Wednesday, 19 March 2014

PETUA : Cara untuk dapatkan anak Lelaki, anak Perempuan

UPDATE:
Entri susulan selepas entri ini...
Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
SILA KLIK SINI

Assalamualaikum

Ada yang terkejut kah baca tajuk tadi, heee

Dah lama nak kongsi, tapi masa lama2 dulu, saya belum mengandung lagi [mungkin sebab PJJ kah?]
nak kongsi pun macam tak syok sangat.
nanti orang persoal lak, dia pun tak pregnant lagi kan, huahua....

Alhamdulillah lepas 6 bulan ni teringat lak pasal topik ni asbab sekarang berada di kampung, menghadap ayah setiap hari, teringat la plak pasal ilmu ni....
lagipun ada beberapa kawan blogger yang belum dapat rezeki anak, saya harap perkongsian ini boleh membantu anda untuk merancang.

Ilmu ni ayah saya yang cerita.
kalau tak silap, dia jumpa semasa belajar di Al-Azhar dulu.
suka sangat baca buku2 perubatan Islam, jadi terjumpalah ilmu ni.

Ilmu ni asalnya diteorikan oleh saintis Islam, kemudian dicilok oleh saintis barat.
saya dari dulu tak paham teori kitaran haid dalam subjek Biologi.
sampaikan budak2 laki kata, apa la pompuan ni, haid dia pun tak paham...

Amboi laser betul laki tu, dia juz baca dan hafal.
dah tentu lah saya yang mengalaminya sendiri, saya tak boleh terima teori tu...
memang agak mengelirukan dan sukar untuk diterima dan dipercayai.
saintis Barat konon nak buat teori tu asal dari ilmu dia, dia pun ubah lah sikit dari teori asal.
kalau barat, nak kira kesuburan mula dari hari pertama haid kan?
tapi dalam teori Islam, mula dari hari pertama kita bersih dari haid.

Okey, semua boleh tengok rajah di bawah ni...
harap semua boleh baca Jawi...
ilmu ni saya taip masa mengajar kat SERI ABIM Manjung.
kebetulan ada jawi, boleh lah taip.
tapi first time punya, terkial2 taip.
sekarang baru perasan kenapa 'pa' jadi 'fa' aja.... [mungkin installer arabic bukan jawi]
harap semua faham.
ok usha2 dulu ekkkk


Pertama sekali baca rajah dari kanan.
Saya ada tulis HAID
OK, katakan datang haid, tak kira berapa hari pun [mungkin sesuai untuk haid yang normal antara 4-15hari, sekali sebulan]
selepas tu katakan kita dah bersih pada hari ini jam 9pagi. tunggu sehingga jam 9pagi keesokannya baru dikira 1 hari atau hari pertama bersih haid.
jadi, terus kira sehingga hari ke-9.
bila dah sampai hari ke-9, 10 dan 11, sekiranya ada berlaku persenyawaan, kemungkinan rezeki boleh dapat anak perempuan.
bila masuk hari ke-12, peluang ada 50-50 untuk dapat anak lelaki atau anak perempuan.
dan untuk hari ke-13, 14 dan 15, adalah peluang untuk dapat anak lelaki.
selepas hari ke-15, tiada lagi tempoh kesuburan.
maksudnya, kalau belajar sains dulu, ovum telah berpecah dan menjadi korpus leteum, dan bersedia untuk keluar sebagai haid.

Ok, macamana teori ni diaplikasi?
kena tahu, ciri sperma ini.
diketahui, sperma yang membawa jantina Lelaki atau dipanggil gen-Y adalah sangat aktif.
dan bila dia terlalu aktif, tenaganya cepat habis dan dikatakan hanya mampu hidup untuk seminggu pertama di dalam rahim wanita.
walhal ovum masih jauh di dalam kawasan tiub follopio [ejaannya macam salah je, dah lama tinggal Bio, kuikui]
jadi sperma-Y tidak sempat menemui ovum, jadi peluang cerah kepada sperma gen-X iaitu perempuan yang bergerak lemah dari awal tetapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan bersedia untuk bersenyawa dengan ovum.

Sebab tu ayah saya cakap, nak dapat anak perempuan senang jee..
kiranya bila isteri dah bersih dari haid, suamisteri boleh terus ehem ehem...
untung ada rezeki, boleh dapat anak perempuan.
kalau yang lelaki susah sikit, sebab si suami kena sabar.
Sabar tu maksudnya kena delay dalam 12 hari hampir 2 minggu lah kan, selepas isteri bersih dari haid baru boleh ehem ehem...

Ayah saya juga suka untuk sarankan supaya anak sulung, biarlah anak lelaki.
katanya boleh bantu mak ayah untuk jaga adik-adik.
maksudnya nak pikul tanggungjawab sebagai anak/abang sulung tu kan besar tanggungjawabnya.
selepas tu, bila dah anak sulung lelaki, anak kedua pun eloklah lelaki, supaya mereka ada kawan untuk bermain.
kan anak lelaki macam lasak2 sikit, main tembak2, tumbuk2, guling2, lawan lumba kereta ke...
jadi mainan tu xda la macam ragam sangat, boleh kongsi2 sebab kecenderungan sama. mak bapak pun boleh jimat sikit beli mainan [iye ke?]
lepas tu, kalau yang ketiga nak anak perempuan baru OK, yang keempat pun perempuan. baru ada geng nak main masak2 ke, main anak patung ke kannnnnnn?
Dah tu, kenapa awak anak sulung perempuan????
itu nanti saya cerita lain kali, kikiki...

Oh ya, kalau ada yang dah lama kawen dalam 3tahun ke atas, masih belum dikurniakan cahaya mata, saya ada doa untuk suamisteri amalkan.
kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan emel untuk saya kongsikan.
buat masa ni, saya nak cari semula maksud ayat tu.
tak dapat nak attach kat sini.
kalau ada apa2 soalan, boleh tanya saya, saya cuba mana yang boleh insyaAllah.
nak emel saya pun boleh islamorangputih@gmail.com
OK semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat untuk semua.

UPDATE:
Entri susulan selepas entri ini...
Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
SILA KLIK SINI


46 comments:

  1. saya try juga utk 3rd baby.. petua2 dan last doa.. 1st baby, xda usaha apa2, dpt baby boy. 2nd pun sama, tak usaha apa2 sebab baby 1st meninggal. then dpt bby girl. now mencuba utk baby ke 3. tapi kita hanya merancang, semuanya terserah pada Dia..

    ReplyDelete
  2. haaa, la kak yah.
    lupa nak taip, td kalut2 nak publish.
    semua tu kena doa dan takdir dr Allah.
    tp ni ikhtiar je, bagi yang belum ada cahaya mata.
    point kt sini nak ajar kira waktu subur kita, ramai lagi isteri2 yang tak pasti waktu subur bila.

    kalau dah tau waktu subur, boleh juga untuk merancang jarak kehamilan. selamatkan diri daripada ambil apa2 ubat perancang yang mungkin ada kesan sampingan.

    kita mencegah cara natural je, hee.

    ReplyDelete
  3. 1st girl..2nd boy. nak girl pula yg 3rd ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga ada berita baik xlama lg, Amin.

      Delete
  4. Salam kak.
    .trima kasih ats perkongsian...hehe..sy newly wedd ..pnah baca gaks pasal time subur...tp xbrapa nk paham..ni baca akak pnye wall mmbantu sgt..trima kasih byk2 kak...klo ky nk tanya sal doa tu gaks bley ke?^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara ni senang lagi nak faham kan...
      Alhamdulillah, semoga bermanfaat perkongsian ni..

      Delete
  5. Boleh je, nanti emel akak ye,
    islamorangputih@gmail.com

    TQ..

    ReplyDelete
  6. In sya allah nak try cara dia, semua anak perempuan 4 orang.. :)

    ReplyDelete
  7. bagi yang haid sampai 15 hari, ada tak ikttiar lain nak dapat anak pmpuan selain doa...kiter mmg haid panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jgk boleh guna tips kesuburan yg sy kongsi wpun kitar haid panjang.
      Yg penting bila dah bersih dari haid, boleh mula kira hari Pertama sehingga hari ke-9 ye.
      Tempohnya sehgga hari ke-12 utk ank prmpuan.

      Delete
  8. as slm. mmg smuanyer Allah yg tentukan, tiada sape dpt pertikaikan...tp tips ni bape % yg berjaya kak? klu kira lps bersih haid, hari ke 12, 13, dan 14 tu bkn ke waktu subur dh abis...minta pencerahan ye kak. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kira lps bersih haid, kita ada masa 2 minggu utk subur. Jd 13,14,15 msh dlm tempoh subur.
      (Kira hari Pertama bersih bkn hr Pertama haid)
      Selepas 15 bru hbs waktu subur.
      Anggaran mgkin dlm 60%.
      InsyaAllah, usaha shgga berjaya.

      Delete
  9. assalam sis...rasa teruja plak baca entry sis ni...teringin nak bby girl plak utk second baby...dan akan cuba try kiraan mengikut islam plk (waktu subur)..tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, teruja ye..
      Alhamdulillah, semoga tercapai hasrat utk baby girl, Amin.

      Delete
  10. banyak tips yang bagus..suami pun perlu main peranan sama..tak boleh la nak harap sebelah pihak aje kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ye, suami kena tggu masa yg sesuai, baru boleh on.
      Hihi...

      Delete
  11. alhamdulillah dah dapat 2 pasang..tapi x selang bunga pon..syukur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pasang2 mcm tu, comel jugak kan...
      At least dh lengkap utk lelaki dan perempuan, utk 2 kali Bersalin.

      Saya pn dok bkira2 lg utk plan seterusnya, hihi.

      Delete
  12. tq sis atas info..sy pn tgh mencuba utk peknen yg ketiga..kalo bole nak girl..sbb dah ada 2 boy..hehhe

    ReplyDelete
  13. Sy dah de dua org boy..yg ktiga inshaaAllah nk usahakn girl..sbb tu sy nk rncang btul2 utk dptkn girl..tp lpstu klu dpt boy jgk,maka sy redho..jelas kuasa Allah..kita cma sbaik2 prncang..apepun smoga usaha kmi brjaya..amiin..thanks info kira ksuburan utk dptkn bby girl tu ye.inshaaAllah bleh try..#^_^#

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sis, sangat bagus info yang dikongsikan, lebih Islamic. kebanyakan info kat internet mngunakan kitaran bermula dari hari haid. Yang ni agak lain sikit. Sangat bermanfaat. Di tambah lagi dengan sedikit sejarah tentang saintis Islam. Insya Allah nak try dapatkn baby boy pulak. Syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      saya pun tumpang gembira ada ilmu yang bermanfaat untuk orang yang memerlukan.

      InsyaAllah, semoga hasrat tercapai utk baby boy. Amin.

      Delete
  15. Tq 4 da info...sblm ni baby gurl... kami tgh berusaha utk dptkn anak lelaki... doakan kami supaya dpt sepasang ...aminnnn

    ReplyDelete
  16. semangat baca info akak ni....mudah2an kami dapatlah baby boy pregnant kali ke3 ni...sbb saya tak plan nk pregnant lagi krn baby skrg bru 11bln..tp Allah beri rezeki awal pada kami..Alhamdulillah...wktu bersama aritu kira balik mmg hari ke14...akak doakan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mgkin ada hikmahnya utk aien sekeluarga.

      In Sha Allah. 3 bln ptama ni, bykkan bdoa. Tetapkan hati nak anak lelaki. Sehingga selamat bsalin.

      Semoga mendapat anak soleh, amin.

      Delete
  17. Assalam..terima kasih atas perkongsian..mmg klu bc teori kesuburan barat x fhm sgt..yg ni nmpk lbh relevan..inshaaAllah nk cuba untuk dptkan anak lelaki..skrg dh ada 3 org anak perempuan..:-)

    ReplyDelete
  18. Bagus juga info ni.saya tbaca lmn info akak ni.blh jg try nti.thanks for info

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum....terima kasih ats perkongsian ilmu ni...sgt2 membantu sy memahami waktu subur perempuan...in sha Allah, saya akan cuba aplikasikan untuk mendapatkan zuriat yg pertama...doakan sy dikurniakan zuriat yg soleh/solehah...bleh ke sy nk mintak doa utk amalan suami ister???...=)

    ReplyDelete
  20. terimakasih infonya, bermanfaat nambah2 ilmu :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum trikamasih atas infonnya sis.. syedah nikah 2 tahun blom dapat" lgi baby nk sangt" baby boy tpi blom dpt".. sblomni sye tk phm apatu masa subur

    ReplyDelete
  22. Mmg btul. Nk dpt girl mmg senang. Sy dah ada 4girl. Habis period mmg tak menyempat. Huhuhu... asik eksiden tak sempat nk plan. Semoga ada rezeki dpt boboi plk yg ke5. Amin

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..info yg sgt menarik,,doa2 utk sy dpt ank lelaki pula ye

    ReplyDelete
  24. Assalam, terima kasih atas info.
    Soalan sy sekiranya bersama sebelum hari ke 9 (hari ke 5 cthnya) sbb kalau ikut teori hari pertama period, ovulution time adalah 14hari sblm haid seterusnya, peluang utk hamil itu bagaimana?
    Kalau ikut teori islam ini, adakah itu waktu tidak subur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu tanya subur ke tak masa tu sy xtau la nk ckp mcmana..
      Sbb bila konsep 14hr sblm period seterusnya, kita tahu ke hr pertama period seterusnya jadi pd tarikh bila?
      Mesti xconfirm kan???

      Guna saja teori islam ini, yg lebih mudah dan realistik Untuk diterima.
      Kita mula kira dr perkara yg berlaku, bkn yg akn dtg.

      Hr ke9,10,11,12,13,14,15 selepas bersih dr haid adlh waktu subur.
      InShaaAllah.
      Wallahualam.

      Delete
  25. Saya bln 5 ni genapla setahun berkahwin...klu bole sharekn saya doa2 atau amalan untuk sy amalkn agr dikurniakan rezeki ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, boleh rujuk entri ni..
      sila klik link ye...
      saya dah kongsi sebelum ni...

      http://menggapaicintailahi.blogspot.com/2014/11/petua-ikhtiar-untuk-mendapatkan-zuriat.html

      Delete
  26. Assalamualaikum kak . Syukran jazilan info n penerangan nye. Alhamdulillah.. sebelum ni punyelh dok gune teori barat. Huhu.. harap2 lepas ni ade la rezki buat kami yg masih TTC ni.. aamin 😊😊😊😉😲😃😊:)

    ReplyDelete
  27. Kak.. ohon share ye kat kengkawan . Tvqm 😊

    ReplyDelete
  28. Sy dh btl kire wktu subur n potential utk dpt boy tggi..tp skrg pregnant 27weeks..doc scan tunjuk gurl..bkn rezeki sy nk dpt boy

    ReplyDelete
  29. as salam...sy nk tny,klu period sy 9@10hr
    mcmner nk kira waktu subur utk dptkn ank perempuan...
    mohon pencerahan..sy 2 org dh ada bby boy..t.ksh

    ReplyDelete
  30. waa tips menarik ni, saya 2 -2 orang anak perempuan , nanti boleh amalkan untuk dpt anak lelaki pulak ni,

    tapikan ada jugak yang period tidak teraturkan, kenkadang masalah tak tertatur ni pon salah satu sebab sukar dapat zuiat ni, baca selanjutnya di 10 sebab suami isteri tidak subur

    ReplyDelete
  31. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  32. Nice sharing..inshaAllah berusaha lebih kuat untuk dapatkan anak girl..hehe

    ReplyDelete
  33. InshaALLAH..cubaan pregy yg 3rd ni harap diberi rezeki baby girl..1 dan 2 dah hero..terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  34. Nk tanya blh..pm email..
    Jika mcm tu..
    Sebenarnya di kira dari hari pertama dtg bulan..atau hari pertama hbs dtg bulan..
    Tak fhm maksud kalender..
    Jika contoh 30 hari 1 kali dtg bulan
    Kiraan hari ke 14 dan hari ke 15 ka subur.

    Atau contoh dtg bulan 7 hari..
    Hari ke 8 tu bersih dr haid.
    Baru di kira hari 1 dan kira dari situ hgga
    Ke hari 13..masuk nyer itu dlm 30 hari adalah
    Hari ke 20 lah.. lg 10 hari sblm haid lah..
    Jika normal 30 hari stp bulan dtg bulan konsisten

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)