Search This Blog

Wednesday 17 September 2014

RESEPI : Pai Ayam Paling Senang!!!

Assalamualaikum.....

Saya jumpa resepi sempoi ni kat blog ini...
Untuk tutorial langkah demi langkah, boleh klik sini
Terima kasih kat tuan blog ni, bagi resepi sempoi ni...
Cuma intinya saya tukar.

Untuk percubaan pertama ni, buat pai ayam dulu.
Nanti dah beli buah epal, insyaAllah cuba pai epal plak....
Untuk resepi Inti Pai Ayam...

Bahan-baham
2 ketul isi daging ayam.
2 biji kentang
1 biji bawang besar / 2 biji bawang merah
(semua dipotong dadu. kalau nak tambah bawang putih, ikut selera masing2)
1 SB serbuk kari daging/ayam
1 SB/SK cili kisar (ikut kepedasan masing)
1 SB lada hitam (ditumbuk halus)

Cara-cara
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang sehingga bau.
  3. Masukkan serbuk kari, cili kisar dan lada hitam.
  4. Tumis sehingga masak (boleh tambah sedikit air, jika kering)
  5. Kemudian masukkan ayam dan kentang.
  6. Boleh tambah sikit lagi air untuk tunggu kentang empuk.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Boleh taburkan sedikit lada sulah jika mahu.
  9. Masak sehingga air kering.
  10. Tutup api dan sejukkan.

Untuk pai, just ambil roti.
Kalau nak senang, sila buangkan bahagian tepi roti tu.
Pastu gelekkan roti sampai nipis.
Lepas tu, pukul sebiji telur.
Sapukan atas permukaan roti keseluruhan.
Letakkan inti di atas.
Kemudian lipat tepi.
Tekan dengan jari bahagian tepi roti supaya rapat.
Kemudian tekap plak dengan hujung garfu, untuk lebih kemas.
Kemudian dah siap semua bungkus, boleh sapukan pula telur pada permukaan roti.
Kalau dalam blog sempoi tadi, dia goreng dengan minyak.
Saya plak, saja2 tukar bakar dengan oven.
Dengan 150'C, selama 20-25 minit, bergantung pada oven masing2.
Senang je kan, sempoi lagi.
Kalau ada anak2 yang sekolah, boleh buat bekal ke sekolah, bestnyaaa.......
Selamat mencuba....

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers