Assalamualaikum...
Hampir setahun saya tinggal kat sini.
Tapi nak kata saya kenal kejiranan, jiran berkongsi pagar je saya kenal.
Tu pun, xingat dah nama apa.
Uncle Chong ke, adeh...
enSuami saya pun segan nak tanya semula namanya..
Uncle je selalu sebut nama enSuami saya, Ya, cikgu Hasyim...
Saya memang memerap je dalam rumah.
Nak keluar buang sampah pun saya tak nak.
Haha, maharani tak?
Saya kenal kawan saya masa matrik dulu je, Asparina.
Nasib baik jumpa kat hospital dulu.
Kalau tak, dah tentu saya tak tahu yang dia akan tinggal satu taman dengan saya.
Sampai la, minggu lepas, AJK Taman datang rumah ke rumah, jemput sertai pertandingan boling.
Ala bukan nak lawan cari champion sangat pun, yang penting nak jumpa2 berkenalan.
Mengeratkan silaturahim kejiranan kekdahnya.
Saya memang tertunggu-tunggu program macam ni.
Dulu tinggal kat Bangi, status rumah sewa, macam tak semangat sangat nak join.
Malu la katakan, penyewa je....
Macam2 program komuniti masing2 buat untuk mengeratkan silaturahim kejiranan.
Kali ini, dah tinggal tetap di sini, rumah sendiri, haruslah join.
Sekurang-kurangnya, boleh tambah kenalan.
Tak rugi kalau kenal jiran2 sendiri.
Penting kot, ada hal apa2, senang nak refer.
Mana la tau kan, kot2 ada yang boleh membantu dan memberi tunjuk ajar, mana yang kita xtahu tu...
Nak main boling dekat je.
Kat One Plaza belakang Tesco Kuala Selangor.
Sebelum ni, sekolah enSuami dah pernah buat kat situ.
Tapi masa tu saya tak ikut.
Ingat cikgu-cikgi je ada, rupanya ada juga family yang ikut.
OK, yang main enSuami je.
Saya sampai sekarang, saat menulis ini, belum pernah lagi pegang bola bowling tu..
Huhuhu, xpernah lagi main.
Lepas tengok orang lain main, baru rasa teringin nak main.
enSuami janji nak bawak main2 kat sini,
Yeh, boleh la belajar baling nanti.
Entah bila la tu...
Wallahualam...
Walaupun main ni suka-suka, tapi ada juga hadiah tau.
Salah seorang jiran, Mr Suhoomaran sponsor hadiah, sponsor jamuan lagi.
Kitorang punya sukaneka ni, buat masa cuti Deepavali tau.
Dia dan isteri pun datang juga, main, siap menang tempat kedua lagi.
Wah, meriah sangat.
Masa penyampaian hadiah tu, ada la ajk bagitau program ini program kedua.
Pertama dulu, buat gotong-royong bulan 9 lepas.
Kami tak join lagi masa tu, tak perasan plak.
Mungkin balik kampung kot.
Bila dah isi borang komuniti, baru dapat info serba sikit.
Dah join group WhatsApp, lagi la laju maklumat sampai.
Dah berkongsi cerita masing2.
Baru rasa seronok sikit ada kawan kat sini.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)