Search This Blog

Showing posts with label Petua Orang Tua. Show all posts
Showing posts with label Petua Orang Tua. Show all posts

Friday, 22 July 2016

PETUA : Mengatasi kanser melalui Pemakanan

Perkongsian melalui hebahan WA.
Dah lama dah hebahan ni..
ni baru teringat nak letak di blog..
Sebab saya pun dah/nak mula amalkan tips2 dan makanan yang mampu dimakan...

Terima kasih pada si empunya yang rajin menaip semula dari perkongsian rancangan Prof Muhaya.com, di TV Alhijrah...
*sendiri pun tak pernah tengok live lagi rancangan ni, hari apa, jam berapa ek?

Memang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam urusan pemakanan seharian kita..

Menurutnya, kanser berpunca daripada kurangnya makan sayur dan buah. *aiyak, saya memang jrg beli sayur2 daun hijau, huhu*

Tips Mengatasi Kanser Banyakkan: 
G – Greens 
B – Berries 
O – Onions 
M – Mushroom 
S – Seeds

Dalam rancangannya, Prof Muhaya menerima tetamu undangan yang menghidapi kanser tahap empat. Selepas didiagnos, pesakit tersebut koma selama tiga hari. Pesakit kembali sihat setelah mengamalkan makan habatus sauda, air zam-zam, air lemon dan buah berries seperti anggur, kurma dan lain-lain. 
Dia lebih sihat selepas kerap mengamalkan makanan semulajadi. Ujar pesakit tersebut, dia tidak perlu menjalankan perubatan seperti kimoterapi tetapi mengamalkan pemakanan yang sihat dan semulajadi. 
Oleh itu, sel kansernya tidak berkembang. Makanan segera, daging, sup tulang, air bikarbonat dan kurang makan buah dan sayur akan memudahkan serangan kanser. 

Senarai sayur-sayuran yang membantu mencegah kanser: 


  • 98.7% – ubi keledek kukus 
  • 94.4% – ubi keledek mentah 
  • 93.9% – asparagus 
  • 82.8% – kubis bunga 
  • 91.4% – kubis 
  • 90.8% – brokoli 
  • 83.7% – daun saderi 
  • 74.0% – kulit terung 
  • 55.5% – lada benggala 
  • 46.5% – lobak merah 
  • 37.6% – bunga lili kering 
  • 35.4% – kubis cina 
  • 34.7% – kailan 
  • 32.9% – sawi 
  • 29.8% – mizuna/sawi Jepun 
  • 23.8% – tomato

Saya rasa, kalau nak tau makanan apa yang berkhasiat dimakan, cuba tengok yang chef2 omputih masak tu..
kebanyakan makanan seperti minyak zaitun, lemon, berries, lada hitam, cili benggala, tomato, asparagus, selalu ada dalam masakan diorang..kan???


Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser. 
Adoi, sedapnya keledek ungu ni...
skg tgh offer lg kt Giant, RM6.99/kg..
rasa nak beli lg la.. nak tunggu hasil dari kebun sendiri, lambat lagi, entah jadi ke tidak ubinya...
enak manisnya memang sukar untuk dilupakan, ehemmm..

Maklumat Penting! 

  1. Kerap makan tengah malam boleh meningkatkan peluang menghidapi kanser perut 
  2. Kurangkan protein dalam hidangan
  3. Elakkan protein; gula adalah baja untuk kanser
  4. Banyakkan minum air putih.
  5. Jangan makan lebih empat biji telur seminggu 
  6. Punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut. 
  7. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
  8. Jangan minum teh ketika tempoh haid 
  9. Kurangkan pengambilan susu soya atau tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya. 
  10. Elakkan makan tomato dengan perut kosong. Tomato yang dimasak memiliki daya penyembuh berbanding tomato mentah.
  11. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
  12. Tidak makan tiga jam sebelum waktu tidur. 
  13. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi dan boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi 
  14. Elakkan makan roti bakar ketika masih panas (selepas keluar dari pembakar roti) 
  15. Jangan cas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur 
  16. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing 
  17. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam. 
  18. Jangan minum lebih daripada dua cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
  19. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa lima hingga tujuh jam untuk dicerna dan membuatkan anda cepat letih 
  20. Kurangkan makan selepas lima petang
  21. Tidur kurang daripada lapan jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan awet muda.


Antara makanan yang membuatkan anda segar adalah:
  • Ikan laut dalam
  • Pisang
  • Limau gedang
  • Roti mil penuh
  • Bayam
  • Bawang putih
  • Labu
  • Susu rendah lemak
  • Ayam
  • Ceri

Air lemon panas boleh mencegah kanser, mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama. Air lemon panas juga boleh membunuh sel kanser, mencegah darah beku dan mengawal pertumbuhan kanser tumor. Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C dan tiada pencegah kanser. Tambahkan air panas dengan dua atau tiga hirisan lemon. Jadikannya minuman harian. Tidak perlu ditambah gula.

Baru bermula minum air lemon..
patut la orang cadangkan minum lemon panas tanpa gula, sedap rupanya..
kalau air tu dah sejuk, terasa masamnya susah nak telan..
kalau panas, memang boleh minum macam air kosong je..
Sungguh, ce la try minum, sedap!
offer RM1.29/pcs di Giant.. [eh eh sikit2 giant, saya bukan promoter ye..just nak kabo yang murah2, bo la pi beli]

Hahaha, babai....
*baru nak up mood nak menulis balik, aiseh...




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Monday, 7 March 2016

RESEPI : Sambal Nasi Lemak yang Sedap

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share [simpan] resepi kuah sambal nasi lemak yang sedap bagi saya setakat ini...


Mesti ramai dah perasan dengan gambar dan nama si pemilik resepi ni..
saya pun tak la follow selalu group MAHN tu..
masa ni enSuami yang send by message di FB tentang resepi ni...

So saya pun tengok la satu persatu...
macam menarik je...
banyak benda baru yang saya tak tahu...

Bila dah jumpa resepi, berkobar2 la pula nak cuba masak...
makanya terhasillah cubaan pertama...
Kedua...
dan ketiga...
ni baru nak letak kat blog..

Sebab senang sikit nak tengok...
kalau buka FB guna hphone, alahai lembabnya lah...
xtau la klu hphone sy xcanggih atau internet slow ke..
tp memang jarang sangat buka FB lebih2 lagi guna hphone...

Ok, moh la kita tengok resepi...
Semua gambar step by step, saya amek dari FB, yang Sis Noorastella upload...
melainkan yang ada cop nama saya, yang tu saya punya...
saya xciplak gambar orang..
sumber telah dinyatakan...
Mana yang nak tengok original, boleh klik link ni...


Mula sekali, cili kering...
macam Sis ni, dia berniaga jual nasi lemak, jadi banyak la cili dia guna sekali masak..
katanya 200 bungkus nasi lemak setiap hari...

Kalau masak di rumah, selalu saya beli yang biasa, jenis kerinting tu...
ada satu kedai tu kalau jual lebih dari satu jenis, dia akan tulis, PEDAS, KURANG PEDAS.
boleh bersihkan dulu, dari habuk2 guni, tanah atau sebagainya...
kemudian gunting halus2....
[untuk cepatkan cili masak, dan buang biji cili yang terlalu banyak]


Pastu masuk kuali, letak air separas cili atau lebih sikit, tambahkan minyak masak, 1 senduk.
Sentiasa kacau supaya cili tu masak sekata...
masak sehingga cili tu kembang...
tu tandanya cili tu dah masak dan lembut.


Lepas cili dah kembang, boleh toskan dalam penapis..
lalukan air ke atas cili, sambil gaul2 dengan senduk [supaya tangan tak pijar]
Kisar cili tu sehingga halus tanpa kelihatan biji cili..
kalau nak tambah sikit minyak pun boleh..
orang kata kalau ada minyak membantu cili kering dikisar lumat...


Seterusnya nak buat bahan tumis pula..
ini part yang paling best..
masa ni la tips/rahsia sambal sedap...
letak kunyit, serai n serbuk cili..
benda baru bagi saya..
kalau nak buat sambal ayam/ ayam masak merah, ada la kan letak halia.. serai pun ketuk asing je..
Bahan2 ni, macam nak buat asam pedas, cuma bunga kantan n daun kesum je tak ada, hihi...


Semua bahan2 tadi, hiris halus-halus..
mudah nak kisar nanti...
cepat sikit dia lumat n halus...
belacan kena layur/bakar dulu atas api...


Tips seterusnya blend bahan2 tumis ni, guna minyak, bukan air!
letak minyak setinggi paras bahan2..


Kemudian letak sekali serbuk cili...
Serbuk cili ni gunanya untuk memantapkan warna dan rasa pada sambal..
kisar sehingga halus juga...


Kemudian bila nak mula tumis...
Ada tips lagi...
guna minyak gorengan ikan bilis untuk menumis sambal..
tak perlu banyak, cukup sekadar sepiring cawan teh tu...


Masak bahan tumis yang dikisar tadi sehingga pecah minyak..
Letakkan beberapa ikat daun pandan...
untuk menambahkan aroma pada sambal..
tapi serius, memang jadi wangi n sedap sambal kita...


Lepas bahan tumis dah terbit minyak, masukkan cili kisar tadi...
Ambil asam jawa [banyak mana ikut kuantiti sambal] ramas/cairkan dalam semangkuk air masak..
Tuang air tapisan asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula..
Katanya sambal yang sedap, mesti pedas2 manis..
Ikut selera masing2 lah ye..
Saya pun setuju juga dengan definisi pedas2 manis tu, heee...


Hasil sambal selepas siap dimasak.
sambal yang direneh/dimasak lama, akan merah kegelapan dan berkilat macam gambar atas ni..
lagi lama masak, lagi gelap hasilnya..
lagi lama masak, lagi tahan lama jangka hayatnya [daripada basi]
Sis ni masak 3-4 jam..
Sebab kuantiti pun banyak..
Kalau sambal nampak kering, boleh tambah air sepanjang proses memasak, sehingga kita betul2 puas hati dengan sambal yang kita nak...


Ini hasil sambal yang saya masak baru2 ni, hari Rabu lepas..
memang sengaja buat banyak..
nak buat bekal balik kampung cuti sek ni..
plannya nak masak nasi lemak sarapan di sana..
masak sesiap, sejuk bekukan...
Sampai sana nanti, boleh panaskan saja..


Sambil buat sambal, buat juga inti karipap...
2kg kentang, sekali harung...
nak buat bekal balik juga, yeh...
Jar air tu, ready je di tengah2...
nak tambah masuk mana2 periuk yang kering, selagi tak betul2 masak, selagi tu tambah air...


Perasan tak beza, masa tumis kaler oren2, bila dah siap masak, merah gelap...
saya masak dalam 1 jam setengah gitu...
tu pun dah melantun2 terpercik sambal tu...
konon masak guna periuk, ada penutupnya..
tapi guna sekejap je, sebab nak kena kacau kerap, supaya tak berkerak di bawah...
nak rasa2 lagi...sedap sangat...
kenyang makan sambal masa dok masak tu lagi, hahaha...

Selain makan dengan nasi lemak...
boleh juga makan dengan lempeng kosong/lempeng manis tu...


Makan lempeng ni, cicah dengan sambal, letak sikit ikan bilis goreng dalam tu...
fuh makan senyap2 sorang, sedar2 pinggan hidang dah licin...
masa ni makan berdua dengan Hafni, masa sarapan...
enSuami tak ada pergi sekolah awal...


Pastu makan dengan roti arab...pun OK
Makan dengan roti paratha, dengan kuah dhal, letak sambal sikit...pun OK juga...


Ermm sedap la sangat baq hang..
rasa seronok sangat dapat masak sambal nasi lemak sedap macam orang jual tu..

Hari tu nak balik dari rumah mertua, minta enSuami amekkan daun pisang sikit..
lupa pula nak cakap, amek satu pelepah saje...
sekali dia amek, sampai satu plastik penuh, macam satu pokok daun pisang dia amek...
Hah, banyaknya amek...
Tau enSuami saya jawab apa, kata nak berniaga nasi lemak...????

Wakakakaka, perli nampak..
nak masak, boleh aja..
tapi sapa yang nak juai????
Emmmmmmm...lalalalalala..
Selamat mencuba...




IKLAN: 


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#0193330382

Wednesday, 8 April 2015

PETUA : Penjagaan Diri dan Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus

(Drp Ustaz Syahidan KUIS)


🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.

🌱Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.

🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

🌱Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

🌱 Elakkan duduk di pintu.

🌱 Selalu2 baca surah Al~Baqarah.

🌱Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

p/s : WhatsApp msg...

Friday, 27 March 2015

PETUA : Doa Basuh Beras dan Manfaat Minum Air....


Assalamualaikum
haihaihai...

Bukan nak berpetua sangat pun..
just nak kongsi je softcopy imej yang saya buat untuk frame kaki dalam entri lepas...

Siapa yang nak, dipersilakan ambil...
design biasa2 ja...

Imej Asal...




Info Asal....

Minum air lepas bangun tidur tu memang best.
masa sek men, ada cikgu bagitau. minum air sejurus bangun dari tidur, [dengan mulut tak basuh lagi] boleh jadi awet muda.
dan ada seorang Ustaz dalam ceramahya kata, kalau lepas minum air ni, kalau tak buang air besar, paling koman, air kecil pun conpem buang...

dan memang sahih la, itu la yang saya amalkan dari sekolah menengah...
awet muda??? xtau la nak kata. asalkan umur hidup ni berkat dan dirahmati pun dah cukup.
awet muda dengan air wuduk pun ada juga orang sebut, kan...
[InshaAllah]

kalau bab membuang ni, memang tak dinafikan lah... lepas je habis sarapan, tak menyempat dah nak masuk tandas, nak membuang punya pasal.

Cuba la amalkan...
minum air banyak, membuang pun banyak.
bila in dan out seimbang, baru la dapat badan ideal...
[InshaAllah]



Imej Asal....



Yang ni saja je tambah....
kot ada yang nak...

Semua boleh google je...
tengok idea orang..
kita tukar ikut selera sendiri...

Macam mana tergeraknya hati saya nak buat dekorasi ni diinspirasikan dari blog Eta..
dan kalau seterusnya mengilhamkan orang lain untuk buat juga [benda baik, kan] apa salahnya...

kata, Sharing is Caring, hehehe...

Saturday, 8 November 2014

PETUA : Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat

Entri sebelum tentang
Petua Mendapat Anak Perempuan/Anak Lelaki.
SILA KLIK SINI

Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh

Hari ini, 8 November 1944 adalah hari kelahiran ayah saya yang tidak kesampaian disambut pada tahun ini, kerana ayah saya telah kembali menemui Ilahi pada 3 September 2014 yang lalu.

Kepada semua bekas anak murid ayah saya, yang masih ingat, ayah saya pernah bertugas di Al-Masyhoor Perempuan Pulau Pinang, SMK Dato' Syed Omar dan SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah.
Al-Fatihah untuk arwah ayah saya Ustaz Ahmad bin Saad.

Sempena ulangtahun ini, saya ingin kongsikan satu lagi ilmu yang ayah saya pernah ceritakan kepada saya selain petua untuk anak lelaki dan perempuan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Dalam entri lepas, saya belum kongsikan kerana saya tidak mengetahui makna sepenuhnya tentang doa tersebut, memandangkan ada sesetengah orang mahu mengetahui makna doa tersebut sebelum mengamalkannya.

Sejak dari perkongsian ilmu anak lelaki perempuan tersebut, saya menerima beberapa emel yang mahukan petua untuk mendapatkan zuriat. Melalui emel ini, saya berkongsi dengan pembaca tentang doa dan ikhtiar tersebut.

Setelah sekian kali, saya sedar betapa ramai lagi pasangan yang belum memperoleh zuriat walaupun telah lama berkahwin.

Kali ini, saya mengambil keputusan untuk berkongsi secara terbuka untuk memudahkan semua orang yang memerlukannya tapi kalau ditanya tentang maknanya, saya tak dapat nak jawab.

Masa awal-awal dulu tak terfikir pula, nak tulis bersama maknanya. Apabila ada seseorang bertanya, baru saya tersedar. Masa tu, ayah saya sudah tidak boleh membaca, dan dia hanya boleh terjemah mengikut perkataan demi perkataan. Memang tak sempurna maksudnya.

Kaedah ini adalah suami isteri (kedua-duanya, salah seorang saja, tak boleh ye) perlu berpuasa selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali nak berbuka puasa, bila saja azan berkumandang, baca dulu doa di bawah ni sebanyak 21x. Baru boleh makan dan minum selepas baca doa. Doa tersebut yang no.1 tu.


"Wa ya ba ri ul anfa si qad bitta mub ri u bi kassaqma 'anni ya musawwiru zauwila. 21X"



Cara ini adalah salah satu ikhtiar daripada dua ilmu yang ayah saya ada. Satu lagi cara adalah dengan meminum air kelapa muda sulung yang telah dibacakan doa tertentu. Namun, saya sendiri tidak tahu mengenai doa tersebut. Kerana masa itu, ayah yang masih sihat, menyuruh saya memberitahu pasangan tersebut menemui ayah saya sendiri. Tak terfikir la pula, kalau ayah tak ada, nak jumpa siapa, huahua... Memang tak dapat la nak tolong untuk kaedah ni. Saya belum cukup gigih nak selongkar setiap buku ilmu yang ayah saya ada kat rumah. Ampun la, tak sempat lagi.

Dari pengalaman ayah saya yang berubat orang, memang lain2 kaedah mengubat yang berkesan. Ada yang berjaya dengan air kelapa, ada yang berjaya dengan puasa. Selalunya ayah saya akan cadangkan untuk berpuasa terlebih dahulu. Kalau tak berjaya, baru cari air kelapa. Air kelapa ni pun susah juga nak dapat.

Dan ilmu yang nombor tiga tu, adalah bacaan untuk pelbagai penyakit ringan. Maksudnya, kalau kita ada sakit gigi, sakit perut, baby baru lahir demam kuning, ada penyakit penat. Ambil sebotol air masak (kalau ada air zamzam, boleh campur sikit, banyak lagi bagus) bacakan surah AlFatihah 17x, Surah AlIkhlas 17x, dan Ayat Kursi 17x pada air masak tadi. Kira macam hembusan dan suara bacaan kita, kena pada air tu. Secara saintifiknya, air yang dibacakan ayat suci AlQuran akan berubah corak molekul air tersebut. Saya pernah tengok dalam seminar. Paling cantik molekul air zamzam! SubhanAllah.

Untuk sakit macam ni, minum 2x sehari waktu pagi dan petang. Kalau air dah nak habis, boleh tambah saja air baru, tapi jangan sampai habis langsung. Kerana molekul air yang ada boleh bergabung dengan air yang baru untuk khasiat yang sama. Kalau habis langsung kena baca semula la bacaan tadi. Minum berterusan sehingga rasa diri dah sembuh dari sakit tersebut. Selalunya dalam masa 2 minggu in shaa Allah boleh sembuh.

Bacaan ni juga, saya pernah buat untuk seorang pakcik ni sakit penat. Masa tu saya menemani ayah saya semasa dia sakit di hospital. Pakcik ni berkongsi bilik dengan ayah saya. Dia selalu batuk2 dan sesak2 nafas. Bila ayah saya sedar keadaan tu, ayah menyuruh saya membuat air ubat ini untuk pakcik tersebut. Alhamdulillah dia dah tak batuk2 lagi selepas 2x minum air ubat ini.

Air ubat ini pun sesuai untuk lelaki yang akan melafaz akad nikah. Saya pun pernah buat juga untuk enSuami, masa nak akad dulu. Tak tau la dia minum ke tak, huhu. Tapi yang pengalaman abang no.2 saya, orang sebelum dia nak nikah tu, sampai 3x akad, tak lulus juga. Ketaq punya pasai la tu. Sampai tok kadi suruh rehat dulu. Bagi reda darah gemuruh. Bila abang saya mula, sekali lafaz je, jalan. 

Ayah saya dah buat siap suruh Abang saya minum sebelum ke masjid. Tapi masa turn saya nak nikah, ayah saya suruh saya buat sendiri, untuk enSuami. Baru saya tau gemuruh tu macam mana, semasa salam selepas sah akad nikah tu, tangan enSuami sejuk bukan main macam duduk dalam aircond sorang-sorang, walhal kat masjid tu pasang kipas ja. Kesian kan, beban tanggungjawab dah beralih ke bahu seorang lelaki bernama suami. (^_~)

Air ubat ni juga boleh diminum untuk kita yang nak bersalin. Selalu orang cakap, air selusuh ni minum bila dah pecah air ketuban atau dah masuk labor room. Ayah saya pesan, bila dah di hujung kandungan, buat siap2 air ini, sentiasa bawa dalam beg tangan. Kalau dah mula rasa sakit nak bersalin, boleh terus minum. In shaa Allah, memang mudah saja masa bersalin tu.

Saya tak ada pengalaman rasa sakit nak bersalin. Sebab induce. Bila dah masuk labor room baru teringat nak minum, hehe... Nak kata mudah, tak tahu lah. Rasanya ada lagi orang lain yang lebih mudah.

Kalau demam, boleh baca AlFatihah 40x pada air minum. Selalu buat dalam jag, sebab banyak nak guna. Selain minum, air tu boleh sapu ke seluruh badan bermula dari kepala turun ke kaki. Sehari 2x juga buat, sehingga sembuh. Seingat saya masa kecil dulu, tak ada can saya nak ponteng sekolah sebab sakit. Selalu petang demam, malam tu ayah saya buat air ubat, sapu satu badan. Esok dah lega dah, dah boleh pi sekolah. tak dapat la nak cuti2. Dan saya dah terbiasa dengan air ubat ayah saya, sampaikan nak makan ubat biji pun, saya tak reti nak telan. Memang jarang ke klinik atau makan ubat chemical.

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa ilmu yang dikongsi. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk semua. Mohon disedekahkan AlFatihah untuk arwah ayah Ahmad bin Saad, untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Walaupun bukan ayah saya sendiri yang bercerita di sini, in shaa Allah manfaat ilmunya sama seperti yang saya dapat.

Wallahualam.

Entri sebelum tentang
Petua Mendapat Anak Perempuan/Anak Lelaki.
SILA KLIK SINI

Wednesday, 19 March 2014

PETUA : Cara untuk dapatkan anak Lelaki, anak Perempuan

UPDATE:
Entri susulan selepas entri ini...
Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
SILA KLIK SINI

Assalamualaikum

Ada yang terkejut kah baca tajuk tadi, heee

Dah lama nak kongsi, tapi masa lama2 dulu, saya belum mengandung lagi [mungkin sebab PJJ kah?]
nak kongsi pun macam tak syok sangat.
nanti orang persoal lak, dia pun tak pregnant lagi kan, huahua....

Alhamdulillah lepas 6 bulan ni teringat lak pasal topik ni asbab sekarang berada di kampung, menghadap ayah setiap hari, teringat la plak pasal ilmu ni....
lagipun ada beberapa kawan blogger yang belum dapat rezeki anak, saya harap perkongsian ini boleh membantu anda untuk merancang.

Ilmu ni ayah saya yang cerita.
kalau tak silap, dia jumpa semasa belajar di Al-Azhar dulu.
suka sangat baca buku2 perubatan Islam, jadi terjumpalah ilmu ni.

Ilmu ni asalnya diteorikan oleh saintis Islam, kemudian dicilok oleh saintis barat.
saya dari dulu tak paham teori kitaran haid dalam subjek Biologi.
sampaikan budak2 laki kata, apa la pompuan ni, haid dia pun tak paham...

Amboi laser betul laki tu, dia juz baca dan hafal.
dah tentu lah saya yang mengalaminya sendiri, saya tak boleh terima teori tu...
memang agak mengelirukan dan sukar untuk diterima dan dipercayai.
saintis Barat konon nak buat teori tu asal dari ilmu dia, dia pun ubah lah sikit dari teori asal.
kalau barat, nak kira kesuburan mula dari hari pertama haid kan?
tapi dalam teori Islam, mula dari hari pertama kita bersih dari haid.

Okey, semua boleh tengok rajah di bawah ni...
harap semua boleh baca Jawi...
ilmu ni saya taip masa mengajar kat SERI ABIM Manjung.
kebetulan ada jawi, boleh lah taip.
tapi first time punya, terkial2 taip.
sekarang baru perasan kenapa 'pa' jadi 'fa' aja.... [mungkin installer arabic bukan jawi]
harap semua faham.
ok usha2 dulu ekkkk


Pertama sekali baca rajah dari kanan.
Saya ada tulis HAID
OK, katakan datang haid, tak kira berapa hari pun [mungkin sesuai untuk haid yang normal antara 4-15hari, sekali sebulan]
selepas tu katakan kita dah bersih pada hari ini jam 9pagi. tunggu sehingga jam 9pagi keesokannya baru dikira 1 hari atau hari pertama bersih haid.
jadi, terus kira sehingga hari ke-9.
bila dah sampai hari ke-9, 10 dan 11, sekiranya ada berlaku persenyawaan, kemungkinan rezeki boleh dapat anak perempuan.
bila masuk hari ke-12, peluang ada 50-50 untuk dapat anak lelaki atau anak perempuan.
dan untuk hari ke-13, 14 dan 15, adalah peluang untuk dapat anak lelaki.
selepas hari ke-15, tiada lagi tempoh kesuburan.
maksudnya, kalau belajar sains dulu, ovum telah berpecah dan menjadi korpus leteum, dan bersedia untuk keluar sebagai haid.

Ok, macamana teori ni diaplikasi?
kena tahu, ciri sperma ini.
diketahui, sperma yang membawa jantina Lelaki atau dipanggil gen-Y adalah sangat aktif.
dan bila dia terlalu aktif, tenaganya cepat habis dan dikatakan hanya mampu hidup untuk seminggu pertama di dalam rahim wanita.
walhal ovum masih jauh di dalam kawasan tiub follopio [ejaannya macam salah je, dah lama tinggal Bio, kuikui]
jadi sperma-Y tidak sempat menemui ovum, jadi peluang cerah kepada sperma gen-X iaitu perempuan yang bergerak lemah dari awal tetapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan bersedia untuk bersenyawa dengan ovum.

Sebab tu ayah saya cakap, nak dapat anak perempuan senang jee..
kiranya bila isteri dah bersih dari haid, suamisteri boleh terus ehem ehem...
untung ada rezeki, boleh dapat anak perempuan.
kalau yang lelaki susah sikit, sebab si suami kena sabar.
Sabar tu maksudnya kena delay dalam 12 hari hampir 2 minggu lah kan, selepas isteri bersih dari haid baru boleh ehem ehem...

Ayah saya juga suka untuk sarankan supaya anak sulung, biarlah anak lelaki.
katanya boleh bantu mak ayah untuk jaga adik-adik.
maksudnya nak pikul tanggungjawab sebagai anak/abang sulung tu kan besar tanggungjawabnya.
selepas tu, bila dah anak sulung lelaki, anak kedua pun eloklah lelaki, supaya mereka ada kawan untuk bermain.
kan anak lelaki macam lasak2 sikit, main tembak2, tumbuk2, guling2, lawan lumba kereta ke...
jadi mainan tu xda la macam ragam sangat, boleh kongsi2 sebab kecenderungan sama. mak bapak pun boleh jimat sikit beli mainan [iye ke?]
lepas tu, kalau yang ketiga nak anak perempuan baru OK, yang keempat pun perempuan. baru ada geng nak main masak2 ke, main anak patung ke kannnnnnn?
Dah tu, kenapa awak anak sulung perempuan????
itu nanti saya cerita lain kali, kikiki...

Oh ya, kalau ada yang dah lama kawen dalam 3tahun ke atas, masih belum dikurniakan cahaya mata, saya ada doa untuk suamisteri amalkan.
kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan emel untuk saya kongsikan.
buat masa ni, saya nak cari semula maksud ayat tu.
tak dapat nak attach kat sini.
kalau ada apa2 soalan, boleh tanya saya, saya cuba mana yang boleh insyaAllah.
nak emel saya pun boleh islamorangputih@gmail.com
OK semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat untuk semua.

UPDATE:
Entri susulan selepas entri ini...
Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
SILA KLIK SINI


Daisypath Anniversary tickers