Search This Blog

Wednesday, 20 August 2014

DAPUR : Bahagian Kabinet Dinding dan Table top


Assalamualaikum...

Minggu ni saya happy sangat, sebab beberapa kerja yang tertangguh selama ini, dah selesai disempurnakan.
Terutama sekali di bahagian dapur.

Yang paling nampak kat bahagian table top.



Saya ada kecil seciput je bahagian table top yang boleh digunakan.
Lebih kurang 4 kaki.
Dan bahagian ni juga ada kabinet storan di dinding.
Dapatlah 3 pintu.

Walaupun dalam rak tu ada para setingkat, tapi yang guna kerap tingkat bawah je.
Yang tingkat atas tak sampai sangat tangan saya nak capai.
Almaklumlah rendah aje, huhu....


Bahagian atas tu, yang depan2 saya letak barang yang mungkin saya nak guna.
Selalunya pada waktu tertentu sahaja.
Macam teko coklat tu, masa tetamu datang, nak bancuh air panas, baru guna.
Waktu sarapan kami berdua, bancuh terus je masuk mug.
Kosong je kat belakang tu, tak ada apa sangat.
Memang tak ada banyak barang pun.

Yang bahagian bawah, pinggan yang guna setiap hari.
Kotak belang2 merah tu, DIY sendiri.
Guna kotak pinggan tu juga.
Potong dan balut dengan kain.
Yang bahagian mangkuk, guna bakul hantaran kahwin.
Cuma tambahkan sarung, bagi seragam ngam ngam....

Simple je...
Yang pintu sebelah lagi....


Bahagian bawah letak blender, mesinnya.
Dan satu pembakar roti. yang jenis sandwich tu.
Ini enSuami pinjam yang dari Mertua punya, adoi...
Masa tu, musim buat roti bakar sapu mentega dengan seri kaya.
Sedappp...
Kat sekolah dia, koperasi diorang jual kat pelajar.
Tu yang nak try kat rumah tu.
Siapa yang tak pernah rasa lagi, boleh cuba tau, hehehe....
Yang paling atas, ada tray makanan dan loyang kek.
Jarang pun buat kek, letak atas tu, tak ganggu sangat.

Ok, turun kat bahagian table top.


Charger handset tu tak selalu ada kat situ.
Kebetulan cas kat situ, baru teringat nak ambil gambar, cerita pasal ni.
Ada hikmah juga rupanya, hehehe.

Sebelum ini, rak putih, MR DIY tu saya hanya letak sandar macam tu saja, sambil tindih atas bekas ESP Shaklee tu.
Minta enSuami skrukan, untuk biar tergantung, sampai ke sudah tak buat.
Baru2 ni dia pergi camping, masa dia tak ada la, saya bertukang sendiri.

Sekarang rak putih tu, dah tergantung.

Semua kicap, sos cili, tomato dan mayonis saya tuang masuk bekas picit ni...
Mudah dan cepat.
Bersih juga dan selamat.
Tak ada kaca2 lagi.
Persediaan awal untuk yang beranak kecil.
Mana tau nanti Hafni nak makan sos tomato, selamat sikit dia nak ambil.
Yang bekas kaca bawah tu, saya letak milo, kopi dan teh.


Yes, ini la projek yang tertangguh tu.
Papan tu, saya dapat free, Andy Everskill bagi ekstra, masa dia pasang kabinet dulu tu.
Tapi bahagian tepinya, tak comel la sebab bahagian bekas potong dengan mesin kan...
Mulanya saya balut guna masking tape yang putih tu.
Pastu teringat saya ada beli salotape kartun2 kat MR DIY.
Cadangnya nak buat untuk homeschool Hafni nanti, tapi belum buat lagi, heh...

Lagipun ada 10 biji.
Cari corak yang berkaitan sikit, kebetulan ada gambar susu, roti, OK sesuai sikit nak letak kat dapur.
Sikit je, juz nak tambah keceriaan, hehehe...
Lepas tu, saya double sekali lagi dengan salotape yang transparent plak.
Sebab salotape MR DIY tu tak lekat sangat.

Bila ada rak ni, boleh la letak2 minuman lain yang ekstra tu.
Yang paket2 kecil tu, enSuami kutip dari hotel.
Ada2 aje nak bawak balik.
So bahagian bawah kosong, saya happy!

Ingat nak biar kosong je.
Sekali teringat plak, nak keluarkan bekas gula yang saya letak dalam kabinet tinggi.


Ada la 3 sekawan bekas cap Tupperware ni.
Saya buat simpan makanan yang betul2 perlukan kedap udara.
Gula, penting la, tak nak semut masuk.
Yang lebih tu letak biskut.


Selepas tu, dah nak bancuh air, mesti la ada cawannya kan...
Tempat gantung cawan ni, mesti ada kat setiap rumah kan....
Sekarang dah macam2 design.
Ni design lama ni.
Masa rumah sewa bujang lagi, kayu ni macam tahan sangat.
Satu lagi, yang tempat letak tisu.
Yang tu, mak saya ada la.
Saya tak ada....

Ok, bahagian kanan sekali, ada filter air.


Sebelum ni, rumah tak ada filter lagi.
Bulan Ramadhan hari tu, baru mampu nak beli.
Lama dok simpan dendam nak beli filter.
Kualiti air sekarang, faham2 je la...
Tu pun, baru sehari pasang, dah banyak kotoran termendap kat filter luar tu.

Saya dok target nak beli Magic.
Tapi orang tu datang rumah, dok promote semua jenis filter yang dia jual.
Katanya Magic dah lama, model 2010.
Lagipun kebanyakannya recondition.
Sebab tu akhirnya enSuami pilih Winix.
Memang tak pernah dengar sebab baru.
Ini model April 2014..

Tapi rasa baru kat Malaysia je, kat Korea dah keluar model lagi baru, upgrade sikit daripada model ni.
Cuma tak sampai lagi kat pasaran Malaysia.
So, kira model ni, the latest la kat Malaysia.

enSuami pun terpengaruh la nak beli model ni.
Lari la skit bajet dari yang diperuntukkan.
Dah boss sanggup, ikut je la....
Saya memang nak yang ada hot dan cold water.
Walaupun enJamal tu tak recommend guna jenis filter ni.

Katanya kalau rumah, lebih sesuai guna yang filter biasa ja.
Dalam tu ada 4-6 penapis air.
Lebih jimat.
Kalau pattern hot n cold ni sesuai untuk pejabat.
Ye la, kat pejabat kan nak cepat.
Takkan nak kena sediakan peti sejuk heater bagai kat pantry kan...
Kat rumah tak perlu la, sebab ada peti sejuk dan kettle...

Tapi kat rumah pun nak cepat jugak ape kann...
Kang tetamu datang, baru nak masak air.
Lagipun heater saya kecil je, 1 liter.
Tu pun hadiah kawen.
Kami tak ada beli termos pun.

Saya tetap nak hot and cold, sebab table top saya kecil.
Nak jimat ruang.
Kang filter ada besar gedabak dah, nak kena letak heater lagi, heh...
Periuk nasi dah selamat simpan dalam kotak.
Kalau tak, kat situ juga tempat mastautin periuk nasi.

Jadi ruang ni lapang sikit.
Kadang2 kalau hafni nak mengikut juga saya masak kat dapur, saya letak dia atas ni la.
Dengan pengawasan la.
Risau jugak kadang2, letak kat situ.
Tapi nak buat macam mana, dia tak suka duduk kat lantai.
Mesti nak kat tempat tinggi, tahap maharaja maharani anak ni....

Ada perubahan sikit kat sinki.
Dulu tak ada filter, tempat tu, saya buat tiarap pinggan lepas cuci.
Sekarang dah ada filter, memang tak tau nak tiarap kat mana dah.
Akhirnya satu sinki terpaksa dikorbankan, hukhuk...
Rak tu memang rak pinggan.
Kebetulan muat plak masuk sinki.
Jadi guna aje la apa yang ada.
Tak perlu nak beli baru.
Tapak lapik je belum guna untuk apa2 lagi.
Selesai sudah untuk bahagian ni.
Ingat nak sambung dengan laci sekali, tapi internet slow nak upload gambar.
Ini pun dah seharian tunggu uploading, huh...
Lain kali cerita lagi.
Kira bahagian laci, bahagian oven dan bahagian tall unit belum cerita lagi.
OK, babai....

4 comments:

  1. kemas sangat...semua nya teratur.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih kak Aty.
      Akak lg sifu bab mgemas ni.
      Brg xbyk. Boleh la kemas, hihi.

      Delete
  2. salam..nak tanya berapa kos buat..sbb rumah sy pun lum ada kabinet dapur..dpt buat comel camni pun jadila kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Su.
      Kos dlm RM 4656.30.
      Pintu dgn konkrit, kontraktor lain2.
      Cerita penuh kt entri ni,http://menggapaicintailahi.blogspot.com/2014/07/dapur-kos-keseluruhan-kabinet-dapur.html?showComment=1404694787975&m=1#c2859161264129547321
      Tq..

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers