Search This Blog

Showing posts with label Makeup. Show all posts
Showing posts with label Makeup. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Majlis Walimah Junior kat Segamat, jadi Mak Andam ehh...

Salam, hai semua.

25 Disember lepas, sekali lagi saya ke Johor.
Kali ini ke Segamat.

Ada junior nak kawen.
Saya plak nak pi kenduri kawen...

Eh eh eh, semangat nak pi kenduri kawen, sehari awal dah bertolak.
Kawan2 lain especialy sahabat Nisa' Serdang ajak konvoi pagi kenduri dari Bangi.
Tapi sebabkan saya adalah special case, kena pi awai la.
enSuami pun terpaksa ditinggalkan kat Bangi, heee...

Sory enSuami, nak merendek dengan kawan2 bujang sat, hehehe.
Xde la, tolong mekap PnPengantin jap..
Amek kontrak lak, weeeee...


Tahun lepas, awal bulan 11 ada mekap, sorang junior.
Selepas setahun, ada junior pun nak cari mekap2.
Saya offer diri nak challenge.

Dah setahun ni.
Huhu, dia pun terkejut, yang kakak ni boleh mekap orang.
Ala, mekap besa2 je la.
Bukan gempaq macam kat butik, mekap vogue2 gituuu.

Sesuai untuk golongan kami yang besa2 je.
Jarang atau tak pernah mekap.
Sama la dengan diri ini.
Xpernah beli foundation pun seumur hidup ini.

Bila tahun lepas stat nak mekap orang, baru la tercari2.
Study, survey, pergi kelas mekap.
Baru la kenal menatang2 orang pakai untuk solekan.
Sebelum ni, tau celak je la, eye liner.

Geng2 kami ni memang tak bermekap.
Paling rajin pun, ada foundation n bercelak.
Eyeshadow, blusher, lipstick, jangan harap la nak jupa.
Kalau sape pakai mekap tu, mmg nampak sangat ler..

Sebab tu bila nikah, kawen atau bertunang, x susah sangat.
Sekali mekap sket, boleh nampak cantik daaa..

Cuma kami sendiri akan rasa pelik, ganjil, hodoh, mcm hantu, bila tengok muka sendri bermekap.
Hahahaha, pelik kan...
Selalu orang biasa akan nampak mukanya mcam hantu bila tak bermekap, tapi kami nampak macam hantu bila bermekap.
Sebab, tak biasa!

Masa buat trial2, sungguh si Ain ni, xleh terima.
Tengok muka dia bermekap ni.
Macam tak percaya.
Teruknya muka saya! Malunya!

~Veil n spiderweb masa saya nikah dolu2, ngeeee~

Adeh, kak Nabilah xda la mekap muka dia macam hantu.
Mesti la kita mekap cantik2....
Nak jadi pengantin ni.
Orang tumpuan tetamu ni.
Tukang mekap pun takut jugak kot.
Kalau ada yang kata pengantin tu, muka cam hantu la.
Teruk la mekap dia.
Overnya mekap dia.....
Hohohoho, tatut!


Kawan2 serumah meyakinkan dia, cantik!
Saya pun diyakinkan mereka.
Saya pun ragu2, sebab saya yang mekap.
Kalau ikut hati, ada jugak yang tak puas, rasa nak buat lebih baik lagi kan..
Saya pun cakap kat Ain, diri sendiri memang nampak pelik, sebab kita tak biasa mekap2 ni.
Tunggu nak kawen baru nak bermekap.
Baru rasa special sket, seri tu lain.


Ain bergambar bersama adiknya, Hasanah.
Masa majlis nikah ni, Tok Kadi sampai lewat dalam sejam lebih menunggu.
Dah hilang debarnya.
Pengantin perempuan kat dalam, isi masa lapang bergambar dengan family n kawan2 yang datang.
Cantik sangat la baju ni. Rasa nak buat baju mcm ni la.
RM 200++ beli kat Jalan TAR.
Kalau sebut bab baju, panjang alkisahnya di sebalik baju kawen dia ni.
Ni baju last minute ni.
Beli yang siap terus.
Pengantin siap demam2 lagi, banyak sangat masalah menimpa.
Nasib baik ada best friend yang jadi runner kat KL ni.
Tolong belikan baju n bawa balik Segamat, seminggu sebelum majlis.
Suspen gila.


Saya mak andamnya pun risau.
Terkejut kot bila dapat tau baju asal rosak.
Kain yang kami beli untuk wat jubah resepsi pun cancel gak.
Untuk majlis resepsi, dia sewa kat butik pengantin kat kampung.
Kesian, sabaq noo..
Ujian nak mendirikan rumah tangga soleh.
Dapat enSuami hebat, ujian pun hebat ler..
Rezeki masing2.


Ustaz Pengantin, cool je.
Rupanya dia memang minat bergambar.
Patut le rileks je.
Ain je yang malu2.
Puas dok ajar, usik2....
Bagi dia selesa dengan suasana baru, orang baru, teman baru.


Selesai majlis nikah, bergambar dengan family.
Terutama kedua2 ibu bapa pengantin.


Kotak beg mekap yang saya buat sendiri masih berjasa buat masa ni.
Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Sape la yang sempat dok snap ni.
Kucar-kacir kat atas katil pengantin, huhuhu.


Lepas majlis akad nikah, tiba la majlis yang mendebarkan.
Bagi saya la mak andamnya.
Pengantin, dah sah suamisteri, legaaaaaaaa satu dunia rasa lapang.
Sebab syaitan semua daa lari, suamisteri dah halal.

Memang dapat rasa perbezaan tu.
Tak makan pun tak rasa lapar, hahaha.
Nikmatnya perkahwinan yang Allah bagi kepada umatNya yang menjaga syariat agama.

Sebeum nak siap ni, bergilir2 orang masuk nak jupa pengantin.
Ni masalah ni.
Terganggu sket, dah la mak andam malu2, rendah diri kekeke.
Sampai dah masuk waktu zohor,  tak sudah lagi.
Ain solat zohor dulu di tengah2 proses mekap.
Bab tudung yang kami takut ni.

Sebab, tudung ni kami reka sendiri.
Sebab nak beli tudung awning, bidang 60 dengan kaler yang sesuai, agak rumit.
Kitorg plan beli kain dan cuba jaya.
Plannya, memang Ain nak pakai awning kaler putih.
Dan mahu asing.
Jadi beli tudung itu yg penting.
Awning kaler putih, senang jer.
RM 5 pun dapat kat pasar malam, eh ye ke, hehe...
Tudung kecik tu murah2 je kan, yang labuh ni mahal2 sket.


Sebab Ain tak pandai bergaya, jadi dia tak cuba2 sendiri sebelum majlis.
Ada cuba sekali, sehari sebelum nikah tu pun sebab ada kawan baiknya Ain Amir, nak test.
Malam sebelum kenduri pun, saya try pusing2 kat badan sendri.
Dah pengantin sibuk dok pakai inai.
Hari kejadian tu, kalut2 la tarik.
Nak cover tshirt putih kat dalam lagi.
Jadi berat sangat tanggungjawab saya masa ni.
Sebab sewa baju ni, dia sediakan korset je.
Conpem la kami tak guna, sebab kat tangan jarang, nmpk kulit.
Sebab tu Ain tukar dengan tshirt putih.
Akhirnya selepas pusing, Alhamdulillah jadi.
Dapat la cover sket.
Ain, kadang2 dok tarik tudung dia kat belakang tu.
Sebab risau kalau2 singkat.
Ye k.Nabilah tau, dah besa tudung labuh, jadi tak selesa.
Kak nabilah dah cuba selabuh yang mungkin, jangan risau.
Saya takkan menggadai maruah kamu, kekeke.
Paham ler....


Oooooo, rupa2nya, adik2 yang lain bersuka ria kat luar ye..
Tak aci!
Saya dok tension kat dalam.
Mereka bergambar dengan cerianya.
Isk, jeles2, terlepas peluang nak beraksi, emmm




Akhirnya pengantin selamat disediakan dengan jayanya.
Disediakan?
Hehehe, dah siap bersiap la kan.
Kalau tak sudah bersiap ni, conpem tak keluaq lagi jemput enSuami kat depan pagar rumah, hehehe.


Lega la rasa.
Bila tengok Ain selamat di sisi enSuami dia.
Veil resepsi cadangan saya tu pun turut membantu menambahkan seri pengantin.
Saya xsuka pkai crown2, zaman dolu2 je pakai.
Target saya wat mcm english style sket.
Simple, tapi cantik, ewahhh!
Ok, selesai la sudaa tugas saya.
Dok tanya2 la junior, OK tak ok tak.
Risau kalau2 nampak tak cantik, tatut memberi efek kat majlis kawen orang, huhuhu.

Lepas pengantin dah sudah makan, kami pun nak beransur pulang ke Bangi.
Ajak bergambar jap kat pelamin.
Tak merasa lagi bergambar kat pelamin ni.
Lain plak rasa datang kenduri orang kali ini.
Selalu saya yang banyak bergambar, tapi kali ni, saya di mana?
Xsempattttttttt.
Kamera yang dibawa pun dah bertukar tangan.
Shira yang jadi tukang amek gambar, snap2.


2kali mekap pun dah rasa penat gila.
Nasib baik tak ofer diri nak jadi fotografer, mau pengsan dibuatnya, hoho.

Alhamdulillah, saya berpuas hati.
Sebarang komen saya terima dengan lapang dada.
Nak upgrade lagi skill.

Sape lagi nak jadi mangsa solekan saya?
Meh beratur.
Saya sudi nak mekap muka sesape yang nak, hihihi.


Selamat Pengantin Baru Ain.
Semoga menjadi isteri Solehah.
Amin....

Salam sayang dari Sahabat di Bangi.
Ada masa, jemput la datang ke Bangi lagi ye.

Oh oh oh, sedihnya.
Apa la perasaan bila tinggalkan Bangi yang best ni..
Oh, xmau pindah lah, tolong!

Saturday, 10 December 2011

D.I.Y : Make-up Box

Hahaha, gelak dulu ye...
Sebab poket tu senget, adoi......

Almaklumlah baru berjinak2 dengan jahitan...
Baru nak menggunakan mesin jahit kesayangan yang baru dibeli...
Bila siap ni, baru rasa berbaloi2 beli mesin jahit...

Takut jugak dok pikir2 kalau beli mesin mahal2, xguna...
Nak kena pelekuk ngan enSuami, huuuuuuuuu....

Ni hasil kerastangan pertama ye Sayang...
Nak bagitau xsia-sia mesin tu ada, huahuahua...

Lepas ni masuk kelas jahitan, boleh la wat baju macam2 fesyen...
Yeh, xsabar!!!!!!

Walaupun before ni dah ada jahit baju, tapi main hentam je potong kain...
Ikut teori sendiri, xpakai undang2 jahitan yang betoi...

Kotak mekap ni pun, main hentam jugak...
Potong kain, agak2 bo balut kotak tu....

Ha, mesti orang pelik kan...
Nabilah Ahmad bukan la pemekap pada hari2 biasa...

Kami ni special case OK!
Xla banyak sangat alat2 mekap, tapi basic alat tu dah ada...

Untuk ape ni, beria-ia sangat ni....
Hehehe, Nabilah ada projek baru...

Memandangkan kotak dah siap, baru bertambah keyakinan nak wat keja esok...
Wat keja pe ni, xpaham lar.....

Oke, oke, Nabilah dah mulakan minat yang dah lama terpendam.
Dulu cita2 nak buka butik pengantin 3 tingkat...
dengan tiga skop utama iaitu katering, beauty n spa dan butik pakaian pengantin...

untuk mencapai cita2 ni, klu bab memasak siau2, boleh la....
Cuma nasi minyak, nasi beriani ka, xpenah la lagi buat....
Bab nak menjahit, banyak dah idea dalam kepala, kadang2 takut lupa dah lukis2 kat mana2 buku yang sempat, ntah ke dah hilang...
Skang ni bab mekap dah selesai, dah amek kursus.
Esok adalah penentu pada permulaannya.

Nak mekap pengantin esok ni, takut takkkkkkkkk....
Huuuu, sakit perut haritu before pengantin sampai nak trial mekap...

Alhamdulillah si pengantin puas hati
Harap2 dia bercakap jujur [hahaha, risau gak ni]

Dalam keadaan kalut dan bajet yang kureng.......
Box macam ni sahaja yang dapat Nabilah hasilkan untuk kegunaan sementara ni...

Kepala otak ni dah besa wat benda renyah ni...
Kali ni Allah bagi lg idea nak buat box/beg mekap ni...
Sebab eyeshadow n lipstik palette tu panjang semacam, nak cari beg yang simple dan sesuai, xjumpa...

Tiba2 masa buka almari baju, nampak kotak kasut hari raya hari tu...
Ting!!!
Ha, macam bo je ni.
Cepat2 test muat x......
Muat la, eee syoknya.

Kepala otak pun ligat pk...
Nak buat mcm box mekap profesional tu....


Xnak nampk cop kotak kasut, balut dlu dengan kertas, hehehe.....
Sebab kain yang nak digunakan tu agak jarang, nampak jenama kotak, hahahaha.


Ha, kasut Betty Blue. huuuuuuuu.

Kain yang digunakan tu adalahhhhhh kain tudung bidang 60' yang dah xmau pakai.
Sebab selalu senget benget bila pakai tudung ni, sebab tudung bawal ni, material ni keras sket dari biasa, adoi..
Minta maap la tudung, dah korban untuk wat beg mekap ni, kekeke......

Masa potong2 ni pun, agak2 je...
Wat macam nak balut kotak, atau buku...

Masa ni xsempat amek gambaq pun, sebab kalut n stress, takut xjadi plak....

Potong kain pun senget benget...
Makanya ada la ruang2 yang xtertutup, huuuuu...

Nasib bek masih bijak..
Potong sket corak sulaman tudung tu...
Pastu tampal kat situ....
Yeh, kan dah tertutup, cantik lagi..
Bijak kan...... =)

Pas2 jahit tangkai dia dengan stabil...
Tapi senget jugak.
Tapi suka sangat la, sebab kemas elok, rasa kotak ni stabil la, xda nak senget2 kalau letak barang nanti...


 Dah siap, test semua susun2 barang2 dalam kotak...
Baru nampak kemas camni....
I Likeeeeeeeee............

Dan untuk penutupnya, Nabilah beli getah.
Sebab dok terbayang nak wat camni....
Sukeeeee gilerrrr, impian tercapai!
Tapi senget benget la..
Lenguh tengkuk dok jahit getah ni...
Sambil dok jahit, sambil dok bebel...
Kenapa mesti senget??? dah sebolehnya betulkan, lurus, straight betoi2...
Bila dijarumkan sebelum jahit, jadi senget jugakkkkkkkkkk.
Ha, belasah la, senget xsenget.
Janji matlamat tercapai....

Puas hati!
Tak sabar penampilan untuk esok..

Box mekap dah kreatifffffff.
Mekap pengantin, cantik takkkkkkkkk?

Huuuuuuuuu, tolong doakan lah ye..
Buat yang terbaik.
Nak baca doa banyak2 la, bagi pengantin naik seri.

Bukan salah tanganku yang mekap....kekeke....
Mana yang dipelajari, macam tu la saya buat OK.

Selamat Pengantin Baru untuk pengantin cuti sekolah ni....
Cantik, cantik jugak.....
Tapi jangan terlepas pandang benda yang harem.....
Semoga majlis diberkati Allah, amin.

Esok makan nasi kenduri yeh.. Duaa tempat lagi.
Pastu nak balik Sekinchan.
Cuti seminggu........
Boleh ke ni, huhu.....


Wednesday, 9 February 2011

Daisypath Anniversary tickers