Sebelum 10.30 pagi dia dah sampai.
Saya dah siap2 masak nasi n gulai ikan.
Mana la nak tau, kang kena angkut dapur ni, atau kalau kurang pun ambil masa yang lama untuk servis.
Sampai2 je terus buka skru semua.
Katanya motherboard rosak kalau starter tak berfungsi.
Motherboard? enSuami terkejut, dapur pun ada motherboard?
Memang canggih betoi ni, hahaha....
Memang dia datang tukar terus dengan motherboard baru.
Katanya lubang api saya ada yang tersumbat.
Sebab dapur saya, ada 4 peringkat nyalaan api.
Paling kuat api antara model Effegi yang lain, tapi sangat sensitif.
Saya assumed yang sebelah kiri la, heavy duty kan...
Sebab semua aktiviti menggoreng guna sebelah kiri.
Memang nampak la, ada minyak bertakung dalam motherboard tu, huhu....
Tips hari ni:
- Jangan biarkan kuali berminyak [terutama bahagian bawah kuali] lama di atas dapur.
- Elakkan minyak meleleh masuk ke dalam lubang api.
- Boleh bersihkan dapur yang bahagian dalam dengan membuka skru pengunci dan bersih dengan air dan keringkan sebelum pasang.
- Bahagian dalam hoob juga perlu dicuci 6 bulan sekali jika penggunaan kerap setiap hari. Bersih dan keringkan sebelum pasang. Hoob yang bersih, dapat menyerap bau masakan dengan berkesan [sebab arang yang digunakan dalam hoob bertindak untuk menyerap bau].
Arang tu memang dalam list la nak letak kat kawasan dapur ni.
Nak menyelit2 dalam pasu, 2in1, boleh deko sekali.
Tapi belum ada kesempatan nak berdeko kat dapur.
Alhamdulillah dalam 15-20 minit je proses servis ni.
Dan disebabkan waranti masih ada, servis kali ini percuma.
Kalau jadi lagi, cas RM 80 untuk servis macam ni.
Macam tu ye cara servisnya.
Kalau rosak, telefon orang, orang datang servis.
Tak perlu nak usung dapur kita ke hulu ke hilir, hehe...
Effegi n Rubine, satu mak bapak, maknanya satu kilang.
Hood Effegi waranti 10 tahun. Rubine 5 tahun.
Siapa ada masalah dengan jenama Effegi, Latina, Primo, Posse dan Rinocon, boleh hubungi talian
HOTLINE : 1 700 81 6283
atau
EN JUMAADI : 012 313 9118
Nabilah, kalau sumbat boleh hantar ke.kedai motor ke tungku tu? Suh tembak dengan pam tayar ke...Dapur sekarang api paling kecik dah tak sekata.. Teringat zaman rumah sewa dulu.
ReplyDeleteHaha, dapur rumah sewa dlu, teringat zaman bujang kita. bwk p kedai motor depan umh tu..
DeleteYg ni sbb xtau rosak apa, first time kan.. Nanti klu nmpk api kuning tu, boleh la bwk pi kedai motor utk cuci supaya motherboard xrosak lg..hehe..
Assalamualaikum puan.. Saya nak tnye macam maner nak buko hood.. Klu kite nak bersih.. Jenis hood umh saya tu mcm yg puan gune..
ReplyDeleteWaalaikumussalam puan Rosaini...
DeleteSaya ada dua kali buka hood tu untuk bersihkannya..
kena buka skru dgn screwdriver..
ada dua skru je di kiri dan kanan kat tengah2 tu..
saya just buka bahagian cover lubang2 tu je, kipasnya just lap2 dari situ..
sebab buat sendiri je tak berani nak keluarkan banyak2 part..hee
harap dapat membantu..