Search This Blog

Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Perkahwinan. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

D.I.Y 13 : Deco Bilik Pengantin

Idea asal untuk bilik pengantin telah bertukar kepada pelamin.
Jadi apa yang tinggal untuk bilik pengantin?
Adussss, bikin gawat!
Agak2 idea dari pengantin Aku Bukan Bidadari boleh dipraktikkan.

Cantik juga yang dia buat, simple dan kemas. Yang penting, CANTIK! dan DIY!
Ya, saya nak buat jugak..
Tapi saya nak bentuk LOVE..
Ada makna... LOVE.. CINTA pada enSuami saya.
Nak sambut dia dalam keluarga kita kan....

Nak la jugak wat cantik2... Penghargaan untuk enSuami kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga Ahmad-Che Intan kat Kampung Baru ni, ngeeee...

Frame LOVE? Nak cari kat mana?
Haritu, lama jugak dok intai2 kat kedai2 yang berkaitan.
Tapi belum terjumpa apa yang diinginkan.

Akhirnya buat keputusan untuk gunakan polisterin yang bentuk LOVE.
* tp sayang, xdapat nak guna untuk jangka masa panjang. B2B lain, guna idea yang lebih efisen ye.
* tp bunga2 tu stil boleh simpan. dan akan datang nak deco untuk bilik kami nanti =)

 Kesalahan pada hari majlis:
1. Baru nak lekat LOVE tu pada pagi kenduri.
2. Guna double-tape yang besa (kaler putih)
Pada hari kenduri, LOVE sebelah kiri asyik jatuh tertanggal.
Sampai geng OP Nabilah plak yang tolong lekatkan balik, huhu...
Sory menyusahkan korang..

Huda kata, klu pakai tape yg hitam tu tahan sket.

*dengan muka xmalu, ceq tanya..oo ada ek double-tape hitam nya?
Huiiiiiiiiiii, babpe dok tau dolu2 lagi...=|

 tengok 1 dah jatuh, terpaksa dibiarkan di situ........

~Akhirnya, dah main tabur2 atas katil sudaa, wuaaaaa sedey~
 Xsangka bila tengok dalam gambar nampak cantik, ngeeee.
Mashuk dengan cat dinding ungu muda.

Masa tengok kat blog B2B tu pun, memang dah terdetik, cantik..
Teringin nak buat jugak.
Akhirnya terrealisasi jugak impian untuk deco bilik pengantin dengan design ni.

~Langsir tingkap semasa hari kejadian~
Nabilah cuba untuk elakkan menggunakan langsir utk background katil..
Stereo-type... dah selalu orang buat..
Nak lain dari yang lain.

Bila minta enSuami tanggalkan semua hiasan ni, enSuami kata,

enSuami : Nanti Nabilah hias macam ni jugak ye kat bilik kita nanti...
Nabilah : Erk (*seperti tidak percaya apa yg telinga dengar td)
enSuami : Ye la buat la macam ni.. Cantik. Pandai Nabilah hias...
Nabilah : Emmmm (*sambil mencebik bibir = xmau)
Acah je tu, kekekeke...
Best la klu dapat hias lagi.
Tapi nak guna material yang lebih bijak, yeh!

..........Frame berbingkai putih, di mana kamu?????..........

Thursday, 10 March 2011

D.I.Y 11: Hantaran Untuk Nabilah

Seperti yang dimaklumi, Nabilah buat bakul sendiri untuk hantaran diri sendiri, =|

Untuk 7 bakul yang telah dibuat, 5 barang telah dibeli sendiri untuk memenuhi perbincangan yang telah dibuat.

Barang2 yang telah dibeli tersebut adalah:
1. Beg tangan
2. Baju Tuala
3. Kain Pasang
4. Telefon Bimbit (Hasyim tolong belikan)
5. Jam Tangan (Hasyim tolong belikan)

Untuk 2 bakul lagi adalah Hadiah dari Hasyim :
6. Dompet
7. Coklat

Memandangkan bakul ada pada Nabilah sendiri, jadi Nabilah telah siapkan barang2 yang telah dibeli ke dalam bakul sebelum Dya datang amek pulang ke Sekinchan.

1. Beg tangan
Beli kat Putrajaya. Baca entri tentang ni Shopping Raya @ Shopping Kawen

2. Baju Tuala

Tempah di Reko Sentral Uptown tapi amek di PKNS Bangi dengan harga yang murah RM50.
Made in Pakistan.

3. Kain Pasang

Cadangan dalam kepala ni, nak buat baju ni untuk menyambut hari raya pertama dengan status baru sebagai Isteri bersama EnSuami, insyaAllah.

Idea gubahan ni Nabilah dapat dari Idea Kahwin Saya.
Dia tunjuk ajar macam mana nak bentukkan kain menjadi gubahan bunga macam di atas.

Nabilah pun ada juga nak tunjuk sedikit proses pembuatannya.
Tapi xlengkap sangat, ada yang tetinggal langkahnya sebab tersangkut (stress) buat xjadi bunga macam blogger Fatiha tu buat, ("_)

Mulanya dapatkan kad2 keras dan bentukkan menjadi kelopak2 bunga yang kita nak buat.

Yang ni, idea yang xjadi, nak buat daun gergasi sebab ada lebihan kain yang banyak lagi, pas2 xtau nak decorate bagi kemas, pas2 pi tambah daun gergasi ni kat belakang 3kuntum bunga tu.

3kuntum bunga dah siap, tapi ada lagi kain yang lebih, nak buat sekuntum lagi, xcukup, tapi kalau dibiar, jadi xkemas. Jadi tambah dengan daun gergasi tadi.

Xnampak kan, daun gergasi yang xjadi tu...kekekek..
Memang xmau bagi nampak, xfunction sangat pun daun tu..("_)

Pada semua yang nak dapatkan tutorial lengkap tentang gubahan bunga ni boleh rujuk sumber asal Idea Kahwin Saya


Bakul2 tersebut telah dilitupi dengan kapas untuk memenuhi ruang kosong bakul tersebut.
Ditabur dengan manik perada, supaya lip lap lip lap

OK, dah siap semua 7 bakul!
Tunggu dibawa pulang ke Sekinchan.

Friday, 4 March 2011

Sudut Snap Idaman

Hoho, debaran nak balik malam ni...
Tadi, ada berita gembira..
harap bila balik umah nanti, ada banyak banyak banyak lagi berita gumbira, Alhamdulillah.

Dah lama cari.
Dah lama simpan.
Sudut snap Idaman..
Dulu ingat xdapat nak cari OP yang pro...
Jadi, simpan2 la wat panduan.Kot2 bo jadi kenyataan.

Memandangkan sekarang dah dapat cari OP, yang pro... Nak tunjuk gak sebagai kenangan2 research yang penah dibuat, chewwah.
Tapi perlu diketahui saya pakai braces..tentu senyum xcantekkkkkkkkk, ~sobsobsob~

Camna ya, harap dapat adjuz dan beri tunjuk ajar..
Aik, ada ke OP tunjuk ajar pengantin macamana nak senyum??? ~ngeee~

Apa2pun serah pada OP di hari majlis nanti. Harap OP selesa dengan keadaan rumah kenduri yang xseberapa.. Dan pengantin yang xberapa CumiL ni ~teeet~









































Tapi semua ni untuk tatapan semua Pengantin.
Jangan OP saya terganggu lak, tengok gambar2 ni..
Wat la sekreatif yang ada besa buat, yek..
Kami OK ja..
Mana part yang wajib nanti, kami nak request...
Especially, yang ni...
Sarang nhe.........
Hehe, ada 1 lg yang WakSabar janji nak buat untuk memenuhi request saya.
Upah untuk susah payah prepare untuk kawen.. 
Yes, I Like!

dan yang terakhir, seharusnya OP saya merakankam semua DIY projek yang ada di sekitar majlis.
Harap sangat ada kenangan dalam album nanti selain dalam blog ni..

OK, nak balik sudaa..
Sebelum tu, nak kena pi klinik gigi dlu, nak tukar braces baru..
I want pink pink pink colour ha, doctor...
Tatatata..........

Daisypath Anniversary tickers