Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah masuk bulan April sekarang...
Selain sambutan GST di seluruh negara ni, secara peribadi, sayapun ada sambutan khas juga.
sambutan kelahiran yang ke-30..
hohohohho, 30 sudah...
huh, macam tak caya je..
nanti 40 plak...
isk isk macam mana la rupanya bila 40 nanti ek?
Tahun ini, 9 April jatuh hari Khamis...
nak ceritanya tahun lepas enSuami lupa langsung kan, besday saya.
tahun ni, hahaha, dari hari Isnin 6 April lagi dia dah ucap hepi besday..
besday sape plak hari ni...
saja buat muka seposen...
xpuas hati kot, enSuami salah tarikh tu...
Agaknya dia tersilap la tu 9 dengan 6..
dah tu, tiap2 hari dia wish besday, sampai la hari sebenar, 9 April tu...
hahaha, tau pun takut, kekeke....
Sarapan pagi tu, macam biasa saya sediakan.
tapi dalam jam 10 camtu, dengar enSuami masuk dapur...
cewahhh, nak masakkan kot.
tadi saya dah keluarkan ikan merah dari peti sejuk.
dia dah memang set nak buat sup ikan merah.
Sedap sangat sup ikan merah katanya...
Alang2 dah keluarkan ikan tu nak masak sup.
OK la kalau enSuami nak masakkan...
memang kena sangat la dengan kepakarannya..
saya tak berapa minat sangat ikan dalam kuah ni..
tak suka isi ikan lembik2...
ingat lagi first time makan sup ikan merah masa pantang dulu..
naik geleman saya telan...
lepas tu tak nak dah ikan masak sup...
Tapi kali ni, alhamdulillah, OK.
Sedap sangat kot enSuami masak.
kebetulan, saya amek kat bahagian isi tengah2 ikan...
kat bahagian ekor, saya biar enSuami makan.
sepatutnya yang ekor tu saya nak goreng, dah siap letak garam kunyit.
tapi tak bagitahu kat enSuami, so dia letak kedua-duanya...
Hari Jumaat, baru mula buat kek..
hee, buat kek untuk hari jadi sendiri..
saya tak sabar nak cuba kek Leopard yang Kak Ita MasamManis kongsi kat blognya.
so sempena besday sendiri, kita buat kek yang mencabar sket...
Rasanya biasa ja, macam kek padat biasa.
cuma yang kaler oren tu, ada perasa oren la..
yang luar biasa tu, sebab cara buat untuk design nya..
itu yang mencabar...
berkobar2 nak potong, nak tengok coraknya jadi ke tak...
tak sekemas macam kak Ita buat..
Kesimpulan yang dapat dibuat, corak lingkaran coklat-oren tu tak boleh rapat2 sangat.
nanti kek warna dasar, tak dapat ditempatkan dengan sempurna.
kalau tengok kek saya ni, warna kek dasar ni pun dah jadi macam corak yang diselang selikan...
patut ada gap sikit.
dah ramai pun yang mencuba kek ni, semua buat cantik2....
semua ada tompok2 kat topping dia...
saya sorang je tak jadi tompok2, hukhuk....
Alkisahnya, hafni dah tumpahkan non-dairy cream sampai tinggal sket je..
bila dah pukul pun, dia dah tak nak kental...
jadi cair je macam susu...
mesti dah over masa defrost dia tu...
Hafni bawa keluar dari peti ais, saya tak perasan langsung..
alek2, enSuami bawa masuk peti dan ada tumpahan kat ruang tamu....
aduh sedey sgt, dah stok terakhir dah tu...
So, jadi topping macam biasa je la..
macam kek coklat je...
tak nampak special pun kat luar, hukhuk....
Barang2 kat bakery, kebanyakannya semua ada GST, hukhuk...
nasib baik la saya tak bertegas nak berbisnes baking ni...
nak mencuci peralatan lagi, penat ooo...
cukup la sekadar boleh makan sendiri...
boleh jimat untuk cas servis..
pizza, kepci, buat sendiri je la kat umah.
rakyat marhaen, boleh makan nasi je la...
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)