Search This Blog

Showing posts with label Al-Hamra'. Show all posts
Showing posts with label Al-Hamra'. Show all posts

Wednesday, 13 June 2012

Asyik asyik sakit aja........


Tak tau apa yang xkena,
bangun pagi aja, sakit tangan....
Sakit tu bukan main2 tau, sampai xboleh gerakkan tangan ni, emmm
Camtu la..
Dua hari sebelum enSuami balik semenanjung, dah pergi mengurut kat Chik Dinah (Taman Jasmin)
Dah lama teringin nak mengurut kat Chik Dinah ni..

Syok, banyak ilmu dia kongsi.
Bagi org yang first time jupa, mesti cakap Nabilah ni xsihat sebab nampak pucat xbermaya, hehe.winking
Banyak kali dia tanya, family awak memang putih2 mcm ni ka?
Ya, saya. Tersipu2 plak nak mengaku.batting eyelashes
Makcik takut awak ni xsihat ja.. Takut tengok putih pucat mcm ni...

Makcik pun tanya, jenis darah pa awak ni?
Jenis A.
A apa?
A+
Awak suka makan daging ka?
X... xberapa minat.
Ha, bagus.
Orang darah A+ xboleh makan banyak daging.
Emm x, saya lebih suka makan seafood, ikan2 tu saya suka la..
Ha, daging kena kurangkan, makan sekali sekala ja..
Chup, chup, daging tu termasuk ayam jugak ka?
Dak, daging merah ja, daging ayam xpa.
Ok, selamattttt........

Sambil dok mengurut, sambil dok sembang.
Mulanya nak urut tangan sebelah kanan ja...
Pas2 p belah kiri, pas2 minta urut 1 badan la..
Sebab nak tau sesuatu, tutttttttttttttttttttttttt

Sebab sakit sangat, makcik kata patah kot tangan ni.
Aish makcik ni jangan takutkan saya.
Saya xda langgaq papa nak patah2...

Isk, risau ngan.
Xmau la patah2 ni..
Banyak keja nak guna tangan ni...
Tu yang sampai x update2 blog ni, kuikuihee hee
Tambah nak pindah umah ni, macam2 nak buat.

Awak ni sensitif sangat ni...
Hah? susah nak mengaku... Mana da..
Lagi didesak...
Saya sensitip dengan enSuami ja, ngan orang lain saya xheran...
Ha, sensitif la jugak tu, xkira la dengan suami saja ka... Xleh la sensitif sangat. Awak ni jenis susah nak pujuk kan... Susah la suami, senang merajuk susah nak pujuk.. Lepas ni, dah dok sekali jangan nak merajuk2 lagi dah. Boleh? Xyah nak sensitif sangat. Naa?
Ala nak bermanja, nak merajuk2 pun xleh ka?
Nak bermanja boleh, tapi jangan merajuk. Haaaa, boleh?
Emmmm, ye la, insyaAllah

Hari tu mengurut agak tergesa2 la jugak kan.
Sebab Chik Dinah posa hari tu.
Kesian plak kat dia.
Nak ready2 untuk family nak berbuka...
Bila nak ke penghujung, Alhamdulillah keseluruhan badan sihat.
Rahim pun OK, xda jatuh. Nak pregnant lepas ni boleh dah insyaAllah.

Ha, yang tu la nak tau sangat tuuu, hehe.
Sebab risau kan... masa muda, bujang, lasak sangat.
Semua keja buat, berat2 pun angkat.
Kawan2 pun dok nasihat, orang perempuan xleh angkat barang berat2, takut2 rahim jatuh.
Ooooh, takut. worried
Hari ni dah terjawab sudaaaa, xda la masalah tu..

Setahun kawen, belum pregnant, mungkin belum sampai rezeki lagi.
Bukan saya sakit2 pa2 atau sebagainya, Alhamdulillah saya sihat.
Tapi nak hujung tu, ada plak ayat makcik yang merisaukan..
Awak ni esok2 pregnen, banyak alahan ni..
Hah? sungguh ka? Xmau.......
Nampak gaya mcm banyak la alahan, minta enSuami sabaq naaa.. jangan dok mintak yang pelik2 sudah laa.
Xmauuuuuuu, xmauuuu alahan, xmau muntah nanti sakit perut.
Xsuka muntah2, benciiiii.

Tapi sakit tangan ni menjadi2 lak.
Bergilir2 tu yang xboleh blah tu..
Elok kanan dah baik, kiri plak sakit.
Kiri dah hilang sakit, kanan plak mai sakit balik.

La ni, xleh nak tidoq mengiring.
Xmau sakit tangan lagi, tolong.
Dua hari lepas, kiri menyerang.
Xleh angkat tangan.
Ingat nak pi scan dah.
Tapi hari Isnin tu paksa diri masak kat umah, ganti Ju yang ada exam minggu ni.
Alhamdulillah, dalam sakit2 tu, selesai jugak masak chicken chop.
Malam tu tangan dah xberapa sakit dah.
Ooo tangan ni, nak kena paksa wat keja keras eh...
Manja2 xleh eh..
Ok la, I Like arrrr........

Banyak lagi keja nak buat ni.
Dah nak pecah kepala pikiaq..
Bila nak diterjemahkan...I don't know

Adoi, bila nak siap sarung bantal hantaran orang tempah tu, PnNabilah ehhh.
Tangan oh tangan...
Malam ni saya nak menjahit OK.
Tangan kiri kanan saya yang cantik, leklok naa mlm ni, nak jahit mlm ni.

Lepas tu kita pi dengaq ceramah Pakatan Rakyat Menawan Putrajaya plak..
Jom pi, Kompleks Sukan Seksyen 15 malam ni.
Iwan pun adaaaaa, boleh nyanyi lagu tunggu sekejap, solatlah dulu.
..........Best best best.........

Photobucket


Friday, 20 April 2012

Masakan Suri Rumah lebih menyelerakan dengan Tepung Magik!

Masa buat bekal Yong Tau Fu, masa cuti hari Rabu sempena Pertabalan Agung. Hari tu pergi ziarah Ummi Fiza yang selamat melahirkan baby girl yang comel montok geram nak cubit di Banting. 


Balik dari Banting, terus ke kedai gudang, nak beli barang2 runcit untuk wat hamper untuk hari Keluarga 1/3.
Cerita lanjut, akan datang ye...
Pas2 makan yong tau fu kat umah Natrah.
Macamana ntah, sembang2 boleh terkeluar cerita pasal tepung magik.
Nabilah pun mengutarakan hasrat nak beli jugak tepung magik kat Kak Shira, sebab rasa teringin nak makan cendawan goreng tepung.
Pengalaman pertama dulu, ya ampun cendawan melekat sangat.
Jadi serik nak buat lagi.
Tengok2, kak Shira kenalkan tepung magik ni.
Pastu Natrah dengan ikhlas memberikan baki tepung magik yang belum dibuka bungkusannya.
Free plak tu, I likeeeeeeeee!
TQ Natrah! 

Kali ni nak cerita tepung magik!
Nabilah Ahmad, xmasak betul2 lagi.
Memandangkan setiap Ahad selalu ada program, xberkesempatan nak masak pada hari tugasan.
Maap ye kawan2, tapi saya bawak balik makanan kannnnnnnnnn.......

Semalam, time Nurul masak, ada ayam sket.
Promote kat dia, goreng pakai tepung magik la..
Dia tanya, apa specialnya ni? takut aih nak masak, namapun magik!
Nanti kang goreng, keluar benda lain......

Benda pa nak keluaq...
Ayam goreng la kan, yehiiiiiii...
Try la goreng, xyah letak pape, gaul dengan tepung ni je.....
Dia pun ikut la, kekeke........

Nampak cam k.Nabilah ni malas la plakkk..
Nak tunggu saya masak, xtau la bilaaa lagi.
Hari Ahad ni, 22hb pun ada program.
Tapi nak larikan diri.
Haji Rosdi dah bagi amaran suh datang, ceq xmau pi jugak!

Ni la hasilnya ayam goreng tepung Magik!
Dah cakap kat Nurul, kena snap gambaq dulu.
Nak buat laporan kat Kak Shira.
Tapi xjadi lagi cendawan goreng tepung, maap ya....
Tapi OK la, best rangup.
Memang licin habis, lauk semalam.
Terhangat di pasaran la Nurul masak semalam.
Nasi seperiuk pun licin, Alhamdulillah.

First time buat kuah Yong Tau Fu, tercayaq la sangat.
Kak Shira kata boleh letak tepung magik untuk likatkan kuah!


Lepas ni boleh la cuba gantikan tepung jagung dengan tepung magik plak untuk likatkan kuah yong tau fu nih.
Iya kan gitu Kak Shira?????



Tuesday, 10 April 2012

Selamat Hari Lahir Nabilah!

Selamat Hari Lahir Nabilah!
Tanggal 9 April 2012, ulangtahun yang ke-27, wokeh!
Tahun kedua sambut besday bergelar isteri..

 Best arr, dapat ucapan istimewa...
.......... pantun 2kerat dari enSuami,

Ikan tinggal di batu karang, 
dalam hati kanda hanya Nabilah seorang,
cewahhh! I Like!

Kat umah plak, cik housemate, Cikgu Ju belikan kek istimewa sempena besday ini.
Jujurnya memang xpernah ada orang bagi kek untuk saya sambut besday.
Terharu...........
Yang besa, buat sendiri kek untuk diri sendiri, atau paksa Mak buat kek untuk saya!

Meh, nak tayang kek yang kami dapat semalam!
Jangan jeles, huahahaha!

Sedappppp
Ada strawberry celup coklat..

Dapat hadiah jugakkkkkkkkkk
 
Coklat Camior!
Beryl's

Nak tunjuk pagi ni bawak bekal kek besday ke pejabat, hehehewinking

Terima kasih, Ju.....
Belikan kek n coklat tu...

Agak2 nak naik berapa kilo bulan ni...confused
Xhenti-henti makan coklat.
Coklat dari Langkawi xhabis lagi, tambah lagi coklat besday.

Walllaaaaaaaaawei, i Like coklatttttttt! kiss



Tuesday, 22 November 2011

Sampai terjerit2 kami satu rumah........

Terjerit bukan sebab histeria.....

Tapi menggila tengok bola..

Suspen sungguh...

awal2 lagi dah spoil mood, baru 5minit main, punggung xpanas lagi duduk, dah masuk gol, adoihhhhhh

Rasa mcm dah malas nak tgok, tp rasa rugi plak klu x tengok...

Nak tengok jugak lah...

Sambil mengunyah buah rambutan yang baru amek dari kg Sekinchan, dah siap kupas kulit 1 kampit sblum Maghrib, semangat nak tengok bola punya pasai.....

Bila dah masuk gol tu, dalam hati, bising2 kat depan TV, kna gol jgk 1, xmau kosong, xmau kalah dengan Indonnnnnnnn.....

Isk, geram la tgok pengadil ni... nape macam xadil je... [ke kitorg yg bute main bola???]
Pemain Malaysia buat salah sket, dpt kad kuning. Buat salah sket dpt kad kuning.
Indon punya la main kasaq xsenonoh, dapat nasihat je, iskkk. Bagi la kad kuning trus, xyah la nak nasihat2 mende kt tgh padang tu.. xpuas hati betoi......
Bila ckp kat enSuami, dia kata OK je pengadil tu.. [ye ke??? cam xadil je]
Sayang ni semua OK, bagi dia baik je semua orang... [hai enSuamiku yang baikkkk]

Kalau bola nak ke gawang gol Msia, Shida jerit, No no no no....
Kalau Khairul Fahmi dapat selamatkan bola, I Love U Khairul Fahmi, muah!

Hahahaha...... lawak gila bila tengok.
Awalnya bertiga dengan Shida, Mas dan Nabilah. Sebab Ju pergi kelas.

Bila dah habis separuh masa kedua, tambahan masa bermain... Mata dah mula mengantuk, menguap dah.
P amek bantal dok dpn tv. Alek2 baring2, terlelap.

Dengar2 je ada orang jerit..[oo Ju dah balik, mamai2 lg masa ni]
Ju bising2 dah gol tapi xkira...
Pelik je, nape lambat sangat pengadil tu nak infom yg bola tu dah outside?
Penat je pemain tu pulun nak sumbat gol, tgok2 batal, adoi......

Akhirnya kena penalti juak..
Masa ni, badan ketaq sampai ke kaki..[macam ceq plak yg nak kena sepak bola]
Peluk bantal kuat2, ketaq.. sejuk 1 badan.....
Ye la, xsuka penalti ni...
Sebab penentu menang kalah sangat mudah...mati la camni...

Bila Indon boh gol, huhu sedihnya.....
Kalau Malaysia boh gol, terjerit kami satu umah...
Ntah2 bising sampai ke jalan...
Teruk betoi la anak2 dara ni, hahaha...

Xpe, xdak orang tengok pun...
Kami je tau sape yg jerit.....
Ehhh, korang pun dah tau yg kami dok jerit2 semalam...hehehe

Ala, xheran nye... mesti semua yang lain pun jerit jgk kan....
Korang pun jerit jgk kannnnnnn
Semangat kottttttttt....

Akhirnya MALAYSIA MENANG, yehhhh........
Lagi kuat kami jerit......
Terloncat2, hehehe........

yeh, syok...... tp xda cuti......
Kepuasan menonton bola.....
Camni rasanya tgok bola, Ju kata. Seumur hidup Ju xpenah tggu bola camni. Patut la org laki kusyuk, syok tengok sampai xhirau benda lain dah....

Kami syok terjerit je, hahaha....

*ade org kate, muka Baddrol cam muka enSuamiku, ade ade ade, ade ke??? baru tau Baddrol tu org Kedah. yeh, org kedah mmg terer. I Like!!!

Monday, 31 October 2011

Asalnya memang pi kenduri kawen Dira, tapi gambaq kami jalan2 lagi banyak, hehehehe =)

Hari Sabtu, kami berlima sanggup ke Perak, ceee, untuk memenuhi jemputan walimah housemate AlHamra' Nadira Mahidin dengan pasangannya Yusuf di Majung Perak.
Taman Samudera, Seri Manjung, salah satu tempat penghijrahan dalam sejarah hidupku.
Wah, seronok ni nak pi Manjung balik...
Berubah x kat sana...

Jauh travel, ingat nak sesat2 dah selepas penunjuk jalan Kak Shida Simple dan suami terkandas disebabkan kereta rosak, tapi alhamdulillah selamat sampai sebab ada ore pay-rock sini aka Hazwani MKA.

Dalam 12.30 kami sampai.
Dalam jadual kol 1 ketibaan pengantin.
Sampai2 terus makan.
Katering jamuan adalah katering ayah Nadira sendiri, sedap la semuanya, especially masak tempoyak tu...

Lepas makan, kami dijemput masuk rumah, sementara nak tunggu pengantin.
Kawan rapat pengantin kan, mestilah mendapat perhatian, cecece...

Dah masuk umah, ditunjukkan bilik pengantin kat atas..
Waa ada bilik pengantin, bo tengok ni....
Memandangkan majlis nikah semalam xdapat join, boleh la tengok hantaran semalam kat atas katil.

~Bergambar di katil pengantin~
Dira pakai kelambu bulat untuk dekorasi biliknya.

~Lagak santai di bilik pengantin~
Yang best ada cermin! Cantikkkk
Cantik untuk kami bergambar, hehehehe

~Nabilah, Ju, Haz, Mas, Kak Sab~
Dah habis berposing kat bilik, turun bawah kat pelamin pulak.
Masa ni pengantin dah sampai, tapi waktu tu kami tengah bersiap nak solat, jadi xsempat bergambar dengan pengantin kat bilik.

Dah tu, sementara pengantin makan, kami beraksi di pelamin pulak, hihihi.

~Gadis manis ayu, cewahhhh~
~4 orang gadis manis~
~Wat gaya, wat gaya.. Comelllllllllllll~
~Saya pulak nk masuk~
~Ok camerawoman, ngeee~
~Amek berkat : Next B2B~
~sory la kwn2, dah lupa skil la, lama xpraktis. tapi ok ape ni~
~Sarang nhe~
~Kami yang cun, hehe~
~Hahaha, love love love~
Dah penat posing, memory pun dah full kamera tu, tersandar di dinding.

~Peace, kata Mas~
Bila dok tunggu tercangok ni, ada plak yang mengantuk ha...
Xleh dok lama camni.
Kami pun decide nak blk, boleh la jupa pengantin kat tempat makan pun, boleh kan Dira?

~Ok, dah dapat bergambar dengan pengantin...smpi terjerit2 pengantin huuu~
Housemate lama, kawan tadika Dira, Cik Ain gorgeosssssssss
~Ok Cik Ain, kami dah upload gambaq kita, siap dah edit lg ha~
Nak balik ni, kami dah set nak jalan2 kat jeti Pangkor.
Boleh la bergambar kat sana, cantik oooo, kami menghasut.
Nak pi, nak pi, Ju teruja.
Panas terik pun, xkisah.
Dah kali ni ja yang ada peluang sampai kat sini.
Rugi klu kita xsinggah2....

Tersalah langkah, pi masuk kat tempat jualan2.
Apa angin la masa tu, teringin nak beli topi.
Pelik x, klu org Melayu pakai???

Xpe, nanti masa p gerak gempur ke, masa culaan, boleh la pakai. Panas tau msa jalan2 satu kampung tu, Haz menyokong.
Iskkkkkkkkk, memang wat nak beli.
Pilih2, nak pilih kaler putih, ingat nanti kalau xpakai berabuk, akhirnya pilih kaler nak coklat2 sket yang ada bunga sekuntum. Nak cari pink, dah habis...

~Ju, rasmi dulu, sebab ceq malu lagi nak pakai~
~Ok kali kedua, baru saya pkai, hehehe~
~Background laut~
~Tengok sini!~
~Tengok pulau!~
~La, macam serabut je ceq ni~
~Kami nak pijak shark~
~Jom, nak pi cari lagi tempat best nk bergambar~
~Yeh! Saya suka laut-laut nih!~
~Kak Sab pun suka~
~Di depan pintu masuk utama jeti Pangkor~
Terus berjalan lagi...
Melihat barang2 jualan....
Dah sampai kat tempat feveret sayaaaaaa

~Ok duduk semua, kami nak klik! Duduk jauh2 sorang2~
~Ok pandang tempat lain~
~Yeh, saya suka nak dok bawah ni~
~Special from us~
~Berposing di panas terik~
~Ok, tengok atas~
~Waaaaawaaaaaa, macam baling topi konvo lak....~
Dah balik dari Lumut dengan pelbagai jenis cekedis berasaskan laut, kami pun bertolak nak balik.
Tengah drive, Ju teringin nak makan mentarang lah, nak cari kat mana ek.
Nanti nak balik nanti lalu kuala selangor, berlambak kt tepi jalan tu..
Oh ye...ok nak makan lah. pastu nak tengok monyet jugak.
Monyet? Macam blur2...... Oooooo kat bukit malawati tu ka?
Nak singgah ka... takut xdan ja...malam kang kita balik....

Kak Sab pulak nak cari pemandangan cantik.... Jom pi amek gambar kat sawah nak?
Adoi teringat plak pasal gaduh2 dengan enSuami sebab sawah padi Selangor lebih cantik dari sawah padi Kedah. Amboiiiiiiiiiiii......
Ha la, jom kita cari sawah Selangor, lawa tera mana, emmmmmmmm

Dah singgah nak beli mentarang tu, ternampak plak, sawah padi menghijau kat belakang umah tempat jual mentarang tu......
Kak Sab beriaa nak pi. Ceq pun teruja jugak, hahaha
Macam la xpenah tengok bendang... Walhal kt kampung, belakang umah ja pun. Tapi sebab xdak kamera, xda orang nak amek gambaq, xda la gambaq dgn bendang kan...
Alang2 dok syok dgn Kak Sab, jom la syok2 jugak.........

~Hehehe, di tepi batas~
~Jom ikut kami bergambar di sawah~
~Yes, sassy girl, dah lama xbuat~
~LOVE pemandangan yang cantik, Subhanallah~
Dah puas di bendang, kami ke gerai.
Yang lain2 tunggu kat sana sambil menikmati mentarang.

~Ok, mentarang nih! Mentarang bakar~
~Kami sedang menikmati mentarang~
~Haz dengan Kak Sab, xmakan sangat~

Xleh tengok lama2 mentarang ni.
Kalau dah kopek tu, terus cicah kicap atau sos, dan terus masuk mulut.
Kalau tengok lama2, boleh jadi xlalu nak makan.........
Adoi, sila nikmati sendiri, baru tau camna rupanya.......

Kami makan mentarang.
Masuk keta, sambung lagi dengan kopok2 ikan, sate ikan dan lain2.
~Ha, sambung lagi melantak kopok udang plak, huhu~
Waaaa bestnya jalan2 kali ni...... macam2 dapat buat dengan kawan2.
Kenangan manis dengan korang......
Terima kasih Mas, Ju, Kak Sab, Hazwani MKA untuk kenangan manis ini...

Nak ke rancang next trip kita2 je, hehehehe........








Daisypath Anniversary tickers