Search This Blog

Showing posts with label Crepe Durian. Show all posts
Showing posts with label Crepe Durian. Show all posts

Monday, 27 June 2016

RESEPI : Sweet Sour Tofu by Chef Choi Hyun Seok...

Assalamualaikum...

Lama betul ambil masa nak update blog..
macam seminggu sekali jek update, hahaha....

Bulan Ramadhan kali ni, tak ada beria jadual menu macam tahun lepas..
masak pun ala balai je...
janji boleh makan...
sebolehnya masa berbuka, tak makan nasi..
cemuih oi...

Dah sahur, enSuami konpem nak nasi..
berbuka pun nasi, jenuh la..
tengok nasi pun dah tak lalu..hehe..

Ada satu hari tu, menonton TVShow PTCOMR
mcm menarik je menu yang Chef Choi  tu masak..
macam teringat2 nak mencuba, sebab senang...


Lagipun tak pernah pula masak tauhu, selain dari goreng garam kunyit, buat tauhu sumbat dan letak dalam sayur taugeh-kucai, kan?
Kalau nak real lagi boleh klik link ni, tengok Chef Choi masak sendiri..
tak jemu pun tengok episod ni sebab ada Kim Jong Min dan Jang Soo Won (Robot Korea ^^,) sebagai tetamu.

Saya pun replay la balik episod ni, untuk catat satu2 bahan dan stepnya..
Tu yang berkobar nak update hari ni, sebab rasa resepi ni best sangat..
Saya masak jumaat lepas..
Kami makan ini sahaja tanpa nasi pun..
Nak jadi orang Korea kejap, makan lauk saja, hahaha...

Bahan-bahan
6 biji tauhu dibelah 4 (atau ikut suka nak saiz macam mana)
Tepung jagung secukupnya
1/2 biji timun (dibuang bijinya)
1/2 biji lobak merah - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dihiris / dipotong dadu
1 batang green onion - dihiris
3 ulas Bawang putih
1/2 cawan daging kisar / isi ayam
2 SB sos tiram
2 SB sos cili manis
1 SB tepung jagung dibancuh dengan air
sedikit parutan kulit lemon
2 SB minyak masak untuk menumis

Cara memasak

  1. Tauhu yang dibelah 4 digaulkan dengan tepung jagung sehingga rata ke semua permukaan.
  2. Goreng dalam minyak dalam, nak senang guna periuk kecil, dapat la deep frying. Goreng sehingga warna pucat2 dulu. Nanti kena goreng sekali lagi (kalau perlu)
  3. Sambil goreng tu, belah setengah biji timun, dari separuh tu, belah 4. Nanti dapat bentuk macam slice kek kan, keluarkan biji timun dengan melalukan pisau dibahagian akhir biji timun (paham dok? huhu). Hiris nipis2 timun kemudian gaulkan dengan garam. Ketepikan.
  4. Dalam kuali, tumis bawang putih yang dicincang bersama daging kisar dengan sedikit garam. Saya guna isi ayam sahaja sebab daging kisar tak ada. Masak sehingga daging/ayam masak.
  5. Masukkan karot, bawang besar, green onion (saya tak ada ganti putik jagung). Gaul rata.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili manis. Tambahkan sedikit air untuk mereneh sayuran sehingga masak.
  7. Bila dah kering sikit, semua dah sebati, tambahkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Perasakan gula dan garam (jika perlu). Saya tambah minyak bijan sikit.
  9. Goreng sekali lagi tauhu tadi. Toskan minyak. Masukkan tauhu ke dalam kuali sos tadi.
  10. Gaul rata sehingga semua sebati. Tutup api. Hidang ke dalam pinggan.
  11. Timun yang digaul dengan garam tadi akan mengeluarkan air, jadi ramas timun tersebut untuk mengeluarkan air timun.
  12. Taburkan timun diatas tauhu tadi dan parutkan sedikit kulit lemon.
  13. Sedap dimakan panas2... 


Saya guna kuali leper macam ni, macam Chef guna..
try nak lambung2 macam Chef buat, tak terlambung pun tauhu2 saya, huhuhu...
susah juga nak buat rupanya, tengok chef punya action macam best je...
gaul guna sudip je la, kekeke...

Tauhu tu kan, saya goreng sekali je..
Tips yang chef bagitahu, tauhu ada kandungan air yang banyak, sebab tu dia goreng 2 kali untuk keluarkan air dari tauhu tu..
Saya try tekan2, tak ada air pun, so tak goreng la 2 kali, kekeke..
lepas kuah masak semua, tuang masuk tauhu dalam sos tu...
Gaul2 rata, boleh angkat masuk pinggan.


Disebabkan green onion tak ada, saya ganti dengan putik jagung.
timun yang digaul dengan garam tu, buat dia jadi rangup..
rasa segar krup krap gitu...
kalau boleh hiris paling nipis2 gitu..
saya guna pemarut pun tak nipis, adeh...
Lemon je tak ada...
Tu yang ganti sesiap dengan minyak bijan, sebab asasnya resepi ni masakan Cina..

Oh ya, pasal sos cili manis tu, saya tak ada, saya guna sos cili biasa je..
tengok chef guna macam sos tabasco kee, macam di Pizza Hut tu.. sebab botol runcing gitu..
pastu saya tambah sikit paste serbuk cili atau cili kisar atau cili giling.
Sebab tak cukup merah2 gelap.. takut tak pedas.. [tak boleh nak rasa, main agak2 je la]
Pastu tambah sebiji cili padi Cameron (nak bagi pedas, huhu)



Sebelum masak2 ni, saya ada buat crepe durian jugak..
kuali purple tu baru beli, cap Econsave punya..
tu yang tak sabar nak mengetest kuali tu, melekat ke tak..
dulu2 kan pernah beli juga dari Econsave, cerita di sini
pastu kuali tu selepas 3 tahun, dah calar balar, lapisan non-stick tu pun dah rosak, kadang2 melekat juga..


Dok tunggu nak pi Econsave, baru nak beli lagi..
Kebetulan Econsave baru buka di Sasaran, Sg Buloh, boleh la pi jalan2 nak tengok2..
Hajat nak beli kuali yang sama, hampa..
sebab kuali JustCook tu tak ada pun..
Yang ada jenis baru warna purple dan merah.
Ada beza harga RM2++ gitu..


Kalau tak saya dah amek yang kaler merah, sebab tema dapur kan..
pastu enSuami persoalkan kenapa harga tak sama..
Pastu baru nak belek betul2..
perasan pada kualiti ketebalan kuali tu dan bentuknya..
dah tu enSuami nak yang kualiti tebal, kena la amek purple..
Suh amek saiz besaq sekali pulak tu, 28cm.
Harga 39.90.


Tapi kalau nak buat crepe, jadi besaq la, dah kuali besaq...
bila buat crepe ni baru perasan, kuali ni membuncit sikit di bahagian tengah, sikit je la..
so tepung pun turun ke tepi kuali, adeh..
terpaksa la letak tepung lebih sikit, sebab nak ratakan pada kuali tu susah sikit..
dapat la crepe yang tebal n besar, huhuhu...

Kali ini cuba resepi crepe yang 4 jenis tepung je..
nak cari yang tak ada santan, punya pasal..
ada lagi yang guna 5, 7 jenis tepung...
apa2 je la..
yang ni pun dah OK, tepung hongkong tak ada, ganti tepung gandum je..
Puas hati, senang buat senang masak, senang nak handle..
Bila dah sejuk, tak melekat pun, xmudah koyak juga..
Resepi crepe dari sini, Yatie Memories...


Hidangan buka puasa kami jumaat lepas, 19 Ramadhan.
makan tanpa nasi..
risau juga kalau2 enSuami tak makan..
Suspen je bagi dia rasa dulu...
Saya makan crepe dulu..

Nasib baik kata sedap, siap komen boleh buat lagi nanti..
Selamat den...
kami makan tu je, sampai licin..
tak ada nasi hari tu...
Yummm, macam nak godek lagi satu resepi tofu yang chef Oh buat.
Baru la rasa bermanfaat sikit tengok TVshow tu, kahkahkah...
ahlahsan je tu....hahaha
Babai...


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday, 21 November 2012

Crepe Durian Warna-warni

Hai semua....

Kali ini nak tunjuk Crepe Durian kali kedua saya buat.
Kebetulan ada ex-housemate upload gambar dia buat crepe durian.
Baru teringat nak buat, stok durian ada lagi.

Kali pertama buat, 1 adunan sahaja.
Ciket sangat le..


Xpadan nak kaco2, cairkan butter..
Ehhhhh.......
Kali ini buat 3 adunan, amek kau!
Baru puas hati...
Nampak banyak.
Walaupun letih la sket ngan...


Ohhhh, haritu kan mengeluh, kuali nonstick, xberapa nak nonstick...
Aishyyyyyyyy


Kebetulan masa pi Johor hari tu..
Tolong2 mak mertua masak kat dapur.
Ternampak lah kuali non stick tu la kan...
Terus terasa nak tanya.

Mak, ni tefal ke?
Hohoho, tefal mahal sangat yang, mak tak beli la mahal2.
Oh bukan sebab kira mahal ke tak, tapi sebab dia xmelekat, saja2 la tanya kot2 tefal. Haritu kami beli dalam rm50 jgk la, melekat je...
Mak beli kat mana ni?
Mak beli kat Econsave je.

Saya pun kalih le kuali tu tengok jenama apa.
JustCook.
Jenama econsave ek?
Harga dalam RM 14++ untuk 24in.

Balik Bangi tu, xsabaq kot nak test, kuali ni melekat ke tak...
Kebetulan durian kakak bawak hari2, ada lagi (kami frozenkan)

Alhamdulillah, kuali ni memang xmelekat.
Boleh chalen la tefal, huhu...

Xjadik ceq nak beli set tefal yg RM600++ tu...
enSuami syok gila la...
Boleh simpan duit untuk hal lain.
Nasib baik alasan sekarang sangat kukuh.


Sabaq dulu, tefal naaa..
Kabinet dapur punya pasal, tefal hold dulu.
Kabinet cantik lebih penting, hahaha.

Apa punya prinsip daaaa... 

Kaler hijau ni sangat mengancam laaaa
Oops, sory. nak amek gambaq punya pasai..
Letak atas karpet rumput plak, hahaha.

Isk, lepas ni nak wat crepe kaler hijau je la.
Kuning xda beli lagi.
Yang pink n biru, cam terlebih kaler kot.
Semacam je jadinya.

Masa bawak wat santapan meting lepas, diorg pun takut nak makan.
Mende pe ni kaler biru?
Takutnya nak makan.
Ada apa kat dalam.
Sebut crepe durian, masih ada yang tak kenal lagi.

Yeah, saya suka.
Kalau yang xtahu lagi, mesti dia makan banyak.
enSuami saya dah xlarat nak makan.
Tolong la habiskan semuanya.

Saya suka cuba2 masak.
Makannya xberapa, hahaha.
Suka la tengok orang suka makan dengan khusyuknya.

Keseluruhan hidangan yang dibawa masa meting tu.
Selebihnya ada lagi 1 tray, dalam peti ais.
Xkira plak 3 adunan dapat berapa biji.
Mungkin dalam 30 jugak.
Saiz buat pun xsama.
Ada besaq, ada kecik.
Kadang2 kalau comot je, masuk mulut terus, haha.

So, dah kenyang awal2 lagi kat dapur.
Bila hidang, xda la nak berebut dengan tetamu.
Memang dah lama habit camni, kalau masak goreng kuih ke pape, mesti sambil2 tu nak makan.
Tu yang xsempat2 nak bawak ke meja, kat dapur lagi dah habis daa..
Kalau Mak dia xreti macam tu.
Tu yang dok bising2 kat kami (anak2 dia), sambil masak, kami dah kenyang.
Dia ja yang dok terketaq kepala lutut, sebab xmakan lagi.
Kesian Mak ekkkk.

Meh makan sambil2, ni la suri rumah yang bijak, huhu
Selamat memasak dan menjamu selera ye, babai.

Tuesday, 6 November 2012

Crepe Durian Pertama!

Hai kawan2..
Sape kat sini dah penah buat crepe durian?

Mesti ramai dah penah buat.
Saya baru ja tahu 2,3 bulan lepas kot.
Tengok kat FB orang dok upload.

Apa menatang ni?
Kaler macam2 striking, hihihi.
Lepas tengok tu, abaikan je..
Ape2 la orang zaman sekarang ni kan...
Macam2...
Pening...
Tak terkejar...

Tapi entah macam mana teringin lak nak cuba crepe durian.
Oh ye baru teringat.
Sebab 2 hari lepas kakak bawak durian yang banyak sangat.
Dok pikir2, nak buat apa lagi.

Kalau saya simpan wat tempoyak je.
Suka sambal belacan tempoyak.
Yang xsyoknya enSuami xminat.

Hui, ada 1 tuperware aiskrim lagi tempoyak durian awal tahun ni.
Xhabis makan kalau saya sorang je melantak tempoyak ni.
Kadang2 cuba masak tempoyak.
Tapi banyak mana la sangat nak guna tempoyak tu setakat masak 2 orang makan.
Lain la kalau buat kenduri tempoyak, kekekeke.

Durian sebanyak ni kami buat serawa.

Pagi semalam dah buat serawa [org Kedah panggil]
orang kL panggil pengat ke kan...

Dah buat 1 periuk.
Banyak tu, larat ke enSuami nak makan sorang2 ni.
Saya xminat serawa2 ni..

Kalau makan pun, ciket je, amek syarat kata makan merasa Mak masak.
Lebih suka makan buah durian.
Segar dari ladang.
Hilang la gah nya kalau masak benda2 lain dari durian ni.
Cara saya la, orang lain xtau la kan.

Pagi tu pun, bukan main dahsyat sarapan!
Dengan laksa, pulut durian, serawa durian!
Adoi, penuh perut.
Rasa nak termuntah daaa.

Untuk nak cepat habis semua ini, bungkus bagi kat kawan.
Untung kawan baik saya tu, berjiran dengan saya, yeh.
Saya pun untung, ada orang boleh tolong habiskan masakan saya, hehe.
Ahmad Nasih makan banyak2 naa, Achik Nabilah masak sedap kan kan kan...

Masa sedang dok masak pengat tu, enSuami terjerit panggil.
Abang ada resepi baru untuk Sayang.
Sebenarnya sebelum itu, saya minta dicabar.
Nak masak pe lagi guna durian ni.
Tu yang enSuami pun google resepi tu.

Tengok2, dia dapat resepi crepe durian!
Haaa, Sayang buat crepe durian ni, Abang nak makan!

Alaaa, crepe durian...
Nape? tau tak apa tu crepe durian?
Tauuuuu, dah penah tengok dah hari2, tapi macam xsyok jaaa. Tapi xpa la, kalau nak cuba xda masalah, saya sahut cabaran ini!
Tapi!
Masalahnya adalah xda kuali nonstick! ingat senang nak buat, kang melekat2 nanti, hancoq.
Dah la buat lempeng pun fail.
Huhu, sampai sekarang saya xreti buat lempeng, kisah benar, tolong percaya! hahaha.

Bila dah tengok2 resepi semua, compare2 dengan yang best.
Saya amek yang paling senang, hahaha.
Senang pada bahan dia la, hat xdak tu, maleh nk pi cari lagi.
1 ja kena tambah, tepung ubi kayu, xpenah beli lagi.
Itu memang xleh nak elak. 


Mula la membancuh, oh ya saya guna resepi Kak Ana Suzana je.
Memandangkan dia ada tutorial sebijik2, dan bahan dia pun mudah.
Dah selalu dok tiru dia masak, kebanyakan barang dah ada kat umah.

First time buat pakai kaler hijau lah.
Kuning xdak la plak...

Petang tu bancuh, try buat dengan kuali biasa.
Memang xleh la.
Sayang, xleh.
Hancoq...

enSuami pun ajak pi beli kuali nonstick.
Sanggup tu dia ni.
Nak makan crepe punya pasai.
Malam tu pi cari kat Giant, sebab dekat ngan umah.
Hujan lebat ya amat, gagah jugak keluaq.
Demi kau, crepe!

Ada banyak pilihan, xtau plak nak amek yang mana satu.
Nak amek yang murah, takut tertipu.

Amek yang mahal la kot, berkualiti.
Kitorg pun amek le jenama Maxim Paris ni.
Harga RM49.99. Bayar RM50 la jadinya.


Boleh caya ke ni, Sayang.
Dok baca la spesifikasinya.


Boleh ni enSuami kata.
Beli mahal2, melekat lagi, xtau la nak wat cmna lagi, huhuhu.


Meh nak try dulu step pertama.
Penah tengok ada orang beli, kuali nonstick, kertas iklan ni melekat lak kat kuali tu, huhu.
Melekat banyak plak tu, bukan sikit2.
Saya pun cuba tarik....


Oh lega, tertanggal elok.
Harap2, crepe saya jadi la kan.
Kalau xjadi jugak, memang saya gagal la buat lempeng, huhuhu tatut!

Malam tu dah letih sangat, esoknya baru buat.
enSuami pi sekolah.
Saya pulun habiskan tepung tu sebelum pi keja.

Xmenjadi jugak le..
Melekat jugak!
Tapi ok la daripada pakai kuali biasa, terus melekat hancoq.
Hat ni nampak la jgk bentuk lempeng, huhuhuhu.


Dah first time buat, memang la xreti nak agak lagi.
Kuali plak xsuperb, macam2 la bentuknya.


Tengok la sampai terbonjol macam ni haaa..
Ni kes kulit terkoyak la ni...


Ada 2 bijik ni je yang cantik.
Ini cabaran ini, nak buat lagi lepas ni.

Ni yang gedik2 nak Tefal ni.
Puas la survey kat internet, cari pasal tefal.
Ada yg buat bisnes jual tefal, kontek xdapat2. Blog pun dah lama xupdate.

Alek2 saya kontek direct ke Pengedar tefal Malaysia.
Tanya dia ada jualan mega ke hujung tahun ini?
Dia respon, belum ada perancangan.
Tapi kat Tesco Kuala Selangor salah satu pengedar Tefal, 2minggu sebelum tu, jumpa Tefal kat Tesco tu, ada diskaun brpa %. 70% ke, kuali dia dalam RM110++.

Saya nak yang sale punya. BIG YEAR END SALE.
Tefallllllllllllllllllllllllllllllllllllllll!


Eh camna tersesat tiramisu kat sini ni.
Oh ye, jamuan untuk meting/bengkel SMS Balasting hari tu.

Lalalalala, ramai kawan2 kata saya suka masak pelik2.
Pelik? hihihihi...
Daisypath Anniversary tickers