Search This Blog

Thursday, 8 October 2015

DAPUR : Cara saya uruskan stok telur ayam

Assalamualaikum....

Lama nak share dan tanya, tentang pengurusan telur di dapur...

Sejak rajin dok cuba macam2 resepi ni, saya rasa lebih berbaloi untuk saya beli telur sepapan 30biji.
sebelum ni masa saya beli sendiri telur, memang saya beli 30biji terus..
bila pindah sini, enSuami yang dok beli..
10biji, 10biji, diulang2 beli....

Ada sampai satu masa tu, 10biji telur, dah naik harga sampai RM4.20...
saya pun apa lagi, dah jenis penjimat ni, memang berkira la seposen duaposen ke...
ada dalam bulan berapa ntah, harga telur di Speedmart naik harga tetiap minggu..
duaposen, duaposen dia naik...
tu yang tukar beli sepapan..tak sampai RM10 lagi...

Tapi Isnin lepas, tengok tag harga dah RM10 sudaa...
adoi...


Untuk jenama NutriPlus ni saya tak pasti ada gred ke tak..
selalu kat bahagian info tu la, ada gred saiz telur..
tapi kat situ juga la staf nak tampal harga...
rasa macam tak ada gred kot...
dia kira semua sama je kot... [entah ler]


Bila dah beli baru, tak la terus basuh simpan dalam peti..
tunggu ada mood dulu, atau telur dalam peti dah habis, atau nak guna baru basuh, kekeke...
untuk kali ni, sebab nak masak telur masak kurma [favorite enSuami ni], baru nak basuh telur.
walaupun telur dalam peti dah habis hari Isnin lepas..hahaha..
tak dan nak basuh..
hari ni pun sebab dah basuh baju, so telur kena ubah tempat.
kalau tak selesa je parking atas mesin basuh, dasar sangat kan!!!!!

Sepapan tu, letak atas table top, tepi sinki..
alih satu2 masuk dalam sinki...
kalau nampak ada telur yang kotor sangat dengan taik ayam, letak dulu dalam sinki...
selalunya saya susun, sebiji masuk dalam lubang sinki, kemudian telur2 seterusnya sampai 30biji...
saya buka pili air yang paling halus, lalu je atas telur2 tu, sambil basuh telur sebiji demi sebiji...
guna span basuh pinggan.. [span yang dah nak buang, tapi simpan lagi untuk cuci telur sahaja]
dulu2, siap dengan sabun2 lagi..
tapi lama2 rasa macam poyo la pula siap basuh dengan sabun lagi... [kot la saya ni rasa pembersih sangat]
ada tak yang basuh dengan sabun? ke memang kena basuh dengan sabun?
saya kira basuh bersih dari taik, pastu susun2 balik atas sinki atau atas kotak telur tu..
bila dah habis basuh semua, lalukan sekali lagi air atas susunan telur tu...
kadang2 sebab dah terbiasa dengan selawat/cucur air tu, kat telur ni pun terbuat juga...

Harapnya, usaha saya mencuci telur ni, dah buat dia bersih n suci untuk dimakan...
kalau nampak dalam gambar tadi, 5 biji dah dibasuh dan direbus dulu..
sementara nak cuci baki telur 25biji tu, sempat la telur tu masak direbus...
air rebusan tu pun guna air yang bertapis..
sebab saya fikir, apa saja masakan yang guna air secara langsung akan memberi kesan pada makanan tu..

macam masak nasi, letak air dalam masakan,
rebus pasta, rebus telur.. walaupun air tu kita buang je...
tapi sebab air tu la, makanan tu masak kan...
sama juga la kalau orang rebus telur tanpa dibasuh dahulu..
pada peniaga yang buat murtabak pun...
kang tangan yang sama nak canai roti ke...
saya bab telur ni sensitip sikit..


Lepas dah cucur tu, baru angkat masuk dalam peti..
angkut dengan tangan je..
satu tangan pegang 2atau3 biji..
peti ais dekat je dengan sinki...
ulang 4,5 kali, habis siap daa...

Pastu saya susun je pada rak yang disediakan...
designer peti ais dah sediakan rak khas untuk telur, jadi susun je la kat situ...
tak yah susah2 cari bekas lain untuk nak simpan telur...
kalau sekejap je, sekali dua je, buka pintu peti ais..
tak ada kesan apa pun pada telur tu..
masak OK je macam biasa...


Hafni siap bertapa depan peti ais, dengan pintu terbuka,
paling teruk pun, telur tu berpeluh je la...
terkondensasi..
Acaner, dah terpengaruh dengan UpinIpin punya hal..
buat peti ais macam aircond je gayanya..

Saya susun tindan2 macam tu...
OK juga, setakat ni tak ada lagi yang jatuh pecah, disebabkan pintu buka tutup..
tapi sebab dah guna 5biji tadi, so rak yang bawah tu tak full sangat la..
selalu bila stok baru telur masuk, memang penuh la rak bawah tu, buat letak telur..
bila telur dah berkurang, rak tu pun kosong je...
jarang2 guna..

Rak sebelahnya, buat letak ubat demam Hafni.
Asam jawa, asam boi dan minyak ikan kod...
tak banyak barang pun...

Dulu2 macam suka je peti ais penuh..
penuh dengan tupperware isi makanan..
sekarang ni, memang tak tenang kalau tengok peti ais penuh..
macam risau la gitu..
selalu peti ais penuh sebab makanan tak habis dimakan kan...
kita simpan makanan je kan..
kalau banyak sangat makanan dalam peti ais tu, sape nak makan..
dalam rumah ni, ada 2+1/2 orang je..
tu yang cuak tu, mesti lama2 nanti akan ada makanan yang dibuang...

Macam selalu arwah ayah cakap, simpan-simpan dalam peti ais.. semua nak simpan dalam peti ais, lama2 buang ja, bukan nak makan pun.. simpan dalam peti ais tu sebab nak buang ja..
nak buang terus, tak gamak, simpan la dulu dalam peti ais, kot2 bila2 nak makan, tapi akhirnya masuk tong sampah juga, tak boleh makan pun...
gitu la falsafah ayah saya...
sebab tu kalau masak apa2, ayah saya makan ja sampai habis..
lagi tak habis makanan tu, lagi tu dia makan...
bagus kan ayah saya, heee...

Saya pun di rumah sendiri, masak cukup2 je..
kalau boleh sumbat dalam perut tu, sumbat sesiap dalam perut..
tak nak dah simpan2 dalam peti ais..
biar peti ais saya kosong tak ada makanan, xpe..
asal hati saya senang..
tak ada pembaziran makanan...
kalau ada makanan yang tak habis, sayang nak buang..
simpan bahagian freezer je, buat beku..
simpan cara beku, baru makanan tak cepat rosak..
kalau tak boleh sejuk beku, sama ada sumbat dalam mulut atau sumbat dalam tong sampah kot, huhuhu..

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Wednesday, 7 October 2015

Dua hari cuti sebab jerebu...

Assalamualaikum...

Walaupun sekolah diumumkan cuti dua hari, Isnin dan Selasa..
tapi korang tengok la sek enSuami saya...


Haaa, full house gitu...
enSuami cakap, situasi macam hari2 sekolah je, kereta penuh..
masa ni pagi Isnin, kami baru balik dari rumah mertua..
enSuami nak singgah sekolah hantar buku ringkasan pelajaran tu...
so di sini lah saya sempat ambil gambar...

enSuami pun tak sangka, sekolah dia penuh macam tu..
dia je baru nak datang sekolah...
saya tak tahu la nama spesifik kerja diorang ni..

Tapi yang pasti kerjanya mengisi borang (online), cetak, tampal, apa lagi tak tau la..
katanya format tu berubah2 tiap2 tahun..
sebab tu orang jadi haru-biru tu..
kalau ikut cara lama, salah..
nak ikut cara baru tak faham pula...
katanya Pengetua yang pergi kursus tu..
pastu cetak handout tu je bagi ke semua guru..

Yang menjadi masalah bila bidang guru berlainan..
jadi gaya format tu, tak boleh nak ngam dengan bidang guru tersebut..
kawan2 dia yang lelaki ada juga pagi tu dalam bilik guru..
masing2 bincang, berkongsi idea, saling tunjuk-ajar kawan2 yang tak faham..

Jiran depan rumah, kata nak pergi sekolah sebab nak klip kertas exam PT3 pulak..
macam2 juga la kerja diorang...

enSuami saya buat kerja di rumah...
kalau ikutkan nak je nyahkan dia ke sekolah, wakakaka...
orang lain buat kerja pergi sekolah, buat dengan kawan, sharing sesama..
dia bertapa sorang2 kat rumah...

Kalau ditanya, tak yah pi sekolah ke, kawan2 buat kat sekolah..
dia assumed orang yang ke sekolah tu, tak ada internet kat rumah kot...
internet kat sekolah pun bukan laju sangat...
kalau ramai2 pakai, lagi la slow..
kat rumah ni pun, kadang2 slow je internet nye..
tengah dok isi online, internet buat hal, website tak leh masuk, memang nak dapat halwa telinga la masa tu, mulut tu pfft*&^%$#@! [:P]

Bangun2 pagi tadi, ni la pemandangan yang mata dapat bila keluar dari bilik tidur...
celik2 je nampak gini....


OK, ni fasa ke3 dah ni..
fasa pertama kedua dah jadi minggu lepas...
hari ni je sempat nak snap...
tu pun dah cakap kat enSuami suh kemas sebab nak sarapan...
sebab tu ada muka dia tu, tengah dok snap, dia mai duduk..
nak larang pun kang dah suruh kemas tadi...


Tak ada kerja ronyok2kan kertas tu...
kalau tak ronyok pun, boleh je lempar ke bawah, kalau dah conpem tak guna..
tapi saya tau n faham sangat...
tengah buat kerja, ada masalah, tak jadi ke pe,
konyok2kan kertas adalah salah satu terapi untuk hilangkan stress...
kalau nak tengok orang stress tak stress tengok cara dia ronyokkan kertas lah...

enSuami saya, kalau kerja melibatkan komputer, dan berformat ni..
memang senang sangat nak buat dia stress...
orang laki kan jenis hentam je janji siap...
bila cikgu pompuan buat kerja kemas2, cantik2, terlebih rajin..
Pentadbir pula suruh ikut macam 'cikgu rajin' tu buat...
haaa mula la dia bebel, tak ada kerja la, cikgu pompuan ni... [marahkan orang lain yang rajin]
saya dah banyak kali cakap kat dia, pompuan memang buat kerja terbaik punya..
cantik, kemas, efisyen tu kepuasan bagi orang pompuan walaupun kerja tu leceh/rumit/banyak step...
orang pompuan tetap nak buat..sampai dia puas hati...
orang laki boleh la buat kerja tangkap muat je... [OK, mungkin enSuami saya je]
emmmmmmmmm, [sambil buat muka, WhatEver!, kuikui]

Sejak meja makan dah letak di ruang makan, meja ni jadi meja kerja..
masa makan jadi meja makan...
walaupun separuh meja, masih ada laptop, printer dan kertas2....
bila mai je musim enSuami kena buat laporan macam ni,
mula la rasa, adoi tak sabaqnya nak pi beli meja study/kerja untuk dia...
jadi macam ni sebab tak ada meja kerja sendiri...
terpaksa la guna meja makan dulu...
nasib baik baru bertiga, kan...

kerusi yang ada bangku hijau tu buat Hafni duduk masa makan...
dah tak ada bangku khas untuk kanak2, kita buat cara kita la...
Hafni sekarang memang nak makan suap sendiri..
so gitu la idea yang Umi dapat fikirkan, ngehngeh....


Memandangkan meja makan dah full dengan kerja enSuami,
saya pun pindah semula ke meja sendiri...
kalau boleh elak dari stay kat sini memang nak elak la..
sebab kalau dalam bilik ni, gelap sikit..
jadi memang kena buka lampu, kipas semua...
kalau di ruang tamu tu, boleh buka kipas aje..
jimat elektrik sikit...

Tapi apakan daya, Umi pun ada kerja nak menghadap laptop.
Bangun2 pagi, Hafni masuk bilik ni cari saya...
celik2 mata je dah mengemas sudaa...
anak oi anak oi....
layankan aje la...
memang tiap2 hari, itu la kerja dia...
mesti nak naik atas meja, buka laci2 yang ada...

Suka sangat nak naik atas meja ni..
main keychain yang digantung tu..
habis ditolak ke kanan ke kiri..
selalu susun, jarak sama2 aje...
kalau nampak susunan dah semacam dah tu, mesti Hafni punya kerja lah..
geram kot tengok Umi susun banyak2, cantik2 kat situ, iskkkkkkkkk
hahahaha....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday, 6 October 2015

KEBUN DAPUR : Buat baja dan racun sendiri dari dapur rumah ;)

Assalamualaikum...

Dari susulan entri lepas, cerita pasal nak buat baja roti tu kan, hee...

Alhamdulillah nak hujan hari tu, masa solat Zohor tu dah dengar2 bunyi guruh semua..
ada harapan ni, nak dapat air hujan hari ni...
dah habis solat, xsempat sudah doa lagi, dah lebat terus...
alamak tak letak lagi bekas..

Waktu pagi masa siram pokok, ada bersihkan satu bekas plastik letak atas pagar batu...
dah masuk rumah baru teringat ada bekas plastik berpenutup di dapur..
tu yang fikir nak tukar...

Walaupun hujan tengah lebat, keluar juga la letak bekas tu...


Mula ingat nak letak tengah2 halaman rumah..
pastu nampak kat bahagian longkang tepi rumah, ada saluran turun air dari bumbung rumah..
jadi letak je terus ke air turun tu, cepat sikit air penuh...

Tapi, elok selamat letak je, hujan dah surut pula...
alalaaaaaaa, acaner ni...
tak pe la, saya biar je, masuk dalam rumah buat biasa...
ada lagi kot hujan lepas ni, sambil berdoa minta hujan lagi...
opps orang yang pergi keja naik motor, jangan marah tau, huuu...
saya doa hujan sekejap je, sebelum pukul 5 hujan berhenti ye...
Amin...

So petang tu dalam 6.45 petang, dalam masa enSuami hampir nak pulang kerja, baru saya keluar...
tengok bekas tu...
OK, boleh tahan la hasilnya...
tak penuh bekas, tapi tak la sikit sangat..
2/3 bekas dah penuh...

Sebelum tu, sementara dalam rumah, saya siapkan penutupnya dulu..
memandangkan saya nak tutup rapat, jadi saya perlu buat lubang untuk keluarkan gas pemerapan tu..
so tebuk lubang guna paku panas, pegang dengan plyer...
bawa keluar dua keping roti yang expired tarikh hari yang sama, 1 Oktober.
Saya kongsikan sekali lagi resepi baja roti tersebut..

Resepi Baja Roti...
1 btl air 1.5L [air sungai atau hujan lg bgus sbb xde klorin]
Roti 1-2 kping
Peram 4-7 hari
Hari ke 4 da blh guna
Buang rotinya..
Srpay pd pangkal pokok n daun
Klu nk siram tambah air lg
Spray @ siram 3 kali sminggu Insya Allah pokok gemuk, serangga pon x hinggap
Sebelum terlupa..botol jgn tutup rapat, buatkan lubang. klu x nnti mletop kuar gasnya.
Siram @ spray awal pg atau ptg sbb baunya masyemmm..hehe


Hafni ni tak boleh tengok roti, dia mesti nak makan..
masa ni keluar waktu petang, memang dia ada sekali la..
jangan la, dia cakap nak makan roti ni, huhuhu...
dia pun dah mai dekat, saya ajak dia masukkan roti dalam bekas tu...
gaya macam nak amek makan, tapi cepat2 saya tunjuk masuk dalam bekas...
nasib baik dia ikut, hohoho...


Dah habis dah masukkan roti, saya pun tutup rapat...
4 biji lubang dah buat, so tak perlu risau nak meletup ke pe..
kat rumah saya, tak ada botol 1.5L, semua habis hantar recycle...
ini pun nasib baik belum pi letgo lagi, sempat la guna..
ada kegunaan, boleh la simpan.. kalau tak ada fungsi tu, memang semua buang recyle la..
tak nak simpan sangat, tak ada tempat nak letak, huhuhu...


Bekas ni pun saya sorok tepi parking motor..
mula nak letak tepi ni je..
tapi bila fikir, kawasan ni dapat cahaya matahari secara langsung..
macam musykil la..
selalu kulat kan bereaksi pada tempat gelap dan lembab kan...
so sembunyi sikit di kawasan terlindung...
buat ni hari Khamis, hari ke-4 dah boleh guna..
ngam2 waktu saya balik dari rumah mertua hari Isnin [semalam].

Baru sembur sekali pagi semalam.
pagi ni tengok, masih ada lagi semut2 n bena putih tu..
adoi setengah jam juga menghadap bena putih tu..
saya penyet2kan dia dengan serampang tangan...
banyak menenggek kat pucuk2 batang lak tu..
selalu saya patahkan je batang yang ada binatang tu..
tapi hari ni, tak sanggup nak patahkan..
kalau patahkan, lambat lagi la nak tengok pokok berbunga..
iskk geram sungguh eeeeeeeeee...

Baja kedua pula, jumpa juga dalam group Kebun Mini..
buat baja guna kulit telur..
yang ni sesuai untuk pokok berbuah..
masa saya jumpa ni, dia bagi untuk pokok tomato..
tapi saya tabur je semua kat pokok yang berbuah...


Caranya senang aje..
guna kulit telur terbuang, kemudian blend je...
ada orang rajin, dia tumbuk dengan lesung..
saya blend je...


Mula2 tu takut juga nak kisar guna blender..
takut blender rosak, kuikui...
tapi OK je jalan macam biasa...
saya kisar sampai halus...


Halus2 pun, masih juga kelihatan cebisan kulit telur..
ni dah kira habis halus la kot...
kemudian siram/tabur pada permukaan tanah sekeliling pangkal pokok..
hasilnya, saya pun tak tahu lagi..
kita ikhtiar je...
benda free kan..
kalau tak berkesan juga, terpaksa la keluar belanja untuk beli baja atau racun...

Sape2 ada cuba, nanti share dengan saya ye..
ataupun kalau ada resepi baja yang lain, share jugak tau...
masalah saya semut n bena putih..
sob sob, pekebun amatur la katakan....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Sunday, 4 October 2015

JUALAN : Tray/Bekas Hidang Makanan | Oven Safe / Microwave Safe / Refrigerator Safe / Dishwasher Safe

Assalamualaikum...

Hari ni nak tayang bekas hidang makanan pula..
bukan senang nak cari tray cantik untuk menghidang makanan..

Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu istimewa bertandang ke rumah kan...

NHShop boleh beri pilihan kepada anda yang nak lebih nilai, lebih jimat dengan kualiti yang mampu dimiliki oleh semua...














Amacam, OK tak?
berkenan?
meh order dengan saya...
SMS/WApps, 0193330382..

Semua harga yang tertera, TIDAK TERMASUK KOS POS
boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ye...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Friday, 2 October 2015

RESEPI : Butter Prawn aka Udang Goreng Mentega

Assalamualaikum...

Udang ni sedap dimakan..
tapi tak tahu resepi apa yang sesuai dimasak...

Kalau sotong tu, mesti nak goreng tepung..
untuk udang, selalu buat cucur udang ke, char koteow ke..
kalau bab lauk, lemah la sikit...

Tapi kalau ada petai, memang kena la nak buat sambal udang petai kan...
kalau arwah ayah, ada udang besaq, selalu minta Mak masakkan gulai/kari, dan ada juga nangka muda..
perghh tu baru kena selera...
tambah sambal belacan lak, nyummmm

Semalam baru je try udang masak kari.
dok rasa ralat juga, tak ada nangka muda..
mana nak cari tak tahu..
kat sini belum jumpa lagi ada orang jual nangka muda..
mungkin tak cari betul2, jadi tak perasan sangat..
lain kali la cari tengok nangka muda..
dah lama tak makan nangka buat gulai, emmmm

Balik kampung hari raya haji minggu lepas, saya ada masakkan butter prawn..
untuk kali yang ke berapa, saya pun tak ingat..
nak hampir 5 kali juga kot, cuba masak butter prawn ni...

Sejak saya jumpa signifikan baru antara pavlova dan butter prawn ni..
kerap juga la masak masakan ni..
ada udang je, butter prawn, ada udang je, butter prawn..
sampai enSuami tanya, tak ada masakan lain ke?
hehe hihu huhuu

Ala, selagi tak jadi sarang tu, selagi tu nak buat.
aci dak?


Akhirnya kat kampung, baru nak jadi sarangnya...
bagi saya macam dah jadi lah kot...??
cuma tak sehebat restoran/hotel buat lah kan...

Kalau nak bandingkan hasil yang sebelum ni, jadi berketul2...
walaupun gayanya dah ikut arahan...


Ini cubaan yang ke-3 ke berapa entah..
hasilnya masih berketul2..
tak jadi halus macam tadi..
sebab tu saya rasa, saya belum berjaya untuk buat sarangnya tu...

Oh ya, walaupun nama butter prawn..
tapi boleh je guna marjerin..
setakat ni, saya hanya biasa dengan Planta dan Daisy..
yang berjaya tu, guna Planta..
kan buat kat kampung, Mak saya kan memang pengguna tegar Planta..
balik raya lepas, tengok ada 3 tin bekas Planta..
sebab kali ni Mak saya buat biskut raya setelah lama tak buat...
guna Planta buat biskut raya lettew...

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn

Sarang Telur: 
2 biji kuning telur 
1 senduk butter/margerin 
1 cawan minyak masak

Cara-cara:
  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak.
  3. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
  4. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  5. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi2 dari atas kuali.
  6. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis.
  7. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.


Udang: 
12 ekor udang 
Sedikit garam Sedikit lada sulah 
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang 
6-8 tangkai cili padi - dihiris 
5 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair/susu segar 
Sedikit butter/margerin untuk menumis 
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka 
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak.
  2. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi. 
  5. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  6. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
  7. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. 
  8. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam. 
  9. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.


Walaupun resepinya 2biji kuning telur, tapi saya guna 4biji..
sebab 2biji sikit sangat, tak sempat telur nak bertali masa tuang tinggi2 tu, dah habis daa..
kalau buat 4 biji, putih telur tu boleh buat pavlova, lalalala....
minyak n marjerin/mentega tu sama ja sukatan..

Cuma kebetulan masa di kampung, masak kalut2, cemas2 tak berapa nak ready mental fizikal, saya tak ingat butir resepi yang tepat..
main buat je, ikut kebiasaan..
letak 1 senduk bulat minyak masak, letak Planta 1 senduk nasi..[tak berapa pasti sukatan]
kemudian masak macam biasa..
yang saya perasan hasil buih2 tu tak sama seperti yang saya buat sebelum ini...
dah cuak la jugak, ingat tak jadi daa..
dalam hati tu, habis la butter prawn tak jadi..
baru nak hidang special untuk family..

Tapi bila tapis telur tu, minyak dah turun ke bawah...
wowwwwwwwwwwww...
hasil yang tidak disangka2...
sarang2nya halussss2 je...
macam jadi je, macam jadi je...hee

Untuk masak udangnya, tak susah pun..
cuma masa goreng udang tu, saya guna minyak yang sama masa goreng telur tadi..
kasi ada rasa butter tu...
lepas goreng udang ni, baru saya buang minyak tu..
untuk tumis baru tu, guna marjerin yang baru..
kalau tak ada susu cair, saya belum cuba lagi..
setakat ni, stok susu cair selalu ada, sebab dah suka buat aiskrim sendiri..
nak guna ni pun, sikit je, 1/4 cawan..
kalau tak ada, tak effect sangat kot..
hanya nak bagi creamy je pada udang tu..


Ini hasil bila, susu cair banyak sangat, kuikui..
kuahnya jadi pekat la, dan berair [ada kuah]
sesetengah orang suka kering..
so kalau tak ada susu cair pun no problem kot...

Kalau tak ada sarang pun boleh masak udang ni..
just makan udang yang bertumis tu je la..
yang bezanya pada sarang tu je...
kalau ada, jadi la butter prawn.. [kot??]
kalau tak ada, jadi udang tumis mentega la kot..
memandai je kan, heeee


Bila dah siap masak udang, boleh tabur sarang atas udang tu..
siap untuk dihidang..
sedap dimakan masa panas2...

Masa kat kampung, terlupa nak snap masa hidang..
so tak ada gambar yang ready to eat..
ada gambar udang dah siap masak je....
dan sarang yang jadi kat atas tadi..


Lepas ni dah tak mau masak dah butter prawn, yeh!
Merdeka!!!


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Thursday, 1 October 2015

TAMAN BUNGA : Ros Jepun sahaja yang saya ada

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dalam minggu ni rajin la juga keluar tengok2 pokok...
masak nasi pun awal..
sebab nak ada air basuhan beras..
dah masak nasi, baru keluar siram pokok...
dah habis kerja kat luar, masuk rumah, nasi pun dah masak.. 

Pagi ni, masa kat dapur, ternampak bakul ni di rak dapur..
bakul buah masa hantaran dulu2...
dok ushar lama dah...
tak ada fungsi, dok terperap di rak...
terus amek bawak keluar...


Buat tanam ros jepun...
ros jepun yang carnation ni, dah mula menjalar ke lantai...
yang mana lebih2 dari pasu tu, saya gunting..

Transfer masuk dalam bakul ni..
tengok orang tanam, campur2 warna pun cantik juga..
tu yang nak cuba ni...
cubaan pertama nak campur2 warna...

Kalau ikut jenis saya yang sistematik ni, tak suka la campur2..
saya nak buat, satu pasu-satu warna-satu jenis...

Setakat ni, baru ada  6 warna.
Peach, Purple, Kuning, Pink Batik, Putih, Oren Kunyit/Batik.
yang ni saya tanam, satu pasu, satu warna..
kira buat induk la..


Tapi pasu ada 7 sebab pink batik tu, cepat sangat menjalar..
memandangkan saya belum beli jenis lain, so tambah je la ke pasu lain...

Koleksi carnation ni ada 11 semuanya...

Gambar ID carnation dari group FB peminat Ros Jepun...

Masa kali pertama beli ros jepun ni, saya pilih ٌRJ selapis..
masa tengok tu macam menarik je..
lagipun sebab tak ingat, warna carnation yang dah ada, tak nak terbeli warna yang sama, saya pun pilih la yang selapis...


Masa awal beli tanam dalam pasu bulat macam carnation tu..
selepas sedar, yang selapis ni jenis tak lasak kena air hujan...
saya pun tukar guna pasu panjang...
jadi setakat ni, hanya ada 5 pasu ni je la..
tapi kalau nak ikut warna, ada 6...
sebab masa beli tu, 1 daripada 5 polibag, ada 2 warna bunga...
mungkin owner tu tercampur keratan kot...
masa beli, tak ada bunga lagi...
bila dah lama2, berbunga, baru perasan ada kaler lain...
rejeki, heee....

Memandangkan pasu pun ada 5 je, jadi saya campur sekali je..
lepas ni kalau tambah pasu lagi, boleh la asingkan...


Ini gambar semalam, satu kembang, satu lagi tak...
hari ini, dua2 dah kembang...


Bertindan lah ia di situ, dah dari ranting yang sama...


Bila dah ada pokok sendiri, baru perasan perbezaan jenis pokok...
yang selapis ni pun ada dua jenis batang..
1 merah, 1 hijau...
yang merah ni, senang sangat melecur..
susah juga la nak jaga...sensitip...


Cendawan pun boleh tumbuh, emmmm
saya tak tahu kenapa?
adakah tanah terlalu lembab? tanah tak digembur? atau sebab air siraman tu ada bekas air beras/air basuhan ikan?
sebab saya guna jar air yang sama [ada kesan air basuhan beras] untuk siram pokok RJ ni selepas habis siram pokok2 kebun...


Tapi setakat ni, cendawan yang pernah tumbuh, pada pasu batang merah je...
pasu batang hijau OK je...


Walaupun bertumbuh cendawan, ada juga la bunga yang kembang...
tu yang saya tak kisah sangat, cendawan ke pe...
kalau ada bena/kutu putih tu je, yang saya geram..
orang cakap, tu musuh ketat RJ tu...
kalau ada, memang saya patahkan terus batang RJ yang ada, terus buang ke tanah..
lempar atas rumput liar tu...


Yang pasu ni pun, dah 2 kali tanam semula...
yang nampak batang merah tu je, yang pokok asal..
yang kecil2 tu, baru je tumbuh sendiri..
mungkin ada benihnya kot...
tak pe la, saya tengok aje lah...
macam mana dia nak membesar nanti...
saya pun dah lupa kaler apa RJ ni...


Ni pun batang merah juga..
pasu yang di tengah..
hari ni baru nak ada bunga, huhuhu..
kaler kuning rupanya...
pasu ni pun tanahnya nampak kering, pada permukaan...
nak gembur, takut pula batangnya rosak terkena serampang tangan tu...
ehhhhhhh, serba tak kena jadinya...


Sekuntum bunga penyejuk hati...
sweet n soft je kalernya...
walaupun sekuntum je, xpe la...
janji ada bunga...
tunggu lagi dua pasu ni, bunga kaler apa pun dah tak ingat....


Sekarang letak tepi kereta je..
bawah bumbung, tepi koridor..
kalau hujan lebat je, terkena tempias...

Mencabar juga menanam pokok RJ ni...
setiap kali buka FB group tu, mesti ada sorang yang mengeluh-frust tanam bunga ni..
macam2 juga penyebab perosak kepada pokok ni..
bena, siput babi, semut pun jadi masalah gak...
virus tu saya tak tahu la macam mana nak kenal kena virus..
ada juga daun RJ saya yang berlubang2, saya assumed sebab melecur je...
malas nak fikir yang susah2...

Kalau fikir susah2, satu bunga pun tak boleh nak kembang kat umah ni..kan???
kang rumah sape yang tak berseri?
aku jugakkk, bak kata Mail [dalam UpinIpin]

Semalam ada orang share resepi buat baja roti..
saya suka la kalau ada tips, guna bahan2 yang mudah dapat terutamanya dari dapur..
harapan terakhir saya la ni, nak buat baja merangkap racun buat serangga...

Resepi Baja Roti...
1 btl air 1.5L [air sungai atau hujan lg bgus sbb xde klorin]
Roti 1-2 kping
Peram 4-7 hari
Hari ke 4 da blh guna
Buang rotinya..
Srpay pd pangkal pokok n daun
Klu nk siram tambah air lg
Spray @ siram 3 kali sminggu Insya Allah pokok gemuk, serangga pon x hinggap
Sebelum terlupa..botol jgn tutup rapat, buatkan lubang. klu x nnti mletop kuar gasnya.
Siram @ spray awal pg atau ptg sbb baunya masyemmm..hehe

Saya pun CnP je, simpan dalam folder..
tengah tunggu air hujan hari ni..
kalau hujan la..
kalau tak, lambat lagi nak siap baja ni....

Semoga hujan hari ini, Amin....


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers