Search This Blog

Tuesday, 10 January 2012

Cuti-cuti sekolah bersama enSuami, =)

Xbanyak aktiviti best yang boleh dilakukan.
Namun tetap syukur sebab masih berkesempatan untuk bertemu.
Kalau la tak, sedihhhhhh.

Yelah dok jauh ni, banyak benda xleh buat bersama2.
Masak bersama, makan bersama, wat keja bsama, tengok tv bsama..jalan2 dating, pegang tangan...
Nama ja dah kawen 9bulan lebih, tapi masa bersama berdua bercinta mcm org lain, xsampai sebulan.

Alhamdulillah peluang cuti sekolah sebulan lebih ni, dapat la berdua dengan enSuami.
Hujung minggu je dapat jumpa, sebab hari kerja, Nabilah di Bangi.
Jumaat petang baru pulang dengan enSuami ke Sekinchan.

Dan semua yang tahu, cuti sekolah ni la, Nabilah pulun amek lesen.
Alhamdulillah di minggu akhir cuti sekolah baru lulus keseluruhan.
Baru selesai satu misi cuti sekolah ni.

Ada satu hari tu, kuar ke Jusco membeli baju sekolah baru untuk enSuami.
Bukan student je nak kena beli baju sekolah baru, cikgu pun nak jugakkkkk baju sekolah baru, hehehe.
Extra beli kemeja tangan pendek untuk pakai jalan2 agar tampil kemas dan bergaya, cewahhhh..
Asyik tshirt je, dok kemah haa...

Habis shoping, singgah makan kat foodcourt tu.
Szilling jugak yg menjadi pilihan.
enSuami pilih YeeMee, pnIsteri amek koeyteow.
Asyik koeyteow je pilihan saya, hehehehe.....



Esoknya 25 Disember, malam tu, anak2 makabah ada surprise!!!!!
Sambutan ulangtahun perkahwinan Mak Robisah dan Abah Shari utk kali keeeeeeeeeeee



Semangatnya enSuami nak makannnnn, isk
Bukan main ye, makan besar malam tu...

Sengkak perut, huuu
Alhamdulillah dapat menikmati rezeki Allah, asbab dari CikNawal kekekeke.....


Cantik plak enSuami kata tengok lampu ini...
Nape berkenan nak letak kat umah ke?
Benda2 mcm ni dah xjadi mustahil lagi bagi orang zaman sekarang.
Ada duit semua boleh beli.
Dulu punya la peghak, tengok benda2 hebat mcm ni.
Sekarang, kat mana2 pun orang mampu miliki.
Rumah sape yg ada lampu macam ni, angkat tangan, heeee =)

*Zaman dah berubah, teknologi semakin mudah, asalkan manusia xlupakan Allah....


Monday, 9 January 2012

Ceramah berserta konsert, inilah pendekatan dakwah sekarang!


Korang p x, Sembang santai ni?
~Indahnya pemandangan Masjid pada waktu malam, Subhanallah~

Syok ooo, gempaq kot Sham Kamikaze mai, hoorey.
Isk, syok ar...

Tau dah Us Zul mesti nak nyanyi punya.
Nak tgok live kali ni.
Asyik tengok kt Youtube, Facebook je..

Us Zul kata program ini adalah pertama kali di negeri Selangor
Rugi kot sapa yg xdatang.
Sebab dekat sangat dgn umah, Wajib ar pegi...
Nanti nyesal n rugi.

~Ceramah Us Zul diselang seli dengan instrumental muzik gitar oleh Sham~
Selepas kedatangan Us Azhar Idrus haritu, Bangi jemput lagi org yg tgh hot skg..

Banyak ujian Sham Kamikaze hadapi, namun dia tetap mampu senyum sepanjang majlis.
Semoga tabah menghadapi mehnah dan tribulasi dalam medan juang ni.
Besa la, bila dah baik, ramai yang iri hati kan, sebab dijamin syurga Allah.
Depa jeles la tu, xdapat masuk syurga Allah yg best.
Kamikazeeeee berani MATI.

~Us Zul menyambung lagi ceramah kt bawah stage, ;)~


Ramai kot nak bergambar dgn Sham Kamikaze.
Nabilah pun nak klik2 jugak.
Tapi xla dapat bergambar camni.
Nak p klik sendiri pun takut.
Nasib bek kenal seseorang, minta tlg p klik jap.

Juz syarat la, atleast ada simpanan kenangan kat sini.
Esok lusa, 10 tahun lagi, boleh tengok2 lagi.

Lepas ni sapa plak Bangi nak jemput.
Pada malam tersebut, Shamsul Ghau Ghau pun datang.
Baru je meting SBBI haritu, masa tu baru tau Shamsul Ghau Ghau dok kat Bangi.
Lepas ni, SBBI memang bercadang nak jumpa Shamsul Ghau2 untuk diwawancara sebagai pengisian tentang Bandar Baru Bangi.
Tunggu la ye, masih dalam perancangan....

*SBBI singkatan kepada Sekretariat Bangi Bandar Ilmu yang sedang aktif memproses gerakerja untuk Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi


Saturday, 7 January 2012

Bila Durian dan Sate bertemu...........

First time dalam hidup...

Dua feveret ada pada masa yang sama..
Masa sampai kat pasar malam tu, Bos dah tinjau2 pegang2 durian.
Alhamdulillah, makan durian la malam ni, bisik kt enSharum.

Lupa plak dalam sms jemputan tu dah memang AJK janji nak belanja makan durian dan sate.
ingat main2 ja...

Lepas selesai edaran kalendar dan buletin Bangi, kitorg pergi ke rumah keluarga India yang baru sahaja kematian atuk mereka.
Tujuan nak sampaikan duit tuntutan kematian SMUE berjumlah RM1000 kepada penama dan keluarga si mati.
Ingatkan lepas tu dah harus balik, almaklumlah dah nak masuk Maghrib.
Pergi time pasar malam, mesti la xleh lama di sana.

Alek2, JKKK suh lencong ke kanan. Makan kat food court.
Sate dan durian sedang menanti, yahuuuuuuuuu...

Semangat Dr makan, kata Kak Sab.
Mesti ar feveret dia..

Durian memang syok ar.
Best ooo sama feveret dgn bos.
Dia makan, kita pun dapat makan.
Pantang nampak gerai jual durian, mesti dia berenti nak beli.
Syok x, syok ar kan kan kan....

Syok ar dapat makan sate.
Rasanya dah dua bulan xmkn sate...
Last haritu makan dgn BTeh kot kat Sate Kajang Hj Samuri.

Banyak xdurian yg kami makan???
Hahaha, jangan jelesssssss..
Nak balik pun diorg kirim lagi berkampit2.
Nak habiskan, alang2 dah beli banyak tu....

Punya la syok makan sate dan durian di sini, Dr siap buat satu puisi khas untuk kenangan di sini...

Maknanya, memang menusuk kalbu la tu, sampai puisi pun terhasil, hehehe.
Nak baca puisi tu, silakan klik  Kebahagiaan Adalah Pertemuan Dengan Kalian


*Puisi kebahagiaan NabilaHasyim xsiap2 lagi, sampaikan enSuami pun dah pulang ke Sarawak, adehhhhh


Thursday, 5 January 2012

Bila Sayang nak Pregnant???

Sejak kawen, sebelum cuti sekolah dan semasa cuti sekolah yang panjang....

Soalan Bila nak dapat baby ni? Bila nak pregnant? Dah ada belum? Berisi ak ag?

Hehe, kadang2 OK je jawapannya...
Belum ada rezeki lagi...
Ermmm, tengok la nanti...
Kalau nakal sket, Sedang gigih la ni...hahaha
Kalau berserah ja, Tolonglah tanya pada Sang Pencipta...

Habis tu bila dah dihujani soalan2 camni, mengadu la kat enSuami..
pnIsteri : Sayang, orang tanya ...bla..bla..bla..
enSuami : Ye?
pnIsteri : emmm..
enSuami : Sayang, bila Sayang nak pregnan?
pnIsteri : ???#%$&*@~#&%?

Kalau orang tanya tu, boleh la sabaq n terima lagi..
Ni enSuami yg tanya, mmg nak kena lekuk arr ni..

My pregnancy target ticker kat bawah tu pun dah xrelevan lagi...
Dah 0 weeks 0 days...
Dah tamat tempoh percubaan...
Hari ini nak remove sudaaa...

Pada kawan2...
Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami.

InsyaAllah, ada rezeki yang akan Allah kurniakan untuk hambaNya.

Sebab Allah tidak memberi apa yang kita minta, tapi memberi apa yang kita perlu.
Semuanya ada hikmah untuk kebaikan masing-masing.

Kami suamisteri meredhai ketentuan Allah sang Pencipta.
Keja2 nak dapat baby bukanlah perkara mudah yang boleh dibuat sendiri.
Semuanya dari Allah.
Kami terima semua, =) jgn risau sangat OK.
Pada sahabat rapat (yg dah kawen) yang kadang2 juga bkecil hati dengan soalan2 cepumas di atas, bertabah lah ye..
Senyum aja, minta diorg tlg sama2 doakan, akan diberikan rezeki cahaya mata tu, ngee

Ok, saya nak membujang lagi, tadaaaaaaaaa..........


Wednesday, 4 January 2012

Hidupku kembali normal, cecece

Masa cuti sek, semua sedia maklum yg enSuamiku pulang ke semananjung...
Tiap2 hujung minggu selalu balik ke Sekinchan, mmg off terus apa2 keja di Bangi.

Kecuali masa ada keja nak mekap org kawen pada 11.12.11 yg lepas.
First time mekap orang, ketaq ketaq jugak.
Lepas mekap org, syok la plak...
Sape lagi nak kawen, meh la ceq ofer nak mekap...hehehe


Kadang2 rasa serabut juga plak tiap2 minggu balik.
Bukannya pa, keja kita ni kan around the clock, YB pun keja 24 jam. PA dia pun harus turun sama, tapi lebih banyak xturun la, kuang kuang...

Yelah, enSuami mesti nak bahas gak, dah 5 hari Abang bagi pinjam isteri kat pejabat YB, xkan dua hari pun xboleh, Abang nak bawak lari jauh2???
Ha, kau...
Nak jawab mende lagi kan..
EnSuami wajib diutamakan.
Bukan selalu, masa cuti sekolah jer...


Hari tu, Nabilah ada cerita kan, yg Nabilah nak wat mcm2 hujung tahun lepas.
Hal mekap, dah setel.

Hal lesen keta pun, Alhamdulillah dah setel, walaupun sampai kali ketiga repeat test. Akhirnya berjaya menamatkan ujian litar, dengan kaki yang terketaq2 sendiri tanpa kawalan medula oblongata di otakku, adehhhhh.
 Terima kasih pada enSuami yang xputus2 memberi sokongan dan keyakinan untuk lulus.
Azman uppa jugak, yg care sgt kt saya pasal lesen keta Nabilah dari tahun 2010, hehehe.


Akhirnya WakSabar ada di depan mata sekarang.
Tapi masih menunggu Lesen P sampai di tangan.
Sek memandu kata, Jumaat ni siap, sementara nak pos ke Bangi, mungkin nexwek baru dapat.
Sticker P dah Nurul tolong belikan.
Tapi xberapa nak berani lagi nak bawak.
Asal stat keta je, kecut perut rasa..
Aisehh, bila nak bo bawak kete dgn tenang nih...
Kena berlatih selalu.

Harap tidak mencederakan WakSabar dan orang lain.
Takut sayeeeeeeee, ya Allah.

Bila enSuami pulang ke Sarawak, kesian diaaa...
Dah xberperasaan nak ke Sarawak. Apa bo buat, tugas di sana. Harap TABAH ye Sayang, =)
Ramai yang tanya, enSuami dok dapat pindah lagi ko?
Sampai hati diorang xluluskan permohonan perpindahan, kata YB.
Nak wat camne, ramai lagi yg PJJ mcm saya, Dr.
Isk isk isk, sambil dia geleng kepala.


Sekarang kursus jahitan saja yang belum selesai.
Harap dapat ikuti kelas dengan jayanya.
Kelas setiap hari Ahad di Kg Sg Ramal Luar.

Nak praktis terus-terusan memandu WakSabar.
Lama betul penangan keketaran bila nak memandu..
Adoi, bila la Nabilah Ahmad dapat memandu dengan tenang?
Xsuka la perasaan takut dan kecut perut yang melampau macam ni..
Nak wat mende lepas tu pun xsenang hati...

Ya Allah, tolonglah hambaMu yang lemah ini.
Beri kekuatan padaku untuk berdikari dan berkeyakinan diri.
Semoga Nabilah Ahmad, cepat membesar dan matang, amin.

Sebut pasal membesar dan matang, ada sesuatu terlintas di hati dan fikiran.
Hehehe, apa itu yang Nabilah pikirkan ni...
Kita tunggu entri seterusnya....

......hidupku kembali normal menjadi bujang, kekeke.....
[mesti enSuami xpuas hati dengan statement ini, kan kan kan?]

Wednesday, 21 December 2011

Tidak dapat cari kerja kosong?

Hi Humaira,

Anda sudah berminggu-minggu atau berbulan-bulan menghantar resume ke banyak syarikat dan menghadiri pelbagai temuduga. Namun tak ada satu pun syarikat yang menerima permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong.

Tidakkah anda merasa seperti sampah yang tak diperlukan ? he he he.
Mungkin Tuhan tentukan anda untuk merebut peluang dengan memulakan perniagaan berbanding dengan kerja makan gaji.

Sedar atau tidak, dunia sekeliling kita telah banyak berubah. Kerja makan gaji bulan lagi satu cara yang stabil untuk mendapat pendapatan. Anda juga terpaksa bersaing dengan jutaan orang lain yang juga mempunyai ijazah seperti anda dengan grade yang lebih tinggi. Ada pula mereka yang kaya dengan pengalaman.

Dan memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.

Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Saya akan terangkan dalam artikel ini apa persediaan yang anda perlukan untuk ini.

1. Menyesuaikan diri dengan realiti baru.
Pertama sekali anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.

Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.

Ingat juga, maklumat adalah faktor besar untuk kita mendapatkan peluang. Jadi sentiasa sesuaikan diri dengan realiti baru samada dari segi pemasaran, kehendak pasaran dan pengetahuan mengenai produk jualan.

2. Jangan cari kerja kosong, mulakan mencari peluang
Lihat apa yang anda mampu lakukan sebagai seorang pekerja dan ubah kemahiran itu menjadi sebuah tawaran perniagaan. Jika anda ingin mencari kerja sebagai pereka design grafik, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan merekabentuk logo kepada syarikat lain ? Jika anda seorang yang mahir menaip, tawarkan perkhidmatan menaip kepada mereka yang memerlukan. Tidakkah ini sama seperti anda bekerja?

Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya.

Jika anda masih tidak menemuinya.. Tidakkah anda boleh mengajar sesuatu yang mudah. Seperti mengajar murid darjah satu matematik ? Jika ya. Anda sudah ada sesuatu yang anda boleh dijadikan servis untuk memulakan perniagaan. (Untuk pengetahuan anda, semua ibubapa boleh mengajar matematik kepada murid darjah 1, tetapi mereka tidak mempunyai masa. Jadi ini akan menjadi peluang kepada anda.)

3. Apa barangan yang anda ada?
Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda mungkin boleh mulakan perniagaan katalog (Anda boleh dapatkan katalog daripada kami bermula Januari 2012 - sila email kursusborongchina@gmail.com).

Dalam perniagaan seperti ini, anda tidak perlukan modal. Anda hanya perlu bawa katalog, tunjuk pada pelanggan. Dan jika pelanggan berminat, mereka bayar dahulu dan anda akan menghantar produk itu kepada mereka dalam satu tempoh yang dipersetujui. Anda akan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga beli dan jual barangan tersebut.

4. Siapa yang anda kenal ?
Anda mungkin fikir anda perlu kenal Perdana Menteri untuk berjaya. Namun anda salah. Semua orang disekeliling anda adalah faktor anda untuk berjaya dalam perniagaan. Perdana Menteri bukanlah orang yang tepat.

Perhubungan antara manusia adalah salah satu aset yang paling penting bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan.

Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.

Dengan berjumpa mereka, anda sebenarnya telah meletakkan perkhidmatan anda dalam minda mereka. Mereka akan terfikir kepada servis yang ditawarkan ini jika mereka memerlukan. Ataupun mereka akan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Kaedah jumpa 100 orang ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk memulakan pemasaran perniagaan.

5. Apa masalah yang dapat anda selesaikan ?
Setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.

Contohnya apabila mereka wabak penyakit SARS, ramai usahawan yang menjual topeng muka mendapat keuntungan yang tinggi.

Jadi anda juga perlu bertanya diri anda, apakah masalah kecil yang dapat anda selesaikan sebagai tukaran kepada wang yang akan diberikan kepada anda. Anda mungkin boleh membantu menghantar anak jiran ke sekolah, memulakan kursus mengosok baju atau mengadakan kelas motivasi untuk kanak-kanak bermasalah.
Semua ini adalah masalah yang membuka peluang. 90% daripada usahawan adalah orang yang bermula daripada bawah dan miskin. Namun hari ini mereka hidup kaya-raya.

6. Terima bahawa anda bertanggungjawab terhadap realiti anda
Kita hidup dengan membuat pelbagai pilihan. Pilihan ini akan bertukar menjadi realiti. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah hasil daripada salah satu pilihan yang telah kita buat. Jika anda memilih untuk tidak membuat sebarang pilihan sekalipun, ini bermaksud anda membuat pilihan untuk tidak membuat pilihan. Ia juga satu pilihan.

Ramai orang mengaku bahawa mereka memilih jalan hidup mereka. Namun mereka ini sering menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka hadapi. Mereka ini biasa menyalahkan kerajaan, ibubapa, cuaca, keadaan trafik dan pelbagai benda lain kecuali diri mereka.

Anda tidak seharusnya mengambil sikap ini. Anda harus menerima tanggungjawab atas semua perkara yang terjadi kepada diri anda. Samada anda terlibat secara langsung atau tidak, samada baik atau buruk. Semuanya berlaku kerana pilihan anda. Dengan menerima tanggungjawab ini, bermulalah kehidupan anda yang berjaya.

7. Mencapai Destinasi Cita-cita Anda
Tanggungjawab yang anda pikul dalam langkah ke-6 tadi akan membawa anda untuk menjadi seorang yang berbeza dengan orang lain dari segi minda, semangat dan cara kerja. Anda tidak lagi perlu risau mengenai masa depan. Anda hanya perlu fokus untuk membangunkan kemahiran anda yang sedia ada dan mempelajari kemahiran baru setiap hari demi perniagaan anda. Lebih banyak kemahiran dan ilmu yang anda pelajari, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan dan jualan yang lebih tinggi.

Kesimpulan
Kini anda bukan lagi seorang penganggur yang sedang mencari kerja. Anda kini mempunyai tujuan jelas untuk berjaya dalam perniagaan. Namun anda juga perlu ingat, tidak ada rahsia atau jalan singkat untuk berjaya dalam apa saja. Anda perlu kerja keras, bertanggungjawab dan sentiasa berfikiran positif.

Anda sudah tahu cara untuk berjaya. Kini anda perlukan satu perancangan untuk memulakan gerak kerja anda. Mulakan sekarang.

Shahabudeen Jalil
http://www.SJ.my
http://www.facebook.com/KursusBorongChina
http://www.KursusBorongChina.com

*Hah, cepat2! Dah berkobar2 nak berniaga ni... Tunggu ada masa ja bulan depan untuk melancarkan serangan jualan, InsyaAllah... Semoga dimudahkan urusan, cita2 besaq nih!




Monday, 19 December 2011

SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri) Oleh Kerajaan Negeri Selangor

KONSEP


Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri dan pemilik berdaftar / pembeli pangsapuri seperti berikut:

a)    Rumah Pangsa Kos Rendah
       Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 80%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  20%

b)    Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
       Pembahagian kos akan diberitahu kemudian. Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 60%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  40%


KELAYAKAN


a)    Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
       Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
        i)    membaiki bumbung
        ii)   pembentungan
        iii)   membaiki lif
        iv)   mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
        v)    membaiki/membina rumah sampah
        vi)   sistem pencegahan kebakaran.

b)   Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.

(c)  Pangsapuri mesti mempunyai  JMB/MC/Persatuan Penduduk.

(d)  Kedudukan kewangan yang memuaskan.


PERMOHONAN

Untuk memohon skim ini pihak JMB / MC / Persatuan penduduk boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan di talian 03-8736 8375 atau email kepada azman_ismail@mpkj.gov.my, atau azhari@mpkj.gov.my, atau nadiah@mpkj.gov.my. 




Daisypath Anniversary tickers