Search This Blog

Saturday, 21 April 2012

Target kelengkapan rumah dari IKEA..

Xingat dah camna boleh dapat katalog IKEA untuk tahun 2012.
Ada orang lempar kat umah kot eh.....

Memang teringin sangat nk pi IKEA..
Baca blog blogger2/B2B lain, semua beli barang kat IKEA..
Sket2 IKEA.. kat IKEA la mana lagi.. Memang suka sangat pi IKEA..

Ermmmmmmm, ceq xpenah shopping kat IKEA.
Sekali ja penah pi, tu pun masa sehari sebelum mendaftar masuk UKM tahun 2004.
Tu pun sebab Pak Ndak yang bawak, bawak pi jalan2 kat KL, xtau nak pi mana dah, bawak kami pi IKEA la kot.
Ingat masa tu, memang ramai sangat orang kt situ.
Ada sale ka?
Dengarnya, memang ramai la selalu, xkira la ada sale ka xdak sale ka.
Kalau ada SALE, lagi la ramai idok...

Bila dah kawen ni, terasa nak beli itu dan ini, hihihi...
Jom la pi? bila kita nak pi? Bila boleh pi? 
Banyak kali tanya enSuami.......
Tapi belum berkesempatan lagi.

Layan je mata ni tengok barang2 IKEA kat internet saja.
Tengok katalog dia.
Dah senarai sudaa nak beli apa, dehhhhhh.
Harapnya akan tercapai ni.

Yang pertama dapat beli frame IKEA. 50cm X 50cm.
Dalam kepala otak ni, dah ada nak watpe dengan frame ni.
Nak DIY sesuatu, tadaaaaaaa.
Tapi belum buat lagi la..
Nak tunggu confirmation dapat pindah, baru nak buat.
Xsabaqnyaaaaaaaaaaa

Barang kedua nak beli.
Rak xbertepi camni.
Harga sekarang dalam katalog dan internet RM199.
Nak pilih hitam la...
Nasib baik ada pilihan kaler, hitam, merah n putih.

Nak wat tema hitam la untuk rumah nanti.
Semua perabot nak kaler hitam, hahaha...

Ketiga untuk ruang tamu, nak meja jepun.
Bersila aja, tetamu yang datang rumah saya ya..
Konsep santai, lepak2, wahahaha..
OK tak?
Harga meja ni, RM149.
Tak pasti la meja ni, lebih tinggi dari siku kita ataupun tak.
Bajet meja rendah macam ni, nanti nak buat cookies senang.
Xda la lenguh berdiri.
Kalau meja tinggi, nak kena beli kerusi la plak kan..
Macam xbest je kalau ada kerusi, takut nanti nampak semak la, sebab ruang rumah xbesar macam umah orang lain.
Kita sewa je rumah ni kan, xleh libeh2.

Ketiga nak rak mudah alih.
Troli la senang panggil.
Memandangkan rumah sewa, xda la banyak sangat perabot yang mampu dibeli, nak beli troli camni je la.
RM125, ok kan?
Nak survey kat kedai perabot lain.
Rasanya susah nak jumpa barang2 yang pelik2 camni.
IKEA je yang buat.
Iye dok?

Macam penyokong tegar IKEA la plak.
Xda la camtu.
Xstat guna lagi pun barang2 IKEA yang ada ni.
Tersimpan tersorok dalam almari lagi.
Almaklumlah, keadaan sekarang xmengizinkan lagi.
Kalau dah masuk rumah sewa, baru nak buka semua barang2.
Yahuuuuuu....

Laundry bag ni, teringin jugak.
Kalau ada bajet lebih, nak jugak la, hehehe.
RM55.90 ni xla mahal bagi orang lain kan..
Tapi buat masa ni nak beli barang ikut keperluan la dulu.
Ini memang perlu, tapi dalam senarai kedua.
Ada ke untuk tong sampah yang movable camni jugak eh?

Dan yang terakhir sangat la teringin......
Suatu hari nanti.
Kalau dapat merealisasikan cita2 untuk bisnes Butik n Design.
Saya mau sudut menjahit begini!
Xda la nampak serabutttttttt.
Kemas aja disebalik langsir, hahaha walaupun barang2 xkemas sangat.
Tarik aja, langsirnya. Terus kemas..
Bijak kan???

Haritu ada pergi survey barang2 elektrik terutama petisejuk n mesin basuh automatik.
Rupanya produk Hitachi ada banyak kelebihan.

Untuk mesin basuh, 1. Ada pilihan ECO yang mesra alam
2. Boleh pilih untuk jimat air; atau
3. Boleh pilih untuk jimat tenaga elektrik.
Ini harga di kedai G-Mart untuk 9.5kg RM1120.
Mahal ke murah.
Target nak 10kg ke atas.
Alang2 membeli, biar menang memakai, huuuuu

Untuk peti sejuk Hitachi plak, rak dia jenis gelas bukan plastik seperti model lain.
Tapi yang 650L kalau tak silap.
Harga tayang RM1499.
Kalau bawak bil elektrik, TNB bagi rebate RM200.
So tinggal RM1299.00
Pastu kedai G-Mart bagi diskaun lagi, tinggal RM1200.

Kalau jadi la nak beli Hitachi ni, mau la ada RM2400 nih!
Untuk dua barang ni mesin basuh dan peti sejuk.
Huhhhhh, tarik nafas jap, slurppppp.

Jeles dengan Maisarah yang dapat beli perabot 3 barang dengan RM660.
Bila tanya dia, katanya beli kat Kota Kemuning.
Oh jauh tu dari tempat saya.
Nak survey2 kat Bangi aja.
Dah la kita xda enSuami, xleh nak pi jauh2..
Xberani laaaa...
Dengar cerita dari Lina, ada kedai perabot nak tutup kat Seksyen 9.
Tengah wat clearance stok sampai bln 9 ni.
Jom pi terjah la petang ni....

*Cekidaut, nanti ai update lagi ya, apa yang dapat dibeli..
Huhu, kering poket minggu ni...





Friday, 20 April 2012

Masakan Suri Rumah lebih menyelerakan dengan Tepung Magik!

Masa buat bekal Yong Tau Fu, masa cuti hari Rabu sempena Pertabalan Agung. Hari tu pergi ziarah Ummi Fiza yang selamat melahirkan baby girl yang comel montok geram nak cubit di Banting. 


Balik dari Banting, terus ke kedai gudang, nak beli barang2 runcit untuk wat hamper untuk hari Keluarga 1/3.
Cerita lanjut, akan datang ye...
Pas2 makan yong tau fu kat umah Natrah.
Macamana ntah, sembang2 boleh terkeluar cerita pasal tepung magik.
Nabilah pun mengutarakan hasrat nak beli jugak tepung magik kat Kak Shira, sebab rasa teringin nak makan cendawan goreng tepung.
Pengalaman pertama dulu, ya ampun cendawan melekat sangat.
Jadi serik nak buat lagi.
Tengok2, kak Shira kenalkan tepung magik ni.
Pastu Natrah dengan ikhlas memberikan baki tepung magik yang belum dibuka bungkusannya.
Free plak tu, I likeeeeeeeee!
TQ Natrah! 

Kali ni nak cerita tepung magik!
Nabilah Ahmad, xmasak betul2 lagi.
Memandangkan setiap Ahad selalu ada program, xberkesempatan nak masak pada hari tugasan.
Maap ye kawan2, tapi saya bawak balik makanan kannnnnnnnnn.......

Semalam, time Nurul masak, ada ayam sket.
Promote kat dia, goreng pakai tepung magik la..
Dia tanya, apa specialnya ni? takut aih nak masak, namapun magik!
Nanti kang goreng, keluar benda lain......

Benda pa nak keluaq...
Ayam goreng la kan, yehiiiiiii...
Try la goreng, xyah letak pape, gaul dengan tepung ni je.....
Dia pun ikut la, kekeke........

Nampak cam k.Nabilah ni malas la plakkk..
Nak tunggu saya masak, xtau la bilaaa lagi.
Hari Ahad ni, 22hb pun ada program.
Tapi nak larikan diri.
Haji Rosdi dah bagi amaran suh datang, ceq xmau pi jugak!

Ni la hasilnya ayam goreng tepung Magik!
Dah cakap kat Nurul, kena snap gambaq dulu.
Nak buat laporan kat Kak Shira.
Tapi xjadi lagi cendawan goreng tepung, maap ya....
Tapi OK la, best rangup.
Memang licin habis, lauk semalam.
Terhangat di pasaran la Nurul masak semalam.
Nasi seperiuk pun licin, Alhamdulillah.

First time buat kuah Yong Tau Fu, tercayaq la sangat.
Kak Shira kata boleh letak tepung magik untuk likatkan kuah!


Lepas ni boleh la cuba gantikan tepung jagung dengan tepung magik plak untuk likatkan kuah yong tau fu nih.
Iya kan gitu Kak Shira?????



Tuesday, 17 April 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


Bila baca ni, takut plak rasanya....
Huuu,  nak jadi isteri solehah pun belum ni...
Nak jadi Umi Mithali lagi la jauhhhhh, emmmmm
Apa2pun, saya sedang cuba.......sentiasa cuba....
Walaupun kadang2 terlajak perbuatan dan kata, lupa janji nak jadi isteri solehah tu....[bila marah melanda]

Jom baca dan amalkan ya kepada ibu dan bakal2 ibu...
Masih ada peluang untuk memperbaiki diri........

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. 

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang
 antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak

* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Monday, 16 April 2012

Nak buat jugak lah!


Hari tu masa pi Penang meraikan perkahwinan Ain Rashid, kami singgah pekena pasembuq Penang.

Tempat yang glamor tu, cik tour guide kita, xtau nak bawak ke mana...

Ataupu sebab malam lewat dah, kedai sudah tutup daa...

Kamipun makan la pasembuq bukan di kedai terpilih..

Bila amek isi2 pasembuq ni...

Macam pilih makanan yong tau fu plak...

Pastu dia tambah ubi sengkuang.
Ubi sengkuang mesti la wajib ada
Baru panggil pasembuq, dan satu lagi cucuq udang.

Tapi lain la rasa pasembuq kali ini..
Yang dulu2 rasa mcmana pun dah xingat.
Kecik lagi masa dok Penang.

Tapi memang tau la, xbest mcm dolu2...


Masa pi tengok bilik pengantin, ada poster besar ni...
Ain ni sangat romantik la....siap ada puisi cinta untuk Suami lagi!
Ada gambar dia ngan Wan wat poster..
1 pakej dengan kad kawen dia.
Tapi poster ni xla free...
Harga RM80 kalau xsilap.

Best ar, nak buat jugak ar kat kepala katil nanti...
Mau dak enSuami saya?????




*nak kena tempah kat Kulim, Kedah la kalau nak sebijik camni n harganya. Ikut saiz kemahuan la kan.....



Tuesday, 10 April 2012

Selamat Hari Lahir Nabilah!

Selamat Hari Lahir Nabilah!
Tanggal 9 April 2012, ulangtahun yang ke-27, wokeh!
Tahun kedua sambut besday bergelar isteri..

 Best arr, dapat ucapan istimewa...
.......... pantun 2kerat dari enSuami,

Ikan tinggal di batu karang, 
dalam hati kanda hanya Nabilah seorang,
cewahhh! I Like!

Kat umah plak, cik housemate, Cikgu Ju belikan kek istimewa sempena besday ini.
Jujurnya memang xpernah ada orang bagi kek untuk saya sambut besday.
Terharu...........
Yang besa, buat sendiri kek untuk diri sendiri, atau paksa Mak buat kek untuk saya!

Meh, nak tayang kek yang kami dapat semalam!
Jangan jeles, huahahaha!

Sedappppp
Ada strawberry celup coklat..

Dapat hadiah jugakkkkkkkkkk
 
Coklat Camior!
Beryl's

Nak tunjuk pagi ni bawak bekal kek besday ke pejabat, hehehewinking

Terima kasih, Ju.....
Belikan kek n coklat tu...

Agak2 nak naik berapa kilo bulan ni...confused
Xhenti-henti makan coklat.
Coklat dari Langkawi xhabis lagi, tambah lagi coklat besday.

Walllaaaaaaaaawei, i Like coklatttttttt! kiss



Monday, 9 April 2012

Walimah Zaniza & Sheikh Afiq ~313~

Jadi trademark dia plk ye, ~313~...

Tapi kami xla pergi masa tarikh 31.3.2012.

31.3 adalah tarikh nikah bagi mereka berdua.
1 April xdapat pergi kenduri di Banting kerana ada mesyuarat Agung pada hari tersebut.

Jadi dapat join pada 7 April 2012, di dewan Besar, UNITEN, apa nama, xingat daaa.

Kaler coklat-gold.......
Cam tema ai laaaa........
Sheikh pun berkot India jgk.......
Sekarang dah ramai pengantin berbaju begitu.
Nampak smart kan.......


Baju melayu songket dah pakai dah masa majlis di Banting.
Bila majlis di dewan, mesti la gaun dan kot kan, baru kelas gitu.....
Ai jeles la kat orang yang boleh buat kenduri kawen kat dewan, emmmmm

Tapi, nasib baik majlis ai dah lepas ye.....
Nak kawen sekali lagi, boleh takkkkkkkk, ngeeeeeee

Mashuk plak baju pi makan kenduri dengan tema pengantin, happy


Gaya bebas ceria bersama pengantin!!!

Terjumpa plak kawan lama satu fakulti FST dulu Amierul n Aisyah dengan anaknya.
Gigihnya Amierul, 2minggu sekali berulang dari Sabah ke Gombak, jumpa anak isteri.
Cayalahhhhh thumbs up


Apa la yang ditunjukkan oleh Sheikh kat Mak dia, semangat noooo.......

Jumpa lagi dengan Sarah Azizul dan enSuaminya, Fadhli.
Comeyyyyyy!

Kawan Sheikh agaknya depa ni....
Semangat dua orang tu, lagak seperti pengantin berjalan di red carpet.

Belum jadi pengantin lagi kot, nak merasa la tu, hehehe...

Kami dari rombongan IPU-JASA, NISA Serdang mengucapkan selamat Pengantin Baru,
Semoga Berbahagia sampai Syurga ya...love struck

Sehari sebelum nak pi kenduri pi beli hadiah untuk pengantin.
Tak tahu nak pilih hadiah pe nih..
Zaman 1, sape kawen mesti asyik dapat mineral pot (air penapis tu kan)
Zaman 2, Sape kawen mesti asyik dapat heater tu kan
Zaman 3, Sape kawen, saya pilih nak bagi set taperware mcm ni plak....


Kak Sabrina kata, dia suka sape bagi hadiah taperware ni...
Senang nak simpan makanan dalam peti sejuk.
Almaklumlah bila hidup berdua, apabila rajin masak, kalau makanan tak habis dimakan, mesti nak simpan kannnn, nak elak pembaziran.
Baguslah kan...
Set pinggan mangkuk, gelas, jar, mesti dah ramai yang bagi....

Lagi best kalau dapat set dari IKEA kan, ai tau la tu, syok ehhhhhhhhh
Tapi taperware kat atas tu bukan set IKEA la ye...

Saya yang dapat set taperware IKEA pn Nik Aeshah bagi.
I like, kaler hijau plak tu...
Sama macam bingkai frame IKEA yang Nabilah pesan beli dengan ChikLela.

Adusssss, bila nak hias rumah sendiri nih, tak sabarnyaaaaaaaaa!



Monday, 2 April 2012

Kursus Pengajian Jangka Pendek


OK, kawan2 semua....
Siapa yang masih blur lagi dengan hukum syar'ie...
Banyak soalan nak tanya dalam kehidupan asbab dari kurangnnya ilmu tentang agama?

Mari mendaftar kursus jangka pendek ini....
InsyaAllah anda pasti memperoleh jalan penyelesaian.

Nabilah pun baru first time nak masuk nih!
AJK yang lain dah pernah jalani kelas ini pada siri lain, jauh dari Bangi.

Orang lain luar dari Bangi, sanggup datang nak masuk kelas ni.
Orang Bangi, apa tunggu lagi.
Mari menimba ilmu, sedalam mungkin..

Pendaftran masih dibuka sehingga kelas bermula pada 17 April 2012.
Boleh sms saya, di talian 019-3330382 untuk mendaftar dan bertanya serba sedikit tentang kelas.
Tanya banyak2, xboleh, hehehe... takut tak dapat nak jawab apa2 yang saya xtahu.
Saya pun baru nak masuk ini.

OK, peluang masih terbuka.
Pelajar RM150, yang telah bekerja RM200.
Berbaloi kan untuk 10 kelas... nak bayar ansuran RM20.00 pun boleh.......

Sebolehnya, kami berusaha untuk memudahkan anda untuk mengutip mutiara berharga ini.
Ok, daftar yaaaaaa, jangan tunggu2 lagi.......




Daisypath Anniversary tickers