Search This Blog

Wednesday, 23 March 2011

Tautan Hati NabilaHasyim di Sekinchan

Terima kasih kepada sahabat2 dan juga Ahli Kawasan PAS Serdang yang sudi ke Sekinchan meraikan majlis kami yang tak seberapa.

Tercipta sejarah Majlis Tautan Hati di Sekinchan diraikan dengan hujan yang lebat dan jalan yang sesak semasa proses perarakan dari Homestay dan juga pengantin yang bersiap dari Butik di Tanjong Karang.

Rasa macam runaway bride plak la plak, tersesak2, dengan adik ipar, Dya yang bawak keta laju2, sebab nak cepat sampai di Masjid, tempat berkumpulnya ahli keluarga di situ untuk ke rumah pengantin lelaki. Semua komunikasi by handset saja. Tak dapat nak turun bercakap dan bersalaman sebab hujan terlalu lebat.

Di dalam keta:
EnSuami dah risau sebab hujan yang teramat. Nabilah dalam hati berdoa, hujan itu rahmat. Semoga rahmat ini mengiringi pengantin. Sampai di rumah nant, hujan biar renyai sket, sebab nak jalan masuk ke rumah, kesian kat family yang mengiringi pengantin. Kalau ikut pengantin OK je. Saya lagi OK. Main redah je hujan. Nasib bek ada pengapit yang kisah bab makeup, klu x, btompok2 la kot. Pengantin rileks la sebab dia xnampak makeup kt muka dia sendiri. Domo arigato ne Hana chan. =)

Dah nak masuk, tanah becak di depan.. Redah jugak, Wak!
Tak ingat dah, salam ke x, dengan Abah yang menyambut tetamu, emm =|
Masa dalam keadaan kalut, memang xingat mende dah..
Sambil jalan, tanya Wak, nak berhenti dulu ke kat depan ni?
Wak ckp, masuk terus la..
Pengantin pun jalan menonong.. Siap kena tegur dengan Pakcik suh jalan slow2, saudara mara kat belakang tu tertinggal jauh, kuikuikui....
Senyum... Senyum... Pengantin kena senyum.
Mana sempat disambut salamnya, saya salam...

Wah macam red carpet plak, mcm ni perasaan rupanya...hihihihi...

Ehsan gambar : En Azizi.

Lense berkabus, sebab hujan, huhu. 
La muka EnAzizi xdak, sebab dia cameraman =/

Adik2 aka Junior FST, UKM yang dapat hadir konvoi mewakili NISA' Serdang.

Bergambar bersama Pengantin lama yang juga x-kwn sepejabat dulu, Nada.
Sweet la gambar ni, sebab Iza dan Lina yang pandang tengok kamera camtu.
Ha, baru teringat, xdak gambar pengantin buat macam ni, sedey =(

~Sembang pasal ape ni, xingat dah, =/~

Wak, sembang pe dengan YB???

Bergambar dengan tetamu.
Jauh di sudut hati pengantin, nak semua yang datang terutama sekali kawan2 yang dikenali, dapat bergambar dengan kami.
Sebagai bukti kenangan yang terakam, nanti kita lupa plak sapa yang datang majlis kita.
Maklum la kalut2 ni, bukan nak ingat sangat sampai bila2..
Kalau ada gambar, bo tgok2 balik..
Itu yang penting.

Sibuk plak pengantin nak bagi paper bag untuk tetamu.
Ye la, yang ni yang limited edition sebab bawak khas dari majlis Kedah.
So kawan2 saya saja yang dapat, OK..

Wah, banyaknya klik time ni, semua muka xready, ceh!




OK, dengan semua orang yang datang.


Nak balik dah...
Tanah becak, hati2 lah ye...
Terima kasih semua kerana sudi meraikan pengantin. Doakan kami bahagia sampai Syurga, Amin =)

Tuesday, 22 March 2011

Al-Hamra' @ Majlis Tautan Hati

Terkejut bila nampak muka kawan2 serumah sewa di Bangi aka Al-Hamra'.

Terharu sebab kawan2 dapat datang. Terima kasih semua.

Hujan lebat2... tempat jauh berbatu... Jalan bersimpang-siur...

Sampai jugak korang kat Sekinchan, Alhamdulillah. =)

Jom layan dengan aksi kami yang memang suka bergambar poyo, hehehe =)

...........Credit to Dira n Put for these photos.........
Berlagak dulu tanpa enSuami...

OK, enSuami pun dah datang.....

Sempat klik 1, untuk 3 orang....

Elok nak stat klik lg,
Fiza n Suzie menerpa, baru sampai....

Suka dengan action ni, =)

Auuuuuuuuu...........hehehehe.......

Bestnyerrrrr......
Formal, OK.............
OK, dengan B2B sekalian....

Iqa, bulan Mei nanti....

Fiza, bulan 6 ni....

Dira, hujung tahun ni.. (*bulan 11 ke 12?)

Put, insyaAllah menyusul nanti.....
.................Love u All...............
Semoga Majlis Kawan2 juga dipermudahkan Allah, amin =)

Sunday, 20 March 2011

First Dating NabilaHasyim (^_^)

First Dating kami setelah bergelar suami isteri.

EnSuami bawak PnIsteri makan kat Restoran Mee Banjir Udang, yeyeh!

Petang tadi, selepas setle semua hal2 di barang2 sewaan untuk kegunaan kenduri, kami pun terus ke kedai makan yang dimaksudkan.

Ini reward kedua enSuami nak kasi selepas reward pertama dikotakan semasa sesi bergambar. Reward ni untuk semua usaha pnIsteri untuk majlis kenduri dan perkahwinan kami berdua dari awal proses hinggalah selesai majlis kenduri bagi kedua-dua belah pihak.

Sampai depan kedai, tengok ramainya orang makan kat sini. EnSuami tetanya ada tempat kosong x ni? Biar saya turun dulu tengok ada meja kosong ke x... OK, baik Nabilah tggu dalam keta. =)

Bila dah tgok, line clear, enSuami pun menggamit tgn tanda bo turun ada tempat kosong untuk kita, yeyeh, dapat makan udang banyak2, alhamdulillah.

enSuami tempah mee udang, pnIsteri tukar nak keow teow banjir udang.

Dapat2 je enSuami terus sambar nak makan, baca doa pun sorang2.. Dah lupa la tu nak berdoa bersama, emm =|
Tengok, kusyuk dia makan, sampai orang klik, xsedar....

Dah 2kali klik, baru nak perasan, pas2 baru nak senyum kat orang depan dia ni, =/

Keow teow banjir Nabilah, =)
Cam besa, I mesti kira, berapa banjir udang dia...
Seperti selalu, klu kira kepala ada 10, kalau kira isi dan badan, ada 9 ja, ceh!

Tak sama macam kat Kuala Sepetang Perak, saiz udang dia sama besar.
Tapi kali ni, ada kecik ada besar, besar pun xbesaq sgt pon =]

Wednesday, 16 March 2011

Proses Borang Nikah NabilaHasyim

WakSabar dah uruskan hal permohonan bernikah di Selangor masa cuti sekolah bulan 12 tu.
Berdasarkan saranan untuk selesaikan semua hal di pihak lelaki sebelum sesi persekolahan 2011 bermula.
Perancangan nak balik bulan 2 semasa cuti raya Cina, agak xsempat nak uruskan. Semput kot, beb nak sibuk2 masa tu.
Sekali orang pejabat cuti, ha nah, amek kau!

Buat cepat, Wak ni!

Tengok2 ha..masa nak setle bulan 12 tu, bukan main tensionnya pokcik tu.
Ha, kan dah cakap.. Elok setle awal2...

Dah setle, terus dia pos ke Kedah. Masa tu ceq dok ada kat Bangi lagi. Rileks la mokcik ni, hehehe..

Bajet nak balik hujung bulan 1 tu, Naimaton kawen...
Bo la pi hantaq borang sekali, BChaq dah tolong amek kan borang kosong selepas terima surat permohonan dari Wak.

Bila dah balik kedah, tengok2 xleh hantaq lagi.
Peraturan di Kedah boleh hantaq borang nikah sebulan dari tempoh tarikh nikah.
Isk, sapa suh buat peraturan macam ni ni?
Menyusahkan orang x eh?
Bukan semua anak dara Kedah ni dok kat Kedah ja. Kalau yang keja jauh2, negeri lain. Sekali sekala balik.
Dah la nak dekat kawen, banyak guna duit. Kalau kena berulang 2-5 kali Selangor <-> Kedah, pengsan la ceq. Pi balik pon duit tiket RM100. Nak kira amek cuti lagi ka.

Habis la cuti saya kalau macam ni... Simpan 10 hari untuk kawen ni. Tinggal 10 hari untuk cuti2 bersama enSuami lepas kawen kelak.

Pastu, terpaksa la redha, xdapat nak selesaikan untuk balik kali ni. Bulan Februari tahun ni, bulan yang sangat sibuk di pejabat. Hujung minggu xfree.. Xdapat nak balik.

Akhirnya amek risiko untuk uruskan permohonan tu masa cuti kawen tu. Seminggu lagi nak kawen, weh!

Xtakut ka? Takutttttttt.... takut ceq xdapat kawen, huhuhu.....
Ada saja bayangan yang mengerikan...
*Kalau pejabat kata, Awat lambat hantaq...Kami nak jawab, sapa suh buat peraturan hanya boleh hantar sebulan sebelum tarikh nikah?
*Kalau pejabat lambat uruskan? Kenduri tetap berlangsung tapi pengantin xnikah lagi? 
Oh tidakkkkkkkkk........ Rugissssssssssss saya!
Ai, macam2 la mimpi buruk masa tu........
Tawakal je la.


Bila balik Kedah, hari Sabtu tu, cuba untuk mengisi lengkap borang permohonan. Setle mana yang xsetel lagi.
Hari Ahad, mulakan pergerakan. Pi jumpa Tok Imam. Majlis Nikah pun xdecide lagi conpem2.
Nak nikah malam ka? Nikah pagi kenduri?
Tanya Pengantin Lelaki : Nak nikah pagi tu.
Family Perempuan : Nak nikah malam, sebab xmau kalut pagi kenduri. Kami kan tuan rumah, mesti kalut punya la.
Tanya Pengantin Perempuan : *tersepit antara 2. Eh 3. My OP pun dok desak, bila nak set waktu nikah, sebab dia clash byk majlis masa 11, 12, 13 Mac tu. Ramai sangat yang kawen dan bertunang. Nak nikah malam pun OK, xla rasa sekejap sangat pakai baju nikah, sebab kalut2 nak tukar utk baju seterusnya. Lagipun saya ada misi untuk enSuami. (*tapi xdapat nak laksanakan lepas nikah tu, sobsobsob) Nak nikah siang pun boleh, jimat sket belanja untuk OP, hehehe.

*xpenah buat kenduri masa cuti sekolah. Kali ni je xdak pilihan sebab dah kawen dengan Cikgu, =|
Lepas setel kat Tok Kadi, pi Pejabat Agama Islam Kota Setar. Nak hantar borang, kena isi 1 lagi borang kat pejabat tu. Pas2 buat bayaran RM4.

Masa buat bayaran2, ternampak plak permohonan buat kad nikah. Tanya2...
Nabilah : Kalau nikah di Kedah, kad nikah ni, kena buat yang Kedah punya ka? Ka buat kat Selangor pun boleh?
Kerani : Kalau nikah kat Kedah, kena buat yang Kedah punya la.
Nabilah : O, ok. Nak kena beli borang ka?
Kerani : Bayar RM40 untuk beli borang tu. Nanti hantar, sertakan 2keping gambar bagi setiap lelaki dan perempuan.
Nabilah : Ok, baik. Saya nak beli.
Kerani : Dah nikah, baru isi, hantaq kat sini balik naa....
Nabilah : OK.

Untuk permohonan pernikahan, proses akan siap dalam masa 3hari. Oh, sempat la. Hari Rabu dah boleh amek. Alhamdulillah.
Kes 1
Masa menunggu giliran tu, ada sorang laki minta dia nak segera siap hari ni. Apa permohonan yang sebelum ni, tertangguh berbulan2, membuatkan dia xdapat nak hantaq borang permohonan nikah ni ke pejabat. Hari ni baru dapat, hari ni juga dia mai pejabat. Pas2 plak, dia dah mula cuti, xda wakil yang boleh mai amek borang tu untuk dia.
*Dalam otak pk, laki ni orang mana? Dia nak nikah kat Baling (maksudnya bakal isteri orang Baling) tapi dia xda ahli keluarga yang boleh amek untuk dia hari Rabu ni. Agaknya di Alor Setaq ni, tempat keja dia, dia mohon pengesahan mastautin di sini, dan buat permohonan pernikahan di sini kot)

Kes 2
Xpasti masalah pa, tapi pakcik ni, mungkin wali untuk pernikahan anak dia datang ke pejabat tanya2 la. Pas2 pegawai tu tanya, nikah kat mana ntau? Nikah kat masjid Zahir, pakcik tu jawab.
*Masjid Zahir, bestnya. Masjid yang diingini untuk menjadi sejarah dalam hidupku. Tapi xdapat sebab bukan dalam kariah masjid Zahir. Penah cakap kat mak, 
Nabilah : Mak, KChiq nak nikah kat masjid Zahir, bo ak?
Mak : Xketahuan kot, bukan kariah kita kat situ.
Nabilah : Ala, artis boleh ja nikah kat mana2. Xkan kita xbo kot?
Mak : Awat, hang artis ka ha?
Nabilah : *sebek ler kami ("_)

Redha je la, nikah kat Masjid Kebun Pinang, Masjid Nur Iman Batu 4 Tandop.

Tuesday, 15 March 2011

Saat Lafaz Sakinah : Kenangan Kami Sepanjang Hayat

Malam akad nikah itu menjadi sejarah.
Dengan kalut2 nak bersiap...
Hal di dapur, memang ceq xmasuk campur langsung.
Semuanya serah kat Mak dan Kak Murni, Kak Azida dan Kak Chaq serta Mak Saudara2 lain yang datang untuk membantu..
Nerbus ada... Risau ada... Kalut ada... Gumbira???

Perancangan Akad nikah selepas Isyak, Tok Imam set jam kol 9.
Kol 9 dimaklumkan kepada keluarga Lelaki.

Walaupun perancangan masa tu agak lewat dari dijanjikan, Alhamdulillah enSuami berjaya menyempurnakan Ijab dan Kabul dengan sekali lafaz.

Jom saksikan kegelabahan enSuami masa tu?
Nerbus x, Wak?
Nabilah dah kasi air ubat, mesti cool je kan? kan? kan?
Pas2 lak cool sampai tangannya sejuk gedi (longhat org utara)

Katanya, Sejuk sebab nak demam...(control macho kot)
Tapi esoknya demam, panas je, bukan demam jenis sejuk pun...hehehe =)


 Hantaran Dinar Emas, my dream =)

Ada scene yang tersengih plak..
Jambangan Mas Kahwin, xseperti yang diimpikan, emmmmmmmmmmmm =(

Xnampak scene yang mengharukan pon...
 ~I like both of this pics...Sweet~
 Nampak baju I yang cantik, ngeee.......
Penat usaha menambah jahit supaya lebih anggun, hehe...

Tapi tiada gambar berdiri dengan enSuami..
 


Ni yang sedey ni, =|

Thursday, 10 March 2011

D.I.Y 11: Hantaran Untuk Nabilah

Seperti yang dimaklumi, Nabilah buat bakul sendiri untuk hantaran diri sendiri, =|

Untuk 7 bakul yang telah dibuat, 5 barang telah dibeli sendiri untuk memenuhi perbincangan yang telah dibuat.

Barang2 yang telah dibeli tersebut adalah:
1. Beg tangan
2. Baju Tuala
3. Kain Pasang
4. Telefon Bimbit (Hasyim tolong belikan)
5. Jam Tangan (Hasyim tolong belikan)

Untuk 2 bakul lagi adalah Hadiah dari Hasyim :
6. Dompet
7. Coklat

Memandangkan bakul ada pada Nabilah sendiri, jadi Nabilah telah siapkan barang2 yang telah dibeli ke dalam bakul sebelum Dya datang amek pulang ke Sekinchan.

1. Beg tangan
Beli kat Putrajaya. Baca entri tentang ni Shopping Raya @ Shopping Kawen

2. Baju Tuala

Tempah di Reko Sentral Uptown tapi amek di PKNS Bangi dengan harga yang murah RM50.
Made in Pakistan.

3. Kain Pasang

Cadangan dalam kepala ni, nak buat baju ni untuk menyambut hari raya pertama dengan status baru sebagai Isteri bersama EnSuami, insyaAllah.

Idea gubahan ni Nabilah dapat dari Idea Kahwin Saya.
Dia tunjuk ajar macam mana nak bentukkan kain menjadi gubahan bunga macam di atas.

Nabilah pun ada juga nak tunjuk sedikit proses pembuatannya.
Tapi xlengkap sangat, ada yang tetinggal langkahnya sebab tersangkut (stress) buat xjadi bunga macam blogger Fatiha tu buat, ("_)

Mulanya dapatkan kad2 keras dan bentukkan menjadi kelopak2 bunga yang kita nak buat.

Yang ni, idea yang xjadi, nak buat daun gergasi sebab ada lebihan kain yang banyak lagi, pas2 xtau nak decorate bagi kemas, pas2 pi tambah daun gergasi ni kat belakang 3kuntum bunga tu.

3kuntum bunga dah siap, tapi ada lagi kain yang lebih, nak buat sekuntum lagi, xcukup, tapi kalau dibiar, jadi xkemas. Jadi tambah dengan daun gergasi tadi.

Xnampak kan, daun gergasi yang xjadi tu...kekekek..
Memang xmau bagi nampak, xfunction sangat pun daun tu..("_)

Pada semua yang nak dapatkan tutorial lengkap tentang gubahan bunga ni boleh rujuk sumber asal Idea Kahwin Saya


Bakul2 tersebut telah dilitupi dengan kapas untuk memenuhi ruang kosong bakul tersebut.
Ditabur dengan manik perada, supaya lip lap lip lap

OK, dah siap semua 7 bakul!
Tunggu dibawa pulang ke Sekinchan.
Daisypath Anniversary tickers