Assalamualaikum.
Hari ni nak sikit cerita pasal dapur.
Tapi saya langkau ke bahagian oven-microwave.
Yg pasal laci, haritu dah elok dah.
Pastu baru2 ni macam bertambah plak peralatan memasak tu.
Jadi sesak plak.
Perlu sorting semula barang yang penting dan guna saja letak dalam laci.
Makanya, kita tunggu lain kali ye.
Bahagian ni pun, baru je siap sepenuhnya [bagi saya, buat masa ni].
Tu yang semangat nak update tu, hehe...
Kalau ikutkan gambar dan tajuk di atas, ni bahagian bawah sekali.
Kebanyakan barang untuk peralatan memasak pastri.
Tu yang tajuk mcm baking station tu, ahaks..
Sebenarnya idea dah lama ada.
Tapi kekangan masa nak mhadap keja macam ni, yang buat nye asyik tertangguh, huhu.
Ok, kita mula dari bahagian dalam ye...
Ini bahagian untuk loyang yang digunakan untuk baking.
Yang hitam hujung sekali tu, adalah loyang yang dapat dalam set oven.
Ada satu untuk grill, pun terselit kat bahagian loyang hitam tu.
Itu pun kaler hitam juga.
Nak cerita pasal loyang ni, dulu bersesak sikit kat bawah ni sebab tak tersusun.
Kemudian saya himpun semua loyang, simpan dalam oven senang.
Oven kan besorr, jadia tempat storan plak.
Tapi bila nak guna oven, kena la keluarkan loyang2 dalam tu.
Masa awal tu, boleh la bertahan.
Lama2 rasa rimas plak, buat kerja yang tak ada gunanya, kekdahnya.
Keluar masuk, keluar masuk loyang tu....
Pastu saya dapat idea bila tengok gambar ni...
Dok google gambar untuk susun atur di dapur, terjumpa la gambar ni...
Macam menariks je, saya pun simpan....
Lama2 saya pun terfikir nak buat juga untuk susun loyang saya.
So, jadi la macam ni.....
Yang penghadang tu, asalnya paip putih untuk wiring tu.
Ini kira kerja DIY terakhir lah yang menggunakan paip wiring tu.
Dah habis dah stok paip ni, hukhuk...
Semangat nak buat, sebab dah beli wallpaper murah tu, yeah!
Senang sikit.
Dulu dok fikir nak cat, tu yang lambat tu, renyah sangat keja kan...
Bila dah ada wallpaper, senang sikit.
Kualiti kalis air, licin, memang boleh tahan lama la kot berbanding kertas balut hadiah tu kan.
Dah siap ada gam, lagi la senang keja ceq, hihi.
Yang hitam tu, double tape.
Eh tapi bukan double tape sangat la, sebab ada sebelah je gamnya.
Ini, ada dapat dari set sinki ke hood ke pe xtau la...
Saya simpan lepas kerja renovation dapur siap hari tu.
Kali ni nak guna, baru tau, bukan double tape, huahua....
Bila letak tape tu, sekurang2nya, boleh maintain kedudukan penghadang tu.
Jadi ketat dan kukuh.
Baru berdaya nak tahan loyang yang berat kan, yeahhhh.
OK, kita ke belakang sikit.
Kat belakang tu, ada sealer.
Sebab jarang2 guna letak belakang tu dulu.
Ingat nak tukar tempat lain, supaya ruang ni luas sikit, tapi belum fikir lagi tempat yang sesuai.
Jadi letak dulu kat sini.
Atas sealer tu, ada plastik bungkus makanan, yang kaler kuning bunga2 tu.
Sebelah kanan plak, ada mixer.
Mixer ni, kalau nak guna, saya angkat dia ke table top.
Sebab table top kecil, tak boleh la nak display kat luar.
Lagipun bukan guna setiap hari, jadi simpan je, supaya table top tak sesak.
Dah memang khas bahagian bawah ni, saya nak letak mixer.
Jadi, eloklah menggunakan kemudahannya.
Mangkuk mixer tu, saya letak kat bahagian lubang mixer tu.
Macam kat gambar atas sekali ye.
Measurement jug tu, enSuami punya kerja la ni.
Seronok punya pasal masuk kedai DIY masa first time kat Setia Alam tu, xda kerja pergi amek measurement jug tu nak beli.
Saya dah cakap tak guna sangat, nak jugakkkk.
Hisk, lantak la, dia yang bayar...
Measurement cup kat rumah pun dah ada ML
Sekarang dah jadi sesak plak.
Bukan dia yang masak pun, heyyyyyy.
Yang tengah tu, acuan2 yang saya ada.
Dulu bersepah la juga.
Sekali teringat ada bekas kuih raya ni.
Cuba tengok letak2, ngam plak saiznya.
Jadi guna je la buat simpan acuan.
Baru sistematik sikit.
Idak ler berterabur mencari bila nak guna, hihi.
Jimat lagi.
Dah habis kat bahagian dalam, kita ke pintu plak.
Hahaha, ni memang habit suka menggantung tak boleh control, huhu.
Penggantung tu, beli kat DIY, RM2 satu.
Saya tengok ada orang guna yang wire [besi petak2 tu] Daiso ada jual kan.
Mula nak guna juga, tapi bila fikir nak gantung, nak kena guna hook juga, jadi guna hook ni je la...
Macam cukup2 je, peralatan yang nak digantung.
3 jenis mata mixer.
Measurement cup.
Measurement spoon.
Pengayak tepung.
Sarung tangan.
Yang pengasing telur tu, jarang guna, tak efektif sangat.
Buat manual guna tangan je senang, ceh...
Tapi bukan saya beli tau, dapat hadiah kawen ni.
Kawan2 saya yang bagi, diorang tau saya suka baking, macam2 peralatan baking diorang bagi.
Ya loyang petak yang kecil tu termasuk sekali.
Mangkuk adun yang kaler kuning yang berat tu pun adooo.
Macam tradisional sangat kalau guna mangkuk tu, sebab Mak saya pun ada juga mangkuk tu.
Sayang sangat dengan khazanah ni...
Masa tak ada mixer, memang sepenuhnya saya guna mangkuk tu.
Bila dah ada mixer je, dah tak guna lagi.
Saya simpan kat bahagian atas sekali.
Lain kali kita tunjuk..
Yang last sekali, plastic wrapping dengan aluminium foil.
Dapat idea bila tengok gambar ni...
Jadi pergi beli je, hook bergam tu.
Then ukur dan tampal.
Saya punya hook ni, second-hand nye...
Dulu gantung benda lain, asyik tercabut je.
Nak buang, sayang, saya guna kat sini.
Kali ni tampal, saya letak salotape sekali, kasi lekat kuat.
Lagipun, kedua2 kotak ni, idok ler berat berKG...
Rasanya tahan je.
Asalnya beli, memang nak guna untuk benda alah ni.
Pastu lama sangat tertangguh, tak buat2, saya guna ke hal lain.
Masa tu dok 50-50 lagi nak buat ke tak...
Macam malas je, bek letak je kat tepi microwave tu, ada ruang, huahua....
Pastu dah alang2 mengemas kat sini, saya pun buat je la, DIY ni.
Jadi mereka berdua ni, dah ada tempat baru yang selesa dan selamat gitu...
Memang sesak la sikit kat pintu ni.
Walaupun begitu, [cewah] saya selesa dengan situasi ni....
Senang bagi saya, one stop center kekdahnya, kekeke....
Byebye........
So kemass...good sharing..
ReplyDeleteSaya x start lg susun atur rumsh,skrg rumash tgh berdebu sbb ada kje tukar frame pintu
Mekasih Hani.
DeleteUntung la Cik Hani, ensuami boleh tukar sendri frame pintu. Super rajin. Super jimat, hehe.
Suka! Suka! Lebih-lebih lagi tempat letak aluminium foil tu... thanks untuk idea ni.... (^^)
ReplyDeleteMekasih Julie.
DeleteSaya pun suka sgt dgn idea tu. Mudah nak buat, efektif fungsinya..
DIY je, jimat hehe.
nabilah...terbaekkkkkkkk :D
ReplyDeleteFizah.. Terima kasihhhhhh :D
Deletegreat one.. do visit my blog as well..
ReplyDeletemymagnicrip.blogspot.com