Search This Blog

Showing posts with label Kereta dan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Kereta dan Perjalanan. Show all posts

Monday, 9 August 2021

Vaksinasi : Lengkap 2 dos Vaksin Sinovac @UiTM Puncak Alam

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Bulan lepas orang² terdekat termasuk lah suami dah mula dapat appointment vaksin. Ensuami lak suh saya buat request kat help desk. Dia kata ada orang ask questions kat situ, lepas tu boleh dapat appointment.

Jiran pun ada bagitau, kalau akak tak dapat appointment lagi dalam Mysejahtera, boleh bagi nama kat klinik swasta 'D' kerana klinik tu berdaftar sebagai pusat agihan vaksin untuk kawasan kami. 

Tapi saya tak berani pula, enSuami pun tak nak. Dia kata tak pe lah tunggu je yang kerajaan panggil. Pastu ada kan kes klinik yang cucuk angin je, tak ada vaksin pun dalam jarum tu.. Itu pun ada orang buat jahat lagi, dunia dunia..


Tup² minggu tu heboh turn guru² pula dapat vaksin. enSuami saya pun dapat. Tempat nya dekat ceh. Sebelah taman je. Sebab stadium pusat vaksinasi tu sebelah rumah je. Orang buat announcement pun dengar kalau dok kat luar/laman rumah ni. So senang je la, enSuami saya pergi naik motor. Dapat pula vaksin yang dia nak, Pfizer.

Lepas enSuami dapat, tetiba adik ipar yang baru daftar bulan 5/6 tu, dah dapat appointment. Terkejut la jugak. Macamana dengan saya dah lama daftar bulan Februari? Agaknya kebetulan kat Tanjung Karang tu baru buka pusat vaksin. Sebab kerajaan Selangor nak cepatkan Setel vaksin ni. Sebab tu la diorang dapat dulu. Ikut kawasan. Macam tempat saya Parlimen Kuala Selangor besar. Ramai rakyat yang nak cucuk tu.
 

Lepas tu saya saja la try kat Help desk mysejahtera tu, hehehe. Saya rasa tak logik gak la, lepas komplen boleh dapat turn vaksin tu. Sebab dia macam kita hantar emel ke website je. Bukan live chat pun. Tapi tak pe lah saja try tanya πŸ˜‚. Lepas 1hari, dapat emel maklum balas. Dalam emel tu, reply berformat ja.. tapi tak pe lah dapat gak reply, just nak sejukkan hati je, takut plak details saya tak ada ke..


12 Julai, tengah dok kayuh basikal, sambil tengok citer Korea, nampak SMS, emel, mysejahtera notis vaksin pop-up kat fon. Kelip² ja mata tu. Betul ke tu.. buka baca tengok, dapat appointment, yang terkejut tu, dapat tempat sampai UiTM Puncak Alam??? Mak aii awat terlepas jauh nun.. dok harap dapat kat stadium sebelah la.. senang nak pi.


enSuami kata tak pe lah, nanti dia bawak.
Terpaksa minta tolong adik ipar SIL, datang rumah untuk jaga anak² masa kitorang pergi tu. Kebetulan hari yang sama, adik ipar yang bongsu, BIL pun nak pi vaksin. Tapi dia pergi sehari awal, sebab waktu dia 9pagi kat PWTC sana, sebab dia apply AZ. Jauh dari tempat kitorang, so dia booking hotel kat sana semalam. Esoknya lepas vaksin tu terus balik. So, enSuami kena hantar dia ke stesen Sungai Buloh, nak naik KTM kan..


Hari vaksin tu 16 Julai, hari Jumaat. Kitorang gerak dalam 10 lebih gitu. Plan asal enSuami nak tinggalkan saya kat UiTM tu, kemudian enSuami pergi hantar BIL ke stesen. Bila sampai UiTM, polis bantuan bagitau ada vaksin pandu lalu. Terkejut la kitorang. Tak pernah dengar pula ada pandu lalu ni. Sebab saya ada gak tanya orang² yang vaksin kat UiTM ni, dapat vaksin apa, tengok gambar, semua dalam dewan.

Time kita, orang bagitahu ada pandu lalu? Fuyoo..
Disebabkan pandu lalu tu, kitorang tak pergi la ke tempat vaksin, Dewan Berlian tu. Pusing ke arah Hospital UiTM. enSuami dok puji la Cantek nya hospital ni, hospital baru ni, tak pernah tahu pun kewujudan ni, sakit apa yang boleh datang sini? Macam best je.. banyak pula persoalan dia. Saya pun first time kat sini.. mana la nak tahu kan.. hospital universiti memang la cantek sebab baru, LoL.


Sampai kat depan foyer ni, polis bantuan dan staf, datang ambil bacaan suhu, tengok IC, ada ambil gambar. Pastu scan QR code Mysejahtera dengan QR code PPV UiTM untuk ke website dia nak isi form. Ini part kelakar yang saya buat, adoi. Dalam form tu dia minta details kita la kan, ada satu tu, dia minta no plat kereta. Saya dengan yakinnya boh plat kereta sendiri.

Rupanya no plat kereta tu la diorang guna untuk daftar proses kat setiap checkpoint yang ada. Saya lupa yang kereta kitorang naik tu, kereta adik ipar, LoL. Dah salah bagi no plat ni, haru gak la jadinya..

Selepas keluar dari foyer tu, kita dah ke checkpoint nak cucuk. Masa tu doktor datang bagi penerangan kat tingkap kereta je. Kita dok dalam kereta, dia berdiri kat luar tengah panas masa tu, kesian doktor tu. Appointment saya kol 12tghari kot..

Sebelum tu nampak la doktor tu macam tercari² nombor plat kereta saya, masa tu, bila dia tanya nama, tapi no plat lain, baru la saya sedar saya dah silap. Patut la minta no plat kereta, adoi. Lepas doktor bagi penerangan, boleh tanya soalan kan.. saya cakap tak ada, elok doktor dah gerak, baru teringat pasal saya kidal nak cucuk kanan ke, sebab orang kata nanti balik lenguh².

Doktor tu pun mengiakan, elok juga cucuk kanan. Pastu pula, saya kan dok sebelah kiri. Kaunter untuk cucuk tu sebelah kanan, tangan nak cucuk pun sebelah kanan. Doktor tu suggest tukar tempat duduk seat belakang. Senang tangan kanan nak cucuk. Okay juga doktor suruh tukar tempat. Saya dok bayang kalau dok depan, BIL saya kat belakang. Mesti la dia nampak kan, saya siap pesan kat dia tadi suh tutup mata, time saya nak cucuk nanti, hahaha..

Bila dok belakang okaylah pandangan orang depan akan ke depan, tak da keje dia nak pandang ke belakang kan.. cuma masa nak cucuk tu, nurse datang bawa bekas jarum tu, dia cucuk dalam keadaan berdiri. Pintu kereta, of course lah terbuka, tapi yang tak syok tu, ada orang² lain (staf medical/PPV) lelaki yang dok menyembang kat situ. Macam boleh nampak plak tangan saya yang terbuka tu. Agak-agak la saya cuba seboleh mungkin nak lindungkan tangan saya tu. Mata saya memang tajam dok tengok diorang je, takut² mata kepala diorang menghala ke arah saya. Alhamdulillah rasanya pandangan mereka tak ada ke arah saya kot.. harapnya lah, InshaAllah πŸ₯²

Lepas cucuk tu, ada lagi la 1 problem asbab dari no plat Tu. Staf tak jumpa cari nama saya. Terpaksa lah bagitau saya tersalah no plat tadi masa isi. Lama tu tunggu kat tepi tu. Lepas dah Setel cari nama, 15minit menunggu tu pun aktif dalam sistem PPV UiTM tu. So parking kat tempat kereta yang disediakan untuk menunggu kalau ada kesan selepas cucuk.

Masa ni baru saya teringat ada sorang yang update kat IG ambil gambar tepi jalan, atas batas kaki lima sambil pegang tag, "Ambo dah vaksin". Maksudnya dia pun drive thru jugak la Tu.. masa tu nampak la orang ulang alik amek tag tu. Tapi saya tak tahu nak ambil kat mana. Rupanya ada pondok yang letak tag² ni, terlindung sebab kereta orang sebelah besar, kereta MPV. Masa tu dok harap tak mau la pegang "Ambo". Beranikan diri pergi kat pondok tu, tengok ada macam². Saya pun nampak la tag ala² utaqa gitu.. 
"Cheq dah divaksin"
Apa lagi ambil yang tu la kan😘

Tapi lagi sedap kalau "Cheq dah vaksin". Divaksin tu macam baku sangat la plak. Mesti tak ada orang utaqa depa nak tanya masa buat tag ni, πŸ˜‚
Tapi saya suka UiTM ada inisiatif macam ni. Biasalah Selangor kan bercampur negeri rakyatnya. Semua negeri ada. Bila ada macam ni seronok juga. Saya up status pun ramai puji, amboih Cheq noh.. tempat lain tak ada kot..


enSuami kalut dok Suh ambil gambar bagi nampak hospital UiTM tu.
Cantek ni, mahal ni, kenangan ni πŸ˜†
Ambil gambar sebelah sini gelap sebab cahaya matahari, dan saya pun dok bawah kanopi ni. Saya dok risau enSuami saya tak pandai ambil gambar. Saya dah OOTD pakai Boots 7cm lagi, tak mau bagi nampak rendah.. Nasib la dia ingat, bini dia dok ajar ambil gambar terbalikkan πŸ“· tu..


Tukar posisi lak, tadi kat tempat belakang gelap, ni bahagian depan menghadap matahari. Mata saya pula pedih, dah tak nampak mata, dok sengih di sebalik mask, πŸ˜„

Okay Lulus ambil gambar kali ni. Kalau tak, nak menangis rasa tengok balik gambar yang dia snap. Tapi kasut pun main peranan gak la. Sejak² Ada boots ni, saya rasa ada beza hasil gambar saya berbanding dengan pakai kasut flat je. Jenis tak reti nak posing macam orang instafamous tu. Tapi nak pakai heels la, tak tahan tu.. tak biasa. Time kawen dulu je pakai heels, first time masa Tu.

Ni baru nak berjinak² dengan heels. Dah dapat kasut idaman selama ni. Nanti saya share dalam blog..

Alhamdulillah balik lepas cucuk tu tak ada apa² alahan. Sebab SIL yang cucuk Sinovac pun tak ada apa² efek. Lepas cucuk tu, enSuami kata takut ke, sakit ke.. saya tak sempat nak rasa perasaan tu.. sebab haru biru pasal no plat dengan takut orang nampak masa saya cucuk tu, lagi berleluasa dari pemikiran sakit² nak cucuk tu.. Ye la tak senang hati fikirkan susahkan orang cari plat kereta tak jumpa 🀭. Minta maaf ya kat semua staf PPV hari tu, 16 Julai, 12pm. Kol 1 Setel, kuar dari UiTM tu. Proses sejam jugak la kan. Okay la Tu. Percubaan yang baik. Sebab bila cerita kat family, kakak saya (doktor), dia kata bagusnya dos 1 dah drive thru.. entah la advance sikit kot kat UiTM ni..

TERIMA KASIH SEMUA STAF DAN DOKTOR NURSE YANG BERTUGAS UNTUK SESI PANDU LALU 16 JULAI 2021, 12PM @ UITM PUNCAK ALAM. SERVIS TERBAIK. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Dos 2, tempat yang sama, hari Jumaat, 6.8.2021. Hari tu 2 org adik ipar datang Umah, SIL dan BIL, orang yang sama yang terlibat masa dos1 juga. Saya dan enSuami je pergi. Walaupun dah tak ada sekatan polis, tetap kekal yang penting je ikut. Kali ni bawa juga kereta SIL, sebab.. enSuami nak servis aircond kereta, orang pomen tu janji hari Sabtu nak ambil kereta.

Pagi Khamis tu pesan sesiap kat enSuami kena cuci kereta hari ni, nak pi vaksin esok. Sebab kereta kotor gila, ada kucing naik tido masa hujan, habis bumbung kereta sampai bonet belakang kotor kesan tapak kaki. Elok cakap macam tu, pomen tu ada wasap enSuami yang dia nak ambil kereta malam ni. Haa sudah.. tak boleh juga bawak kereta sendiri.

Walaupun pomen tu ada tinggalkan kereta dia untuk kegunaan kami, tapi enSuami tak nak la guna kereta orang. So guna gak kereta SIL, sebelum masuk kereta tu hafal dulu no plat. enSuami bagitau dah siap ambil gambar lagi no plat Tu πŸ˜‚ Punya la tak nak buat masalah lagi..

Dalam kereta baru sedar, alamak tak ada pen. Dalam beg tote saya ada pen Kaler Merah je, pen dapur ni, dok guna tulis barang dapur yang nak beli. enSuami kata kenapa nak guna pen pula, kan drive thru. Saya cakap mana tau kot kena masuk dewan. Sebab tengok orang lain yang dos2 ni, xda yang update drive thru pun.. nasib enSuami ada pen hitam dalam pouch bag dia.

Sampai je UiTM, sungguh. Polis tu bagitau pandu lalu dah tak ada ya. Kena pergi dewan la macam biasa. Jauh ke belakang dewan tu. Ingat sesat dah. Nasib struktur dewan tu luar biasa, so dari jauh dah nampak, tu kot dewannya. Kereta pun banyak area situ..


Bila masuk dewan macam ni, saya jadi blur la sikit sebab first time kan.. Sampai tu tengok orang lain bawa kertas, pastu kena duduk kat kerusi, kena update profile, orang tanya kad/surat, saya cakap tak ada, hari tu drive thru. Sebab last time, memang semua pakai smartphone ja, elektronik. Sijil vaksin pun dapat by email ja. Dah masuk dewan, lepas Setel pendaftaran tu, saya pun nak gerak ke depan ambil tempat untuk masuk ke bilik cucuk tu kan.

Masa saya nak masuk tu, staff Tu tunjukkan arah Suh ke kerusi bilik no3. Macam dalam gambar tu. Saya pun tanya la, tu khas untuk perempuan ke, dia jawab ya. Saya pun ikut lah pergi ke kaunter tu. Bila dok Line no 3, kebetulan kerusi no2 kosong, anggota RELA tu Suh saya ke depan. Elok turn saya, saya selak langsir nak masuk, terkejut plak saya. 

Ini lelaki ke perempuan? 
Staf yang nak cucuk tu. Sebab rambut dia gaya pendek tapi agak panjang bagi lelaki. Badan dia pun kecil comel ja. Susah nak pastikan jantina sebab pakai mask lagi. Saya tak jadi nak masuk. Sekali masuk 2 orang, sorang tu dia masuk dulu, so dia pergi kat perempuan. So yang laki tu la kosong. Saya tak nak la lelaki. So saya tunggu kat luar je. Lepas Setel orang tu cucuk, staf perempuan tu keluar, tanya saya nak cucuk tak? Soalan dia macam dia ingat saya takut² nak cucuk kot πŸ€”

Saya nak cucuk, tapi dia tu lelaki ke? Bila tanya soalan macam tu, dia dah faham kot. Sebab yang perempuan ni pun free hair, bukan Cina bukan India, rasa macam orang Sabah Sarawak gitu.
Oh xpe Saya boleh cucuk, pastu dia nak masuk dah.
Maybe dia nampak saya tak bergerak, dia keluar semula tanya lagi, nak cucuk tak?
Saya jawab saya nak cucuk, tapi saya tak nak ada lelaki dalam bilik tu..
Mana la nak tau, kot dia faham hanya sekadar perempuan yang cucuk, kira okay kot.. tapi laki ada dalam bilik yang sama..
Kan kita nak buka baju selak bahagian tangan tu nak cucuk..
Pastu baru dia kata, okay nanti saya Suh dia keluar sekejap..
Sampai laki tu keluar, baru saya masuk bilik tu..
Fuh berdebar saya, saya minta maaf la kat staf tu, saya blur sikit, hari tu drive thru..

Tapi orang yang cucuk saya ni pun, tak macam nurse pun. Nampak macam gaya staf sokongan PPV ja. Sebab pakai baju biasa ja. Masa dos1 tu, memang pakai baju nurse, uniform lengkap. Tapi boleh ke orang yang bukan medical, cucuk² orang ni, entah lah emmm..


Lepas keluar bilik cucuk, kena gerak pula ke dewan menunggu yang 15minit tu. Tapi kat sini lama gak la. Lebih 15min rasa, dok tunggu nak kena cakap dengan kaunter lagi. enSuami saya tak puas hati, lama sangat bahagian ni. Dia kata lelaki yang datang selepas saya pun dah keluar dah. Sebab dewan menunggu ni ada dua kaunter, kot saya masuk bahagian kaunter yang lambat ke, atau sebab tersangkut kat cucuk tadi..


Iye lah kalau lelaki tak ada masalah la kalau perempuan cucuk pun.. lagi la orang laki suka orang perempuan cucuk kan😌 

Kita yang perempuan ni, nak jaga aurat, tinggi sungguh dugaannya.. Saya memang tak toleransi kalau bab buka baju ni. Lagi saya tegar, lagi Allah uji dengan kes² macam ni. Sebelum tu dah terfikir dah, kalau dapat laki, saya tak masuk lah. Saya pun pergi dengan gaya cardigan. Tak ada tangan baju besar yang boleh selak. So kalau buka cardigan satu tangan la terdedah.

Kali ni pun saya dah ready dengan handsock sesiap dah, sebab hari tu tak pakai handsock, kalau drive thru Tu, takut ada orang yang kat luar tu boleh nampak, so kalau pakai handsock tu, tak ada la banyak sangat bahagian tangan yang terdedah. Just buka bahagian nak cucuk je. Handsock saya pun panjang sampai lepas siku.

Kali ni tak best sangat la nak bergambar. Ada mende ni je kat pintu keluar tu. enSuami pun tak ada nak snap gambar. Ni pun dapat la 1 posing, minta tolong orang yang sama vaksin juga. Kakak ni buat selfie je sorang². Saya tak suka selfie, sbb dapat muka je tak syok. Saya minta dia ambilkan. Lepas Setel saya, saya offer nak ambil gambar untuk dia. 

Dia tanya boleh ke, takut lah..
Hah, takut? Agaknya takut sebab variant Delta ni kot. Saya pun takut² Gak. Tapi 1 keping ja nak amek gambar. Win-win situation lah.. InshaAllah tak ada apa².


Saya tengok kat Korea pun sama situasinya. Vaksin Pfizer dikhaskan untuk warga emas dan Frontliners. Orang² muda 30an-40an, dapat AZ. Yang lain² dapat Sinovac. Cuma konflik kat Jepun je, diorg tak nak langsung AZ, nak Pfizer je, takut kerajaan Jepun rakyatnya tak nak vaksin kalau tak dapat Pfizer. Kalau Malaysia ka, emmm...

Kat Mesir lain pula jadinya. dos1 Pfizer, dos2 AZ. Diorang main gabung vaksin tu. Katanya ada kajian, lagi bagus digabungkan, saling melengkapi kelebihan dan kekurangan antara dua vaksin tu.

Sebelum saya pi vaksin dos1 tu, ada keluar berita yang kena amek dos3 bagi vaksin Sinovac. Saya pun tanya la enSuami, kalau nanti ayang dapat Sinovac, sayang nak bayarkan ke untuk ayang, dos3? enSuami gelak², confirm ke dapat Sinovac?

enSuami saya kata, tengoklah macamana nanti. Setakat ini tak tahu lagi pengagihan tu macamana. Kat swasta ke, kat kerajaan ke. Kalau kena bayar, bayar je la..

Ingat dos2 ni, dapat drive thru lagi, boleh la tanya doktor, dos3 nak amek macamana prosedur nya? Sekali masuk dewan, langsung tak jumpa doktor..

Dan terkini, pensyarah UKM kata semua vaksin akan ada dos3. Sebab virus variant baru ni, dah berbeza dengan virus awal. So vaksin fasa pertama ni tak cukup untuk melawan dengan virus variant baru ni.


Anggaran bulan 3 atau 4, tahun 2022, siap vaksin dos3 yang selain Sinovac. Setakat ni fasa nak habiskan dos1 dan dos2 dulu. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari wabak penyakit yang berbahaya ni, Amin.


Berita pemergian arwah Siti Sarah Raisuddin, yang mengejutkan semua. Al-Fatihah untuk Siti Sarah, Takziah untuk Shuib dan keluarga. Kesayuan satu negara dengan berita ni.

Saya awalnya tak tahu pun family Siti Sarah kena covid. Pastu enSuami yang cerita, kata dapat dari maid dia yang sembang² dengan kawan dia. Selepas Siti Sarah meninggal, baru tau yang maid dia tu, lepas positif tu, cepat juga meninggal. Sedangkan yang bawa tu, tak da sakit pun. Pembawa je orang tu, sungguh lah Allah SWT sayangkan Sarah. Insan terpilih Allah jemput. Syahid kerana melahirkan anak, syahid kerana melawan covid. Ramai yang mendoakan untuknya..❤️

Saya tengok Elly Mazlein dalam IG dia, selalu menyeru ibu², jangan lupa daftar vaksin, ibu² ambillah vaksin. Ikhtiar kita untuk jaga diri dan anak dalam kandungan. Ramai sangat ibu mengandung yang terkorban. Yang terpaksa keluarkan anak dulu, sebab ibu dah tak berdaya nak bertahan, Allahu. Kalau tengok video kat tanah perkuburan, kat bilik uruskan jenazah, ramai sangat yang meninggal, sampai jenazah letak kat lantai ja😭.

Allahuakbar, engkau angkat lah azab virus ni lenyap dari bumiMu. Ampunkan dosa² kami. KepadaMu lah kami memohon pertolongan kerana engkaulah yang Maha Esa.🀲🏼

Bye bye korang.. jaga diri dan keluarga baik² ya. Makan supplemen/vitamin C/buah-buahan setiap hari.

Kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday, 18 September 2017

Part 1 : Raya Haji dan Sambutan Kelahiran Family Che Intan

Assalamualaikum...

Ya, raya haji lepas balik Kedah..
kitorang semua bertolak balik hari Merdeka, 31 Ogos..

Adik saya, dari Ukay Perdana..
Kakak dari Senawang..
Kami pula dari Sekinchan..

Sehari sebelum balik tu, kawan enSuami inform jambatan Sg Perak tu, boleh lalu untuk kenderaan ringan..
sebelum ni, orang cakap kena tutup sekejap sebab rosak/runtuh..
enSuami pun lega la, xperlu nak lalu jalan jauh...
boleh terus, cepat sikit masuk Lekir...

Hari dah jalan tu, sampai je kat jambatan tu,
kreng kreng kreng....
kena tutup daaa....
semua orang U-turn bawah jambatan..
nampak motor je boleh lalu...

Dah kalut bising2 dah enSuami..
nak cari jalan mana ni, yang dekat...
ada berhenti isi minyak tu, sembang2 dengan orang keja situ, dapat la info;
memang jambatan tu buka untuk kenderaan ringan, walaupun jambatan dalam maintenance nak upgrade... tapi kesilapan kontraktor nak pasang/tanam tiang baru, terketuk tiang lama pulak.. jadi bimbang membahayakan pengguna, tu yang tutup terus tu. Itu yang Uncle tu cerita kat enSuami la.. kalau salah tak tahu la..
so kami lalu Beruas sampai jumpa simpang biasa yang selalu lalu di Terung..

Balik raya kali ni, saya tak ada bawak biskut raya pun..
bawak balik bekal paste mee jjajangmyeon, paste cili tteobokki..
untuk kimbap, kakak saya yang belikan barang, dia nak makan kimbap..

Semangat nak masak masakan Korea, sebab adik ipar, Moon ni suka spicy tteokbokki.
saya dah cuba 2 hari sebelum balik tu, buat guna tepung pulut..
kami lakibini makan, melekit2 kat lidah...
tepung pulut kan, bayangkan buah melaka tu, tapi tak ada inti gula melaka di dalamnya???
makan tepung jaaa, ya ampun, rasa tawaq2 liat... xkena selera kami yang ni...
saya rasa nak cuba guna tepung beras pulak lain kali, tengok rasanya macam mana...
kalau tak lalu juga, tak buat dah la tteobokki lepas ni, wakakaka....

Pagi raya tu, yang lelaki semua dan mak saya je yang pergi solat..
kami yang bini2 ni, semua kat umah, siapkan anak2, makanan, dan diri sendiri..
untuk mee jjajangmyeon, saya rebuskan spageti je..
memandangkan adik ipar dan kakak, baru je bersalin...
kot la tak boleh makan mee sebab angin ke kan...

~ada screenshoot dr IG adikipar. saya tak ingat apa, nak amek gambar, huhu~

Lagipun senang sikit, rebus sebungkus je dulu..
kalau dah habis, kita tambah kemudian..
nak masak banyak2, takut tak ada orang makan plak kang...
lagipun Mak saya pun dah masak laksa..

Untuk kimbap, pulut 1kg, saya masak semua..
ada banyak stok seaweed, tuna pedas..
lagipun satu roll, tak ada la dapat banyak.. dalam 6-8 keping je...
tapi sempat siapkan separuh je, dah tengahari, Mak dah kalut ajak jalan2 raya umah mak sedara...


Malam tu, sambung lagi buat..
keluarga adik2 Mak, anak menantu, cucu, sepupu-sepapat, semua mai...
depa dok riuh kat ruang makan di dapur, woi sushi tak siap lagi ka...
penat nak habaq, kimbapppp bukan sushi...
habaq banyak kali pun, dok panggil sushi jugak, aigooo..

First round hidang ke meja, berebut masing2...
sekejap je dah licin..
kak ipaq mai bawa pinggan kosong..
licin dah, tak cukup lagi...
pi round kedua, pun habis...

Alhamdulillah habis licin semua..
orang balik, boleh basuh semua, tak da makanan yang berbaki melainkan laksa Mak..
malam tu, baru sempat saya nak makan...
nasib tak bersalin lagi, boleh la makan sesiap, hehehe...

Lepas sudah kemas2, boleh plak Abang ajak keluar, celebrate besday ramai2...
saya dengaq nak keluaq malam2, adoi... lemah la malam2 ni...
saya dah all-out siang tadi, sakit belakang semua, tunggu nak solat, nak tidoq ja ni..

Disebabkan kakak saya nak balik esok, jadi Abang saya ajak untuk buat malam ni..
bila tanya dia nak jalan tenghari, jadi ajak buat esok je la, sebelum kakak balik..
janji dalam kol 10-11 pagi gitu..
dah KFC-PizzaHut buka 24jam kan...


Jadi esoknya kami ke premis berkembar PizzaHut-KFC di Alostaq..
sebab dua2 makanan ni, diorang nak makan..
kami masuk duduk dalam PizzaHut, order take away KFC...


Saya rasa salah pula buat macam ni..
patut makan dalam restoran KFC..
order pizza take away..
sebab makan pizza, tak ada sisa makanan...
bila makan ayam, sepah la tulang2, kulit, sos, segala bagai...
tak sedap hati biar camtu, saya pun kemas sebaik mungkin..
lap2 meja dengan tisu KFC yang ada...

Dan rupanya malam tadi, sedang saya dibuai mimpi, adik saya keluar dengan isterinya beli kek di SR...
so masa keluar rumah tadi, kek tu dibawa bersama...


Nama Hafni, H dah hilang...sebab diorang dok panggil Afni kan...
nama Hafni, susah eh nak sebut..
Afni la, Ani je la, Mak saya lagi la Nurul Ain teruih dia panggil masa Hafni baby dulu2...


BTeh tu, Bang Teh (30 Ogos), adik ke5 bawah saya, stay Ukay Perdana...
Honeymoon di Korea, sebab tu, signifikan sangat adik ipaq dengan anak saudara tu dengan Korea, baby korea kekdahnya...
Naurah (30 Ogos), anak kakak saya.. kakak ada sorang ni ja, kami berdua ja anak perempuan...
Iman (16 Sept) pula, anak Abang no 2.. yang ada bisnes nursery pokok buah di Bertam tu...
Hafni, (4 Sept)..
Kakak pun nak tumpang sekaki, dia 26 September..
Kalau ikutkan Abang sulung pun 24 September.. anak sulung dia, Along 1 September...
Haa ramaikan bulan September...
Tu yang Abang nak sangat tu celebrate ramai2...
kami jarang dapat berkumpul macam ni...


Kek ni, dok depan saya je..
saya jarang sikit nak makan kek..
lebih2 lagi yang SR punya...
tanya kek apa, kata choc cheese berry, aah ada cheese lagi...
kenkononnya tak berapa nak lalu makan la...
kakak saya suh makan jugak, satni tak habis tak ada orang makan...

Ceh, malu2 la cuba sikit2...
bila cuba sesuap, yang coklat dan putih tu rasa macam kek indulgence ja..
sambil dok tanya2 kat adik ipar..
kakak saya dengaq, dia kata tu cheese la, yang coklat tu, coklat cheese...
saya dengaq, musykil ja, ya ka....

Makan sikit-sikit.. sedap la plak rasa..
rasa kena di tekak saya..
ayam 2 ketoi, pizza 2 keping..
banyaknya saya makan...
lapaq kot, pagi tadi tak makan sangat masa sarapan..
Mak saya buat nasi goreng, saya sepanjang pregnant ni, perasan tak leh makan nasi goreng, jadi angin satu badan...


Habis kenyang semua makan nak dekat kol 2 jugak la...
bergambaq ramai2 sebelum balik...

Dari kiri: Abg Firdaus (Abg ipar, Suami Kakak), Adik bongsu No8-CikTam, Adik No.7-CikTeh, Suami saya, Mak, Abang No.2-BangChiq, Kak Azida (KakIpar, Isteri Abg No.2), Anak no.4-KakChiq(Saya), No.3-KakChaq, Adik No.5-BangTeh, Moon (Adik Ipar)


Family kami, tahun ni, baby boom..
kakak saya, bersalin bulan 3, kembar laki-pompuan.. Faris dan Faeqah
kakak ipar, Kak Murni, (isteri abang sulung-tiada dalam gambar) bersalin awal Ramadan, anak pompuan... Iris Nayla
adik ipar, Moon bersalin hujung Ramadan.. Sephia Medina
Saya sorang tak lepas lagi...bulan depan inshaAllah...
Kakak ipar, Abang no2, surrender dulu sementara.. diorang 3 hero berturut2 selang setahun... so dia kata nak rehat dulu, anak laki lain macam peelnya.. kalau dapat macam Hafni xpa la, makan tertib ja...

Hahaha.. Hafni, depan orang memang la senyap sunyi..
lagi pun kampung Kedah jarang dapat balik kerap...
dia kurang pandai sesuaikan diri..
kali ni, dia dah OK sket...
dulu2 semua orang dia takut..

Sekarang dah besar, 4 tahun, nak jadi kakak dah..
dia dah berani dan matang lah sikit..
lagipun, ada baby ramai kali ni..
rajin dia dok menghadap baby2 tu, tengok gelagat baby, sambil gelak..
nak dukung tak berani, baby besaq belaka..
dia berani sentuh2 kat tangan dan hujung kaki ja, hahaha...

Pasal tteobokki, tak sempat buat eh...
raya kedua dah makan pizza, kfc, kek belaka..
petang tu, pergi rumah PakCik saya pula, ada buat akikah anak dia..
malam tu balik tidoq..
adik plak, balik umah mertua dia plak..
So tak ada orang Korea celup nak makan tteobokki, tak ada la nak buat...
kami pun balik hari Ahad, pagi tu sarapan nasi lemak je..
balik kedah mesti makan nasi lemak Kedah, enSuami saya suka nasi lemak Kedah, macam2 rasa...

Makcik nasi lemak favorite dia tu, tak meniaga pagi tu,
ye la raya lagi kan...
makan yang orang lain la jawabnya...
nasib ada jugak yang jual..
kalau tidak, kempunan la nasi lemak Kedah...

Friday, 30 September 2016

Bulan September sahaja...

Assalamualaikum...

Dalam masa 30 hari bulan September ni
macam2 hal berlaku dalam keluarga saya..

Sama ada keluarga kecik kami,
keluarga belah saya,
dan juga keluarga belah enSuami..

Cerita ikut kronologi tarikh lah ye..

31 Ogos, cuti merdeka kan..
Abang Sulung saya, isteri dan anak2nya 3 orang, Mak saya dan adik bongsu bertolak dari Kedah menaiki kereta Wira untuk ke arah Selatan, tepat lagi nak pergi rumah kakak saya di Senawang.
Tujuan datang, nak hantar adik bongsu masuk UiTM Shah Alam, 3 September tu..

Dalam perjalanan, tayar kereta pecah.
sempat sampai Bertam je..
tumpang sekejap rumah Abang Kedua di Bertam sementara nak tunggu kereta siap..
Tengah malam dalam kol 12 camtu kot, diorang sampai rumah kakak..

1 Sep, tu kakak saya amek cuti, alang2 dia ada, dia ajak terus jalan datang rumah saya..
Abang Ipar tu, memang dah biasa ulang-alik setiap hari, dari Senawang ke Puncak Alam, sebab sambung belajar di UiTM Puncak Alam..
Laju je diorang sampai naik Nissan Serena Highway Star tu..

~Bergambar depan rumah kakak sebelum ke UITM~
Kalut lintang-pukang saya kemas rumah dengan masak sekali..
nasib baik enSuami tak sekolah hari tu..
dia jadi AJK pertandingan pentaque di stadium sebelah taman rumah..
tengahari rehat tu, dia balik kejap untuk beli ikan siakap n ketam di pasar pasir penambang...

~Di pondok kolej Perindu semasa pendaftaran~
Gabra punya pasai, masak ketam bercili masin ya amat!
kesian kat diorang, enSuami kata,
adoi, tak tau nak kata apa dah..
saya memang tak boleh, kalau orang nak datang rumah,
tak ready jiwa-raga, jadi kelam-kelibut tak tentu hala,
Gambar pun tak ada amek, tak ingat langsung..
Hafni pun dok takut2 lagi dengan pakcik2nya yang sebelah Kedah ni..
mungkin sebab jarang2 jumpa.

~Kat UiTM ni memang sedia katil bertingkat ye? macam Asrama plak tengoknya~
Lepas makan nasi hidang buah, pastu hidang pai epal, nasib baik ada stok dalam freezer..
Abang Sulung yang tak makan pai epal,
tetiba request nak kimbap..
raya Aidilfitri lepas, saya ada buat kimbap untuk hidangan hari raya kedua..
mula dari tu dia tau saya boleh buat kimbap..
la la tu jugak nak makan..

Saya pun masak la pulut lepas tu..
kebetulan memang ada lagi seaweed kat dapur ni..
masak je la..
cuma timun je tak ada masa tu..
tak berapa nak sedap la, tak ada rangup2 semasa mengunyah..

Nak dekat Maghrib tu, baru enSuami balik,
sempat la diorang jumpa sekejap..
Abang ipar nak cepat jalan,
sebab nak bawa family saya pergi rumah parents dia di Kepong.


3 Sep, Sabtu family saya pergi UiTM, saya dengan family mertua sambut besday Hafni di rumah mertua..

10 Sep orang nak beraya haji, tetiba enSuami dapat call dari adiknya, Madi kata dia jatuh motor..
Dia baru je keluar dari rumah kitorang sebelum nak balik Sekinchan tu..
masa makan tu, adalah enSuami pesan bawak slow2 sudah la..
kata tak standard la bawak slow2 naik motor tu sambil gelak2..
tahu la dia gurau2 je, tapi tu la, siapa tak risau, naik motor besar-bawak laju2, risiko sangat...


enSuami pun keluar la pergi amek dia kat tempat kejadian,
di lampu isyarat SMK Permatang kot...
berdekatan dengan kawasan pembinaan rumah kedai,
katanya masa nak sampai situ, henden motor tu pun dah macam tak boleh control, goyang2 macam mana entah, tepi2 jalan tu pula banyak pasir, apa lagi, tergelincir..
jatuh macamana, dia tak ingat.
benda dah nak jadi, tuan badan pun terkejut tak percaya..

12 Sep hari raya, duduk rumah je la..
melihat orang kemalangan, dicuci luka2nya..
malam kejadian tu enSuami bawa dia ke Klinik Azhar dan rakan2..
pastu doktor sarankan ke hospital kerajaan untuk Xray, kot ada tulang patah..
memang sungguh pun, tulang bahu kanannya patah...

Jadi 13 Sep kami ke KPJ Shah Alam, hantar dia masuk wad sana..
jumpa pakar, xray semua...
Dr bagi penerangan semua, patah tu gap 1.5cm juga..
ada dua pilihan sama ada nak biar sembuh sendiri, lebih kurang 2 tahun..
atau pembedahan letak plating untuk cantumkan tulang tu.
tu pun kena rehat dua bulan dulu, baru boleh mula kerja..


Nasib baik la si pesakit ni kerja nurse..
so memang tak takut la bab2 darah, operate ni..
dah kerja pun bahagian ICU kan, dah biasa la tu..
so dia pun decide nak operate, cepat lega..
dulu pun dah penah patah tulang bahunya tu..
ni patah lagi...

~nurse Madi tengah bagi penerangan, kekeke~

15 Sep, dah siap pakai baju nak masuk OT dalam kol 2 petang camtu..
lama juga tu pembedahannya..
mertua ada pergi pagi tu, tenghari balik berehat sekejap di rumah adik ipar kat USJ,
petang tu diorang pergi semula selepas pembedahan tamat..
keluar tu dia mabuk/loya lagi kesan dari bius..
ada adik lelaki temankan dia malam tu...
19 Sep, baru dapat keluar hospital..

Kos hospital selama di situ, sebanyak RM18K termasuk pembedahan.
nasib baik dia ada medical card kan..
full takaful, jadi kos ditanggung semua oleh takaful...
Bila pembayaran melibatkan pihak ketiga, ambil masa juga la..

Masa nak masuk wad tu, lama tunggu pemprosesan..
nak keluar pun sama..
selagi hospital tak terima pengesahan dari pihak takaful, memang kita kena tunggu je la..
2jam jugak la tunggu masa hantar tu..terpaksa kami balik dulu jam 5.45pm.

Kesan dari ni, enSuami dah confirm sangat nak amek medical card.
risau kalau ditimpa kemalangan yang serius macam ni, kos besar la jugak kan...
belas2 ribu, mana nak cekau masa tu..

Dapat gaji 22 Sep tu, terus kontek agen nak buat secepat mungkin..
lagipun besday enSuami dah tak lama dah 10.10 je nanti..
kalau umur bertambah, bayaran bulanan pun bertambah la..
jadi kena daftar cepat2...
kali ni amek Takaful Ikhlas pula..
kali ni memang study betul2 pakej yang agen2 takaful sediakan untuk medical card..
siap buat perbandingan lagi antara agen2..
tak ada ala balai lagi dah...
dulu2, tak amek berat apa manfaat yang kita dapat,
sekarang ni dah ramai pakar [seperti Tuan Afyan dll] kongsikan kepentingan/kelebihan/kekurangan tentang manfaat tafakul ni..
Dah selesai daftar, enSuami rasa lega la sikit..
Alhamdulillah.. tengah tunggu polisi je skg ni..


16 Sep, Jumaat, cuti 1Malaysia, adik bawah saya, no. 5, Bang Teh bernikah.
untung la dapat sama2 Kedah,
tapi dua2 kerja di Lembah Klang.
buat majlis akad nikah sahaja..
kendurinya inshaAllah tahun depan..

17 Sep Abang no.2, Bang Chiq pi Auckland, NZ teman kak ipar ada presentation.
Pejabat dia hantar dia sorang je..
semestinya kena ajak suami teman..
pergi jauh2, sorang2 kan..


19 Sep, Isnin, orang yang baru nikah, boleh honeymoon ke Korea..
Abang no.2 dan adik ni memang dah biasa sangat jalan2 oversea ni..


rasanya negara Asia tenggara, semua dia dah pi kot..
dia mula ke luar negara, masa dia join tabligh tu..
pi India, Bangladesh, Jepun untuk tabligh..
lepas2 jadi seronok nak jalan2, nampak tiket murah je, beli..
geng dengan kawan2, jalan sokmo la....

22 Sep, Abang ipar WA dalam family group tunjuk gambar ni..


Dengan caption baby 2017, kembar dua orang..
semua pakat terkejut lah..
fuyoo kembaq tu..
cipta sejarah, adik saya kata..

Masa datang rumah saya hari tu, kakak ada tanya, hang tak dak lagi ka?
tak dak apa? confuse plak tanya, apa yang ada?
pregnant la, bila lagi??
oo, xda la... lagi buat masa ni, hehehe...

Ooo aku seorang je la beranak tahun depan..
hah? terkejut plak saya..
haritu beriya dia cakap, xmau dah..
ingat sungguh la..
tapi kalau nak pregnant lagi pun, xsalah..
anak baru 3 orang..
Kali ni kembaq teruih, baru puas hati..
alahan kali ni, teruk la jugak, sampai warded..
xpa la sekali-sekala, doktor pulak yang tido kat katil hospital..

27 Sep, Selasa, enSuami ada perkhemahan selama 3D2N di Tekali...
pagi tu, enSuami ajak pi Tesco beli barang keperluan rumah sebelum dia pergi..
yang penting, nak beli susu kultur untuk Hafni tu, dok minta Abi, beli gen agi..

Bila nak reverse kereta nak keluar, gedebum kat belakang..


Ya Allah, terlanggaq pagaq pulak...
selalu pagar ni, enSuami yang buka..
masa keluar tu, pagar tak buka lagi, enSuami dok siram pokok..
saya la yang pergi buka pagar..
tapi tak ingat pulak nak sendal kaki pagar tu..
pagar tu melurut turun ditiup angin kot..

enSuami sudah siram, masuk kereta, terus reverse..
tak sangka pula pagar tu dah bergerak..
selalu dia yang buka, keluar OK je.. [sebab dia sendal]
si pnIsteri tak alert pulak pagaq tu senang bergerak..
dah tercium pagaq...

Aduh, susahnya hati tengok lampu kereta tu..
kereta Persona ni, kalau rosak lampunya, kena tukar satu set keselurahan..
pernah dah tukar yang sebelah kiri, RM480 sebiji lampu..
bila fikir duit nak melayang, susah lah hai ahti ni..
masa nak ke Tesco tu, bunyi signalnya lain macam, tet, tet, tet, laju2..

Sampai sana, test tengok signalnya tak menyala..
brek n reverse OK..
lampu signal tak ada, bahaya,
nanti orang salah faham, kita nak belok, ingat kita tak bagi signal..
boleh bikin panas pemandu belakang...

Dalam 11.30am, enSuami bertolak dengan kawannya amek di rumah..
dalam kol 2pm lebih tu, saya dok dapat call dari no yang tak dikenali..
kalau no xsave, jarang saya nak jawab..
sampai la masuk sms, enSuami cakap handset hilang di RNR..
bila kol balik line dah senyap dah...
Allahuakbar...satu lagi cobaan...

Ye ye je lah, masa enSuami cakap..
satu satu timpa, xtau nak cakap ape dah..
nak melenting pun tak ada guna..
dah nak jadi, mana nak sangka...

Dah balik semalam, ajak keluar nak bawa Hafni jalan2..
qada kena tinggal..
last sekali sebelum nak balik rumah, enSuami tanya, OK tak kalau nak singgah kedai kereta jap..
nak tanya dulu macam mana dengan lampu..
semestinya saya setuju..
nak tahu juga rate harga di sini berapa..
dulu tukar di Bangi, RM480.

Sampai di kedai, cerita kat tauke..
dia cek2, katanya mentol je pecah..
sebab tu bunyi dia terencat tu..
bos tu cakap tukaq lampu ja..

Lega la sangat masa tu..
Alhamdulillah..
cuma pecah tu kena cover la dulu, letak salotape ke..huhu..
terpaksa la selagi boleh berjimat, jimat la dulu...

Ni baru pakai Persona, kalau Porche camna?
orang yang pakai porche tu, duit banyak, xdanya nak menangis cam kita ni..
kawan enSuami pakai Hilux, tukaq lampu depan RM1000..perghh..
terlanggaq orang depan sebab terlelap semasa memandu..
depan hospital tanjung karang tu la..
saya pun pernah cium bontot kereta orang, depan hospital tu juga..
nasib baik volvo model lama, kalau volvo baru, menangis ceq nak bayaq, huhuhu..

Hari ni 30 Sep, dapat berita gembira lagi.
kak ipar sulung pula, pregnant.
Yang ni baby May.
Kakak nye, baby Mac..


Abang saya ni buat lawak betoi la..
nak tengok PTest pun macam ni lagi..
anak nak masuk ke-4 dah, banyak lagi soalannya..
siap pi tya kak ipaq, C tu apa, T tu apa, adoi la..
buat apa nak tya, tengok double line sudaa, tau la pregnant kan..
orang nak suprise dia, orang pula yang panas nak jawab soalan dia...wakakaka...

Habis juga akhirnya sejarah untuk bulan September 2016.
menulis dari semalam lagi, 16.22 hari ini baru siap habis cerita...

cerita panjang bukan main..
paksa juga diri menulis untuk diabadikan detik2 yang berlaku..
boleh dikenang2 kemudian..
InshaAllah....



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Monday, 13 June 2016

Kelas Main Masak-masak Noxxa

Assalamualaikum...

Lama xbersiaran...
agaknya belum terlewat nak ucapkan selamat berpuasa, dan beribadah di Bulan Ramadhan yang mulia ini...

Minggu lepas eh 2 minggu lepas daa, hari Jumaat 3 Jun, kami [saya, suami dan Hafni] sekeluarga ke rumah kakak saya di Senawang.
Tahun lepas bulan 11 ada pernah pergi, tapi masa tu, dia tinggal sementara di rumah sewa tapi dalam taman yang sama.
Bulan Feb lepas, rumah yang dibeli dah siap untuk diduduki, jadi ziarah kali ni, dah masuk rumah baru...

Sebenarnya pergi tu, nak amek noodle maker Noxxa..
sepatutnya masa beli tu, alamat rumah untuk penghantaran letak alamat rumah saya, tapi kakak lupa nak tukar, jadi noodle maker tu sampai ke rumah dia..
Alang2 kami nak ke sana, kakak jemput upline dia untuk buat demo sekali menggunakan barang2 Noxxa.
Saya sampai hari Jumaat, kami beli barang2 lepas Asar.

Malam tu keluar makan di kedai makan milik Abang kami di SpringHill [kot, di PD]
Nama Restoran Khaleef, beroperasi 20jam.
Tapi Abang saya ni guru JQaf.
Kakak ipar tak ada masa ni, sebab dia balik kampung dengan anak-anak di Melaka, cuti sekolah kan..
berwestern food kami malam tu, balik tidur kekenyangan sebab makan lebih dari satu hidangan, hahaha...


Esok pagi dalam 9.30, upline kakak yang mesra menggelar dirinya sebagai MakSu sampai dari Parit Buntar bersama suaminya..
So pagi tu, bermula la kelas main masak-masak [tertulis di handout resepi masakan] sehingga ke 3 petang gitu..


Bread maker mula dengan roti bantal coklat cip, lepas tu sambung dengan bun manis berinti dengan pizza.
Noodle maker, mula dengan laksa, ada dua jenis acuan diguna, acuan laksa/mee dan acuan koeteow. Kemudian buat tat nenas.
Periuk HP, buat inti tat nenas/jem nenas, buat rebus laksa, dan masak nasi Arab.
Semua peralatan Noxxa tu ada 2 set, yang MakSu bawa dan kakak saya punya..
Semua jalan serentak...

Hasilnya...


Kami 4 orang je yang join.
sepatutnya ada sorang lagi kawan kakak, tapi tak dapat datang kerana ada kenduri di rumah maknya.
MakSu yang bertudung ungu.
Yang berbaju belang tu, Kak Lia, pengasuh anak kakak si Lebai yang tengah hisap jari tu..orang Tanjung Karang pula..

Selain barang Noxxa, ada juga bantuan dari Philips..
Amway kan pengedar barang2 Philips..
Macam ayam nasi Arab tu, masak guna air fryer..
kuah salsa nasi Arab, guna food processor..


Roti bantal, bun berinti, dan pizza guna resepi yang sama..
tapi OK, sedap juga untuk semua jenis..
senang nak ingat resepi kalau ada 1 ja tapi boleh untuk semua kan...
cuma bila nak lenyek untuk pizza tu susah sikit la, sebab dohnya agak elastik dan liat.
Pizza yang bulat tu, bakar guna microwave oven Sharp.
bagus microwave ni, ada fungsi oven sekali..
banyak fungsi yang ada, kakak saya masak nasi guna microwave ni je...
letak beras n air dalam bekas Corningware tu, pilih menu untuk Rice, tekan Start sudah..
nasi pun seroi elok je...

Untuk yang belum ada microwave oven, dan bukan jenis heavy-duty baking macam berbisnes ke, memang elok sangat beli yang jenis ni..
saya dulu teringin juga nak beli Sharp ni..
tapi masa tu harga mahal lagi..tu yang tak dapat beli tu..
nasib baik tak beli, kalau tak, tak dapek la nak beli oven besaq, kekeke...

Nak cerita sikit pasal tat nenas guna Noxxa ni..
adunannya lain, liat sikit.. saya cuba tekan guna acuan tat saya tu pun, tak keluar.. sampai sakit tangan2...
rasanya rangup, bukan gebu macam selalu tu..
mungkin sebab guna tepung naik sendiri lah kot..
dengar cerita, ramai yang suka resepi ni, tat nenas rangup, hehehe....


Lepas masak, ambil gambar dulu..
dah lewat sangat dah...
geng lelaki, dah makan dulu..
kami sebab sambung buat pizza dan tat, jadi tak dapat nak berhenti makan...
lepas ambil gambar, masing2 pergi solat dulu..
saya je, melantak dulu, sambil tunggu oven tengah bakar pizza..


Saya sambar laksa dulu la...
selalunya semasa demo, orang buat mee kuning.
tapi saya yang beria nak laksa, sebab saya nak tau resepi n cara buat.. mee kuning kan dah pandai, hihi..
lagipun saya dah buat siap kuah laksa, bawa dari rumah..
punya la semangat nak buat laksa sendiri nanti..
memang macam2 la halnya jadi masa tu..
sebab MakSu pun tak pernah lagi buat demo laksa, so dia tak berapa nak cekap la [MakSu yang cerita]
apa2 pun masa ni boleh juga la makan laksa ni...
tak pe lain kali saya buat lagi sendiri..

Balik rumah, saya cari resepi lain dari internet..
perasan ada orang letak garam, masa buat hari tu tak ada langsung garam, tepung semata2..
sebab tu rasanya tawar-kosong, tak ada rasa...
lepas ni boleh la buat laksa, koteow, pasta, bihun pun boleh..
yang dah cuba sejak balik hari tu, buat mee kuning dan maruku kacang peas...


Mee kuning ni, jadi gemukss la..
tak pasti la sebab Hafni terlebih pukul telur, sebab lama sangat [nak main punya pasal]
jadi mee nya jadi gemuk2 macam spageti Kimball tu...
nanti nak cuba sekali lagi, kalau gemuks juga, nak guna acuan yang untuk bihun je..
macam angel hair tu, saya suka yang kecil halus..


Masa first time tengok semua acuan terap yang ada, saya keciwa la juga, sebab tak ada yang jenis pipih untuk maruku..
acuan maruku nya macam kilang punya, yang mata 3 tu..
so mata tiga pun mata tiga la...
dah itu je ada...
minggu lepas, perabis terus, 5adunan buat, nak habiskan santan sekotak 500ML tu..
tapi yang kali kedua-kelima tu, saya guna acuan koteow, tapi cepat pula hancur marukunya..
nampaknya kena guna yang mata 3 juga la kot..
tak mudah hancur..
tak syok arr maruku pendek2, hancur macam kacang pulak..

OK la, sampai sini saja dulu..
kalau rajin esok update lagi..
nak pergi jahit baju ni..
mood tengah berkobar2 nak jahit..
time puasa, syok sikit nak menjahit, sebab tak perlu berhenti nak masak, nak makan, kemas dapur ke..
so boleh fokus sampai habis...

Hari tu la terjaga dari tidur, terfikir..
eh sekarang dah bulan puasa..
nanti pejam-celik, pejam-celik dah nak raya..
baju saya tak siap lagi, huahuahua..
tu yang tengah semangat ni, takut baju tak siap, hehehe..
semalam baru je beli kain untuk buat shawl sendiri..
macam2 fesyen nak buat, tak tau la fesyen mana yang nak jadi, hahaha..

Babai..




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Friday, 26 February 2016

Booties ala Korea, kini dikakiku....(^_^)

Assalamualaikum...

Hari Khamis semalam, ke Klang untuk penukaran nama pemilik untuk akaun Indah Water...
dah masuk 3 tahun baru nak tukar...huhu
masa tahun pertama tu, bayar online je, tak perasan pun tentang notis untuk tukar nama...

Senyap sehingga dua tahun, tup2, sampai surat merah..
tunggakan 2 tahun..
bil dalam RM164.30, huhu...

So selepas selesai urusan indah water, enSuami ajak pergi tengok Warehouse Bata tu..
memang la dah tau, tak berapa nak ada kasut yang best2...
tapi saja la, nak tengok, kot2 ada yang berkenan....

Saya dah pesan, tengok kasut sekolah enSuami..
saya tengok elok je..
tapi tau selera enSuami, tak suka kasut tajam2, halus panjang, di depan, hahaha...
Cuma satu ja, saya nampak dia ada test kasut POWER...
nak beli, tak nak beli???
last2 tak beli sebab kat rumah ada lagi, beli tahun lepas...

Saya pulak, memang tak pandai la nak pilih kasut..
dah ambil satu pasang, tanya enSuami, OK tak?
dia jawab tak yah lah...
bila tanya kenapa, macam kasut orang tua je...huahuahua....


Memandangkan tak ada apa yang berkenan, kami pun nak keluar la...
masa tu enSuami ternampak kan kasut booties ni..
Dia saja je buat lawak, Sayang pakai kasut koboi ni je la, hahaha dia gelak....
Sungguh ni? Ayang memang teringin pun... OK ke kalau ayang pakai, hehehe....

Sebenarnya dah pegang dah sebelum tu..
saya perasan ada dua pasang je lagi....
nak try pakai, malu2 pulak...
memang teringin lama dah nak beli booties macam ni...
peminat Korea la katakan...

Rasanya masa di U dulu pun, pernah beli sepasang, cuma jenis kulit, walaupun bukan original kulit...
tapi sebab dah teringin, harga mampu, try la beli sepasang...
sedondon dengan BFF.
berstyle la sikit zaman tu, hahaha....

Walaupun dia macam terkejut, saya minat kasut ni...
dia suruh la juga, cuba pakai, muat ke tak...
saya dah seronok la ni, kalau pakai dengan dress n jubah, memang smart la ni...

Dok tengok cerita Kak Marr pun, CheTa banyak pakai booties..
wuhh berstyle betul la tengok CheTa berfesyen...


Apa lagi, dah enSuami kata smart...
haruslah ambil satu...
tapi tertanya la jugak, OK ke untuk jangka masa panjang, hahaha...
Saya ni jenis beli satu kasut je...
memang kekerapan nak beli kasut tu, jarang2..
dah rosak sangat, tapak dah bocor, stoking selalu basah, baru nak beli baru..
sebab tu bila nak beli kasut, memang tak reti la nak pilih...
kena tanya enSuami, OK ke tak, OK ke tak....
kalau dia kata OK, sesuai, smart, baru boleh amek...
kalau tanya saya sendiri, apa yang murah, saya amek, hahaha...


Untuk warehouse ni, saya bayar RM20 untuk booties ni...
warehouse ni sampai 28hb Feb, Ahad ni...
tapi secara keseluruhan, tak ada kasut yang best2 pun...
Jenama BATA, tau2 je la design nya macam mana...
Kalau nak kasut POWER, boleh pi tengok...
Kalau nak jalan2 saja2 nak tengok pun boleh....


Terpulang kat korang...
Tapi tak jamin la, korang boleh beli kasut ke tak....
nama pun penghabisan stok, memang stok lama2 je, dalam tahun 2014, mungkin???
Daisypath Anniversary tickers