

D.I.Y : Rumah Kunci dari Jam Frame Gambar

Assalamualaikum..

Projek DIY, yang baru je siap hari Ahad lepas..
dah lama saya terfikir nak buat..
tapi belum ada kehendak yang kuat nak buat...

Sampai la rumah kunci yang sedia ada dok guna ni,
besi tempat sangkutnya dah loose..
letak kunci je, skrunya berpusing turun, menyebabkan kunci jatuh ke lantai..
kalau nasib tak baik, boleh jatuh kunci atas kaki sendiri, aishhhhh...


Ni ha rumah kuncinya..
betul2 ala2 rumah..
beli kat Billion Bangi masa awal2 masuk rumah berdua dengan enSuami..
dah lama pun nak masuk 6 tahun dah..
2012...

Hujung tahun 2012, saya dan enSuami ada ke Johor, Simpang Renggam.
pi tolong mengangkut barang2 mertua, sebab Abah dah pencen tahun tu..
on the way nak sampai tu kan jumpa bandar seramik tu..
jalan2 situ dulu, sebelum nak sampai rumah mertua, wakakaka..


Terbeli la plak jam dan ada macam frame gambar gitu...
harga elok lagi kat kotak..
seingat saya, saya ada minta kurang, antara 50-55-60 kalau tak silap...
bukan 79.90 la, mahai kot nak bayaq 79.90.
di kedai yang sama saya ada beli 2 biji pasu ala2 kayu bentuk petak, dengan loceng buluh (yang orang gantung bagi bunyi bila ada angin, apa nama rasmi tak tau, lupa wakaka) so boleh la minta kurang masa tu..


Ini rupa jam nya..
tapi sebenarnya, ada cermin kat depan tu..
masa saya buka kotak, perasan separuh skru yang ada, sudah dibuka..
ingat dulu pernah dah mula nak buat DIY ni..
tapi tergendala kot, Hafni kecik lagi masa tu..
sekarang dia dah besar, dia pulak boleh jaga adik, Umi boleh buat kerja..
Alhamdulillah kali ni siap terus, heee....


Lepas dah buka cermin, baru la nampak ada ruang nak letak penyangkut kunci tu..
Lap2 dulu, dah berhabuk sangat, 6 tahun la katakan..


nasib la bateri tak terpasang masa tu, walaupun bateri tu dah berkarat dalam kotak jam tu..
masa awal2 pasang bateri, macam slow jugak jamnya nak jalan..
tapi lama2 Alhamdulillah, tengok elok je dia berfungsi...


Untuk penyangkut kunci tu, saya guna sangkut langsir je, kahkahkah...
dah berkurun simpan...
ngam2 ada 6 biji..
yang panjang tu boleh letak 4, yang sebelah kiri, boleh letak 2...


Untuk kerja kali ni, macam biasa la, guna yang paling mudah..
pakai 3M doubletape ja untuk penyangkut tu...
cepat siap, tak ada nak skru2..
buat kerja sendiri2 je, yang senang je la kita boleh..
kalau tak dapat bertahan, terpaksa la skru akan datang..
buat masa ni macam elok je..
selalunya 3M tidak mengecewakan.. cewahhh


Siap dah pun, potong2 kejap je..
tak ada ukur, pandai2 adjust, tampal kiri kanan dulu, pastu baki ruang tengah tu, adjust je untuk 2 lagi penyangkut..


Haaaa, nampak tak double tapenya?
nasiblah frame tu kaler hitam jugak..
selamat den....
dapat siap kerja dengan cepat...
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, ada hikmahnya beli kaler hitam, huhuhu...


Rupa keseluruhan frame...
gambaq tak dan lagi nak tukaq...
nanti ada masa tukaq boh muka anak2 sendiri pula..
buat masa ni kita settle kerja DIY dulu...


Tak sangka selepas lama tersimpan baru nak berguna..
dari asalnya jam, frame gambar, kemudian jadi tempat sangkut kunci plak...
alang2 tu biaq pelbagai fungsi dan kegunaan...
suka sangat, pandai Nabilah Ahmad, hahaha..

Tempat sangkut jam frame ni, alhamdulillah boleh guna tempat skru yang sedia ada dari rumah kunci lama..
walaupun nampak ketepi sangat sampai ke frame pintu...
guna je la, selagi boleh...

Ingat nak belajar macam mana nak drill dinding..
geram plak fikir bila time2 macam ni nak guna dril, tapi tak reti, sedih sangat dengan diri sendiri...
harap ada kesempatan lepas ni, Amin...


Rumah kunci lama, jadi mainan Hafni pula..
dia minta nak main, bagi je la..
boleh rosak cepat sikit, senang ahti nak buang...

Di atas meja kopi tu la, cermin asal yang cover jam tadi..
saja letak2 sat kat atas meja kopi..
menambahkan elemen hiasan di situ..
ada makeover sket dalam rumah ni, terutamanya ruang tamu..
dah bosan dengan susunan lama...
lama sangat dah tak kemas rumah..
sejak sebelum pregnant, dah pregnant, bersalin, habis pantang, anak dah nak masuk 5 bulan...
bayangkan berapa lama tak kemas rumah, adoi....

InshaAllah, kalau sempat menulis, esok kita review...
baru la semangat sket rumah bersusunan baru, Alhamdulillah..


Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Thursday, 18 May 2017

Meja Kopi Scandinavian

Assalamualaikum...

Lama punya cerita..
beli meja kopi dari Lazada..

Ada hari tu, enSuami jumpa gambar di FB ada kedai perabot jual meja kopi design ala Scandinavian..
harga dalam 299 ke 399 masa tu...
Dia cakap dia berkenan macam ni..
ajak beli satu, memandangkan rumah kami tak ada lagi meja kopi..
Segan, bila tetamu datang tak ada meja nak hidang minuman dan kudapan semasa bersembang..

Saya pun biasa la mesti ushar Lazada dulu..
sekali jumpa dari MF Design..
kebanyakan barang dari MF Desin ala2 tema Scandi...
usha2 semua...
review pelanggan pun OK...
cuma orang cakap, arahan pemasangan tu agak mengelirukan...


Masa ni free shipping..
tak ingat la ada sempena apa, mungkin nak Krismas kot..
saya beli bulan 11 tahun lepas ni, huhuhu...


Tunggu dalam 3-5 hari ke, meja ni pun sampai..
kebetulan enSuami ada, bolehlah dia tolong sekali staf SkyNet angkat...
kesian orang kerja courier ni, seorang je diorang bagi satu trip..
dialah driver, dialah angkat barang..
enSuami dok sembang2 dengan dia, dia cerita semalam lagi la teruk, dia angkat apa entah, tilam ke katil, sorang2... hantar barang sorang2, kecil ke besar ke, gaji sama, tak ada elaun lebih..
Dia kata sejak ada Lazada ni, memang gila2 la kerja diorang, macam2 orang beli online je...
Katil, tilam, mesin basuh, peti sejuk.. kerja sorang je...
Dia cakap ada company courier yang OK, bagi elaun lebih kalau hantar barang besar2.. yang ni tak ada...

Hairanlah jugak kan, selalunya kalau beli barang2 besar macam perabot dan elektrik tu, kita dah bayar mahal untuk kos pengangkutan, patut company berilah insentif pada staf yang mengangkut tu..
emm, nak buat camna, kita pun nak membeli yang murah juga..
kadang2 tak ada masa nak pergi kedai2 berdekatan rumah nak cari barang yang kita nak beli..
Orang ni lain2, ada suka nak beli online, ada yang suka offline...
saya rasanya kategori online... sebab saya malas nak keluar rumah, tak ada masa nak survey satu2..
kalau online, senang nak survey, klik klik klik je, hehehe...


Selepas je enSuami pergi sekolah, sudah solat Zohor..
terus je buka kotak nak pasang...
Masa sampai tu pun, dah tak sabar nak buka...
si kecik ni seronok sangat nak buka 'hadiah' kalau dapat apa2 barang posmen hantar..
saya pun suka perasaan macam ni, macam dapat hadiah pulak bila orang hantar barang..
tu yang suka membeli online tu, hahahaha....


Bila nak memasang tu, mesti tengok arahan la kan...
sebelum tu, saya keluarkan karpet dulu, nak elak calar2 ni...
kenal pasti semua skru yang ditunjukkan...
kira cukup ke tak...
kerjanya mudah je, macam pasang barang2 IKEA jugak...
tapi betul yang orang cakap tu, arahannya tak detail sangat, jadi ada yang terkeliru...


Saya dapat bahagian yang rosak sikit...
tapi tak pelah, dah buka semua dah, mana larat nak bungkus balik..
lagipun bahagian ni akan terlindung sebab laci meja tu...


Maksudnya macam ni..
akan dipasang dinding laci ni, pada hujung meja yang rosak tu..
lagipun bahagian ni akan diselitkan laci hitam, jadi tak ada la nampak pun..
sapa rajin nak tonggeng kepalanya kan nak membelek meja kita beli, ada ker....???


Masa pasang dinding laci ni, ada satu kesilapan...
saya sedar bila saya angkat bahagian atas meja ni..
rupanya ada untuk bahagian luar meja, permukaannya kesat, ala macam kita pegang ira kayu tu..
mungkin designnya untuk bagi kesan ala2 original kayu la...
Jadi untuk dinding laci tu kan, ada 3 keping, ada satu bahagian sebelah luarnya kesat, yang sebelah satu lagi, sebelah kesat jadi bahagian dalam pulak..
masa tu tak perasan la pulak ada beza kesan permukaan tu...
tapi tak nampak pun dari mata kasar...
bila nak pasang meja atas tu, baru saya faham fungsi beza permukaan tu, wakakaka....
dah terpasang dah, nak buka balik, rumit la pulak, teruskan je la...


Semua pasang guna AllenKey je..
allen key pun disediakan...
dan ada juga yang guna skrudriver...


Lepas tu, dah siap pasang...
Ada dalam 2-3 jam jugaklah, sambil dibantu sikecik tu..
dia pun nak jugak pulas skrudriver, (^_^)


Ada je meja kopi ni, terus semangat nak deko2..
ye lah, baru nak merasa ada meja kopi...
enSuami balik sekolah je, ternganga dah siap..
hebatkan pnIsterinya...
enSuami saya susah sikit kerja macam ni..
benda detail2 ni, dia cepat stress..
sebab tu, saya tak harap nak tunggu dia buat...


Laci hitam tu, boleh tukar2, nak kiri ke kanan ke..
fleksibel boleh ditarik keluar...
tak nak pasang pun boleh...
best ke design Scandi ni...
trademark kat kaki meja tu je..
tapi kalau tinggi sikit lagi, lagi cantik, hehehe...

Sekejap je keadaan macam dalam gambar..
dua bulan je kot..
pahtu tolak ke tepi je..
karpet pun dah simpan balik...
almaklumlah, rasa sempit je kat tengah tu, sebab ada meja...
tetamu pun bukan datang selalu...
nanti2 la kita tarik balik...

Dari segi kualiti OK, ada rosak sikit je, masih boleh diterima..
packaging pun kemas, banyak bubble, polisterin untuk cover setiap keping perabot tu..
dapat juga baucer diskaun untuk pembelian seterusnya..
enSuami dok aim kabinet TV pulak...
udah-udah lah tu...
tak ada mood saya nak tambah perabot yang belum tentu lagi nak pakai lama...

Kalau ikut kecenderungan saya, saya suka yang jenis pasang siap, lekat kat dinding, kekal di situ..
tak perlu nak ubah2, sebab saya tak la kreatif sangat nak deko2 ni..
kekal di situ, kan senang, hahaha....

OK la,
Babai...

Friday, 4 December 2015

D.I.Y : Bantal Kusyen Sofa dari Kain Perca

Assalamualaikum...

Entri DIY kali ni...


Kali ini telah direalisasikan..
projek menggunapakai kain perca untuk dilesapkan dari pandangan mata, hey!

Unsur-unsur idea tu, datang dari program makeover Summer Home..
pereka siri ni, lebih kurang sama konsepnya untuk setiap rumah yang direnovasi...
dindingnya mesti semua putih..pastu tambah 1 sofa 3seater, kemudian dia akan lambakkan sofa tu dengan bantal kusyen 4segi.
kebanyakannya bertema flora dan fauna di sekeliling rumah 'Summer Home'.
dia suka pilih warna2 lembut seperti hijau lumut, biru laut, kuning mustard dll lah...

Saya pun teringin gak nak banyakkan bantal2 atas sofa..
tapi nak buat sendiri bantal tu, aci dok??
hehe, bermula la projek gilo bajet versi Nabilahasyim, kekeke...


Apakah namanya ini?
dah lama saya beli tahun 2012 kot..
masa tu beli nak buat selimut baby [untuk anak kakak]
last2 tak siap jugak, kakak amek tilam n bantal petak je..
pastu terbiar la sehingga saat diambil gambar ini...

Alang2 nak mengguna apa yang ada sahaja, saya dapat idea untuk buat lapisan luar bantal tersebut...
kain hitam tu untuk sarung bantal...


Nak jimat, dapat belah 3keping...
bila siap2 jahit kain sarung, saya lapiskan dengan fiber ni...
kain sarung, 2 helai hitam, 1 purple...


Bahagian dalamnya pula, saya sumbat dengan kain2 perca...


Masa ni, ingat nak buat 4 biji bantal..
sekali kain perca tak cukup pula..
nak dapat 3 biji ni pun, tak berapa nak padat sangat la..
kalau padat betul2, baru keras padat fit...
pasrah je la, longgar2 je...[rugi dulu dah buang kain2 perca yang disimpan]
kalau tak, boleh dapat banyak2 bantal, emmmmmmm....


Bila dah siap sumbat, jahit je terus..
kain tepi, kelim ke dalam...nampak kemas sikit...
benang pun, hentam je pakai benang yang tak habis pada sekoci tu...
kasi licin-clear semua stok, hahaha....


Alaa, tak nampak pun kan, bahagian jahitan tu..
bahagian tutup tu je jahitan timbul [di luar]
yang bahagian lain, semua jahit sebelah dalam...


Dulu2, ada 3 biji bantal ni..
sarungnya pun saya jahit sendiri..
kali ni, tambah lagi 3 biji.. so dah ada 6 biji..


Satu lagi benda yang dikitarsemula..
seluar jeans..
agak2 saya nak buat apakah dengan seluar jeans ni???

Dulu2, bantal yang ada menghiasi sofa...


Dua biji bantal kaler merah tu, memang dapat dalam set sofa ni...
yang 3 biji tu saya tambah sendiri...


Kedudukan sofa pun berubah-ubah ikut mood..
bila mengemas je, saya mesti tukar kedudukan sofa..
sebab ruang yang terhad ni, saya kena ubah2, cuba jaya, kedudukan mana lagi yang boleh beri keluasan maksima untuk ruang tamu ni...

Yang terkini, saya tukar lagi bulan lepas...
dan sekarang bantal2 yang menghiasi sofa telah berubahhhhh...


Hahahaha, OK tak, kuikui....
semua tu kain lebih2 dari baju2 saya...
ada satu lagi jalur merah masih dikekalkan..
sebenarnya, ada lagi satu kain, belum jahit..
mood dah ke laut, hahaha....
bila dah berhenti, malas dah nak sambung lagi...


So, ruang tamu dah jadi begini..
kedudukan sofa 3seater memenuhi ruang sebelah dinding..
kesian kat 1seater, tak ada bantal lagi..
yang tu on the way la nak wujud..
tunggu mood menjahit mai balik, fuhhhhhhhhhhh


Dinding tu ada projek DIY nak buat...
sebab tu cuba alihkan 3seater ke situ...


Mula2 nampak tak sesuai gak...
tapi lama2 OK la, just nice...
dah begitu je yang saya mampu...
dekorasi orang bajet jimat, kekeke...


Suka sangat, dengan imaginasi kali ni..
dok plan2 nak buat sarung bantal guna jeans ni, akhirnya menjadi juga..
puas hati untuk diri sendiri, Alhamdulillah..dengan kelebihan dan idea yang Allah bagi..

Tapi nak menjahit pun kena ada mood tau..
kadang2 tak jalan juga mesin tu..
berbulan2 terkubur di atas meja tu, hehehe...
time bersemangat, baru dapat idea je, baru laju mesin tu jalan, iskkk

Percayalah, Umi saya bukan rajin sangat pun...kahkahkah...

Seronok dia melatam kat sofa ni...
ada hari, keenam-enam biji bantal ni bertebaran atas lantai...
tambah lagi satu kerja Umi nak mengutip bantal2 ni..

Apa2 pun, OK la...
saja suka2...
boleh habiskan stok2 kain yang ada..
lagi cepat buat, lagi cepat siap, lagi rasa lega..
kalau tak, macam nak pecah kepala otak, asyik dok fikir idea ni je...iskkkk


Boleh tekakah bantal mana yang saya DIY???
Hihihi....



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers