Search This Blog

Monday, 29 September 2014

RUANG TAMU : Susunan sofa berubah......

Haaaaaaaaaa, susulan dari cerita semalam.
Lepas makeover water fountain tu, sekali harung saya ubah kedudukan sofa.
Dan tambah sikit pasu bunga.
Ini kedudukan sofa sebelum ni.
Nampak kemas la, sebab baru je sampai dan duduk di rumah ni....
Dan kosong je tanpa apa2 hiasan, hihi.
Lama2 huh....
Macam2 ragam.
Saya jarang sangat nak lepak2 kat ruang tamu ni.
enSuami suka la lepak sini.
Saya lepak waktu petang2 senja tu, tunggu enSuami balik sekolah.
Masa tu baru nak buka pintu, sambil Hafni dok tunggu Abi dia balik.
 

Ini gambaran pada hari biasa.
Tengok la tetiba je ada sejadah kat ruang tamu kan...
Sidai macam tu jek...
Macam ni la, kalau enSuami ada habit suka tinggal barang merata-rata.
Kat mana dia solat, kat situ la dia tinggal sejadah.
Kat mana dia last mandi, kat situ la dia sepuk tuala.
Huhuhu, sila bertabah hati........

Gambar ni ada pun, sebab nak send kat BFF dalam WhatsApp, nak tunjuk kat dia pandangan ruang tamu yang nampak terus ke dapur.
Hafni pun menyelit juga kat depan pintu bilik tidur.
Dalam gambar tu pun, ada meja Tesco tu.
Kalau zoom dekat, nampak la cacat sikit kat kaki meja tu.
Asalnya nak buat coffee table, tapi sebab longgar dan sangat tajam bucu mejanya [tak selamat untuk Hafni yang baru dapat kaki, laju menonong je jalan], jadi saya guna buat letak water fountain tu je, selamat.

Taraaaa, sekarang saya dah kosongkan kawasan dinding sebelah ni....


Rak buku tu pun dah tak ada.
Senang hati saya.
Kalau tak, rak buku tu la jadi port untuk Hafni 'mengemas'.
Pantang lalu je depan rak buku tu, mesti dia singgah dulu kat situ.
Kemudian, debumm debumm, buku2, majalah2 dan fail2 jatuh ke lantai..
Sabaq je lah Umi, oiii.
Ragam anak2 comel ni, heyyyyyyy.


Lama juga saya fikir, macam mana saya nak susun sofa ni.
Mula2 saya tarik 3 seater ke tengah, kira jadi divider ruang tengah tu.
Memang elok2 je la, tinggal dua tiles tepi tu je kosong.
Pastu 2 seater xtau nak letak mana.
Saya memang nak 1 seater sebelah pintu.
Sebab utama, saya nak enSuami saya je menghadap dapur bila tetamu datang.
Boleh elakkan pandangan tetamu ke arah dapur, kot la masa tu saya sibuk nak hidangkan air dan kudapan untuk tetamu.
Dan yang penting, bila enSuami menghadap dapur, senang sikit saya nak bagi signal apa2 kat enSuami.
Takkan nak jerit2 panggil enSuami depan tetamu kan.....

Aaa, nampak tak water fountain yang dah selamat jadi pasu bunga itu......
Memang sengaja saya rapatkan kedudukan dua sofa tersebut supaya tiada ruang untuk Hafni menyelit masuk.
Senang sikit nak kekalkan kecantikan bunga tu di situ, hihihi.......


Dan 2 seater tu, saya tolak terus rapat ke dinding sana.
Maknanya saya gunakan keseluruhan ruang tamu ini.
Kalau diikutkan rumah contoh, ruang kedua tu untuk meja makan.
Tapi tak xdapat la nak letak meja makan kat situ.
Rasa macam terlalu padat.
Lagipun rasa jauhnya dari dapur nak bawa makanan hidang kat meja, hihi.
Nasib baik meja makan saya muat di bahagian dapur saja.
Senang nak uruskan bab hidang, bab makan dan nak bersihkan selepas makan.

Lagipun bila maksimumkan macam ni, nampak besarlah sikit ruang tamu rumah ni.
Saya tengok rata2 rumah orang Jawa [kalau salam, minta maaf ye] selalu ruang tamu besar dan luas.
Orang Jawa kan suka buat Baraan, memang perlu la ruang tamu besar.

Ada ruang tamu mcm ni pun enSuami kata kecil lagi.
Ni pun dah cukup penat saya nak kelas, heyy.. 

Haaa, ada dua kerusi dari set meja makan tersesat kat situ.
Saja je, buat2 letak kat situ.
Selalu jadi port Hafni dok main tolak2.
Kot-kot la tetamu datang ramai [cewahh] tak muat nak duduk sofa, boleh duduk kat kerusi tu juga, hehe.

Alasan 2 seater kat situ, mungkin sesuai untuk tetamu perempuan duduk, boleh sembang2 dengan saya.
Selalu perbualan lelaki perempuan mesti berbeza kan....
Harapnya gitulah, susah juga saya nak pandai bersembang ni...
Huhuhu, saya bab nak cakap2 ni lemah sangat.
Saya banyak diam je, selalu enSuami je layan.
Iyelah kawan dia yang datang kan, heyyy...
Saya tak ada kawan area ni, hukhukhuk.........


Ya, beginilah kedudukan baru sofa dalam rumah saya.
Yeayyyy, nampak tak ada pasu bunga jadi penyeri ruang tamu sekarang?
Hahaha, benda dah ada lama dah.
Beli sama dengan water fountain tu di Ayer Hitam.
Tapi tu la, seru tak sampai lagi nak berhias.

Beli sepasang, plan nak hias tepi katil tidur.
Tapi dah feature wall bilik tidur dah berhias, tak jadi nak letak pasu tu.
Ingat nak simpan untuk bilik kedua.
Memandangkan bilik tu masih merangkap bilik persalinan, jemuran sebab tak ada katil tilam lagi, jadi pasu2 eloklah guna untuk ruang tamu je, nasib baik pilih dengan tema asas.
Kira boleh masyukk la dengan semua keadaan.
Alhamdulillah, selesa dengan keadaan sekarang.

Baru semangat nak menghias.
Rasa berkobar2 nak beli cat.
Tapi enSuami kata elok lagi kat ruang tamu ni.
Saya cuma nak ubah sikit kat feature wall tu, iaitu dinding belakang 2 seater tu.
Emmmmmmm, masih berfikir lagi.

3 comments:

  1. berkenan plak nengok sofa ni....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofa design happy smile...

      sebab tu tersenyum n berkenan bila tengok, rasa nak lending je ek...hihi

      Delete
  2. karpet hijau tu sama mcm saya punye..kekeke..cam rumput je kannn

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers