Search This Blog

Thursday 6 November 2014

Akhirnya satu tingkat cabaran telah berjaya dilaksanakan.. [cewahh]

Assalamualaikum...

Entah apa-apalah punya semangat si tajuk tu...
Macam dapat pangkat ape je....

Ini bukan pangkat, tapi satu kepuasan [bagi diri saya, buat masa ni]
Ini ha dapat buat kek lapis Sarawak, kihkih....


Hari tu kan saya ada sebut, nak mencabar diri buat kek lapis.
Masa tengah cari resepi, baca langkah-langkah, tips nak buat...
enSuami terpandangkan apa yang saya baca.
Nak buat kek lapis ke? Tak payah la...
Awat plak?
Ingat senang ke nak buat. Susah oo, berjam-jam nak masak. Pi beli je senang.
Tak kira la, nak buat juga. Apa salahnya nak mencabar diri. Skill kena upgrade [cewahh]

Dalam hati tu was-was la jugak.
Tapi sebab fikirkan sekarang nak beli kat mana kek lapis yang sedap tu, kalau tetiba teringin nak makan?
Dulu boleh la enSuami kerja kat Sarawak.
Kalau dia nak balik tu, boleh la pesan beli.
Sekarang tak dapat la stok kek lapis Sarawak original.


Saya ingat, memang resepi ni resepi rahsia selamanya...
Apa la susah sangat tu kan...
Apa yang mahal sangat tu kan...
Bila baca resepi, rahsia, tipsnya, wallwaweiiiiiii......
Memang mencabar!

Nak buat kek lapis, 10 biji telur [bankrap macam ni!]
Nak buat kek lapis, guna mentega kualiti tinggi [mahai tu]
Nak buat kek lapis, guna tepung hong kong tu [jauhnya nak cari, kekeke]
Nak buat kek lapis, bakar selapis-selapis... [lama tu, 4-5 jam]
Fuhhhhhhhh, tarik nafas panjang-panjang, hehehe......

Lamaaaaaaa, saya kumpul kekuatan, nak buat, tak buat, nak buat, tak buat....
Diulang-ulang perasaan itu....
Sampai la hari Isnin lepas, enSuami keluar je dari rumah pagi2 tu [minggu ni dia jaga exam SPM]
Terus je tetiba kata, isk nak buat la kek lapis hari ini! [dah tak boleh sabar lg la tu]

Lepas sarapan, cuci-cuci semua, mula la keluarkan semua barang2 bakeri.
Nak bancuh awal tu, kena pukul asing.
Telur dan mentega, kena pukul bekas lain2.
Masa ni la, baru keluarkan mangkuk tradisional tu.
Baru je sebut dalam entri lepas kan....
Dah hari ini, dia berjasa semula....


Kalau tak silap saya, saya mula mengadun, kira-kira jam 10 pagi.
Secara tepat, saya tak ingat nak tengok jam...
Lepas selesai adun, pergi tidurkan Hafni sekejap.
Lepas tu baru mula membakar....
Selapis-selapis dibakar, dalam masa 10 minit, api atas sahaja.

Untuk cubaan pertama ni, saya cuma buat separuh adunan je.
Kiranya telur yang 10 biji tadi tu, hanya guna 5 biji saja.
Dari semua bahan, hanya 2 bahan ja tak ikut betul2.
Iaitu mentega kualiti tinggi, saya cuma guna Planta.
Tepung Hongkong tu, saya guna tepung gandum Baker's Choice je.
Tak berani lagi nak beli yang mahal2.
Kita cuba dulu yang biasa.
Yang penting, teknik kek lapis tu, saya dah aplikasi sepenuhnya.

Sebab separuh je adunan, jadi kek saya tak jadi la tebal sangat berlapis-lapis macam orang jual tu...
Dan saya buat perisa coklat je.
Sebab enSuami saya tak suka kek lapis warna-warni...
Dia kata kek lapis warna-warni [bila ada kaler merah-paling anti] tu, kek lapis murahan. Rasa dia tak sedap [yerksss, mengutuk je kejenye].
Ye lah tu, murah la sangat, tu yang boleh beli banyak2 sampai tak habis makan tu ekk [ayat perli untuk enSuami]

Mana boleh assumed macam tu, mana la tau dia suka makan perasa strawberry, sebab tu la ada kaler merah, emmm.
Jadi saya buat kaler biasa [rasa vanilla], dan coklat [rasa coklat emulco]
Pastu saya ada juga beli coklat keping2 tu.
Yang saya ingat dulu, enSuami pernah beli yang ada coklat Cadbury.
Tapi nak beli cap Cadbury, rasa berat je ahti ni...
Amek alternatif beli cap Beryl's plak.
Dulu dok Bangi, tak pernah pun pi kilang ni...
Kalau tau sedap macam ni, pi beli kat kilang terus lagi berbaloi, huhuhu.


Setiap kali lapisan vanila, saya susun coklat2 tu...
Yang tersilap tu, susunan saya sama je kedudukannya.
Jadi, bila makan kat bahagian yang ada coklat tu, memang jadi tebal la.
Rasa macam makan coklat plak, manissssssssssss sangat...

Dalam jam 2 petang, baru habis selesai bakar.
Lebih kurang 4 jam tu.
Punya la lama, ni baru separuh adunan.
Kalau buat satu adunan, tak tau la nak habis jam berapa.
Walaupun leceh, nak buat satu2, tapi saya happy je masa buat ni...
Tak da la rasa susah pun, mungkin sebab diri sendiri yang nak buat.
Jadi baking with love lah, kekdahnya....

Petang tu, enSuami balik, dia rasa.
Amacam??? [sambil angkat kening, banyak2 kali]
Ayang pun dah reti buat kek lapis sendiri, huhhhhhhhhhhh......

4 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers