Assalamualaikum w.b.t.
Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi  pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang  perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan  rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan  memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia  terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah  beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal  suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan  sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap  suami dalam memimpin keluarga., tp mampukah saya menjadi semua dibawah ini. secara jujur sy xmampu tapi berusaha untuk kearah itu.
 
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu  memimpin rumah tangganya.  Maka isteri akan hormat kerana suaminya  mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam  berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya  mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami  kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama.  Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di  rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan  ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat  membimbing kita dan keluarga kita.
  
ini kena baca kitab lebih afdall hurai cikit.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi  hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam  memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami  walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
owh yeh isteri tetap akan minta pandangan suami,oo begitu rupanya 
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya  menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana  sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak.  Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan  juga anak-anak.
 owh yeh air tgn suami mampu, tp takut  org xmakan sebab x cukup rasa 
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk  membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri  kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan  kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si  isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
oo sy kena beli mesin basuh ni, baru nampak sy membasuh =). romentik rupanya kalu suami iron baju sendiri 
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut  pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian  ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri.  Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada  masalah anda.
Insya Allah akan cubalah memberi keadilan yg sewajarnya 
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh  ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya  menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi  jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan  menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak.  Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam  ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai  kerjasama yang anda berikan.
oo kena bangun  tgh malam betul jugak tu, anak suami jugak kan bukan isteri je. kepenatan 2 kali ganda mcmana tu . insya Allah kena belajar buat susu ni
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang  serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai  pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga,  ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan  sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
tp sy tidak tau semua tau la cikit2 . mcmana ye sy ni ok ke  
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)