Assalamualaikum....
Lama nak share dan tanya, tentang pengurusan telur di dapur...
Sejak rajin dok cuba macam2 resepi ni, saya rasa lebih berbaloi untuk saya beli telur sepapan 30biji.
sebelum ni masa saya beli sendiri telur, memang saya beli 30biji terus..
bila pindah sini, enSuami yang dok beli..
10biji, 10biji, diulang2 beli....
Ada sampai satu masa tu, 10biji telur, dah naik harga sampai RM4.20...
saya pun apa lagi, dah jenis penjimat ni, memang berkira la seposen duaposen ke...
ada dalam bulan berapa ntah, harga telur di Speedmart naik harga tetiap minggu..
duaposen, duaposen dia naik...
tu yang tukar beli sepapan..tak sampai RM10 lagi...
Tapi Isnin lepas, tengok tag harga dah RM10 sudaa...
adoi...
Untuk jenama NutriPlus ni saya tak pasti ada gred ke tak..
selalu kat bahagian info tu la, ada gred saiz telur..
tapi kat situ juga la staf nak tampal harga...
rasa macam tak ada gred kot...
dia kira semua sama je kot... [entah ler]
Bila dah beli baru, tak la terus basuh simpan dalam peti..
tunggu ada mood dulu, atau telur dalam peti dah habis, atau nak guna baru basuh, kekeke...
untuk kali ni, sebab nak masak telur masak kurma [favorite enSuami ni], baru nak basuh telur.
walaupun telur dalam peti dah habis hari Isnin lepas..hahaha..
tak dan nak basuh..
hari ni pun sebab dah basuh baju, so telur kena ubah tempat.
kalau tak selesa je parking atas mesin basuh, dasar sangat kan!!!!!
Sepapan tu, letak atas table top, tepi sinki..
alih satu2 masuk dalam sinki...
kalau nampak ada telur yang kotor sangat dengan taik ayam, letak dulu dalam sinki...
selalunya saya susun, sebiji masuk dalam lubang sinki, kemudian telur2 seterusnya sampai 30biji...
saya buka pili air yang paling halus, lalu je atas telur2 tu, sambil basuh telur sebiji demi sebiji...
guna span basuh pinggan.. [span yang dah nak buang, tapi simpan lagi untuk cuci telur sahaja]
dulu2, siap dengan sabun2 lagi..
tapi lama2 rasa macam poyo la pula siap basuh dengan sabun lagi... [kot la saya ni rasa pembersih sangat]
ada tak yang basuh dengan sabun? ke memang kena basuh dengan sabun?
saya kira basuh bersih dari taik, pastu susun2 balik atas sinki atau atas kotak telur tu..
bila dah habis basuh semua, lalukan sekali lagi air atas susunan telur tu...
kadang2 sebab dah terbiasa dengan selawat/cucur air tu, kat telur ni pun terbuat juga...
Harapnya, usaha saya mencuci telur ni, dah buat dia bersih n suci untuk dimakan...
kalau nampak dalam gambar tadi, 5 biji dah dibasuh dan direbus dulu..
sementara nak cuci baki telur 25biji tu, sempat la telur tu masak direbus...
air rebusan tu pun guna air yang bertapis..
sebab saya fikir, apa saja masakan yang guna air secara langsung akan memberi kesan pada makanan tu..
macam masak nasi, letak air dalam masakan,
rebus pasta, rebus telur.. walaupun air tu kita buang je...
tapi sebab air tu la, makanan tu masak kan...
sama juga la kalau orang rebus telur tanpa dibasuh dahulu..
pada peniaga yang buat murtabak pun...
kang tangan yang sama nak canai roti ke...
saya bab telur ni sensitip sikit..
Lepas dah cucur tu, baru angkat masuk dalam peti..
angkut dengan tangan je..
satu tangan pegang 2atau3 biji..
peti ais dekat je dengan sinki...
ulang 4,5 kali, habis siap daa...
Pastu saya susun je pada rak yang disediakan...
designer peti ais dah sediakan rak khas untuk telur, jadi susun je la kat situ...
tak yah susah2 cari bekas lain untuk nak simpan telur...
kalau sekejap je, sekali dua je, buka pintu peti ais..
tak ada kesan apa pun pada telur tu..
masak OK je macam biasa...
Hafni siap bertapa depan peti ais, dengan pintu terbuka,
paling teruk pun, telur tu berpeluh je la...
terkondensasi..
Acaner, dah terpengaruh dengan UpinIpin punya hal..
buat peti ais macam aircond je gayanya..
Saya susun tindan2 macam tu...
OK juga, setakat ni tak ada lagi yang jatuh pecah, disebabkan pintu buka tutup..
tapi sebab dah guna 5biji tadi, so rak yang bawah tu tak full sangat la..
selalu bila stok baru telur masuk, memang penuh la rak bawah tu, buat letak telur..
bila telur dah berkurang, rak tu pun kosong je...
jarang2 guna..
Rak sebelahnya, buat letak ubat demam Hafni.
Asam jawa, asam boi dan minyak ikan kod...
tak banyak barang pun...
Dulu2 macam suka je peti ais penuh..
penuh dengan tupperware isi makanan..
sekarang ni, memang tak tenang kalau tengok peti ais penuh..
macam risau la gitu..
selalu peti ais penuh sebab makanan tak habis dimakan kan...
kita simpan makanan je kan..
kalau banyak sangat makanan dalam peti ais tu, sape nak makan..
dalam rumah ni, ada 2+1/2 orang je..
tu yang cuak tu, mesti lama2 nanti akan ada makanan yang dibuang...
Macam selalu arwah ayah cakap, simpan-simpan dalam peti ais.. semua nak simpan dalam peti ais, lama2 buang ja, bukan nak makan pun.. simpan dalam peti ais tu sebab nak buang ja..
nak buang terus, tak gamak, simpan la dulu dalam peti ais, kot2 bila2 nak makan, tapi akhirnya masuk tong sampah juga, tak boleh makan pun...
gitu la falsafah ayah saya...
sebab tu kalau masak apa2, ayah saya makan ja sampai habis..
lagi tak habis makanan tu, lagi tu dia makan...
bagus kan ayah saya, heee...
Saya pun di rumah sendiri, masak cukup2 je..
kalau boleh sumbat dalam perut tu, sumbat sesiap dalam perut..
tak nak dah simpan2 dalam peti ais..
biar peti ais saya kosong tak ada makanan, xpe..
asal hati saya senang..
tak ada pembaziran makanan...
kalau ada makanan yang tak habis, sayang nak buang..
simpan bahagian freezer je, buat beku..
simpan cara beku, baru makanan tak cepat rosak..
kalau tak boleh sejuk beku, sama ada sumbat dalam mulut atau sumbat dalam tong sampah kot, huhuhu..
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster
nabilah, setahu akak telur tak boleh cuci kecuali telur yang mmg nak masak on the spot. mmg kena simpan dlm keadaan tak dicuci. sbb kat telur ade lapisan pelindung yang cegah telur tu dr kena jangkitan bakteria. kalau akak punya cara,simpan dengan bekas2 telur tu skali.. so taklah geli sgt dengan taik ayam.. dlu akak pun cuci bersih2 baru simpan... lepas mak akak tegur, tak buat dah . just my doposen :D
ReplyDelete