Search This Blog

Wednesday, 3 February 2016

DAPUR : Susun atur laci 3 tingkat

Assalamualaikum...

Lama dah  tak cerita topik susun atur ni..
dulu janji nak up cerita tentang 3 laci ni..
pastu hanyut sampai berbulan-bulan...
ke dah setahun dah ek???

Hehehe, sory...
ni pun kebetulan, ada tukar sikit...
tak ada la nak tersusun sangat pun...
hanya menambah-gunakan barang terbiar...
daripada tak berguna, jadi berhabuk gitu je..
elok la manfaatkan sikit keberadaannya dalam rumah ni...

Sekurang-kurangnya, dapat la mengurangkan barang berlonggok tak ada faedah di dapur tu..kekeke


Laci 3 tingkat ni, memang dapat dalam sebut harga set kabinet dapur ni...
kecil je, dalam 1kakisuku kot...
masa nak pasang laci ni, boleh minta nak ketiga2 sama saiz, atau dari kecil semakin besar ke...
terpulang pada kita..
macam saya, minta nak yang pertama kecil, kedua-ketiga sama saiz...
so dapat la macam gambar di atas...
Kedudukan laci ni di bahagian table top yang kosong, sebelah oven-microwave...


Ini gambar masa awal2 dulu...
partition ni memang dapat free...
xminta pun dia bagi...
semua kontraktor akan bagi [kot] kalau dapat laci free macam ni..


Acuan/bekas ni, saya potong sikit, sebab laci saya kecil, dia tak muat nak masuk...
just potong sikit je bahagian tepi tu..
guna gunting merah tu je..
guna pisau susah, senget...


Saya potong sama banyak la, sampai muat nak gelongsor keluar-masuk laci tu...
saya buat bagi dia tergantung/terapung atas laci tu...
so bahagian bawah akan ada ruang untuk buat storan lain/ekstra...
haaa, bijak tak???


Lepas beberapa lama guna, terjumpa alas plastik, corak anyaman tikar di kedai 5sen Jaya tu..
harga RM2...
rasa macam sesuai je nak buat lapik acuan putih tadi...
so gunting2 ikut saiz bahagian tu, kemudian letak je...
tapi bahagian bawah tu saya ada lapik tisu juga..
untuk serapan air..

Mana la tau, kadang2 nak cepat simpan, masa basah2 pun saya simpan je masuk laci..
so ada tisu di bawah tu, sedikit sebanyak boleh la menyerap air2 yang belum kering tu...


Haaa, nampak ada corak sikit kan...
baru nampak menarik sikit...
yang bahagian atas ni, yang kerap guna la...
setiap hari dan selalu guna...
kebanyakan barang yang saiz kecil je...
pisau, gunting, sudu, garfu, senduk2..

Yang senduk-sudip besi, penapis sayur, berus botol, pembuka tin, penyepit makanan, penggelek doh, letak bahagian bawah....


Sebelum ni, susunan bahagian bawah macam ni...
sekarang ni, senduk-sudip besi yang bawah ni dah tak ada...
atau pun dah kurang separuh...
saja nak kosongkan, sebab nak masuk sesuatu yang baru...
konsep susun atur kan, less is more, one in-one out kan??

Yang separuh tu, saya dah keluarkan..
ada la bagi kat orang..
yang tinggal, yang betul2 perlu je...
pastu ada keluarkan kain merah tu untuk basuh..

Bila nak pasang balik, mula la rasa nak tukar sikit..
teringat bekas petak biskut raya yang saiz panjang2 belum guna..
yang saiz 4segi sama dah guna letak acuan biskut..
so saya amek, cuba letak2 dulu, tengok sesuai ke tak, muat ke tak...
pastu ngam2 la 3 bekas tu susun dalam laci ni....


Bila dah ada bekas, boleh la asingkan ikut kategori...
susun ikut kekerapan penggunaan...
yang lebih kerap, letak depan sekali...
penapis besi tu, memang tak dapat nak elak lagi la..
macam gitu je la boleh letak..
nak melintang terus, terlebih panjang daaa....
boleh la gitu, cincai je la...
kira OK la sikit dari yang sebelum kan, hahaha...


Laci kedua, sama ja susunannya..
dari dulu sehingga sekarang...
tak ada apa yang perlu diubah..
memang dah efisyen dan sesuai bagi saya..


Gambar lama...
masa baru siap DIY rak piring tu...
sama je kan kan kan....hehehe

Laci ketiga ni, ada perubahan...
masa awal2 dulu, tempat longgok2 plastik barang...


Lama2, masa rajin...
DIY sikit, lipat2 sikit, bagi kemas, senang nak amek plastik mana yang dikehendaki...


Sekarang ni, laci bawah ni, jadi laci tempat letak bekas makanan.
bekas makanan yang kecil2 je...
lebih kepada yang nak buat stok frozen tu...
sebab dekat dengan sinki, senang nak amek...


Lepas cuci2 lauk basah tu, boleh terus amek bekas2 ni untuk simpan..
plastik berklip tu, saya guna buat simpan ayam, ikan ikut saiz sekali masak...
lagi senang bila guna plastik macam ni..
jimat ruang... lipat plastik ikut saiz makanan, buang angin sampai padat, baru klip...
memang jimat ruang...
beli di Giant jenama GLAD..
harga dalam RM7.99 camtu...


Sekian untuk susun atur hari ni..
sakit pinggang daa, buat spring-cleaning semalam untuk bulan Jan, huhuhu...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

6 comments:

  1. Best arr kak tratur smua...mudah nak cari x da nya blur2 nak mncari brg bila prlu nak guna

    ReplyDelete
  2. kemasnya...
    kite punya tengah berselerak kat dapur...
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. boleh tiru idea ni... almari sy bersepah

    ReplyDelete
  4. tang plastik tu mmg tak boleh tahan nak melipat... huhuhu kadang seharian dok mengemas/melipat plastik je...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers