Hari ini, 8 November
1944 adalah hari kelahiran ayah saya yang tidak kesampaian disambut pada tahun
ini, kerana ayah saya telah kembali menemui Ilahi pada 3 September 2014 yang
lalu.
Kepada semua bekas anak
murid ayah saya, yang masih ingat, ayah saya pernah bertugas di Al-Masyhoor
Perempuan Pulau Pinang, SMK Dato' Syed Omar dan SMK Tun Sharifah Rodziah,
Kedah.
Al-Fatihah untuk arwah
ayah saya Ustaz Ahmad bin Saad.
Sempena ulangtahun ini,
saya ingin kongsikan satu lagi ilmu yang ayah saya pernah ceritakan kepada saya
selain petua untuk anak lelaki dan perempuan yang pernah saya ceritakan sebelum
ini.
Dalam entri lepas, saya
belum kongsikan kerana saya tidak mengetahui makna sepenuhnya tentang doa
tersebut, memandangkan ada sesetengah orang mahu mengetahui makna doa tersebut
sebelum mengamalkannya.
Sejak dari perkongsian
ilmu anak lelaki perempuan tersebut, saya menerima beberapa emel yang mahukan
petua untuk mendapatkan zuriat. Melalui emel ini, saya berkongsi dengan pembaca
tentang doa dan ikhtiar tersebut.
Setelah sekian kali,
saya sedar betapa ramai lagi pasangan yang belum memperoleh zuriat walaupun
telah lama berkahwin.
Kali ini, saya mengambil
keputusan untuk berkongsi secara terbuka untuk memudahkan semua orang yang
memerlukannya tapi kalau ditanya tentang maknanya, saya tak dapat nak jawab.
Masa awal-awal dulu tak
terfikir pula, nak tulis bersama maknanya. Apabila ada seseorang bertanya, baru
saya tersedar. Masa tu, ayah saya sudah tidak boleh membaca, dan dia hanya
boleh terjemah mengikut perkataan demi perkataan. Memang tak sempurna
maksudnya.
Kaedah ini adalah suami
isteri (kedua-duanya, salah seorang saja, tak boleh ye) perlu berpuasa selama 7
hari berturut-turut. Setiap kali nak berbuka puasa, bila saja azan
berkumandang, baca dulu doa di bawah ni sebanyak 21x. Baru boleh makan dan
minum selepas baca doa. Doa tersebut yang no.1 tu.
Cara ini adalah salah
satu ikhtiar daripada dua ilmu yang ayah saya ada. Satu lagi cara adalah dengan
meminum air kelapa muda sulung yang telah dibacakan doa tertentu. Namun, saya
sendiri tidak tahu mengenai doa tersebut. Kerana masa itu, ayah yang masih
sihat, menyuruh saya memberitahu pasangan tersebut menemui ayah saya sendiri.
Tak terfikir la pula, kalau ayah tak ada, nak jumpa siapa, huahua... Memang tak
dapat la nak tolong untuk kaedah ni. Saya belum cukup gigih nak selongkar
setiap buku ilmu yang ayah saya ada kat rumah. Ampun la, tak sempat lagi.
Dari pengalaman ayah
saya yang berubat orang, memang lain2 kaedah mengubat yang berkesan. Ada yang
berjaya dengan air kelapa, ada yang berjaya dengan puasa. Selalunya ayah saya
akan cadangkan untuk berpuasa terlebih dahulu. Kalau tak berjaya, baru cari air
kelapa. Air kelapa ni pun susah juga nak dapat.
Dan ilmu yang nombor
tiga tu, adalah bacaan untuk pelbagai penyakit ringan. Maksudnya, kalau kita
ada sakit gigi, sakit perut, baby baru lahir demam kuning, ada penyakit penat.
Ambil sebotol air masak (kalau ada air zamzam, boleh campur sikit, banyak lagi
bagus) bacakan surah AlFatihah 17x, Surah AlIkhlas 17x, dan Ayat Kursi 17x pada
air masak tadi. Kira macam hembusan dan suara bacaan kita, kena pada air tu.
Secara saintifiknya, air yang dibacakan ayat suci AlQuran akan berubah corak
molekul air tersebut. Saya pernah tengok dalam seminar. Paling cantik molekul
air zamzam! SubhanAllah.
Untuk sakit macam ni,
minum 2x sehari waktu pagi dan petang. Kalau air dah nak habis, boleh tambah
saja air baru, tapi jangan sampai habis langsung. Kerana molekul air yang ada
boleh bergabung dengan air yang baru untuk khasiat yang sama. Kalau habis
langsung kena baca semula la bacaan tadi. Minum berterusan sehingga rasa diri
dah sembuh dari sakit tersebut. Selalunya dalam masa 2 minggu in shaa Allah
boleh sembuh.
Bacaan ni juga, saya
pernah buat untuk seorang pakcik ni sakit penat. Masa tu saya menemani ayah
saya semasa dia sakit di hospital. Pakcik ni berkongsi bilik dengan ayah saya.
Dia selalu batuk2 dan sesak2 nafas. Bila ayah saya sedar keadaan tu, ayah
menyuruh saya membuat air ubat ini untuk pakcik tersebut. Alhamdulillah dia dah
tak batuk2 lagi selepas 2x minum air ubat ini.
Air ubat ini pun sesuai
untuk lelaki yang akan melafaz akad nikah. Saya pun pernah buat juga untuk
enSuami, masa nak akad dulu. Tak tau la dia minum ke tak, huhu. Tapi yang
pengalaman abang no.2 saya, orang sebelum dia nak nikah tu, sampai 3x akad, tak
lulus juga. Ketaq punya pasai la tu. Sampai tok kadi suruh rehat dulu. Bagi
reda darah gemuruh. Bila abang saya mula, sekali lafaz je, jalan.
Ayah saya dah buat siap
suruh Abang saya minum sebelum ke masjid. Tapi masa turn saya nak nikah, ayah
saya suruh saya buat sendiri, untuk enSuami. Baru saya tau gemuruh tu macam
mana, semasa salam selepas sah akad nikah tu, tangan enSuami sejuk bukan main
macam duduk dalam aircond sorang-sorang, walhal kat masjid tu pasang kipas ja.
Kesian kan, beban tanggungjawab dah beralih ke bahu seorang lelaki bernama
suami. (^_~)
Air ubat ni juga boleh
diminum untuk kita yang nak bersalin. Selalu orang cakap, air selusuh ni minum
bila dah pecah air ketuban atau dah masuk labor room. Ayah saya pesan, bila dah
di hujung kandungan, buat siap2 air ini, sentiasa bawa dalam beg tangan. Kalau
dah mula rasa sakit nak bersalin, boleh terus minum. In shaa Allah, memang
mudah saja masa bersalin tu.
Saya tak ada pengalaman
rasa sakit nak bersalin. Sebab induce. Bila dah masuk labor room baru teringat
nak minum, hehe... Nak kata mudah, tak tahu lah. Rasanya ada lagi orang lain
yang lebih mudah.
Kalau demam, boleh baca
AlFatihah 40x pada air minum. Selalu buat dalam jag, sebab banyak nak guna.
Selain minum, air tu boleh sapu ke seluruh badan bermula dari kepala turun ke
kaki. Sehari 2x juga buat, sehingga sembuh. Seingat saya masa kecil dulu, tak
ada can saya nak ponteng sekolah sebab sakit. Selalu petang demam, malam tu
ayah saya buat air ubat, sapu satu badan. Esok dah lega dah, dah boleh pi
sekolah. tak dapat la nak cuti2. Dan saya dah terbiasa dengan air ubat ayah
saya, sampaikan nak makan ubat biji pun, saya tak reti nak telan. Memang jarang
ke klinik atau makan ubat chemical.
Alhamdulillah, selesai
sudah beberapa ilmu yang dikongsi. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat
untuk semua. Mohon disedekahkan AlFatihah untuk arwah ayah Ahmad bin Saad,
untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Walaupun bukan ayah saya sendiri
yang bercerita di sini, in shaa Allah manfaat ilmunya sama seperti yang saya
dapat.
Wallahualam.
Al fatihah tuk arwah ayah..
ReplyDeleteTrima kasih..perkongsian yg unik dan menarik..susah nk cari org yg sudi berkongsi ilmu mcm ni..
Terima kasih.
DeletePerkongsian utk manfaat bersama. :)
Ilmu dr Allah jua.
Terima kasih... jom sinngh blolg saya roda79.blogspot.com saya masih baru, hrp dapat membantu.
ReplyDeleteSeronok membaca kandungan blog NabilaHasyim.,.... semoga perkara yang bemanfaat dapat disebarluaskan kepada semua... TQ
terima kasih atas perkongsian...al-fatihah kepada arwah ustaz ahmad bin saad,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diampunkan dosanya juga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin
ReplyDelete