Search This Blog

Saturday, 23 April 2011

RESEPI : Nasi Pilaf Ayam Panggang (",)

Hari Jumaat adalah turn Nabilah masak. 
Nabilah nak masak guna oven!
Resepi apa yang sesuai???

Teringat resepi yang Kak Shahnaz kasi kat emel selepas kitorang makan kat rumah dia tahun lepas semasa Ziarah Nisa ke rumahnya..

Special, sebab ayamnya dipanggang.........
tapi dia guna beras yang mahal la, beras panjang Basmathi
Nabilah boleh guna beras biasa yang ada kat umah ni..
Ok je kan.........

Ok pada sesape nak mencuba, silakan cuba..
Resepi ni sebijik dari Kak Shahnaz, tiada tokok tambah atau pengurangan.
Selamat mencuba, =)

*Emel Kak Shahnaz*
Assalamualaikum..
 
 ngeh2..resepi airmata kerr..kuang2..kna bwg kua r airmata..
xde kaitan ngn resepi..resepi ni ayah belajar dari kawan kat u.s..masakan ni laa ayah selalu masak masa bujang dulu sampai laa sekarang.. ley cuba wat dalam masa setengah jam aja..masa raye pn sedap mkn

Nasi pilaf(utk 4 pot)
  1. beras basmathi@beras biasa-sukatan air ikt beras
  2. 1 sudu besar marjerin(sebaiknya dorina)
  3. setengah biji bawang besar untuk 1 pot nasi
  4. 1 ulas bawang putih untuk 1 pot nasi
  5. 1 inci halia
  6. 1 batang kayu manis
  7. 1 kuntum bunga lawang
  8. 7 batang cengkih
  9. 7 biji buah pelaga
  10. ayam setengah ekor potong2
  11. boleh tambah daun ketumbar,sukatan sesedap rasa 
  12. sejemput kunyit(untuk warna)
cara memasak:
                         
  • panaskan marjerin sehingga cair
~Tumis jangan sampai hangus ye~
  • letakkan bawang putih garing tepinya
  • kemudian masukkan bawang besar masak sehingga layu.
  • letakkan semua rempah dan halia
  • goreng smpai bawang garing(jgn bg hitam dh laa:-w)
  • kemudian tuang air,tunggu hingga mendidih(tambah 1 mug lagi air utk wat sup pd nasi)
  • ~Kuah rebusan ayam untuk nasi~
  • setelah mendidih letak kunyit dan garam(sukatan garam=setelah rasa cukup masin tambah sikit lagi ukt masin lagi
  • kemudian letak ayam dan tunggu hingga mendidih
  • kemudian toskan beras dan letakkan dalam rice cooker
  • setelah mendidih sup tadi tuangkan ke dalam rice cooker dan pasangkan suis rice cooker
  • dan tunggu sehingga beras timbul sebab mendidih kemudian letak daun ketumbar,kismis,kacang gajus,badam..
  • ~Nasi pilaf dalam periuk, tanpa daun ketumbar, kismis @ gajus, =(~
    ~Nasi yang telah siap dimasak, sedap dimakan semasa panas~
  • dah siap                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Ayam panggang
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • kisar bahan2 diatas(jgn sampai cair)
  • campurkan sos tomato @ sos cili 2 kicap(mengikut selera sendiri ke dalam bahan yang dikisar tadi)
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula @ madu
  • ayam dipotong 2..1  potong digaul dgn kunyit 1 sudu kecil kunyit
    ~Ayam yang telah siap digaul dengan rempah~

  • kemudian gaul ayam ini dengan bahan dikisar tadi
  • kemudian letakkan ia ke dalam oven 200 dlm tempoh 45minit
  • ~Dalam oven, ayam sedang dipanggang~
    ~Ayam panggang saya sudah masak!~
 Sayur Mayonis
~Salad, nyummy...nyummy....~
  • timun diparut bulat2
  • carrot diparut panjang2
  • kubis diparut kecil2
  • daun salad beso2
  • tomato dipotong nipis2
  • mayonis dlm 2-3 sudu besar
  • garam 1 sudu kecil
Jom, makan Sayang!


Ok x, kawan2???
Boleh cuba kan?

..........Sedang mencari resepi istimewa untuk enSuami..........

Friday, 22 April 2011

Panduan Buat Suami & Bakal Suami



Budi bahasa itu yg membuatkan orang respect kepada kita. maka sebagai manusia biasa, cubalah untuk menjadi manusia yang sempurna walaupun kita tahu itu agak mustahil untuk kita memiliki title tersebut.

Malam ini kita sama - sama menyingkap bagaimana nabi kita, nabi Muhammad SAW melayan isteri-isterinya. dan kepada para-para suami diluar sana, diharapkan dapat mengambil contoh ini untuk mengekalkan rumah tangga bahagia bersama isteri tercinta. jika nabi mampu, mengapa tidak kita?.Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 
Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. 

Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,

'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'

'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'

Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW. semoga diriku sebagai suami,sama-sama dapat mencontohi budi pekerti nabi ini ...amin =)

Buat Bakal 2 Ummi


Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri

wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa

Wednesday, 20 April 2011

Pulas...jangan Tak Pulas......

Hari ni ada rezeki luar biasa..
Ada enLatib Manan, Ketua Kampung Sg Ramal Dalam bawak buah pulasan.

Dengaq ja pulasan, dalam hati waaaaaa, ceq xpenah makan lagi!

Tapi xleh terus menerpa nak makan, ada keja sat.

Pas2 bila stat nak makan, semawa kat enAmir..
Nabilah : Ha, enAmir mesti suka nih!
EnAmir : Ha benda pa tu?
Nabilah : Ha, makanan la. enAmir kan suka makanan.
EnAmir : Iyo la, makanan pa? Rambutan?
Nabilah : Pulasan...
EnAmir : Apa bezanya pulasan dengan rambutan?
Nabilah : Bezanya sebab dia pulasan la bukan rambutan. Nama pun xsama.

First time Nabilah pegang pulasan.
Bila tengok ni, memang la xsama.. 
Sejibik pun xsama dengan rambutan!
Pulasan kulitnya xberambut halus macam rambutan tapi tebal2 macam durian.
Dengar kata orang, nak makan pulasan kena pulas kulitnya.
Bukan macam rambutan.
Sebab tu la dipanggil pulasan.
Bijak takkkkkkk???
Jadi ceq pun pulas la kulitnya...
Susah gak ni, sebab tebal.
Pedih juga jari2, tapi nak makan jugak!
Bila tengok isi, sama plak mcm rambutan.
Teringat cerita dolu2...
Masa kem di Lembah pangsun, jalan2 kembara subuh tu, nampak buah rambutan.
Pas2 dok berleter kat kawan.

Wei, rambutan, sedapnya!
Tapi awat rambutan dia hitam?
Ni la tuan punya pokok, banyak sangat rezeki sampai xtermakan.
Dibiarnya buah rambutan buruk, hitam di pokok.
Bagi kami makan pun xpa, lagi baguih!

Huiiii..........
Rupanya ceq xtau... Tu pulasan bukan rambutan!
Buk, kena sejibik!
Tu pulasan la bukan rambutan.
Pulasan mmg la bila dah masak, kulit dia gelap nak hitam.

Apa beza pulasan dengan rambutan?
Dari jauh nampak sama ja macam rambutan?

Bayangkan seumur hidup dah masuk U, xpenah kenal Pulasan.
Ceq tau, rambutan ja, merah dan hijau atau pun kuning2 sket.

Ok, pengalaman hidup akan memberi pengajaran pada kita.
Saya baru berumur 26 tahun.
Masih banyak xtahu...
Maafkan saya ya, Kawan2..........

........Menunggu enSuami balik, untuk makan durian bersama2, ngeeee......

Majlis Pelancaran Sijil Wakaf Bangunan PAS Selangor

YB kata cari 10 orang untuk diner bangunan PAS hari Selasa ni kat enShahrum..
Kami pun nak pi! nak pi! hehehe.......

EnShahrum, macam besa, nak bagi sket je kerusi untuk muslimat.
Dia bagi 4, kami minta 5 (*dalam plan nak ajak Kak Kinah, Kak Sab, Lina, Nabilah dan Aisyah)

Pas2 akhirnya, sampai la semalam, yang perginya adalah YB, EnAzizi, EnShahrum, Nabilah, Lina, Aisyah dan Kak Sab saja yang dari Bangi merangkap Kawasan Serdang.

Mula perjalanan 6.45ptg, singgah solat di R&R Awan Besar. Xpenah sampai lagi kat sini. Apa la yg bestnya, YB suka nak datang Awan Besar..Awan Besar...

Lepas solat, tang tang tang....
Ada cermin besar...
Saya suka cermin yang besar mcm ni...
Untuk saya nak amek gambar...

OK, kami dah bergambar di depan cermin, ~ngeeee~

Majlis ni kat Wisma MBSA...
Sampai situ, dibawa terus ke meja makan untuk Serdang.
Ala, xbest sebab dok belakang.
Tengok makanan, aaaaaaaaa....

Meja Serdang ni dok depan pintu, jadi laluan keluar masuk tetamu.
Kami diberitahu, ada 2meja, 1 untuk YB Bangi, 1 untuk Kawasan Serdang.
YB ajak pi dok kt meja Bangi, terlindung sket daripada gangguan.
Yang ni lagi belakang...

Pas2 sampai kat meja, mula la operasi.
Ni, Majlis Perlancaran oleh YB Dr Hasan Ali.

Apakah motif letak sudu dan garfu, nih???
Isk, nak tunjuk kami datang nak makan.

EnAzizi, macam penat.
Tanya dia, mengantuk ka? Dia jawab OK, xda la.
Risau nak amek gambar, susah, heeeeee...

Kami, dari robongan Bangi

Ulam-ulaman. Disangkakan sambal belacan, tapi ada minyak.
Conpius jugak.
Bila dah rasa, mcm sambal udang kering je, ye ke, ceq pun xtau....

2 in 1
Nampak ke sayur campur masak kunyit di sebalik air sirap bersoda???

En Shafii yang menyumbang RM10K dengan lelongan sijil wakaf ni...


Orang India pun menyumbang untuk Bangunan PAS Selangor.
Orang Selangor tu, bila lagi???

Hehe, buli enAzizi....Amek gambar kitorg yg cute nih, ngeee



Selepas selesai makan, kami ke bangunan PAS yang telah di beli tu di Worldwide Shah Alam dengan harga 1.3juta dengan 3 tingkat bangunan.
Sebulan sekurang2nya bayar RM37K.
Sehari RM1200.
Fuhhhhhhhhhhh


Dalam perjalanan pulang, EnAzizi cakap kat YB,
En Azizi : Nampaknya harga tanah di Bangi lebih mahal dari Shah Alam lah kan?
YB : Ya la... Bangunan yang kita beli (*PAS Serdang) 2 tingkat dah RM800K. Ni 3 tingkat baru 1.3juta.
Isk, dahsyat jugak tanah kat Bangi ni.
Awat la mahai banget ni...
Jum kita lari p dok Kuala Selangor, ngeeee

..............'10%' sekarang menjadi igauan mimpi tidurku..........

Misi 4 : Almari dan Perabot

Hari tu masa pi PWTC untuk Pameran Pengantin tu, pada tempat yang sama juga ada pameran perabot.
Round ke2 tu baru dapat masuk.
Tengok2 orang Cina je ramai...
Memang untuk orang Cina je ke? Saya ni salah masuk ke?
Isk, bo kot..

Bila tengok2, ermmmmmmm tau la nape Cina ramai...
Perabotnya mewah2 belaka...
Semuanya 4 angka ke atas..
Macam ni rupanya mereka berbelanja.
Semua barang2 berjenama..
Bila dah berjenama, mesti la kualiti kan, puas hati semua produknya.
Tunggu nak pilih yang mana suka dengan kemampuan masing2...

Nabilah berpeluang duduk, pada 2 booth perabot.
1 jenama Crown, promoternya Cina.
Dia ckp ini dari cow leather, ma.
Harga RM 3988 kot..
Bila nak pilih bab ni, perempuan suka nak tanya color.
Semua color ada, ma. Cakap saja mau color pa, nanti kilang kita buat utk madam..
Waaaaaaaaa, mcm ni depa mniaga ya.
Hebat, ni yg best ni.
Tapi tengok harga, memang mcm ni ke harga perabot2 kat umah kita?
Xpenah amek tau harga ribu riban ka...
Tau2 Mak dah beli sofa...
Mcm ni rupanya mak bapak kita berbelanja.
Patut la ayah suka bising2, dok tambah yang tu, dok tambah yang ni..

Kadang2 pk, mcm Mak berlebihan berbelanja.
Tapi bila dah beli, kita guna pa, kan???
Ermmmmmmmmmm, masing2 ada pemikiran sendiri.
Ada baik dan buruk... Pro n kontra.

Tapi perabot2 kat umah, tiada yang dibeli xguna.
Semakin hari, semakin bartambah barang2 kat umah.
Sebab tu la rak n almari diperlukan untuk simpan barang2 seperti buku, pakaian dan lain2.

Tapi yang menjadi idaman saya, huhu...
Nak ada bilik pakaian dengan almari pakaian keliling dinding, yeh!
Banyak ke baju saya??? Baju enSuami yang banyak... 
Dia keja pi sekolah, mesti ada banyak baju.
Huhu, poning enSuami...

Macam ni, Sayang
Jangan Pengsan dulu, Sayang!
Xperlu seluas ni, janji ada 1bilik yang khas untuk pakaian sahaja.
Senang nak susun, nak cari baju, nak kemas, nak iron baju..

Lagi lagi...


 Ha, kemas kan???
*sebenarnya terpengaruh dengan crita Korea, hehehe...*


Perlu ke almari setinggi ni, sampai ke bumbung ha...


Yang ni macam open sangat, xsesuai...
Lagipun saya xdak banyak pilihan kasut
Xdak banyak pilihan beg tangan
Ada 2,3 je. Jenis pakai sampai rosak, baru beli yang baru.
Jimat kan Sayang? *jenis ni enSuami suka kan???


Almari jenis kain langsir je...
Erm macam mudah je...
Nanti boleh tukar2 kaler langsir almari lah ye...ngeeee

Kat luar dari dewan pameran perabot ni, ada juga pameran lain.
Salah satunya penyidai atau penyangkut yang diperbuat oleh besi tahan karat.
Harga xmahal sangat, tp bukan la harga promosi.
Rasanya tiap2 hari pun harganya macam tu.
Cumanya, dah hari ini terjumpa, nak la beli sesiap kan?
Sebab kedai asalnya jauh kat Klang ke kat mana ek.
Masih ada simpan resit, nanti boleh cari semula kedai ni.

 Kemas kan?
Ada ampaian untuk baju yang boleh adjustable.
Sesuai dengan rumah yang agak terhad ruangnya macam apartmen, flat tu.
Rumah teres pun boleh beli, xda masalah.
Ada duit, semua boleh beli, ngeeeee


Kalau pemilihan untuk sofa, saya mau yang kulit.
Senang nak jaga.
Kalau tertumpah makanan, minuman, bo lap saja. Ye ke ek?
Kalau sofa, baldu.. Basah, susah jadinya.
Macam ni ha...
Pas2 ada pilihan sofa buat dari rotan plak..
Ada yang berminat dengan sofa/kusyen yang macam ni???


Rak untuk TV, best ni.
Kemas, tersusun dan nampak elegan.
Tapi, perlu ke TV kat rumah.
Saya macam xperlukannya.
Tapi enSuami macam nak TV...
Emmmmmmm


Bilik dan katil untuk anak2..
Wah, sangat suka dengan perabot yang menjimatkan ruang dan tersembunyi.
Boleh bantu persekitaran untuk tampak kemas dan mudah diurus.
Ada x, perabot macam ni kat Malaysia?
Idea baru untuk jangka masa panjang, sekiranya membina rumah dengan design sendiri...
Gambar ni dapat klik di umah Saidah di Batu Pahat.
Rumah ni elok2 je siap sebelum kenduri kakaknya kawen.

Masa tu kakak dan abangnya dapat idea untuk rekaan pelamin tetap, tengok kat majalah.
Buat siap2 pelamin merangkap tingkap umah.

Senang, bila anak2 kawen nanti, dah tau dah nak wat pelamin kat mana.
Sekurang2nya dua anak kawen serentak. sebab ada 2 pelamin, =)

Ruang solat untuk sekeluarga. Bagus kann???

........Semoga rumah tangga yang dimiliki diserikan dengan kasih sayang kerana Allah.......

Tuesday, 19 April 2011

Electric Oven (^_^)

Dapat hadiah electric oven dari Kak Mariah dan Hj Rosdi.
Terima kasih, Kak! Hj Rosdi jugak.
Teringat masa kursus frozen food tu..
Kita sama2 mengacau adunan kuih-muih dan kek jugak.
Agaknya akak dapat teka dari sini ke ek?

Nabilah baru berkira2 nak beli oven dan microwave hari2.
Tengok2 malam tu, dah dapat kat pejabat.
Alhamdulillah nasib bek xbeli lg siang tu.


Tapi yang rugi, xdapat beli microwave Samsung yang murah dalam harga promosi tu sebab dah ada yang beli hari Isnin tu, huhhhhhhhhhhhhhh
Xda rezeki nak dapat yang murah dengan barang yang berkualiti.

Kena plan n kumpul duit lg untuk misi yang akan datang.

Masa pi hari Selasa tu, memandangkan microwave dah dibeli oleh orang lain, jadi saya beli dapur gas, jenama Elba.
Dah ada kat umah kat Bangi ni.
Sekarang dah ada dua harta untuk rumah baru di sini.
Akan cuba bawak balik ke Sekinchan untuk simpanan masa depan.

*Bila ya dapat pindah serumah dengan enSuami???*

Hari ni, Nabilah dah guna electric oven ni, Sayang!
Wat masak roti telur mata kerbau macam Sayang tunjuk kat blog dulu.

Sebenarnya nak uji oven tu berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Kalau sempat ceq mana2 yang rosak, boleh la kita tukar ke baiki ke selagi ada warranty kan???

Roti telur sedang dibakar dalam oven


Akhirnya siap roti telur ni..
Siap makan macam makan piza plak, hehehe...

*Resepi kedua mungkin kek besday kitorg...Nak buat kek apa ye, kawan2??


...........Nanti kita cuba buat lagi yek, sarapan ke sekolah untuk Sayang..........
Daisypath Anniversary tickers