Search This Blog

Wednesday, 2 March 2016

RESEPI : Ketam Bercili dan Maggi Ketam Simple Senang...

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas,
[sila baca dalam nada berpantun]
pergi pasar nak beli ikan,
ikan plak mahal, huhuhu....

Dah lama xmakan ikan kembung..
nak buat laksa pun tak boleh, ikan tengah mahal..
tanya tauke, apasal mahal?
barang takda, ma....

So, daripada nak beli ikan, tersangkut beli ketam....
sotong-udang pun tak ada yang best...

Dah lama dok teringin nak makan ketam...
almaklumlah, viral makan di restoran sepanjang2 meja makan lauk seafood, siap pakai apron lagi tuh..

Pastu ada junior share resepi ketam bercili dalam group WhatsApp..
katanya makan di Kuala Selangor...
wakakaka, saya yang dok sini pun tak pernah makan...
maksud saya, tak makan ketam di mana2 kedai/restoran di sini...


Kalut I tanya, makan di kedai mana, kedai tu kat mana...
Hari Ahad lalu nak pergi Puncak Alam, baru perasan nama kedai tu..
Warung Keluarga Uda...
Baru enSuami nak ingat, ada kawan dia cakap, pi kedai tu, makan ketam je, tak yah nak order2 nasi, hang balun ketammmmm je sudah....
trademark kot makan ketam di kedai tu....
tak berani nak cuba, sebab duit poket tak tebai...
masak sendiri je la jawabnya...

Masa ni dapat beli ketam yang sekilo RM20.00
timbang2, dapat RM19 je, tak sampai sekilo.
dapat dalam 5 ekor, 1 ekor kecil sikit....


Kali ni beli sekor2, tanpa disiang sesiap2 di kedai...
sebab resepinya perlu cengkerang atas tu...
pastu kan kalau tengok show Law of The Jungle tu, diorang masak sekor2 masuk periuk atau panggang...
pastu perut ketam tu, akan jadi sos semula jadi sebagai penambah perasa untuk diorang cicah dengan isi ketam tu...
yummmmm, terlioqnya tengok depa makan...
ketam besaq2 plak tu, huhuhu....

Untuk resepi ketam bercili ni, mudah la sangat...

Bahan:
4-5 ekor ketam
2 labu bawang besar (dikisar)
2-3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
7 SB cili boh (saya guna cili kering kisar)
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tanggalkan cengkerang ketam (sebelah atas) tapi jangan buang. Basuh badan ketam dan cengkerang sehingga bersih. Toskan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili boh sehingga garing.
Masukkan cengkerang ketam. Masak sehingga cengkerang bertukar merah.
Setelah cengkerang merah, keluarkan cengkerang (boleh  buang dah). Perasakan dengan garam dan gula. Jika kuah terlalu kering atau nak kuah banyak, sila tambah air.
Masukkan isi ketam. Biarkan sehingga ketam masak. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan...
macam masak sambal biasa je..
cuma masa ni, saya guna 1bekas cili kisar + 1bekas paste tomyam homemade (yang tak berapa nak jadi tu).
dalam paste tu, ada lengkuas, halia, serai, daun limau purut, belacan, apa lagi entah..
masa masak sambal tu, saya ada letak sehelai daun pandan, saja nak tambahkan aroma..
Kuah tu, dah banyak kali tambah air..
Tapi lama2, dia kering juga, huhu..

Nyum nyum makan dengan enSuami sebelum dia ke sekolah..
siap cakap lagi, tercapai la hasrat ayang nak makan ketam..wakakaka
enSuami balas, yoya je, macam tak pernah makan ketam, hahaha..
Walhal 2,3 minggu sebelum tu, ada adik ipar belikan ketam, makan di rumah mertua..
cuma masa tu, masakan resepi lain la...

Sambil dok meratah ketam tu, dok fikir malam ni nak makan apa plak..
sebab nasi tadi tu, nasi lebihan semalam je..
punya la malas nak masak lagi, hahaha...

Lama tu teringat, yeahehehe...
ada satu lagi resepi ketam yang teringin sangat nak buat...
Resepi megi ketam...
viral jugak ni kan...


Masa awal2 orang dok sebut megi ketam, megi ketam...
saya ingatkan ada sejenis megi baru yang berketak lebih rapat macam kaki ketam, gitu...
sampai la nampak di FB, megi campur dengan ketam rupanya, wakakaka...
punya la ketinggalan, huhuhu....

Ini megi ketam ahmad maslan ni..
hidang dalam kuali terus..
stylo tak, kekeke...

Cara nak masak ni, lagi la senang..
Saya buat paling shortcut gila...
Sambal ketam tadi, atau ketam bercili tadi, masukkan dalam kuali kosong.


Di dapur sebelah masak megi perasa kari macam biasa....
letak sekali perasanya tau..
Saya masak 3bungkus megi, perasanya letak 2 saja, sebab ketam tu pun dah pedas dah..
dah siap masak megi, tutup api...


Pastu tuang megi tadi, dalam kuali yang ada ketam..
boleh buka api, kacau2 sebentar, bagi semua sama rata...
kasi ketam tu masuk dengan kuah2 megi...
dah rasa sebati semua, boleh tutup api...
Siap sedia untuk dimakan..
Kena makan cepat2 supaya megi tak kembang sangat...


Hahaha, stylo tak megi ketam kami???
nyummm makan ketam..
puas hati, terlerai rindu dendam nak makan ketam bercili dan megi ketam...
mission accomplished!!
hakhak, Alhamdulillah :)

1 comment:

  1. wah bestnya makan ketam..ketam ni memang pemanis kuah..letak dalam mee kari pun sedap.ada petua nak beli ketam yang banyak isi, bila bulan penuh, isi ketam banyak, masa tu paling best beli ketam...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers