Search This Blog

Wednesday, 1 October 2014

RESEPI : Pai Epal

Assalamualaikum...
Resepi tekak omputih lagi, kekeke....
Dah kepingin sangat nak buat sendiri.
Masa membeli barang, teringat nak usha epal hijau.
Dah selamat sampai rumah, petang tu terus mulakan operasi.
Masa cari resepi jumpa blog Acik Zalina, memang terliur habis la..
Meleleh jem epalnya, dia suka basah2 katanya...
Kalau nak tengok terliur ke tak, klik SINI

Rupa-rupanya, senang juga nak buat sendiri pai epal ni.
Dulu penah tengok Chef Nigella tu masak pai epal.
Cuma saya tak berapa minat, dia potong panjang2.
Rasa macam pelik plak tengok.

Dulu first time makan kat UKM, jem dia rasa macam masam2 macam nenas.
Betul ke pai ni epal punya?
Bila dah masak sendiri, baru tau, ooo nak sama la rasanya.
Best.. best...
Hampir menjadi pai epal buatan sendiri...
Hihi, baru buat jem, dah kembang hidung, kekeke....

Resepi Inti Pai Epal

6 biji epal hijau dikupas kulit dipotong dadu.
100g gula pasir/perang [tahap kemanisan ikut selera, saya guna gula perang]
1 SK serbuk kayu manis [tak letak, tak ada stok]
1 SB mentega [saya guna Planta]
2 SB tepung gandum [bancuh dengan air]
1 SB perahan lemon [tak letak, tak ada stok]

Mula2, masukkan epal dan gula ke dalam periuk.
Masa dengan api sederhana.
Kacau dengan kerap sehingga air gula dan air epal keluar.
Boleh masukkan serbuk kayu manis.
Kemudian masukkan mentega.


Ini bancuhan tepung gandum.
Bila air epal dan gula tu dah berkurang sikit, kemudian masukkan bancuhan tepung ni.
Kalau suka berkuah, boleh tutup api selepas tepung gandum masak sebati.
Saya buat sampai kering, sambil2 kacau, saya penyekkan epal sehingga hilang bentuk dadu tadi.
Kira jadi macam jem la.
Senang nak sapu n makan nanti...


Resepi doh, boleh tengok dalam resepi tat yang lepas.
Untuk resepi doh, klik SINI
Saya guna doh yang sama je.
Cuma sukatan 2 kali ganda, sebab tray pai besar.
Memang sedap sangat doh ni.
Kalau tak sabar sangat, xmasak lagi pun saya cubit2 sikit makan, hehe...

Saya teringin nak buat pai ni berlapis-lapis.
Tapi 3 kali selang je la...
Mana la cukup nak lapis macam kek lapis, huhu....
Saya guna tray biasa je ni tai, tray untuk pai yang berlekuk2 tu tak beli huhu....


Doh dasar, saya bakar api atas sahaja.
Ni guna konsep bakar kek lapis Sarawak ni...
Baru je dok search resepi.
Membuak-buak nak cuba.
Tapi enSuami kata tak payah la nak buat sendiri.
Beli ja senang, xpadan nak makan sikit je....

Heyyy, nak makan banyak kot, sedap kan kek lapis Sarawak tu.
Ya memang kena gigih la kalau nak bakar kek lapis.
4 jam lebih ooo nak siapkan sebiji kek.

Saya tengok2 bahan2 dia pun mahal, patut la kek lapis mahal.
Tapi dulu dah puas la makan, enSuami dulu keja kat Sarawak.
Dapatla makan kek lapis original kalau dia balik semananjung.

Cuma sekarang terasa nak buat sendiri.
Nak praktis skill la katakan...
Mesti la kena upgrade kemampuan memasak ni....
Semakin mencabar, semakin syok nak cuba...


Lepas dah bakar lapis bawah.
Sapu jem...
Pastu lapik semula dengan doh baru.
Bakar sekali lagi, api atas sahaja dengan masa 10 minit, 110C.
Sama macam kulit bawah tadi juga.


Yang akhir ni, ngam-ngam, doh yang berbaki.
Tu pun, macam tak cukup sikit lagi.
Masa lapisan akhir ni, Hafni dah bangun dari tidur.
Asyik dok berebut doh dengan dia.
Heyy, dia pun nak makan juga, belum masak lagi nak, oi...
Lapisan akhir baru sapu telur OK.
Kasi kilat dan berseri gitu....

Terakhir sekali api atas dulu macam tadi.
Lepas tu baru buat api atas bawah, 180C.
Masak sampai perang dan bau garing2 gitu.


Emmmm, berbaloi-baloi dapat makan dengan banyak.
Saya masak ni, Jumaat lepas.
Sampai hari ini ada lagi stok, hehe.
Makan sorang-sorang, tak la laju nak habiskan.
Setiap kali menghadap laptop, sambil update blog, sambil dok ngap pai epal ni.
enSuami tak makan, sebab xleh masyukk tekak dia.
Hafni makan juga sikit-sikit, bila saya suap.
Nyummmmmm......

2 comments:

  1. nampak sedap..tapi sy x pandai makan...dia punye masam2 manis tu x diterima dek tekak ni..kikiki..rajin eah..

    ReplyDelete
  2. wahh...saya memang suka makanan western ni....akk pna study UKM rupanya...sye memang d0k kajai...kita sejiwa lah kak...hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers