Search This Blog

Monday 19 December 2011

SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri) Oleh Kerajaan Negeri Selangor

KONSEP


Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri dan pemilik berdaftar / pembeli pangsapuri seperti berikut:

a)    Rumah Pangsa Kos Rendah
       Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 80%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  20%

b)    Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
       Pembahagian kos akan diberitahu kemudian. Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 60%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  40%


KELAYAKAN


a)    Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
       Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
        i)    membaiki bumbung
        ii)   pembentungan
        iii)   membaiki lif
        iv)   mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
        v)    membaiki/membina rumah sampah
        vi)   sistem pencegahan kebakaran.

b)   Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.

(c)  Pangsapuri mesti mempunyai  JMB/MC/Persatuan Penduduk.

(d)  Kedudukan kewangan yang memuaskan.


PERMOHONAN

Untuk memohon skim ini pihak JMB / MC / Persatuan penduduk boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan di talian 03-8736 8375 atau email kepada azman_ismail@mpkj.gov.my, atau azhari@mpkj.gov.my, atau nadiah@mpkj.gov.my




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers