Search This Blog

Monday, 22 February 2016

RESEPI : Puding Trifle Berkrim Putar

Assalamualaikum...

Huh, lama sudah tak bersiaran...
malas2 gitu...kekeke...

Kalau ada yang monday blues hari ni..
meh nak kasi semangat sikit...
tengok makanan warna-warni, kasi terbuka mata tu, wakakaka....

Alkisah sambutan hari raya Cina lepas, semestinya makan besar kan...
aljiran saya kan berbangsa Cina...
sebelum nak raya tu, dapat la sekotak limau mandarin, Uncle bagi...
waa, best tu...
Alhamdulillah rezeki...
rumah ni jarang ada buah-buahan...
sokmo lupa jak nak beli, hihuuu...


Hari raya, hari Isnin kan, tapi selalunya makan besar pada malam sebelum raya...
makanya hari Ahad tu, saya siapkan puding trifle sebagai pencuci mulut untuk jamuan mereka..
nak bagi makanan jenis lain, mungkin makanan mereka pun dah banyak kot...
sebab jiran sebelah ni, kategori ibu bapa, jadi anak2 atau saudara yang muda2, akan datang ke rumah mereka...
menganggarkan pencuci mulut, semua boleh makan, sejuk2, manis2, OK la kot, huhu...

EnSuami dok tanya, bila nak buat pavlova?
saya pula naik hairan, kenapa nak buat pavlova?
rupanya dia ingat akan bagi pavlova lagi tahun ni...
Laa, banyak lagi makanan dalam dunia ni, takkan pavlova je tiap2 tahun, bagi la yang lain pulak kan, hahahaha..

Resepi triffle ni banyak je kat internet..
dah lama resepi ni hot, tahun 2012/2013 gitu...
pernah makan sekali, ada kawan bawa potluck semasa Usrah..
saya rasa sesudu je, pastu tak lalu dah...
masa tu macam tak boleh diterima tekak, ada kek, puding dan agar-agar/jeli, pada satu masa...
orang lain semua puji, sedap-sedap....
sampai la ni, baru teringin nak cuba buat...

Resepi trifle sekarang dah berinovasi..
ada tambahan whipping cream plak sebagai finishingnya...
tu yang teringin nak cuba...

Saya rujuk resepi di blog LinaPG

BAHAN A (LAPISAN KEK) 
Kek Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA: 
Swiss roll dipotong setebal 1cm.
Masukkan ke dasar mangkuk.
Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.
Tekan2 sket supaya padat.
Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.
Tujuan supaya lapisan kek agak moist.
Ketepikan

BAHAN B (KASTAD) 
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA: 
Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.
Tutup api.
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.
Sejukkan sebentar.

BAHAN C (JELI)
1-2 titis pewarna merah

CARA-CARA
Ikut arahan sukatan air dan gula pada bungkusan jeli.
Masak sehingga serbuk jeli, gula larut dan pekat. Tutup api.
Tambahkan pewarna yang dikehendaki.
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.
Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
Sejukkan sebentar.
Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga jeli dan puding keras.


Sediakan bekas lutsinar...
supaya boleh nampak lapisan demi lapisan yang berwarni-warni ni...
kalau tak ada, boleh beli dengan saya, OK...
kek swissroll ni, ikut selera.. nak coklat, vanila, pandan ke..strawberry pun ada kadang2...
saya ada coklat dan pandan je ada masa ni..
beli di Speedmart je...


Buah koktel, ditapis asing dari jusnya...
jusnya boleh guna untuk renjis-renjis pada kek..
supaya kek lebih lembab dan lembut bila makan...


Selepas selesai sediakan kek...
boleh bancuh kastad pula..
bancuhan kastad ni, perlu dibancuh larut, kalau ada ketul2 juga, boleh tapis..
lepas tapis, baru masak...
masak sampai likat2, meletup2 sikit...
kemudian tuang terus ke atas kek....


Untuk cubaan saya, dalam kastad, saya tak letak semua buah-buhan koktel..
ada beberapa ketul je nenas yang saya letak, saja nak rasa masam2 pada kastad tu...
lepas buat puding ni, saya biarkan puding tu sejuk dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti...

Sementara puding sejuk, kita boleh teruskan memasak jeli pula...
ini ada beza sikit bungkusan serbuk agar-agar atau serbuk jeli...
sebelum ni, saya pun tak tahu apa beza antara dua ni...
kemudian ada terbaca, di satu blog, dia bagitau, untuk trifle, guna jeli supaya bila makan, lembut2-gedik2 gitu..
kalau guna agar2, bentuknya statik, keras-kedung katanya...
so, jangan tersilap beli...


Kalau ada serbuk agar2 je, boleh juga guna, cumanya hasilnya gitu la, keras sikit..
Masak serbuk jeli, ikut arahan di belakang...


Bila semua dah larut, tutup api dulu...
Saya asingkan sikit ke dalam mangkuk, letak pewarna hijau...


Ini untuk tujuan hiasan di bahagian atas whipping cream nanti...
kalau tak nak buat pun tak pe...
ada juga yang gunakan buah-buahan masam seperti strawberry, kiwi dan lain-lain...
ikut selera masing-masing lah ye...


Yang lebih dalam periuk, boleh letak kaler merah...
masa ni saya letak perasa strawberry, so warnanya secara langsung jadi merah...


Bahgian ni yang saya tukar..
keluarkan puding dari peti sejuk, susun buah-buahan koktel di atas puding..
buahan koktel yang saya beli agak banyak, jadi dapat melitupi semua permukaan...
kemudian boleh tuang jeli tadi perlahan2...


Tuang sehingga menutupi semua buah2 koktel...
ada tinggal sikit je untuk hiasan nanti...
biarkan sejuk sikit, kemudian masuk peti lagi...


Haaa, setakat ni, dapat la 3 lapisan...
Coklat-kuning-merah...

Lepas zohor gitu, operasi whipping cream pula...
whipping cream non-dairy, jenama apa pun tak kisah...
saya sukat 1 cawan (240ML) dan pukul sehingga kental...


Jeli yang diwarnakan tadi, boleh dihancur2kan guna pisau...
kalau guna agar2, senang nak cincang dengan pisau..
kalau jeli ni, dia liat2 sikit, sabau je la nak cincang2 ni...
kalau ada buah lebih2, nak tabur2 lagi untuk hiasan, boleh juga..
kalau ada strawberry-kiwi tu lagi cantik la, dah tak perlu lagi jeli warna-warni ni..
asbab tak ada buah, saya ganti dengan jeli2 ni saja...
untuk bagi lebih ceria dan berwarna-warni...


Whipping cream boleh guna piping bag untuk hiasan..
guna nozzle bintang bilah 9-12 gitu..
baru nampak ada bunga2...
kemudian boleh tabur jeli atau hiaskan dengan buah-buahan ikut kreativiti...

Selepas hias, masuk peti sejuk lagi untuk kekalkan kesegaran whipping cream tu..
lepas Asar, kami siap2 semua nak balik rumah mertua, masa tu baru bagi kepada Uncle...


Balik dari cuti tu, Uncle pulangkan tray ni dengan isi yang pelbagai...
angpau untuk Hafni pun ado...
Alhamdulillah...


Orang memberi, kita merasa kannn..
gitu la...

Babai....

2 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers