Search This Blog

Showing posts with label Buku Tetamu. Show all posts
Showing posts with label Buku Tetamu. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Glamer gilaaaaa.......

Apa yang glamernyaa?
Di mana yang glamernyaa?
Sapa yang glamernyaa?

Isk, banyak la soalan korang...
Meh nak jawab sikit2...
Sabaq nooooo.....
Sayang Nana......

Hahaha, sebut Sayang Nana, mesti la di Penang, Pulau Mutiara.

Ain Rashid, kawan yang dikenali semasa belajar di KMJ tahun 2010.
Huh, memang banyak la kenangan kami bersama.
Kalau tengok cerita2 kami di sana, memang ada pahit dan manisnya.

Ain Rashid nikah pada tarikh glamer 11.11.11.
Mulanya nak nikah pun, Tok Kadi tolong set kol 11 pagi.
Xda rezeki, Tok Kadi tu gi wat Haji.
Bila tukar Tok Kadi, dia bagi kol 8.45 pagi, waktu yang dia free.

Rupanya terdapat 33 pasangan yang akan nikah pada tarikh ni, dari pagi sehinggalah ke 11 malam.
Hebatnya......
Pagi tu, yang nikah dengan Ain ada lagi 2 pasangan yang lain.


3 pasangan yang nikah, Ain ja xpakai kaler putih.
Dia pakai hijau turqoise lembut.
Glamer gilaa, lain dari yang lain.


Selepas selamat nikah, petang tu, kami ke rumah Maktok (umah Tok Ain)
Agenda, nak siapkan buku tetamu untuk majlis resepsinya esok.
Rasa rilek la plak, bila nikah awai kan?
Petang tu boleh lagi dok rilek2, jalan2.
Kalau Ain, tidoq dengan lena petang tu.

Nabilah tolong dia siapkan buku tetamu.
Sambil dok sembang2 dengan Maktok.
Siap dapat pujian lagi, kekeke.
Tengok la buku tetamu untuk Ain & Wan yang glamer gilaaaa...

Hahaha, xla gempaq sgt pon..
Ini je yang mampu dibuat petang tu.
Maaf ye Ain, kalau buku ni xglamer sgt hasil kreativiti kak Nabilah, huhuhu.


Daripada buku yang kosong, balut2, tampal2, tempek2...
Dah berubah wajah dengan sekelip mata, hehehe.

Dah siap buku, pen kaler2 pun nak kena ada bekas yang cantik, glamer gitu.....
Tanya kat Maktok, ada bekas letak pensil x? Pasu kecik ka?
Ha, gelas jernih ada?
Maktok kata pi tengok kat rak belakang.
Ceq pun pi la belakang, ingatkan nak amek gelas yang xpakai.

Maktok, ni gelas yang dok pakai tiap2 hari.. xpa ka amek nak hias2 ni. Lepas ni xleh pakai dah ha...
Amek la, guna. Nak cari benda lain, xdak dah nak bagi.


Erm kira boleh lah ni, lagipun gelas fre je ni, Maktok kata.
Ye dapat hadiah beli Colgate, hehehe.
Yeh, siap untuk gelas pen....

Dah match dah semua, oren merengau.
Satu je kurang kat sini, xdak tulis Majlis Resepsi ke Buku Tetamu ke...
Dapat wat Ain Love LOve Love Wan je, huhu.
Boleh la ek...
Nanti ada tukang promoter.
Orang akan tau, mende la buku ni kan..........

Pada hari kejadian, sayalah promoternya, huhuhu.
Nak tulis x kat buku yang comel ni?
Meh le tulis ucapan....
Dah wat cantik2 ni....
Rugi la kalau orang comel2 xtulis dalam buku yang comel ni...


Aish main psiko btoi, hahaha.....
Meh2 tulis..........
Seronok tengok bila ramai yang mau tulis.
Legaa hati, risau jugak kalau xramai yang tulis.
Kang penyebabnye saya plak, buku xcantik? Saya xpromote?
Haishhhhhhhhh.


Kat rumah Mak Ain, bilik pengantin juga dihias cantik.

Mudah, cantik, ringkas.
Semuanya boleh buat sendiri.
Xperlu susah2 sewa kat butik.
Rugi kita.......

Hantaran turut tidak ketinggalan berwarna oren, ang ang.......

Ooo, lupa plak nak tunjuk gambar pengantin di hari kejadian.
For sure lah glamer gilaaa
Xpercayaaaaaaaa, tengok ar sendiri kat bawah...........

Suke dengan pelamin dia yang macam basikal? kereta kuda? kereta sorong? hehehe.
Tapi suka la, cantik......


Ain Rashid dan adiknya.
Muka sebijik kan...
Dua2 suka pkai contact lens.
Tu yang mata cantik menarik, tertarik je tengok....

Glamer gilaaa pengantin dan adiknya.

Selamat Pengantin Baru kepada Ain dan Wan.
Majlis di pihak lelaki akan berlangsung Sabtu ni.
Sama la kita, PJJ ya, wat sementara waktu.
Tahun depan ada perancangan baru katanya.

Ada soalan dari si pengantin, Hadiah pe sesuai untuk pn Isteri ni nak hadiahkan kepada enSuaminya pada hari majlis kendurinya di sana?
Xda idea nak bagi, korang rasa apa hadiah yang sweet untuk diberikan kepada Suami?

*aish kenapa saya xleh pk lg ni... dah ada suami pun xleh pk..
grand jugak dia nak wat, siap nak tulis puisi cinta, bagi enSuami dia baca depan ahli keluarga depa, haiiiish, hadiah ape ekkkkkk???

update hari ini 17.11.11

Untuk hadiah surprise enSuami, Ain nak belikan tali leher [*idea dari enSuamiku tersayang (^_~)]

Ada gambar baru nak masuk, gambar dari kamera Ana..
Ada la sket muka bergambar dengan pengantin, sebelum nak meninggalkan majlis.







Melaram awal pagi...



Sebelum pengantin sampai...


~Bersandiwara, lalalala~


~Bersama Pemakai Gaun Kawenku yang lalu~




Monday, 24 January 2011

D.I.Y 7 : Buku Tetamu

Haritu ada tengok blogger B2B buat Buku Tetamu.
Kalau x, Nabilah pun mcm Wak gak, ada ke orang buat buku tetamu untuk majlis kahwin???
Selalu benda2 camni ada bila orang wat majlis kawen dia kat dewan yang grand kan?
Datuk2 Datin datang kenduri dia, jadi harus ada la benda2 mcm ni..
Bila ada tulis2 camni, bo simpan wat kenang-kenangan.
Sweet kan???
Pikir lagi....
Penting ke?

Buku ni penting kalau kita ada lain2 pameran yang berkaitan tentang kita dan perkahwinan.
"Kita dan Perkahwinan" ~ngee~
Sambil2 orang tengok "hal kita" tu, nanti dia nampak buku tetamu tu, baru la dia dapat coretkan sesuatu untuk pengantin yang diraikan.
Apakah yang menarik tu???
Hehe, rahsia ~ngee~
Dah ada pameran, so boleh la buat Buku Tetamu.
Buku Tetamu ni pun harus special, sebab nak menarik minat orang untuk melihat, Ape tu???

Dalam perjalanan pulang ke Kedah, dok pikir2 dan terpikir..
Ting!!!
Saya dapat idea!
Yeyeh, nak guna 'yang tu' untuk Buku Tetamu Resepsi Saya!
Hehe, I Like!

'Yang tu' yang dimaksudkan ialah, cengkerang2 siput yang Nabilah kumpul dolu2 masa pi pulau tiap2 tahun, fieldwork Sains Laut tu..
*harus simpan rahsia, nant Taman Laut saman, hahaha!*
Masa kumpul tu, kumpul sebab suka..
Saya suka menyemakkan rumah dengan barang2 terbuang, huhu!
Bila dah banyak2, dok idam nak buat frame gambar daripada cengkerang2 ni.
Dok idam2 ja, tapi xterbuat sampai sekarang.
Ada hikmah rupanya, cengkerang tu tersimpan sampai sekarang.
Boleh la Nabilah guna untuk Buku Tetamu Resepsi ni.

Dah sampai Kedah, masa shopping kain2 kawen yang belum setle tu, harus beli buku tetamu tu.
Dok pikir jugak buku yang mcmana.
Ingat nak cari buku tebal yang macam album tu. Xdak.
Nak cari buku tetamu yang cantik yang memang dibuat khas untuk Guest Book, Xjumpa jgk.
Nak cari kat kedai mana ni, dah xingat dah kedai2 yang berkaitan kat Alostaq tu.
Hilang ingatan sebentar pasal pekan Alostaq...ngee

Update 26 Disember 2010
Akhirnya pi kedai buku dan alat tulis Popular kat City Plaza.
Jumpa buku ni. Memang nak cari camni pun, nanti nampak canggih sket. Sket je la, =)
Pas2 ada size kecik besaq plak..
Yang mana satu ni?
Xsuka buat pilihan! I dont like that!
Aduss, lama juga berkira2, amek yang kecik.
Alasan : Kalau buku besaq sangat, susah nak simpan. Pas2, kalau jadi nak guna kertas ketak2, jenuh ceq nak buat, sebab buku besaq.
Jadi amek yang kecik ja.
Yang sama, bilangan muka surat. Ada 20 sheets je kot.
Sket jgk. Tapi bila pikir2 lagi, nant xramai yang tulis, xsyok plak klu banyak lagi mukasurat yang xtercoret apa2.
Spoil mood je tgok nanti.
Pas2 nanti takut ada orang kata, xramai pun orang tulih, xbuat pun xpa.
Hui sedihnya kalau ada yang perleceh camtu =(

Nampak x, harganya berapa???
RM 2.70.
Bajet sungguh!
Yelah, takut xmenjadi idea ni, kang membazir plak.
Xsanggupppp!!!

Bila balik Bangi, ada banyak kotak kat Pejabat.
Mulanya nak membeli je kertas ketak2 tu kat kedai.
Pas2 dah kebetulan ada kotak ni, try la. Jadi ke x seperti yang digambarkan.
Bila cuba koyak, menjadi lah, I Like!
Bo ni nak buat ni.
Cuma perlu ketekunan dan masa.
Xpe, saya suka bertekun untuk sesuatu yang saya nak.
Lagipun boleh berjimat dengan mengurangkan kos perbelanjaan untuk benda2 remeh camni.
Jangan membazir ya, Nabilah!
Bridezilla kamu ni memang menyusahkan, hahaha!
But, I Like!
Hasil kotak yang telah dikoyak2 oleh Nabilah.
Alhamdulillah, selesai mendapatkan kertas ketak2 seperti yang diharapkan.
Ni yang saya suke ni.
I Like!

Pertama sekali, kena setle kan kat area binding tu.
Kalau xsetlekan yang tu, nanti nampak plak warna purple kulit buku tu.
So kena la tampal dulu.
Dah siap tampal situ, boleh cover dah keseluruhan kulit buku tu.
Ok, dah siap tampal kat depan dan belakang kulit buku tu.

Susun punya susun cengkerang yang ada, ni la hasilnya.
Tadaaa!

Nanti nak tunggu gambar Nabilah & Hasyim yang ada kat KadKawen tu, nak gunting, letak dalam LOVE tu.
Aiyo, so sweet, ma!
Owh yeh??? Angkat bakul sendiri kot!
OK x, Wak?

Perlu namakan kat Buku Tetamu tu.
Nanti orang tertanya2 lak, mende tu yang pelik2 tu, ~ngee~
Cadangan Baris 1: Selamat Datang
Cadangan Baris 2: Nama Nabilah dan Hasyim di kiri kanan LOVE tu
Cadangan Baris 3: Majlis Resepsi.

Tunggu, update seterusnya!

Update 3 Jan 2011


Keja2 menggunting huruf2 nama untuk buku tetamu

Cadangnya nak buat macam ni..

Tapi sekarang, xsiap lagi menggunting nama dan gambar LOVE tu pun belum wujud lagi di dunia ini, hehe....

Update 23 Januari 2011


Tudia dah siap gunting, keja menampal akan bermula.

Memandangkan LOVE NabilaHasyim pun dah ada depan mata, yeyeh!


Asalnya nak susun cengkerang keliling LOVE seperti idea lama tu.
Bila letak2 tengok, alaks...mcm besar plak cengkerang ni banding dengan LOVE tu.
Xleh jadi nih, kena cari benda lain.
Nak biar xda letak apa2, nampak cam kosong plak.

Cepat2 punggah lagi barang2 yang ada, apa yang boleh membantu.
Tengok2 ada manik2 ni, (asal nak letak kat bakul hantaran) tapi xdigunakan.

Dok kocoh2, nak jugak bagi boleh.
Ntah pape la, huhu.
Hentam saja la labu! Eh manik!

Tadaaa!

Dah siap sudaa, Buku Tetamu Resepsi NabilaHasyim!
Chewwah, I Like!
Wak, Like x?


Dah siap bungkus masuk plastik.
Xcukup korum lagi, tunggu cop mohor NabilaHasyim siap dulu, nak cop kat buku ni.
Sementara tu, kena simpan leklok, cengkerang ni mudah tercabut kalau tersadung.
 

Lebihan cengkerang, simpan balik masuk botol.
Simpan untuk kreativiti akan datang.
Sudah ada angan2 tu...~lalalalalala~

Perbelanjaan untuk Buku Tetamu ni :
1. Buku = RM 2.70
2. Hiasan Cover = Percuma (kotak yang dikoyak2)
3. Cengkerang = Percuma
4. Gambar LOVE = RM 0.30
5. Manik Berantai = >< RM 0.50
Jumlah Keseluruhan = RM 3.50


HUMAIRA : Buku tetamu ini adalah sekadar memenuhi cadangan/idea orang. Maksudnya nak cuba2 wujudkan dalam majlis sendiri nanti. Tengok la, xpasti lagi ada ruang x untuk merealisasikan idea dan hasil yang telah disiapkan. Macam samar2 je. Harap ada kemudahan untuk itu. Nak simpan wat kenang-kenangan baca ucapan hadirin kepada pengantin iaitu saya, hehehe. Masa tengok manik2 tu berserabut dengan gam2 yang kering, terdetik plak kat hati, ish serabut mcm spiderweb je ni, kang xpasal nanti jadi spiderweb plak. Pas2 trus wat keja. Tapi kadang2 terfikir lagi, pasal idea td, spiderweb, camna bo tkeluar spiderweb? Adakah itu idea baru untuk saya??? Hehe,, spiderweb belum ada lagi untuk nikah nanti, nak buat sendiri atau nak sewa? Wak kata, Buku Tetamu ni adalah projek terakhir, jangan dok tambah2 lagi keja, sudah2 lah, hhhmmmmmmmm =|.
Daisypath Anniversary tickers