Search This Blog

Friday, 4 July 2014

DAPUR : Kos keseluruhan kabinet dapur

Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu.

Sebab ada yang tanya, baru nak godek2 secara terperinci perbelanjaan keseluruhan.
Dulu dah plan nak kongsi kat blog.
tapi lama sangat dah tak terbuat, rasa nak buat2 lupa je la...
Bila ada yang tanya, baru teringat balik, adeh..
Jom la kira2 secara detail, kosnya.
boleh juga saya ingat sampai bila2, kos nak buat kabinet dapur ni kan...
orang lain pun boleh sedia anggaran bajet untuk kabinet dapur idaman masing-masing.
nak menabung sehari 5kupang [ngeh ngeh], bukannya sekejap boleh dapat hasilnya, heee...

Quotation kat atas ni, masa awal2 kami ke showroom Everskill di Setia Alam.
masa ni saya ingat sekali gus je senang buat konkrit terus dengan ES ni.
So, totally dalam RM 5300.00.

Selepas tu, kebetulan kami nak pecahkan dinding dapur sikit untuk tukar kedudukan pintu dapur.
Asalnya, laundry area, luar rumah.
bila pecahkan dinding, jadi ruang tu, ada dalam rumah, merangkap jadi kawasan dapur.

Masa nak buat kerja2 ni, family mertua ada upah orang Indon ni buat parkir kereta kat rumah.
Jadi enSuami pun nak diorang juga buat untuk rumah kami.
Ambil kerja dengan Indon ni, Abang Mael dan geng, diorang hanya amek upah bina sahaja.
semua barang2 kena beli sendiri.
Masa ni la kena singgah tanya semua kedai hardware berdekatan, survey2 harga belaka.

Nak jadi cerita, masa kami nak buat ni, time tu la, harga simen naik mendadak.
Asalnya simen harga RM 15, naik jadi RM18.
Lari bajet la jugak masa tu.

Jom kita tengok catatan perbelanjaan dalam simpanan saya selama ini.

Binaan Kabinet Konkrit
1
Tiles 2’x2’
RM 24.00 x 12pcs
288.00
2
Tiles 1’x1’
RM 1.70 x 24pcs
40.80
3
Simen
RM 18.00 x 11pcs
198.00
4
Kapur
RM 2.50 x 3pcs
7.50
5
Bata
RM 0.22 x 100pcs
22.00
6
Pasir
RM 55.00 x 1pcs
55.00
7
Besi Y 10
RM 15.00 x 2pcs
30.00
8
Simen Gam
RM 11.00 x 1pcs
11.00
9
Simen Susu 4L
RM 20.00 x 1pcs
20.00
10
Kayu 1’x2’x8’
RM 2.80 x 5pcs
14.00
JUMLAH
686.30

Saya rasa ini sahaja bahan utama untuk binaan kabinet konkrit.
Yang simen tu, mungkin kurang sikit [tercampur dengan binaan dinding pintu dapur].
Bata, tak ada la sampai 100pcs guna, tapi memang kena beli 100, kalau nak kira kena cas lebih sikit, tengok kedai jugak la.
Saya memang beli 100 la sebab nak buat dinding lagi.
Jadi campur upah bina, RM 900 + RM 686.30 ~= RM 1586.30.


Anggaran kasarnya macam tu lah.
Kalau buat solid surface, tak ada la nak kotor2, bersimen bagai.
Saya pilih konkrit untuk ketahanan masa panjang.
Harapnya sekali keluar je la belanjanya.
Risiko konkrit tiles ni, tiles boleh pecah je la, tapi tak runtuh.
Masa nak beli tiles tu tukang suruh cari yang mahal sikit, kos dalam RM 20++ sekeping, untuk kualiti ketahanan.
Cari punya cari, dapat la tiles sekarang memenuhi corak, warna dan harga.
Saya beli jenama MUDA IHSAN. Produk Malaysia.


Kalau nak beli, kena beli ikut kotak, 1 kotak ada 4pcs, kedai tu tak jual loose, nanti rugi.
kena la beli 3kotak dapat 12pcs, walaupun guna 10pcs je, hukhuk...
Dah mula nampak kabinet dapur, heee...
Masa ni saya buat keputusan nak tukar buat konkrit dengan Abang Mael sebab nak jimatkan kos.
Alang2 dah beli bata, simen bagai, saya pun minta enSuami tanya, kalau buat kabinet dapur boleh ke tak...
A.Mael cakap boleh buat.
Dah kira ukur semua, dia kata upah RM900.
Selalu kalau nak kira kasar, kalau kerja2 binaan ni, kalau barang RM900, upah pun lebih kurang RM900 juga.
Jadi kalau A.Mael kata upah 900, kami kira2 bahan2, lebih kurang juga RM900.
Jadi setuju je buat dengan diorang.
Senang sekali kotor je, nanti Everskill datang pasang pintu je...
Jimat sikit je.
 
Selepas selesai konkrit, lama juga la kabinet ni terbiar..


Lepas siap ni saya bersalin, berpantang.
Sepanjang masa ni tinggal kat rumah mertua.
Dalam bulan 11 macam tu, baru tinggal sepenuhnya di rumah ni.

Dari bulan 11 sampai Februari, baru nak pasang pintu.
Huuu, bajet tak cukup.
Bila dah ready nak buat, baru panggil Brian semula untuk datang ukur balik.

Quotation terbaru tanpa konkrit top.
Laci 2 tingkat tu saya tambah.
Letak bawah dapur.
Pastu tambah 1kaki tall unit untuk storan makanan kering sebelah oven.

Sebelum nak pasang tu, kami ke pejabat ES sekali lagi untuk bincang sikit pasal pintu, dan pembayaran 80%.
masa ni, saya tunjuk rajah ni, untuk makluman arah bukaan pintu kabinet.

Penting ni cerita pasal arah bukaan ni.
Sebab kita yang nak buat kerja kat dapur ni.
Kita je tau mana yang sesuai dan efisyen.
Nasib baik saya bagitau, kalau tak, pintu sebelah dapur dan tall unit tak sama dengan yang saya nak.
jadi masa ni la, boleh betulkan siap2, sebelum orang pasang.
Kalau dah siap, tak boleh nak melatah lah, salah sendiri, siapa suruh tak cakap kannn, hee...
Dan yang penting, masa pemasangan kabinet, jangan tinggalkan mereka di rumah tanpa pengawasan kita.
Kesilapan besar, kekdahnya...
Sepanjang dia pasang2 tu, kita boleh tengok kerjanya, kalau nampak ada musykil, silap ke, boleh tanya.
Saya memang ada kat rumah dengan Hafni masa tu.
Sikit2 saya tengok dan ambil gambar juga.
Boleh sembang2 tanya, pasal penjagaan dan keselamatan penggunaan tu.
Masa Andy pasang laci ni pun, dia sempat lagi tanya saya, mau isi apa laci besar ni, heee
Saya pulak, dok lukis2, ukur2, para tall unit untuk minta dia potong jadi kepada 4 keping.
Pandai2 je saya amek para tu, macam tau2 je untuk tall unit punya.

Masa pasang kat bahagian microwave tu, kedudukan kotak storan tu macam terbalik, yang microwave lebih besar daripada kabinet atas.
kalau tengok dalam 3D, ruang untuk microwave tu muat2 je untuk microwave.
Saya pun cepat2 tanya dan tunjuk rajah tu.
Dia kata ukuran dalam dia punya kerja memang betul apa yang dia buat.
Cuma gambar tu je memang macam tu, dia tunjuk gambar muat2 microwave, sebenarnya tidak.
Tapi lepas tu dia ada shelf 2 kaki ekstra, asalnya untuk letak kat kabinet bawah oven tu, tapi masa tu pun dia tanya, mau isi apa kat bawah tu.
Saya pun tunjuklah nak letak mixer tu. Dia pun ukur, jadi muat2 je kabinet bawah tu.
Memang saya bagitau Brian, bawah oven tu, saya nak letak mixer, memang dia ukur mixer saya tu masa dia datang rumah.
Jadi memang ngam2 la, semua barang2 dah ada tempat masing2.

Jadi shelf yang lebih tu, saya guna buat para di ruang kosong atas microwave tu...


Inilah rupa kabinet dapur pada hari2 biasa.
Teringin nak kosong kat table top tu...
tapi, ada ja benda nak longgok2 kat situ, heyy
terutama sekali pinggan yang tertiarap tu.
masih belum ada penyelesaian yang efisyen.
Lain kali kali cerita lagi pasal ruang kat situ...
Begitulah ceritanya.....
TOTAL ~~ RM 4656.30
*3posen pun ada ka, aptb heee*

Friday, 20 June 2014

DAPUR : Bahagian Dapur Masak dan Tong Gas

Assalamualaikum..

Hari ini nak cerita pasal bahagian dapur memasak plak.
Kalau dah angin rajin mai nak update blog, happy sket nak menulis...

Bahagian dapur ni, secara keseluruhan saya puas hati.
Dari produk Hood dan Hob, jenama EFFEGI.
Masa survey dulu, bertuah sangat sebab masih menetap di Bangi.
Kat sana ada buku iklan macam City Explorer dan Media Focus tu.
Selalu la tengok iklan-iklan dalam tu.
Kedai mana tengah SALE.
Kedai mana tawarkan harga yang lebih murah.

Yang mana berkenan di hati dan dekat, saya dan enSuami pergi.
Antara kedai yang kami masuk untuk dapur sahaja, Kedai Wiltek Seksyen 7, Kedai The Houz Seksyen 7, Kedai SkyWin Sg. Chua, Kedai hujung sekali sederet dengan MyMydin Seksyen 7 tu pun kami pergi juga, tak ingat plak nama dia..

Masa tu target nak Rubine. Bajet dalam RM1500.
Di kedai tak tahu nama tadi tu, ada offer macam ciri2 yang saya nak.
Hampir dah nak setuju masa tu.
Kemudian terdetik lak kata nanti dulu.
Nak tengok lagi kat satu kedai ni, iaitu The Houz.

Masa di The Houz la saya kenal Effegi.
Sebelum tu, dok tau ELBA, Rubine je...
Kat kedai ni ada dua jenama je Rubine dan Effegi.
Salesman tu pun sangatlah mesra.
Semua produk dia cerita, baik buruk.
Takda berat sebelah.

Kami pun dengar je semua yang dia cerita.
Macam2 ilmu dapat masa tu.
Saya tak kisah pun ada Hood ke tak ada.
tapi enSuami yang nak sangat ada hood tu.
Nanti berbau satu rumah bila masak, katanya.
Mulanya nak beli yang biasa je, slim hood.
Tapi sebab penyelenggaraan dia berkos 2x setahun, jadi tak bolehlah nak amek slim hood.

Biar bayar lebih masa awal beli, asalkan bukan setiap tahun.
Saya cuma pilih kriteria untuk dapur memasak je.


Saya pilih dapur ni, sebab ia bentuk 4 segi.
Sebenarnya dia cerita pasal 4segi ni kat dapur Rubine.
Sebab tak dapat nak amek Rubine, jadi saya amek la Effegi.
Kebetulan Effegi pun ada style macam tu, saya pun terus nak yang 4 segi ni.
Kelebihannya, dapur kita xberpusing la, sebab dia 4 segi.
Kalau dapur bulat kan, kadang2 besi tu boleh bergerak sikit kalau ganas2 sikit memasak macam saya ni, hahaha...


Dan dapur ni pun ada loceng juga.
Kita boleh set masa, kalau nak masak berapa minit, cukup masa je, bunyi TING!
Macam bunyi oven kalau dah siap masak tu, haaa...


Untuk yang Hood tu, enSuami yang pilih.
Banyak sangat pilihan, saya pun xtau nak yang mana.
Yang boleh bergerak-gerak terbuka macam transformers pun ada, huhu
Takut saya tengok,
Tak mau la pelik2.
Satni nak upah orang pasang xreti plak kot.
Kalau rumah dekat2, dia boleh pasangkan percuma untuk kita.
Tapi sebab saya pindah jauh, jadi amek yang biasa2 saja.
Asalkan ada lampu, saya suka.
Suction ada 3 speed.
Senang, tekan2 je.
Yang elektronik pun ada, mahal la sket.
Yang ni pun dah OK.

Nak ceritanya, saya memang jarang2 la guna.
Kalau masak masakan yang berbau sangat, baru buka.
Tapi kalau enSuami saya masak, confirm dia buka.
Api tak menyala, xmasak apa pun lagi, dia dah pasang hood tu.
Amek feel nak masak, katanya.

Saya jarang buka sebab bunyi kuat la, bagi saya.
Kalau berbunyi tu, saya jadi kalut macam kejar masa.
Walhal enSuami tak kejan pun nak makan cepat.
Macam ada satu perasaan yang luar biasa bila hood tu berbunyi.
Lepas tu, mesti saya rasa macam penat sangat memasak kalau buka hood tu.

Kalau tak rilek2 je masak, 40 minit siap.
Sebab saya selalu guna jam tu, set masa memasak.
Kadang2 dah habis makan, baru bunyi TING! hahaha...
Itu masa sarapan kot, kekeke...........


Di sini saya nak cerita berkenaan kelemahan/keburukan kedudukan dapur memasak di bahagian hujung kabinet macam dapur saya ni.
Masa sebulan pertama tu, saya memasak dengan happy seperti biasa.
Lama-kelamaan, bila nak sapu sampah dan mop lantai, baru saya perasan ada kesan berminyak di lantai depan pintu tu.
Mulanya pelik juga la.

Lama-lama, saya terfikir, mungkin aktiviti gorengan yang menggunakan minyak yang boleh terpercik keluar dari kuali atau periuk, tidak sesuai dilakukan untuk dapur sebelah kanan.
Jadi saya pun tukar aktiviti menumis dan gorengan ke dapur sebelah kiri.
Dapur kanan guna untuk masak nasi dan kuah-kuah mudah.
Sejak tukar cara ni, memang lantai tu selamat la dari kotoran minyak.

Ada blogger mana, tak ingat dah blog mana, kedudukan dapur dia macam saya juga di hujung dan dekat dengan pintu.
Saya pun tanya ada masalah macam saya tak, rupanya dia pun sama juga.
Masa awal2 dulu, saya letak tuala besar [kain lap lantai] untuk lindung lantai tu, tapi kini tidak lagi.
Kalau kakak blogger tu ada terbaca, boleh cuba cara saya, mana tau berkesan.
Sekurang-kurangnya, kurang sikit kerja nak menyental lantai.

Bagi yang belum ada kabinet dapur, pastikan buat dapur, kiri kanannya ada table top.
Takda la minyak tu terpercik ke lantai.
Kalau terpercik kat table top tu, biasa la.
Boleh lap sekali harung je dengan dapur tu selepas memasak kan...


Ok, dah habis cerita pasal dapur dan hood, baru nak masuk susun atur, hehe jangan marah...
Bahagian dapur ni, bawahnya saya pasang laci dua tingkat.
Masa buat kabinet ni, add on la.
Yang laci free tu, saya pilih 3 tingkat sebelah kiri sana, lain kali cerita pasal laci tu.
Kalau Everskill, tambah laci, 1 tingkat, dia cas RM60.
Jadi, 2 tingkat, RM 120 la kena tambah.


Laci atas sekali saya letak semua keperluan rempah-ratus dan serbuk-serbuk untuk memasak.
Dan juga stok maggi enSuami kat belakang nun...
Bekas tak seragam sangat.
Sebab masih dalam proses mengumpul.
Saya recycle je bekas-bekas rempah ni.
Nak beli semata-mata, dah penah beli, bekas plastik yang petak tu.
Sekarang ni, bekas-bekas tu saya dah transfer ke barang-barang pertukangan plak
macam letak paku, skru, wallplug dan seangkatannya.
Rak rempah tu, saya DIY macam dalam entri lepas.
Tapi tak nampak sangat kan dalam gambar.
Asalkan botol2 rempah tu, boleh lending macam tu sudaa, saya puas hati, hehe.

Untuk laci kedua saya buat letak 2 set periuk yang saya guna setiap hari.

Kedua-dua set ni saya susun dalam laci.
Mula tu risau juga, kalau tak muat.
Tapi mustahil lah kan, sekali laci tu datang, saya tengok, tu dia dalamnya..

Masa pasang laci tu pun, Andy tanya saya, Kak U mau isi apa dengan laci ni? besar sangat.
Saya jawab la nak letak periuk, Kenapa?
Ooo mau letak periuk, tak pa la. Saya ingat U mau letak pinggan. Kalau periuk OK la....
Kenapa, xboleh ke letak pinggan?
Kalau letak pinggan tak sesuai la, sebab berat. Laci ni pun dah sangat berat. Besar sangat.

Huahuhua, saya pun tak tau besar macam ni.
Yang saya tau, saya pesan kat Brian, laci atas nak dalam 15cm, yang lebihnya biar ke laci bawah.
Tak sangka lak, 2kali ganda yang atas.
Tapi kalau nak buat 3layer, kena tambah bajet lagi la.
Jadi hentam saja la dapat dalam pun.
Asalkan periuk saya boleh sumbat dalam tu.


Keadaan biasa kalau semua periuk tersimpan dalam laci.
Saya buat laci sebab nak senang amek, tarik je laci.
Kenkonon nak feeling omputih punya kabinet.

Kalau yang tak buat lagi kabinet, eloklah buat laci banyak.
Senang dan syokkk sangat ada laci.
Nak simpan senang, nak guna pun senang.
Kemas lagi, itu yang penting.
Tapi kena simpan duit banyak sikit la, sebab ada cas ekstra kalau nak pasang laci.


Berpindah ke sebelah kiri laci tadi, ada satu lagi pintu kabinet.
Bahgian pintu ni, sudah tentunya letak tong gas.


Masa awal dulu, teringin nak letak oven bawah dapur.
Bila fikir-fikir lagi, takut kang kita tengah on oven tu, anak datang main-main plak dengan oven tu, macam bahaya pula kat situ.
Jadi tukar buat laci la senang.
Boleh simpan rempah ratus, senang nak guna bila nak memasak.
Saya suka laci bawah dapur ni, hehe...



Selain ada tong gas, saya letak juga ekstra stok botol kicap, haritu beli 2 botol sekaligus, Giant promo, favourite enSuami tu.
Pastu ada botol kicap ABC, yang ni enSuami salah beli. Dia ingat kicap ni boleh makan bersama nasi macam kicap Jalen.
Tapi saya rasa memang tak sesuai makan dengan nasi, sebab manisssssss sangat.
Pastu ada botol sos tiram yang belum buka, nak beli botol besar tak da, enSuami beli 2 botol kecil.
Satu lagi botol minyak bijan, sejak dok syok dengan Chinese food ni, minyak bijan haruslah ada, baru sedap kaw-kaw macam Mohd Chan, ececeee...


Seperti biasa, kat pintu, mesti ada storan lagi.
Kat sini saya letak rak MR DIY.
Saya susun minyak, sos tiram, kicap pekat dan sos cili yang digunakan untuk memasak.
Semua transfer masuk botol picit.
Senang sikit, nak beli botol kaca yang mahal tu, tak berani la plak..
Beli yang RM 2 je.
Dapat idea masa awal2 dulu, selalu masak sambil dukung Hafni.
Kadang2 dengan tangan sebelah, macam susah la nak angkat tong minyak yang besar tu kan berat.
Jadi beli la botol picit ni, senang dan ringan..
Sebelah tangan pun boleyyyyy....


Kiranya kalau masa memasak tu, boleh terbuka macam ni la..
Masa buat pintu kabinet tu, kita kena request siap2, pintu tu nak buka arah mana..
Saya memang dah target nak storan botol2 keperluan masak kat pintu tong gas, jadi saya minta bukaan pintu arah ke dapur.
Nasib baik cakap, kalau tak, pintu ni terbuka sebelah sinki la jawabnya...


Pandangan dari luar, nampak la sangkut pink tu.
Beli kat Daiso, RM 5 dapat 4 keping.
Kena survive macam ni je la, sebab tak berani nak drill.
Tapi ada hikmah juga la, letak mobile macam ni, at least, masa nak tukar tong gas, boleh alih keluar rak ni sementara nak tukar tu, kalau tak sesak sikit tong gas nak keluar, hehehe.


Kat bahagian atas, saya letak stok span basuh pinggan.
Dah haritu beli banyak dalam satu peket tu, so ada ekstra, letak sini je dulu.

Ermmm itu je kot, sementara ni.
Selesai sudah untuk bahagian dapur memasak.
Ada lagi 3-4 bahagian lagi dalam kabinet dapur ni.
Mungkin ambil masa sikit, sebab ada beberapa lagi tak setle...

Ok, babai.....

Thursday, 19 June 2014

DAPUR : Bahagian Sinki

Assalamualaikum...
Dah lama terpendam dalam draf cerita pasal kabinet dapur ni...
Ingatkan nak buat sesi jelajah kabinet dapur sekali harung dalam satu entri saja.
Almaklumlah, kabinet pun kecil aja..
Tapi sebab ada beberapa bahagian dalam kabinet tu, yang belum sempurna kerjaannya [sebab dok tunggu enSuami nak drill] sampai ke sudah tak ada entri pasal kabinet dapur.
Memandangkan tuan rumah Cabaran Susun Atur Sioca up entri pasal sinki di kabinet dapur, saya pun nak juga la cerita.
Buat sikit-sikit ikut bahagian, mungkin lama-lama akan selesai cerita pasal kabinet kot..
Kalau nak mula di bahagian sinki, memang bahagian sinki yang paling complicated di kabinet ni.
Sebab kesilapan beli sinki.
 
Kenkonon nak canggih la sangat, beli sampai ada 4 bahagian.
Ada tempat letak sabun, letak sisa makanan [ada tong sampah yang bertutup] dan dua sinki untuk kegunaan mencuci.
Masa beli tu OK lagi.
Kalau banyak partition tu, saya tak kisah sangat nak mencuci.
Yang menjadi masalah ni, sebab salur paip tu yang masalah.
Salurnya jenis lembut macam salur mesin basuh tu!
Ergggghh, masa beli, tak terfikir plak nak tengok saluran dia macamana.
Dah tentu  saya fikir macam salur paip biasa.
Sekali bila tukang rumah nak pasang sinki di kabinet, baru kami tahu salurnya macam tu.
Teruk tak, arghhhhhhh...
Ini sinki jenama QBENC [jangan beli OK, heyyyy]
Apa nak buat la, terima aja.
Masa awal-awal tu, masalah la juga, paip tu mudah tercabut.
Tukang rumah hari tu pun, mungkin bukan major pasal piping.
Saya dapat tau pun, bila saya panggil plumber datang tengok, apa penyelesaian yang boleh dibuat, Aunty tu cakap, patut paip yang dilantai tu lebih besar dari paip sinki, tapi terbalik plak.

Jadi saya dah tau la, diorang pun salah juga pasang paip.
Solusi yang paling mudah, guna tape putih tu je, untuk ketatkan penyampung2 salur paip tu.
Kalau tak, kena pecahkan lantai buat baru, kalau nak tukar, keseluruhan salur paip di bawah sinki.
Hua hua hua... xmau kotttttt.
Pakai tape je lah gamaknya...
Setakat 4 bulan ni, tak ada lagi kes salur tercabut.
Tapi Aunty tu cakap, akan datang perlu lagi la maintenancenya kalau nampak air bocor tu.
Maknanya tape putih tu akan berterusan digunakan selagi salur paip itu digunakan.
Jadi, mesti ramai dah nampak bontot-bontot kuali dan periuk yang 'comel' gituu.. kah kah kah...
Ok, saya letak kuali dan periuk gantung kat belakang salur paip yang semak tu...
Kuali yang hujung sekali sebelah kiri, dah jarang sangat guna sekarang ni.
Sebab dia nipis, dan selalu buat bihun saya hampir hangus, kadang-kadang bau pahit hangus tu yang buat tak syok tu.
Hat yang masak sedap, jadi rasa tak sedap plak..
Periuk yang kedua tu, dah tak ada dah.
Saya buat pasu tanam ulam kat belakang rumah.
Periuk kedua tu, terlindung sikit, masih ada lagi.
enSuami selalu guna buat masak maggi dia tu.
Yang kuali tengah tu masih juga guna.
Kadang2 kalau enSuami saya masak nasi goreng, dia guna la kuali tu.
Yang selalu saya guna, 2 kuali leper yang hujung sebelah kanan ni.
Kuali leper tu, saya guna goreng ikan, telur, cucur dan goreng sayur pun guna kuali tu jugak.
Guna kuali yang non stick tu senang.
Tak susah sangat nak gosok masa basuh nanti.
Disebabkan peralatan ni jarang2 guna, jadi saya tak ralat sangat, mereka digantung di belakang itu.
Gantung tu pun DIY je.
Guna salur paip putih yang wiring tu.
Hanya beli penggantungnya yang tepi kat kedai hardware.
Kalau nak beli rod besi pun boleh, kat kedai hardware, RM2 sekaki.
Jadi boleh la beli ikut panjang yang dikehendaki berbanding beli yang dah siap kat kedai, kadang-kadang, tak ngam dengan ruang yang kita ada, kannn........
S-hook pun beli murah2 aje kat kedai RM2.


Selain ada kuali-kuali yang digantung tadi, kat bahagian pintu saya gantung lagi.
Hehehe, saya suka nak gantung-gantung ni.
Jimat ruang dan semaksima mungkin kegunaannya, multipurposelah, bukan sekadar pintu saja, kekeke...
Kat pintu sebelah kanan, saya buat gantung kain buruk.
Dulu Fizah, buat tempat gantung kat luar dan tepi kabinet.
Memandangkan saya jenis tiles, tak berani la saya nak minta enSuami drill.
Saya pun berat nak drill kat tiles tu.
Nak skru sebelah dalam pun xleh juga, sebab enSuami takut cermin tu retak..
Sebab kes kat rumah kawan dia, kaler sama sebijik macam kabinet ni, buat dengan Everskill juga, tetiba meletup pecah cerminnya.
Tak da nak drill apa pun kat rumah kawan dia tu, tetiba je pecah.
Banyak kali plak tu, pintu lain lain lak tu.
Dah beberapa kali Everskill ganti baru, sampaikan Chinese staf tu kata, Ada pa kat rumah U ni, sampai boleh pecah banyak kali???
Kalau dia yang tak drill apa2, kalau pecah, bolehlah Everskill ganti baru.
Kalau saya ada drill, pecah, tak dapek la nak ganti baru FREE, kena bayaq la baru orang bagi hahaha.
Jadi saya tak berani la, nak drill apa2.
Just guna penyangkut yang mudah alih kat pintu.
Hari tu ada beli satu kat Econsave.
Tapi baru2 ni, jumpa kat MR DIY, lagi murah, RM 2 saja, isk tak patut.
Terus amek dua biji.
Kat bahagian pintu kanan, saya letak lesung batu dan stok sabun basuh pinggan.
OK, tu botol Dynamo, saya guna untuk isi sabun basuh pinggan.
Dulu pernah beli yang satu tong besar 10L tu.
Dah last dah, nak habis dah.
Lepas ni, tak nak beli dah, beli yang biasa je jenama Labour ke...
Tu dia kain buruk yang versi pertama, telah mula nampak ke'buruk'annya...
Macam mana korang punya kain buruk yang dah mula hitam2 ni?
Rendam peluntur dulu ke untuk cuci bersih semula, atau terus buang?
Tolong bagi tips sikitttt, please..
Fasa kedua kain baru beli, terlebih rajin nak jahit tempat gantung sikit.
Dah penggantung jenis satu-satu macam tu, sesuai la ada penggantung.
Kalau tak, kena gantung macam kain yang lama tu, just letak je masa basah, memang dia tergantung elok je kat situ.
Saja2, nak pi jahit.
Dulu, saya teringin juga nak pasang yang lubang2 kat pintu bawah sinki ni.
Tapi Everskill tu macam tak nak buat je..
Dia kata tak cantik la kak, tetiba ada lubang2 plak, macam gitu la ayatnya.
Siap tanya saya, kenapa nak macam tu?
Saya pun jawab la, pengudaraan, tak nak bagi berkuap berbau..
Dia kata, pakai pintu biasa pun OK juga..
Saya tak tahu lah apa yang dia cakap tu, kebenaran atau;
hanya alasan sebab Everskill tu tak ada stok pegboard tu atau pegboard tu lebih mahal dari kos 3G dia ke kan, xtau la apa yang betul.
Sebab saya pun tak pasti kesahihan dan keberkesanan menggunakan pintu lubang2 tu ada beza ke tak..
Jadi saya pun tak kisah lah pasal pintu lubang2 tu.
Nasib baik tak jadi pasang pegboard tu, kalau tidak, mau bercerucuk S-hook, saya sumbat sebab nak gantung barang2 tuh, fuhhhhhh
Untuk yang sebelah kiri plak, jeng jeng jeng....
Saya buat gantung tong sampah!
Hahaha, pelik tak, kekeke.....
Saya dapat idea ni, sebab saya suka tong sampah tinggi.
Senang saya nak kupas bawang, terus masuk tong sampah.
Kalau ikutkan hati nak tinggi lagi, tapi disebabkan kedalaman sinki bertembung dengan tong sampah ni, membuatkan pintu tidak boleh ditutup rapat, saya pun rendahkan seboleh mungkin dengan menggunakan klip beg plastik, ala yang macam kat Mydin guna tu..
Bila siap buat ni, enSuami tanya, Ni dah habis canggih dah la ni???
Perli tu...
Saya jawab, OK la tu, satni minta nak buat built in dustbin kang, terbeliak mata plak...
Tak canggih tera mana pun, kira free ja pun, OK la tu...
So, keseluruhan pandangan, macam ni la...
Kalau orang lain, mesti bekas2 sabun susun elok dalam bekas khas kan?
Saya sebab ada satu tu je, lepas ni bekas Dynamo tu nak buang dah, tinggal yang kecil tu je.
Sabun kecil tu dapat free, masa beli sinki tu.
Jadi, bahagian bawah sinki saya, macam ni je la.
Simple and just nice, cewahhh...
Untuk bahagian atas sinki, hanya ada botol sabun pinggan dan span basuh.
Kadang2 ada botol Basic H, merata-rata la dia duduk, tak tetap penempatan gitu.
Botol sabun pinggan, saya letak dalam bekas sisa makanan asalnya.
Disebabkan botol tu tinggi, sangatlah sesuai dok dalam tu.
Saya guna kaedah picit2 je.
Tak da bancuh2 sabun dengan air.
Bagi saya cara ni lebih mudah dan bersih,
Kalau guna bekas asing bancuh sabun, nanti bekas tu tertumpah la, kadang2 berbau la sebab main dengan air kan...
Bekas ni pun, recycle je dari bekas gel mandian.
Sebab dia lutsinar, saya amek guna, mudah nak tengok stok sabun ada banyak mana lagi.
Senang nak refill atau beli sabun baru kalau stok dah habis terus.
Untuk sinki sebelah kiri, saya letak sapan basuh pinggan.
Holder tu saya jumpa kat kedai RM 2.
Dapat idea dari Cosway.
Nak beli yang Cosway punya, nanti kena guna span dia aja..
Sekali jumpa kat kedai 2 henggit, terus la amek.
Fleksibel sikit jenis ni.
Sesuai untuk semua jenis span.
Ok, pasal span basuh pinggan pun saya nak kongsi satu jenama ni..
First time guna, sebab dapat free sample Speedmart bagi masa beli barang.
Bila guna, macam best je, enSuami pun suka.
Span hijau tu kuat sentalnya, sama hasil dengan yang besi tu, apa nama panggil, kawat besi ka, org Kedah panggil gelit..
So pakai span ni, dah merangkumi 2 dalam 1.
Dah jimat ruang, jimat belanja, kemas juga.
Selalu beli kat Speedmart je, tempat lain saya tak pasti ada ke tak.
Kadang2 boleh tertukar jenama, nampak perempuan tertonggek tu macam sama dah, tapi jenama lain, hehee..
Dah pernah terkena, tu yang berwaspada tu.
Bahagian dalam penjuru sebelah kiri tu tak ada apa2 lagi.
Masih kosong saja.
Xda barang yang nak disembunyikan.
Semua guna kot.
Itu saja untuk bahagian sinki.
Lepas ni, dapur memasak plak menyusul..
InsyaAllah.
Cau cin cau...

Monday, 9 June 2014

LOST WORLD! sudahhh

Assalamualaikum...

7 JUN 2014
Catat dalam sejarah kehidupan, dah pi Lost World of Tambun.

Dah itu je nak cakap....

Dapat la bergambar, kena jerangkap samar dari mat bangla kt photo booth depan tu...
RM35 sekeping....

* kesian Hafni, nampak ciput je di sebalik pelampungnye. Abi lupa nak alihkan. nasib baik nampak juga walaupun sikit, hihihi....

Tuesday, 3 June 2014

IKLAN PROGRAM : FIQH KEKELUARGAAN


Jom timba ilmu dalam FIQH KEKELUARGAAN bersama Dr Nadzirah Mohd.

Banyak akan dibincangkan seperti:
1. Ibu susuan : hukum hakam sekitarnya
2. Solat waktu kontraksi 
3. Persoalan solat ibu bersama anak
4. Najis mukhaffafah : masih wujudkah? Dan hukum taharah
5. Persoalan puasa ibu menyusu dan mengandung : Pelaksanaan dan fidyah

Tempat : Dewan Seminar Masjid AlHasanah, Bandar Baru Bangi

Tarikh : 21/6/14 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari


Jangan lepaskan peluang, daftar segera kerana tempat sangat terhad kepada 100 orang sahaja

Yuran komitmen RM5 sahaja

Sms/whatsapp Puan Wan : 013 3903669 untuk pendaftaran awal
Sebar dan viral kan

Warga penduduk Bangi dan Sekitarnya atau kepada yang berminat boleh daftar cepat ye..!
"Bangi Bandar Ilmu"

Monday, 12 May 2014

SOHO : Ruang dan Meja jahit yang siap buat masa ni...

Assalamualaikum....
Dah lama orang lain dah siap meja SOHO mereka.
dah siap kongsi kat blog Cabaran Susun Atur Sioca.
Saya di hujung bulan tamat bulan cabaran, baru nak siap pasang lantai kayu.
nak siap ruang menjahit, lagi la tak dapat nak kejar masa tu...

Masalah pertama untuk kebelakangan ni, signal porta Celcom Wifi yang saya guna tak ada di kawasan rumah kami.
kalau balik Tanjong Karang, boleh pulak guna.
tapi kat tanjong dah ada Streamyx, apa barang lagi pakai porta, heeee
masalah kedua, sejak ada grup KSSA tu, asyik menghadap tu je..
tu yang mood blogging ke laut tu...
tapi nak kata dok share gambar kat grup tu pun, tak juga..
malu nak tunjuk, kita nye besa2 je..
syok tengok yang orang jek, cantik2......
OK, ni ruang SOHO saya buat masa ni.
dalam bilik ni ada sedikit ruang kecil ke dalam kat dinding ni, apa nama ruang macam ni ntah, lupa daa namanya.
bagus juga ada ruang kecil ni.
sekurang2nya saya dapat hadkan penggunaan ruang untuk kerja2 menjahit, menggunting dan sebagainya.
pengkhususan tu penting, supaya nampak lebih terurus.

Ni la saya cakap dah tutup kedai.
dah siap sarung mesin2 tu.
xmau dah menjahit buat masa ni.
sejak meja ni siap, punya la berkobar2 nak menjahit.
alhamdulillah semangat nak menjahit datang dapatlah siapkan 1 maxidress, 1 kurung moden [kdua2nya ada nursing part], 2 helai skirt, 1 palazzo dan tranform shawl kepada tudung segera.

Lepas tu terus kemas2 semua, dan tutup kedai.
dah nak termuntah dah tengok kain hari2, kekeke...

Saya memang perangai camni la...
bila angin ribut nak buat baju mai, saya pulun siapkan hari tu jugak.
atau paling lama dalam 2-3 hari.
sebab tu la, nak jugak2 beli mesin jahit tepi.
sebab nak cepat.
kalau angin nak menjahit dah hilang, alamatnya tak siap2 la baju yang nak dibuat tu, heee...


OK, mesin jahit kesayangan.
kedua2nya harga RM1200.
mesin jahit biasa tu bayar 3kali kat kedai.
yang jahit tepi tu, saya beli dengan kenalan, dia kerja dengan SINGER, so boleh dapat harga kilang, Yehhhhh, syokkkk...


Kat bahagian dinding, saya penuhkan dengan penstoran barang2.
senang nak tengok, cari, nak ambil, simpan kembali.
setakat ni bukan untuk menjahit sahaja, selotape pun saya letak sini sebab senang sikit nanti nak guna, mudah juga untuk enSuami nak guna apa2 barang yang berkaitan.


Hajat di hati nak guna 'pegboard'
tapi belum tanya2 lagi kat kedai hardware @ papan yang ada jual benda tu.
harga pun tak tau mahal ke murah.
setakat ni guna je la apa yang ada dan mampu.
saya DIY sendiri guna paip wiring dan paip air.
ada lebihan semasa renovation dulu tu...
asalnya nak cat, atau pun nak balut dngan kain, tapi nak cepat siap punya pasal, pasang je terus.
mulanya nak tengok2, test2 je dulu.
dah tu, sampai ke sudah dok macam tu lah, tak buat dengan plan asal...
sekarang dah tutup kedai, tak tau la bila nak buatnye....


Yang sebelah kiri ni, saya DIY juga tempat letak benang tu.
guna frame jam dinding yang dah rosak.
senang, dah siap ada lubang untuk digantung.
yang paling kiri, botol mineral, recycle buat letak zip.
dalam botol tu, ada stok gam untuk glue gun, dan pembaris untuk mengukur kain dan pola.


Yang sebelah bawah, bahagian wayar2 dan plug, saya guna kotak DIY yang saya buat dulu.
Yang atas kotak tu, pedal kaki untuk mesin jahit biasa.


Yang msin jahit tepi, saya sorok tepi storage box ni...
Dalam storage box, ada stok2 kain dan span macam dalam cerita DIY storan kain yang lepas.


Yang sebelah tepi ni, semak sikit.
dalam plastik merah tu, plastik sampah sebenarnya.
belum beli lagi tong sampah.
yang belakang2 tu ada timbunan kotak kasut dan barang2 terpakai yang menunggu masa untuk dikitar semula.
belum ada masa lagi nak makeover benda alah tu.


Kalau tadi nampak wayar hitam yang panjang jauh tu, sebenarnya wayar printer ni la.
saya cadang kat enSuami, letak printer kat sini juga, pusatkan semua kerja2 di satu tempat.

Aii tak tau nak kata la keadaan bila enSuami dok print minit mesyuarat ke, kertas kerja ke, jadual pembelajaran ke...
kertas yang rosak tu tak larat nak kira.
saya pun tak tau la apa masalah dia, kalau print je, ada je yang salah dan rosak.
sampai boleh habis kertas 1 rim dalam masa 2bulan saje.....
sape la tak mengamuk, dah la saya ni jenis penjimat dan kedekut, kekeke...
memang geram la tengok benda yang sia2 ni....


Ini keadaan apabila kemas padat2, kalau tidak digunakan.
kerusi, saya guna kerusi meja makan je buat masa ni.
lapik dengan bantal duduk, kat belakang, letak bantal juga.
asal beli untuk keta, tapi guna kat seat driver je, satu lagi pasang kat kerusi ni...

Teringin juga nak beli kerusi macam opis tu.
memandangkan meja kerja enSuami belum ada, kerusi pun tak dapat la nak beli.
nasib baik kaler matching je.
kalau ikutkan semua perabot yang kami beli kaler gelap2 macam ni, brown-black ke...
sejak kebelakangan ni je, dia baru lulus barang2 kaler putih, atau kaler original kayu [cerah]
macam kaler lantai kayu bilik ini..
penangan IKEA dan KOREA mari, hehehe............

Kat belakang mesin jahit tu ada beberapa bekas yang saya guna buat letak barang termasuk alat tulis.
Ada pen, pensil, pemadam, pembaris, gam, stapler, pisau, screwdriver pun ado, hehe...
Getah kain tu, setakat ni, letak macam tu je.
3 laci meja yang ada tu dah penuh dengan barang2.
Laci pertama je letak barang2 yang berkaitan jahitan.
yang dua lagi peribadi.


Marker warna-warni...
Berus cat ni, saya guna buat sapu habuk kat mesin jahit n laptop.
walaupun setiap mesin, dapat berus free, tapi kecik sangat, tak puas, lambat hahaha...


Sekarang ni, saya dah tolak mesin jahit rapat ke belakang.
Laptop pula ambil tempat.
nak kejar due nak hantar buku.
saya nak pulun taip habiskan satu buku sebelum cuti sekolah mula.
lepas ni nak buat kerja lain pula...

Minta2 la sempat siapkan, doakan saya ye........

 

Daisypath Anniversary tickers