Search This Blog

Saturday 27 September 2014

RESEPI : Tat Telur

Minggu ni saya rajin memasak pula.
Bukan masak makan rutin macam makan tengahari, sarapan dan malam.
Eh, setiap hari pun masak 2 kali saja, sarapan dan makan tengahari.
Yang malam, panaskan saja.
Yang rajin masak tu, adalah memasak yang luar dari kebiasaan.
Sudah lama teringin hendak masak sendiri tat telur.
Kalau dah pandai buat sendiri, tak perlu beli lagi.
Tinggal rajin dengan tak je, nak masak tu kan....
Bila dua tiga hari asyik menghadap beberapa resepi kegemaran ni, rasa seronok pula masak2 ni.
Tapi kalau seronok masak, tak ada orang nak makan, tak syok juga.
Selalu ini la masalah saya.
Rajin nak masak, tapi tak ada orang nak makan.
Selalunya yang favourite saya, tak kena selera dengan enSuami.
Hehe, acaner tu....
Kalau bab masakan nasi dan lauk-pauk, dah ikut selera dia.
Sebab makanan rutin kan...
Kalau bab pastri ni, ikut selera sendiri la....
Sebelum nak terhasilnya tat telur ni.
Google2 lah dulu resepi.
BFF pun ada bagi juga resepi dia kat WhatsApp.
Saya bandingkan, lebih kurang je sukatannya.
Yang beza dekat telur. Ada yang letak kuning telur sahaja, ada yang letak semua.
Saya guna resepi Acik ZalinZalina. Klik SINI
Dia juga ada kongsi step by step cara mudah nak buat kulit tat. Klik SINI.
Mulanya cari resepi pai epal, jumpa blog Acik ni.
Tengok terliur pai epal dia, meleleh-leleh, huuuuuuuu...

Ini adunan dengan 250g tepung gandum.
Bahan2 lain :
125g butter [saya guna Planta]
60-70g gula icing [ikut selera, 60g pun dah OK]
1 biji telur
Sedikit esen vanila.


Sebelum masuk nak bakar, kena cucuk2 dulu dengan garfu.
Adunan ni cukup2 dengan acuan yang saya ada.
12 pcs saiz 4cm [ukuran dasar acuan]
24 pcs saiz 2.5cm [ukuran dasar acuan]
Tapi yang kecil ni, dalam 17 je guna...

Bakar dengan 110C selama 20-25 minit.


Resepi tat telur ni ada dua cara juga.
Ada yang bakar kulit dulu.
Ada yang bakar serentak kedua-duanya.
Kalau saya suka bakar kulit dulu, kalau rangup2, kan sedap sikit.
Dua cara ni dapat kat blog Lady Hanna. Klik SINI

Untuk resepi inti telur, saya amek dari blog Sue Bee. Klik SINI
250g susu cair [saya guna susu pekat]
2 biji telur dipukul sedikit
60g gula kastor [tak letak, sbb dah manis dengan susu]
1/4 sudu garam
1 SB tepung kastad

Semua bahan disatukan dalam periuk, kacau bagi larut semua baru masak dengan api kecil sehingga berbuih di tepi periuk.
Tuang dalam jar, untuk senang nak tuang dalam tat.
* Untuk resepi guna susu pekat tu, saya main hentam je, hehe. Tapi tak letak 250g, saya masuk 2 SB kalau tak silap. Campur dengan air 1 cawan. Sebab masa ni, saya guna sebiji telur je. Rasa macam banyak plak, untuk 29 biji tat yang saya ada.
Takut gak kang tak jadi, huahuahua.


Bila guna jar, memang senang nak tuang.
Tu pun ada juga yang terlajak tuang, huhu.
Kebetulan ada syringe anak dok main, tetinggal atas meja, saya amek sedut guna syringe tu, hehe.
Otak kena bijak, ngeh ngeh.....


Jadilah tat telur saya untuk cubaan pertama.
Manislah sangat, huahua...
Lain kali kena sukat betul2, first time memang suka nak hentam je...
Nak jimatlah sangat, hihihi.
Rasa macam makan tat susu pulak, hahaha...

Saya makan sorang2 je dengan bangganya.
enSuami rasa sebiji dua je...
Hafni plak, dia korek telur je, kulit tat dia tinggal je.
Tapi kulitnya sedap sangat, best ar....
Resepi simple je, cuba la masak, berbaloi2 bagi yang suka makan, hehe.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers