Dari bulan puasa sampai dah raya.
Keadaan tu macam tu...
Sebenarnya teringin nak beli rak RIBBA Picture Ledge yang IKEA jual tu.
Harga RM 39.90 dengan panjang 110cm.
Saya fikir, kalau saya beli yang ni, saya nak kena potong bahagi tiga.
Lama dok tahan nak beli, masih berkira2, sehingga la dapat idea lain.
Hanya guna apa yang ada depan mata sahaja.
Tak perlu nak beli2.
Saya hanya guna 3 shelf ekstra yang Andy potong untuk tall unit kabinet.
Kebetulan ada 4 keping yang belum guna.
Tapi saya nak guna 3 keping sahaja.
Bahan yang diperlukan.
Shelf aka para.
L-bracket.
Pen, Pensil untuk tanda.
Pembaris L untuk mengukur.
Screwdriver dan hammer untuk proses penggantungan.
Klu ada drill lg cepat la kan.
Kat rumah pun ada, cuma kali ini saya buat sendiri, jadi guna screwdriver je....
Lepas dah siap ukur, boleh dah mula pasang.
Pasang yang paling tinggi dulu.
Kali ni, saya pasang L-bracket tu sebelah atas.
Sebab nak sembunyikan kewujudannya.
Kalau pasang sebelah atas, boleh la terlindung sikit dengan buku2 resepi.
Dah siap pasang satu, rasa teruja sangat.
Bila cuba2 letak buku kat atas rak tu...
Sebelum saya mula berkeputusan untuk pasang rak ni, saya fikir juga kalau para ni selari, tak ada pagar keliling, kemungkinan buku boleh jatuh tak?
Saya perlu fikirkan sesuatu yang boleh melindungi keburukan sisi tepi papan yang terpotong dan juga boleh melindungi buku daripada jatuh.
Sambil dok basuh tangan kat sinki, mata dok pandang ke arah rumah jiran, otak dok fikir nak guna apa ya, nak guna apa ya....
Akhirnya saya teringatkan divider putih yang saya beli lama dulu.
Kenkonon nak guna untuk laci nak asingkan cutlery bila ada kabinet dapur nanti, lepas dah beli, baru ada baca, orang cakap tak kuat sangat untuk jadi divider, sebab dia kan lembut2 je, senang untuk nak tertumbang, jadi tersimpan sahaja selama ini.
Ni baru siap para atau rak buku.
Deko2 untuk penyeri?
Tak ada idea lagi.
Saya bab2 deko ni lemah sangat.
Jom usha2 dulu, fikir2, congak2, cari idea lain dari yang lain dulu.
Angan2 tu dah ada, nak realisasikan tu payah sikit.
Kena panas telinga la, nak dapat komplen dari enSuami tu.
Biasa la, ada pnIsteri yang pelik2 sikit macam ni.
Suka buat benda yang orang tak buat, huahuahua..........
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)