Search This Blog

Tuesday, 8 March 2016

D.I.Y : Poster ABC, 123, AlifBaTa daripada kotak..

Assalamualaikum...


Dulu-dulu, bilik mainan ni, saya tampal dinding dengan banner terpakai...
pastu mula la lekat/gantung/tampal apa2 pembelajaran yang sesuai dengan umur dan perkembangan Hafni.

Dulu ABC guna flashcard tu je, gantung guna penyepit baju...
pastu poster2 kaler tu, jatuh-terkoyak semua, saya tukar baru lagi...

Sampai la satu masa tu terdetik nak buat poster besar-besar, macam orang jual tu...
memandangkan kotak pun banyak lagi, jadi terus la dengan misi membuat poster tu...


Tarik sekeping kotak masuk bilik ni...
mulakan operasi mengukur saiz yang sesuai...

Patutnya nak buat ABC, 123, ا ب ت, bentuk, dengan peta jalan raya...
tapi peta jalan raya belum ada...
tu la, bila tak buat sesiap, sampai ke sudah tak buat2 lagi..
macam malas dah nak buat...huahua


Saiz kelebaran poster tu, saya ikut kuantiti huruf yang hendak dibuat..
kalau tengok dalam gambar,  ا ب ت punya huruf yang paling banyak, iaitu 30.
pastu saya ukur2, ikut kolum dan baris, dapat la saiz tu..
OK la tu, tak kecil dan tak besar sangat.

Asalnya dapat idea bila tengok gambar ni...


Saya tengok sekali ni, pastu save gambar, masuk otak, nak buat, nak buat, nak buat!
pastu masa nak buat, dah tak ingat dah pasal gambar ni...

Macam menarik je main susun2  ا ب ت guna cup kertas tu kan...
ambil masa lama juga nak mula ni..
sebab asyik lupa ja nak beli cup minuman ni...
ye la, xpenah2 beli, nak beli memang tak ingat la...

Masa nak lukis bulat2 tu memang guna cup kertas tu untuk tekap...
pastu lama2, rasa kena extra berhati2, sebab cup tu kan lembik..
pastu mata melilau je cari barang apa yang boleh diganti...


Nampak la bekas dadih yang dok isi barang2 jahit tu macam sesuai je nak guna...
makanya dengan menggunakan penutup sahaja, kerja jadi cepat dan siap dengan jayanya...
kesan marker pada penutup tu, memang tak dapat dielakkan, huhuhu....

Akhirnya siap la poster seperti gambar di atas..
tu pun dalam 2-3 hari juga baru nak siap....


Sejak ada kotak-poster ni, pantang saya sebut;
Hafni, baca ABC, baca AlifBaTa!
mesti dia nak lari pergi amek kotak-poster ni...

Sebelum ada poster ni, memang baca dengan mulut je, sebab nak dia pandai sebut ABC dll..
masa tu kira hafal sebutan je la, huruf tak kenal lagi...
tapi bila dah ada ni, kalau suruh baca, memang dia nak tunjuk la..

Masa awal dulu kita tunjuk-kita sebut-dia ikut..
sekarang dah pandai, dia pula jadi cikgu..
dia sebut, kita pulak kena ikut...
Untuk ABC,  ا ب ت, dah OK...
untuk 123, sampai 10 je boleh..
kalau minta tunjuk dengan jari, terkial2 la juga nak sepit jari tu...


Rupa-rupanya, bukan sekadar boleh main dengan cup minuman tu sahaja, tapi macam2 lagi boleh buat daripada benda yang sama...
Macam padanan huruf dalam gambar di atas pun boleh dibuat dengan menggunakan huruf plastik yang bermagnet tu..
kiranya kalau malas nak buat/beli cup tu, ada huruf macam tu pun boleh guna...
janji anak-anak boleh suai-padankan huruf2 dengan betul...


Idea yang di luar jangkaan ni semua datang dari enSuami rasanya...
dah bosan main benda yang sama...
tiba2 dapat idea tu, OK la kan...
gambar di atas tu, pengkelasan ikut warna...
masa cetak gambar bentuk2 tu, memang saya dah fikir sesiap, untuk cari warna2 yang ada kaitan dalam pembelajaran peringkat Hafni...

Warna2 yang mudah saja...
blue, yellow, red, green, orange, pink, purple, black, white.
semua warna ni, Hafni dah boleh sebut..
so bila ada warna yang pelbagai, akhirnya berguna juga untuk multifungsi.


Antara poster yang ada, poster bentuk2 ni la yang Hafni paling suka...
dia suka sungguh sebut bentuk2 ni...
ada satu masa tu, dia suka sangat jerit hartttt!!!
saya ingat dia jerit hot.. so merata la cari apa yang hot, apa yang pedas, apa yang panas...
lama2 baru saya sedar, dia sebut heart rupanya, hahaha...
kalau suruh baca bentuk2 ni, memang dia mula dengan heart, diamond, oval, star...
rectangle, triangle, dengar macam sama ja, sebab sebutan dengar suku kata belakang je, ...angle..
cuma bunyi nada je lain...

Macam gambar atas ni, cari barang yang berbentuk sama...
yang ni Hafni buat sendiri...
nampaknya sel-sel otak telah berhubung dengan jayanya, Alhamdulillah...
nasib la Umi, habis diselongkar laci tipuware di dapur tu...

Masa tu saya susun ikut lagu dalam video youtube tu...


Warna pun saya ikut sama yang part 1...
yang part kedua kena tukar la, sebab nak belajar warna lain lagi...
susunan pun ikut juga...
cuma bila heart tu, Hafni dah tampal dulu, jadi tertukar sikit...
tapi tu la, bila sebut ni, memang ikut nada/ritma video ni...
comel kan video tu...
inspirasi dari situ lah...

Dan bila banyak sangat mainan dalam rumah...
nak mengemas tu, faham2 je la ek...
kalau Hafni main dengan Abinya, habislah semua mainan berterabur di lantai...
tarik nafas panjang2 je la, tengok ragam dua beranak ni, huuuuuuuuuuuuuuh...


Yang mana boleh ajar untuk dikemas, memang ajar untuk kemas..
kadang2 Hafni pun ada mood dia juga..
kalau OK, cakap sekali je, dia faham, dia ikut, dia buat..
kalau tak OK, huh nanak, dijawabnya...
pastu mencicit je lari ke Abinya...
hai la anak, gitu la..
akhirnya Umi yang kemas..









Untuk Maklumat lanjut, WA/TG :
#0193330382
#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas

3 comments:

  1. Memg nmpk mnarik sgt la kak..good idea

    ReplyDelete
  2. rajin & kreatif sungguh awak ni. jeles kite wak!

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa awak homescool kan anak..kreatif la mama!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers