Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita pasal bahagian dapur memasak plak.
Kalau dah angin rajin mai nak update blog, happy sket nak menulis...
Bahagian dapur ni, secara keseluruhan saya puas hati.
Dari produk Hood dan Hob, jenama EFFEGI.
Masa survey dulu, bertuah sangat sebab masih menetap di Bangi.
Kat sana ada buku iklan macam City Explorer dan Media Focus tu.
Selalu la tengok iklan-iklan dalam tu.
Kedai mana tengah SALE.
Kedai mana tawarkan harga yang lebih murah.
Yang mana berkenan di hati dan dekat, saya dan enSuami pergi.
Antara kedai yang kami masuk untuk dapur sahaja, Kedai Wiltek Seksyen 7, Kedai The Houz Seksyen 7, Kedai SkyWin Sg. Chua, Kedai hujung sekali sederet dengan MyMydin Seksyen 7 tu pun kami pergi juga, tak ingat plak nama dia..
Masa tu target nak Rubine. Bajet dalam RM1500.
Di kedai tak tahu nama tadi tu, ada offer macam ciri2 yang saya nak.
Hampir dah nak setuju masa tu.
Kemudian terdetik lak kata nanti dulu.
Nak tengok lagi kat satu kedai ni, iaitu The Houz.
Masa di The Houz la saya kenal Effegi.
Sebelum tu, dok tau ELBA, Rubine je...
Kat kedai ni ada dua jenama je Rubine dan Effegi.
Salesman tu pun sangatlah mesra.
Semua produk dia cerita, baik buruk.
Takda berat sebelah.
Kami pun dengar je semua yang dia cerita.
Macam2 ilmu dapat masa tu.
Saya tak kisah pun ada Hood ke tak ada.
tapi enSuami yang nak sangat ada hood tu.
Nanti berbau satu rumah bila masak, katanya.
Mulanya nak beli yang biasa je, slim hood.
Tapi sebab penyelenggaraan dia berkos 2x setahun, jadi tak bolehlah nak amek slim hood.
Biar bayar lebih masa awal beli, asalkan bukan setiap tahun.
Saya cuma pilih kriteria untuk dapur memasak je.
Saya pilih dapur ni, sebab ia bentuk 4 segi.
Sebenarnya dia cerita pasal 4segi ni kat dapur Rubine.
Sebab tak dapat nak amek Rubine, jadi saya amek la Effegi.
Kebetulan Effegi pun ada style macam tu, saya pun terus nak yang 4 segi ni.
Kelebihannya, dapur kita xberpusing la, sebab dia 4 segi.
Kalau dapur bulat kan, kadang2 besi tu boleh bergerak sikit kalau ganas2 sikit memasak macam saya ni, hahaha...
Dan dapur ni pun ada loceng juga.
Kita boleh set masa, kalau nak masak berapa minit, cukup masa je, bunyi TING!
Macam bunyi oven kalau dah siap masak tu, haaa...
Untuk yang Hood tu, enSuami yang pilih.
Banyak sangat pilihan, saya pun xtau nak yang mana.
Yang boleh bergerak-gerak terbuka macam transformers pun ada, huhu
Takut saya tengok,
Tak mau la pelik2.
Satni nak upah orang pasang xreti plak kot.
Kalau rumah dekat2, dia boleh pasangkan percuma untuk kita.
Tapi sebab saya pindah jauh, jadi amek yang biasa2 saja.
Asalkan ada lampu, saya suka.
Suction ada 3 speed.
Senang, tekan2 je.
Yang elektronik pun ada, mahal la sket.
Yang ni pun dah OK.
Nak ceritanya, saya memang jarang2 la guna.
Kalau masak masakan yang berbau sangat, baru buka.
Tapi kalau enSuami saya masak, confirm dia buka.
Api tak menyala, xmasak apa pun lagi, dia dah pasang hood tu.
Amek feel nak masak, katanya.
Saya jarang buka sebab bunyi kuat la, bagi saya.
Kalau berbunyi tu, saya jadi kalut macam kejar masa.
Walhal enSuami tak kejan pun nak makan cepat.
Macam ada satu perasaan yang luar biasa bila hood tu berbunyi.
Lepas tu, mesti saya rasa macam penat sangat memasak kalau buka hood tu.
Kalau tak rilek2 je masak, 40 minit siap.
Sebab saya selalu guna jam tu, set masa memasak.
Kadang2 dah habis makan, baru bunyi TING! hahaha...
Itu masa sarapan kot, kekeke...........
Di sini saya nak cerita berkenaan kelemahan/keburukan kedudukan dapur memasak di bahagian hujung kabinet macam dapur saya ni.
Masa sebulan pertama tu, saya memasak dengan happy seperti biasa.
Lama-kelamaan, bila nak sapu sampah dan mop lantai, baru saya perasan ada kesan berminyak di lantai depan pintu tu.
Mulanya pelik juga la.
Lama-lama, saya terfikir, mungkin aktiviti gorengan yang menggunakan minyak yang boleh terpercik keluar dari kuali atau periuk, tidak sesuai dilakukan untuk dapur sebelah kanan.
Jadi saya pun tukar aktiviti menumis dan gorengan ke dapur sebelah kiri.
Dapur kanan guna untuk masak nasi dan kuah-kuah mudah.
Sejak tukar cara ni, memang lantai tu selamat la dari kotoran minyak.
Ada blogger mana, tak ingat dah blog mana, kedudukan dapur dia macam saya juga di hujung dan dekat dengan pintu.
Saya pun tanya ada masalah macam saya tak, rupanya dia pun sama juga.
Masa awal2 dulu, saya letak tuala besar [kain lap lantai] untuk lindung lantai tu, tapi kini tidak lagi.
Kalau kakak blogger tu ada terbaca, boleh cuba cara saya, mana tau berkesan.
Sekurang-kurangnya, kurang sikit kerja nak menyental lantai.
Bagi yang belum ada kabinet dapur, pastikan buat dapur, kiri kanannya ada table top.
Takda la minyak tu terpercik ke lantai.
Kalau terpercik kat table top tu, biasa la.
Boleh lap sekali harung je dengan dapur tu selepas memasak kan...
Ok, dah habis cerita pasal dapur dan hood, baru nak masuk susun atur, hehe jangan marah...
Bahagian dapur ni, bawahnya saya pasang laci dua tingkat.
Masa buat kabinet ni, add on la.
Yang laci free tu, saya pilih 3 tingkat sebelah kiri sana, lain kali cerita pasal laci tu.
Kalau Everskill, tambah laci, 1 tingkat, dia cas RM60.
Jadi, 2 tingkat, RM 120 la kena tambah.
Laci atas sekali saya letak semua keperluan rempah-ratus dan serbuk-serbuk untuk memasak.
Dan juga stok maggi enSuami kat belakang nun...
Bekas tak seragam sangat.
Sebab masih dalam proses mengumpul.
Saya recycle je bekas-bekas rempah ni.
Nak beli semata-mata, dah penah beli, bekas plastik yang petak tu.
Sekarang ni, bekas-bekas tu saya dah transfer ke barang-barang pertukangan plak
macam letak paku, skru, wallplug dan seangkatannya.
Rak rempah tu, saya DIY macam dalam entri lepas.
Tapi tak nampak sangat kan dalam gambar.
Asalkan botol2 rempah tu, boleh lending macam tu sudaa, saya puas hati, hehe.
Untuk laci kedua saya buat letak 2 set periuk yang saya guna setiap hari.
Kedua-dua set ni saya susun dalam laci.
Mula tu risau juga, kalau tak muat.
Tapi mustahil lah kan, sekali laci tu datang, saya tengok, tu dia dalamnya..
Masa pasang laci tu pun, Andy tanya saya, Kak U mau isi apa dengan laci ni? besar sangat.
Saya jawab la nak letak periuk, Kenapa?
Ooo mau letak periuk, tak pa la. Saya ingat U mau letak pinggan. Kalau periuk OK la....
Kenapa, xboleh ke letak pinggan?
Kalau letak pinggan tak sesuai la, sebab berat. Laci ni pun dah sangat berat. Besar sangat.
Huahuhua, saya pun tak tau besar macam ni.
Yang saya tau, saya pesan kat Brian, laci atas nak dalam 15cm, yang lebihnya biar ke laci bawah.
Tak sangka lak, 2kali ganda yang atas.
Tapi kalau nak buat 3layer, kena tambah bajet lagi la.
Jadi hentam saja la dapat dalam pun.
Asalkan periuk saya boleh sumbat dalam tu.
Keadaan biasa kalau semua periuk tersimpan dalam laci.
Saya buat laci sebab nak senang amek, tarik je laci.
Kenkonon nak feeling omputih punya kabinet.
Kalau yang tak buat lagi kabinet, eloklah buat laci banyak.
Senang dan syokkk sangat ada laci.
Nak simpan senang, nak guna pun senang.
Kemas lagi, itu yang penting.
Tapi kena simpan duit banyak sikit la, sebab ada cas ekstra kalau nak pasang laci.
Berpindah ke sebelah kiri laci tadi, ada satu lagi pintu kabinet.
Bahgian pintu ni, sudah tentunya letak tong gas.
Masa awal dulu, teringin nak letak oven bawah dapur.
Bila fikir-fikir lagi, takut kang kita tengah on oven tu, anak datang main-main plak dengan oven tu, macam bahaya pula kat situ.
Jadi tukar buat laci la senang.
Boleh simpan rempah ratus, senang nak guna bila nak memasak.
Saya suka laci bawah dapur ni, hehe...
Selain ada tong gas, saya letak juga ekstra stok botol kicap, haritu beli 2 botol sekaligus, Giant promo, favourite enSuami tu.
Pastu ada botol kicap ABC, yang ni enSuami salah beli. Dia ingat kicap ni boleh makan bersama nasi macam kicap Jalen.
Tapi saya rasa memang tak sesuai makan dengan nasi, sebab manisssssss sangat.
Pastu ada botol sos tiram yang belum buka, nak beli botol besar tak da, enSuami beli 2 botol kecil.
Satu lagi botol minyak bijan, sejak dok syok dengan Chinese food ni, minyak bijan haruslah ada, baru sedap kaw-kaw macam Mohd Chan, ececeee...
Seperti biasa, kat pintu, mesti ada storan lagi.
Kat sini saya letak rak MR DIY.
Saya susun minyak, sos tiram, kicap pekat dan sos cili yang digunakan untuk memasak.
Semua transfer masuk botol picit.
Senang sikit, nak beli botol kaca yang mahal tu, tak berani la plak..
Beli yang RM 2 je.
Dapat idea masa awal2 dulu, selalu masak sambil dukung Hafni.
Kadang2 dengan tangan sebelah, macam susah la nak angkat tong minyak yang besar tu kan berat.
Jadi beli la botol picit ni, senang dan ringan..
Sebelah tangan pun boleyyyyy....
Kiranya kalau masa memasak tu, boleh terbuka macam ni la..
Masa buat pintu kabinet tu, kita kena request siap2, pintu tu nak buka arah mana..
Saya memang dah target nak storan botol2 keperluan masak kat pintu tong gas, jadi saya minta bukaan pintu arah ke dapur.
Nasib baik cakap, kalau tak, pintu ni terbuka sebelah sinki la jawabnya...
Pandangan dari luar, nampak la sangkut pink tu.
Beli kat Daiso, RM 5 dapat 4 keping.
Kena survive macam ni je la, sebab tak berani nak drill.
Tapi ada hikmah juga la, letak mobile macam ni, at least, masa nak tukar tong gas, boleh alih keluar rak ni sementara nak tukar tu, kalau tak sesak sikit tong gas nak keluar, hehehe.
Kat bahagian atas, saya letak stok span basuh pinggan.
Dah haritu beli banyak dalam satu peket tu, so ada ekstra, letak sini je dulu.
Ermmm itu je kot, sementara ni.
Selesai sudah untuk bahagian dapur memasak.
Ada lagi 3-4 bahagian lagi dalam kabinet dapur ni.
Mungkin ambil masa sikit, sebab ada beberapa lagi tak setle...
Ok, babai.....
fuhhh gigih iols baca...hehehe
ReplyDeleteyg laci yg besar tu tak melendut ke izzah? risau juga letak berat2 kang lendut pulak..pastu, ruang bawah sinki tu pun sama saya..kat pintu saya tak biarkan kosong..mesti ada ruang storan jugak yang nak dibuat...jimat ruang...hehehe
terbaik perkongsian macam ni, sy suka cerita detail mcm ni...gud sharing! =)
p/s sy pun pakai brand effegi..hee
Panjang ek entri ni?
ReplyDeletedah lama tak menulis kot, panjang berjela plak jadinya..
entah la melendut ke tak.. setakat ni OK lg. nampak macam kukuh. harap btahan lama. sebab itu je periuk yg ada. dan laci tu je yg paling efisyen nak letak periuk.
yup, Nabilah ada baca Fizah letak chopboard n kuali kan..
wah sama brand, syok ehh pakai effegi, hehehe.
muahaha...nilah hasilnya nk blogwalking secara pukal..nama pun tersalah tulis..sori nabilah....=p
ReplyDeletebestnya ada dapur baru..saya guna yang lama dulu, bila rosak baru gantikan yang baru.
ReplyDeleteSusunatur kabinet yang menarik. Suka kat shelf gantung kat pintu cabinet tu..
Selamat memasak yer
Sis, so far ok ke cat keraton plus tu?
ReplyDeletekaca eh dapur tu? hati2 ye, jgn terlampau panas. lama2 boleh pecah klau jenis kaca ni
ReplyDeleteTempered Glass..
ReplyDeletePecah tu biasaaa..
Kat umah mak nabilah, dah 3 kali dah tukar dapur, sejak guna 5-6 tahun lepas, heee..
memang risiko macam tu laaa, huhu
selamat berkenalan.. pengalaman saya dah 6 tahun guna dapur jenis tempered glass ok aje. yang penting jangan lap guna kain basah selepas masak. tunggu dapur tu sejuk dulu baru lap. tapi biasanya saya lap dapur guna tisu aje. lepas lap terus campak dalam tong sampah sebab kalau guna kain leceh nak cuci.
ReplyDeleteOhh, panas-panas xleh lap ye.. Kdg2 sy ada jgk buat, huhu.
DeleteLps ni kena hati2 la.
Mekasih bgtau.
Betul2, lap guna tisu sng, terus buang. Xperlu nk basuh2.hehe
Tisu biru cosway tu, OK jgk.
Bestnyer dapur
ReplyDeletehttp://www.ainbeautifulhouse.blogspot.com
Setakat ni hob hood effegi mcm mana? Ada problem tak?
ReplyDeleteOk je semua..
DeleteHood pun senang je nak cuci.. dah pernah buka sekali untuk cuci, buat sendiri je, tanpa bantuan enSuami..
dapur, kena cermat guna, lepas goreng apa2, kuali jangan tinggal atas dapur, untuk elak minyak dari bontot kuali mengalir masuk ke dalam motherboard, tu pesanan technician Effegi la.
itu je kot.
Rajin juga puan pindahkan sos2 tu semua..gud idea
ReplyDeletetong gas selamat ka dlm kabunet?
ReplyDeleteOkay ja dalam kabinet.
DeleteLagi selamat, tersembunyi.
Semua org letak dlm kabinet. Kecuali kabinet dia xmuat, atau xbuat khas utk tong gas..:)