Search This Blog

Showing posts with label Laksa Kedah. Show all posts
Showing posts with label Laksa Kedah. Show all posts

Monday, 18 September 2017

Part 1 : Raya Haji dan Sambutan Kelahiran Family Che Intan

Assalamualaikum...

Ya, raya haji lepas balik Kedah..
kitorang semua bertolak balik hari Merdeka, 31 Ogos..

Adik saya, dari Ukay Perdana..
Kakak dari Senawang..
Kami pula dari Sekinchan..

Sehari sebelum balik tu, kawan enSuami inform jambatan Sg Perak tu, boleh lalu untuk kenderaan ringan..
sebelum ni, orang cakap kena tutup sekejap sebab rosak/runtuh..
enSuami pun lega la, xperlu nak lalu jalan jauh...
boleh terus, cepat sikit masuk Lekir...

Hari dah jalan tu, sampai je kat jambatan tu,
kreng kreng kreng....
kena tutup daaa....
semua orang U-turn bawah jambatan..
nampak motor je boleh lalu...

Dah kalut bising2 dah enSuami..
nak cari jalan mana ni, yang dekat...
ada berhenti isi minyak tu, sembang2 dengan orang keja situ, dapat la info;
memang jambatan tu buka untuk kenderaan ringan, walaupun jambatan dalam maintenance nak upgrade... tapi kesilapan kontraktor nak pasang/tanam tiang baru, terketuk tiang lama pulak.. jadi bimbang membahayakan pengguna, tu yang tutup terus tu. Itu yang Uncle tu cerita kat enSuami la.. kalau salah tak tahu la..
so kami lalu Beruas sampai jumpa simpang biasa yang selalu lalu di Terung..

Balik raya kali ni, saya tak ada bawak biskut raya pun..
bawak balik bekal paste mee jjajangmyeon, paste cili tteobokki..
untuk kimbap, kakak saya yang belikan barang, dia nak makan kimbap..

Semangat nak masak masakan Korea, sebab adik ipar, Moon ni suka spicy tteokbokki.
saya dah cuba 2 hari sebelum balik tu, buat guna tepung pulut..
kami lakibini makan, melekit2 kat lidah...
tepung pulut kan, bayangkan buah melaka tu, tapi tak ada inti gula melaka di dalamnya???
makan tepung jaaa, ya ampun, rasa tawaq2 liat... xkena selera kami yang ni...
saya rasa nak cuba guna tepung beras pulak lain kali, tengok rasanya macam mana...
kalau tak lalu juga, tak buat dah la tteobokki lepas ni, wakakaka....

Pagi raya tu, yang lelaki semua dan mak saya je yang pergi solat..
kami yang bini2 ni, semua kat umah, siapkan anak2, makanan, dan diri sendiri..
untuk mee jjajangmyeon, saya rebuskan spageti je..
memandangkan adik ipar dan kakak, baru je bersalin...
kot la tak boleh makan mee sebab angin ke kan...

~ada screenshoot dr IG adikipar. saya tak ingat apa, nak amek gambar, huhu~

Lagipun senang sikit, rebus sebungkus je dulu..
kalau dah habis, kita tambah kemudian..
nak masak banyak2, takut tak ada orang makan plak kang...
lagipun Mak saya pun dah masak laksa..

Untuk kimbap, pulut 1kg, saya masak semua..
ada banyak stok seaweed, tuna pedas..
lagipun satu roll, tak ada la dapat banyak.. dalam 6-8 keping je...
tapi sempat siapkan separuh je, dah tengahari, Mak dah kalut ajak jalan2 raya umah mak sedara...


Malam tu, sambung lagi buat..
keluarga adik2 Mak, anak menantu, cucu, sepupu-sepapat, semua mai...
depa dok riuh kat ruang makan di dapur, woi sushi tak siap lagi ka...
penat nak habaq, kimbapppp bukan sushi...
habaq banyak kali pun, dok panggil sushi jugak, aigooo..

First round hidang ke meja, berebut masing2...
sekejap je dah licin..
kak ipaq mai bawa pinggan kosong..
licin dah, tak cukup lagi...
pi round kedua, pun habis...

Alhamdulillah habis licin semua..
orang balik, boleh basuh semua, tak da makanan yang berbaki melainkan laksa Mak..
malam tu, baru sempat saya nak makan...
nasib tak bersalin lagi, boleh la makan sesiap, hehehe...

Lepas sudah kemas2, boleh plak Abang ajak keluar, celebrate besday ramai2...
saya dengaq nak keluaq malam2, adoi... lemah la malam2 ni...
saya dah all-out siang tadi, sakit belakang semua, tunggu nak solat, nak tidoq ja ni..

Disebabkan kakak saya nak balik esok, jadi Abang saya ajak untuk buat malam ni..
bila tanya dia nak jalan tenghari, jadi ajak buat esok je la, sebelum kakak balik..
janji dalam kol 10-11 pagi gitu..
dah KFC-PizzaHut buka 24jam kan...


Jadi esoknya kami ke premis berkembar PizzaHut-KFC di Alostaq..
sebab dua2 makanan ni, diorang nak makan..
kami masuk duduk dalam PizzaHut, order take away KFC...


Saya rasa salah pula buat macam ni..
patut makan dalam restoran KFC..
order pizza take away..
sebab makan pizza, tak ada sisa makanan...
bila makan ayam, sepah la tulang2, kulit, sos, segala bagai...
tak sedap hati biar camtu, saya pun kemas sebaik mungkin..
lap2 meja dengan tisu KFC yang ada...

Dan rupanya malam tadi, sedang saya dibuai mimpi, adik saya keluar dengan isterinya beli kek di SR...
so masa keluar rumah tadi, kek tu dibawa bersama...


Nama Hafni, H dah hilang...sebab diorang dok panggil Afni kan...
nama Hafni, susah eh nak sebut..
Afni la, Ani je la, Mak saya lagi la Nurul Ain teruih dia panggil masa Hafni baby dulu2...


BTeh tu, Bang Teh (30 Ogos), adik ke5 bawah saya, stay Ukay Perdana...
Honeymoon di Korea, sebab tu, signifikan sangat adik ipaq dengan anak saudara tu dengan Korea, baby korea kekdahnya...
Naurah (30 Ogos), anak kakak saya.. kakak ada sorang ni ja, kami berdua ja anak perempuan...
Iman (16 Sept) pula, anak Abang no 2.. yang ada bisnes nursery pokok buah di Bertam tu...
Hafni, (4 Sept)..
Kakak pun nak tumpang sekaki, dia 26 September..
Kalau ikutkan Abang sulung pun 24 September.. anak sulung dia, Along 1 September...
Haa ramaikan bulan September...
Tu yang Abang nak sangat tu celebrate ramai2...
kami jarang dapat berkumpul macam ni...


Kek ni, dok depan saya je..
saya jarang sikit nak makan kek..
lebih2 lagi yang SR punya...
tanya kek apa, kata choc cheese berry, aah ada cheese lagi...
kenkononnya tak berapa nak lalu makan la...
kakak saya suh makan jugak, satni tak habis tak ada orang makan...

Ceh, malu2 la cuba sikit2...
bila cuba sesuap, yang coklat dan putih tu rasa macam kek indulgence ja..
sambil dok tanya2 kat adik ipar..
kakak saya dengaq, dia kata tu cheese la, yang coklat tu, coklat cheese...
saya dengaq, musykil ja, ya ka....

Makan sikit-sikit.. sedap la plak rasa..
rasa kena di tekak saya..
ayam 2 ketoi, pizza 2 keping..
banyaknya saya makan...
lapaq kot, pagi tadi tak makan sangat masa sarapan..
Mak saya buat nasi goreng, saya sepanjang pregnant ni, perasan tak leh makan nasi goreng, jadi angin satu badan...


Habis kenyang semua makan nak dekat kol 2 jugak la...
bergambaq ramai2 sebelum balik...

Dari kiri: Abg Firdaus (Abg ipar, Suami Kakak), Adik bongsu No8-CikTam, Adik No.7-CikTeh, Suami saya, Mak, Abang No.2-BangChiq, Kak Azida (KakIpar, Isteri Abg No.2), Anak no.4-KakChiq(Saya), No.3-KakChaq, Adik No.5-BangTeh, Moon (Adik Ipar)


Family kami, tahun ni, baby boom..
kakak saya, bersalin bulan 3, kembar laki-pompuan.. Faris dan Faeqah
kakak ipar, Kak Murni, (isteri abang sulung-tiada dalam gambar) bersalin awal Ramadan, anak pompuan... Iris Nayla
adik ipar, Moon bersalin hujung Ramadan.. Sephia Medina
Saya sorang tak lepas lagi...bulan depan inshaAllah...
Kakak ipar, Abang no2, surrender dulu sementara.. diorang 3 hero berturut2 selang setahun... so dia kata nak rehat dulu, anak laki lain macam peelnya.. kalau dapat macam Hafni xpa la, makan tertib ja...

Hahaha.. Hafni, depan orang memang la senyap sunyi..
lagi pun kampung Kedah jarang dapat balik kerap...
dia kurang pandai sesuaikan diri..
kali ni, dia dah OK sket...
dulu2 semua orang dia takut..

Sekarang dah besar, 4 tahun, nak jadi kakak dah..
dia dah berani dan matang lah sikit..
lagipun, ada baby ramai kali ni..
rajin dia dok menghadap baby2 tu, tengok gelagat baby, sambil gelak..
nak dukung tak berani, baby besaq belaka..
dia berani sentuh2 kat tangan dan hujung kaki ja, hahaha...

Pasal tteobokki, tak sempat buat eh...
raya kedua dah makan pizza, kfc, kek belaka..
petang tu, pergi rumah PakCik saya pula, ada buat akikah anak dia..
malam tu balik tidoq..
adik plak, balik umah mertua dia plak..
So tak ada orang Korea celup nak makan tteobokki, tak ada la nak buat...
kami pun balik hari Ahad, pagi tu sarapan nasi lemak je..
balik kedah mesti makan nasi lemak Kedah, enSuami saya suka nasi lemak Kedah, macam2 rasa...

Makcik nasi lemak favorite dia tu, tak meniaga pagi tu,
ye la raya lagi kan...
makan yang orang lain la jawabnya...
nasib ada jugak yang jual..
kalau tidak, kempunan la nasi lemak Kedah...

Sunday, 4 November 2012

Menyambut tetamu Donggongon

Nak menyambut tetamu Donggongan ni la kan..

Sape tuh?
Kakak saya je..

Sejak kawen, dia terus bekerja dan menetap di Sabah (buat masa ni la)
Katanya 10 tahun nak dok sana.
Banyak jugak dah daerah yang dia dok.

Mula dari housemanship sampai la ke Klinik Kesihatan.
Ye ke eh, camtu la kot.
Minta maap, yang saya tau dia doktot naa..
Kalau tanya kt hospital mana klinik mana, saya pun xtau nak habaq.
Sekejap elizabeth, pastu tukaq putatan, pastu xtau.
La ni tgok kt fb, ada Donggongon la plak.
Nama pelik2 aja kat Sabah bah..

eh orang Sabah jangan kecik ahti ek..
Saya cuka membebel n mempersoal..
Biar otak tu berpikir lebih sket, heee...

Nabilah Ahmad ni pandai masak ape je la kan..
Sejak pernah cuba masak laksa sendiri, rajin la seterusnya dok masak laksa.
Yang syok tu, bila enSuami pun request.
Nak makan laksa kedah lah Sayang.

Haaa, baru syokkkk masak.
enSuami yang mintak.
Conpem dia makan, kalau xmakan, memang nak kena lah kan, hehe.

Kakak yang nak mai ni pun, nak dijamu laksa jugak, hohoho.
Oh, sebenaqnya bukan la betoi2 kakak mai dari Donggongon tu.
Dia baru balik ke Selangor (umah mertuanya di Kepong) tapi dia baru habis berpantang dengan mak kat kampung Kedah.
So dari Kedah balik ke Kepong. Dari Kepong p jalan2 kat Pahang.
Hari Sabtu lepas, kebetulan sebelah petang ada di rumah.
So, kakak pun nak la singgah umah, boleh ziarah enSuami yang xcident haritu.
Oops, kakak kata masa berpantang xleh makan laksa.
Tapi sebenaqnya dia teringin.
So, kami berdua berjanji xhabaq kat Mak yang kakak makan laksa, kuikui.

~Laksa Kedah kami~
Masa tengahari tu baru stat syiau syiau kat dapuq.
Tapi masak laksa je la.
Elok nak selesai masak tu, kakak tepon tanya ada pulut tak kat umah?
Awat plak nak makan pulut?
Rupanya dia teringin sangat nak makan pulut durian.
Tu yang dia nak beli durian kat Pahang tu.
Nasib baik ada pulut kat umah.
Masak la sket dah dia teringin.
Kat Sabah xjupa agaknya, aigooo.

Selain laksa, ada jamu pavlova juga.
Pavlova dah selesai malam tadi lagi.
Nak sejukkan pavlova kan lama kan.
Kali ni, rasanya menjadi pavlova saya.
Berbanding cubaan pertama, yang sangat melekat kat kertas bakar.

Masa pengalaman pertama tu, saya buat memang ikut adunan 4 biji telur.
Bila buat tu, nasibnya oven kecik je.
Pastu bahagi dua adunan, konon nak wat 2 lapis kan.
Tahu2 saja la kan, masak pavlova punya la lama.
Adunan yang satu lagi dah mencair, air gulanya dah mula terpisah keluar.
Aaah, cuak gila masa tu.
Habis la rugi2...
Nak cepat2 je yang dalam oven tu masak, adoi.
Akhirnya dah cair pun bakar lah jugak, rugi lak nak buang.

Kali kedua ni buat, dah kurangkan adunan.
Amek 2 biji sahaja.
So sekali bakar.


Konon2 nak buat 2kali, dapat buat 2lapis.
Kali ini bakar sampai 2jam.
Dah siap 1, malas plak nak buat lagi, huhu.
Jadi dapat buat 1 lapis je.
Alhamdulillah jadi elok je.



Ni la pavlovanya.
1 lapis je...

Kata nak sampai petang.
Waktu Maghrib baru depa sampai.
Bawak durian banyak gila.
Syoknyaaaaaa, rezeki.

Naurah Fasihah, anak kedua kakak.
Camna yang ni bulat sungguh muka dia.
Nanti mesti besaq daripada abangnya Faateh.

Tengoklah Faateh tu, tecik je..
Makan nasi pun xberselera sangat.
Asyik dok main Samsung Tab je..


Aii budak2 zaman sekarang.
Hidup dengan it teknologi.
Sampai2 umah, duduk je, tengok Abi dia tumpang cas handset, dia pun sibuk nak juga.
Abi, mana tab Faateh?

Hohoho, tergeleng kepala Mak Ndak tengok.
Kakak kata tablet dia, dah jadi kepunyaan Faateh, huhu.
Pandai aja depa main tekan2 noo.
Sekali ajaq ja, terer teruih..

Camna nanti, NabilaHasyim, ada nak bagi anak2 main tablet?
Tablet ubat Panadol, Ummi ada la, hahahaha...

Wednesday, 3 October 2012

Laksa Kedah Teluk Kechai, mai sepinggan!

Cam iklan kopi Radix plak, mai secawan!

Tapi makan laksa xleh la dalam cawan kan..
Ada orang suka makan dalam mangkuk.
Ada yang suka makan dalam pinggan.

Kalau kat kampung, suka amek mangkuk yang besaq tu, klu nak makan laksa.
Boleh boh banyak2, kuah banyak2.
Masyukkk.


Ok, ok. ni first time buat laksa versi teluk kechai.
Apa yang special teluk kechai ni?
Apasal teluk kechai.

Ok anak murid, Teluk Kechai ni sebenaqnya nama satu tempat kat Jalan Kuala Kedah.
Kat Alostaq kat Kedah.
Kami pun tau ada laksa teluk kechai masa sekolah menengah lah.

Kebetulan sekolah kat area situ.
SMKTSR, jalan Kuala Kedah.
Ayah mengajaq kat situ.
Alek2 anak pun dapat tawaran sekolah kat situ.

Tingkatan 3 masa dok asrama, ada kawan bawak laksa.
Laksa tu memang la feveret orang Kedah, sapa xminat laksa, ada? ada? ada?
Yang kami pelik awat ada extra eksesori laksa ni?
Besanya kita makan laksa, kuah n ulam2 tu kan.
Tapi ni ada macam sambal la plak.
~Sambal kelapa Teluk Kechai~
Ni la laksa teluk kechai, kalau hang nak tau.
Kuah dia sama ja, cuma tambah sambal nyioq tu ja.
Ok, ni ke laksa teluk kechai yang orang dok heboh2 tu???

Kalau pi sepanjang jalan teluk kechai tu, ada banyak kedai jual laksa.
Masa tu depa dok habaq, sedap makan laksa teluk kechai.
terliuq, terliuq... teringin... teringin...
Tiap2 minggu mesti kawan2 dok cerita pasal laksa teluk kechai.

Malangnya sepanjang sekolah kat situ, xpenah pon pi makan laksa kat kedai.
Sampai la dah kawen kini.
Haritu masa cuti, balik kampung, ajak la enSuami jom pi try laksa teluk kechai.
Org dok kata sedap, nak la rasa kan.


Bila dihidangkan, koing koing koing
Tersenyum sengih ngan enSuami.
Orang ramai sungguh.
Mungkin depa pun terpedaya dengan kepopularan yang orang cerita selama ini.

Kalau nak dibandingkan dengan laksa yang kita besa makan, especialy Mak kita yang masak,
Kuah saja nak banding ni, memang fail la.
Kuah cayaq ceroi la orang kedah kata.
Laksa besaq sebab depa buat sendiri laksa.
Beza kat sambal nyioq tu la.
Pinggan hidang, pinggan plastik macam dok kat sekolah rendah.
Kedai makan tu luas, ada kipas angin.
Takdak kipas pun xpa, angin semulajadi ada, nyaman.
enSuami kata, senangnya meniaga kat kedah, modal tak banyak.
Buat kedai makan depan rumah, pinggan plastik [boleh recycle dah berapa tahun], tv astro pun xdak save dah belanja elektrik, angin pun kuat free air, memang untung sungguh! Patutlah boleh buat banglo sebijik.

Haishhh, amboi2. Sedap noo tutuk orang.
Huhu, malu la jugak sebenaqnya.
Beza la kalau masuk kedai makan kat Selangor ni.
Susah nak jumpa kedai yang xdak tv kan. paling koman pun xdak astro.
Kalau tau xsedap camni, xda la nak ajak oii..
Buat malu orang kampung jaaa...

Mungkin nilai kualiti dulu [tahun 2002 dan sebelumnya] laksa dia sedap seperti yang digembar-gemburkan.
Sekarang 2012, dah semakin kecoh orang kedah kata [sukatan berkurang]


Kuah laksa ni [bagi kami la kan] sedap kalau guna ikan kembung, ye tak?
Tapi ada jugak orang yang suka ikan sardin.
Masing2 la citarasa.
Tapi klu nak berniaga, betoi2 la, adeh.
Isi ikan tu buat la banyak, kasi likat sket.
Baru kawwwww.
Glamer xsetanding hasilnya.
Tu yang hampeh tu.

Haritu kebetulan tengok kawan sekolah lama tu, letak gambaq kat FB mak dia buat laksa teluk kechai.
Teringat nak tnya resipi sambai tu.
Sekali dia bagi link ni.
Cantekkkkk la sangat. Dia tunjuk step by step.
La ni sapa2 pun boleh masak laksa teluk kechai, yeh.
Sapa2 nak resepi laksa teluk kechai, boleh tengok sini.

Kami, dah buat dah semalam.
Puas hati. Senang ja kan nak wat sambal tu.
Laksa, kuah, buat macam besa la.
Kali ini beli laksa yang urat halus punya.
Senang sket nak makan.
Kalau yang besaq tu, cedok ngan camca, jatuh tergelinciaq ja banyak drpd masuk mulut, huhu.
Jom la makan, nyum nyum nyum....
Laksa kedah Teluk Kechai by pnIsteri.


Daisypath Anniversary tickers