Search This Blog

Tuesday 18 June 2013

Puasnya hati dapat makan bun buatan sendiri!

Dalam minggu lepas lagi dok terbayang nak makan bun cheese manis tu...

Kat sini takda Giant.
Kedai bakery pun, xtau la dok nampak yang Cina je...
Macam nak tanya la jugak, xda bakeri muslim ke kat sini kan?

Kalau takdak lagi, saya nak buka la, hahahaha.
Cita2 lama dari dulu.
Teringinnya nak ada bakeri sendiri.
Entah bila impian akan tercapai...

Mana la taknya, nak buat doh pun failed!
Kenapa ye, lemah betul saya kalau bab nak naik kembang ni...

Buat kek, xjadi.
Buat pizza tak jadi.
Buat donat tak jadi.
Camna nak buka bakeri nih?

Kali ini, saya minta Mak mertua bancuhkan doh.
Kat rumah ni ada bread maker.
So senang la sket.
Walaupun ada mixer, saya nak cuba bread maker dulu.
Nanti guna resepi yang sama, guna mixer plak.

Saya rasa ada perbezaan la pakai mixer dan bread maker ni...
Nanti nak cuba bandingkan hasilnya antara dua peralatan ini.

Sebab nak buat bun cheese, terpaksalah beli keju bar ni kan....

Nanti baru boleh nak parut2 kan
First time membeli benda alah ni.
Sebelum ni beli yang keping je.

Sebab tak da la feveret sangat makan cheese2 ni.
Kek cheese pun tak berapa, makan sikit2 je buat syarat nak merasa.


Tiba masanya memarut keju.
Huh, terasa memasak macam omputih.
Camna la omputih makan, makan keju banyak2?
Kolesterol, gemuk... itu yang saya fikir, huhu.

Untuk bun cheese, saya kembarkan doh roti.
Macam saya penah buat masa kerja kat bakeri.
Kira nak imbas balik la skill dolu2...
Secara zahirnya nampak macam sama.
Parut keju, lepas tu tabur gula.


Tapi saya tabur gula sikit sangat kot.
Bila makan, tak rasa manis gula pun, huhu.
Roti pun macam tebal sangat.
Dah tak ingat dah sukatan berat untuk bun cheese ni.
Saya main agak2 je bahagi.

Dapat 6 biji bun keju.
10 biji saya sedia untuk bun sosej.
Dah 1 bungkus sosej tu ada 10 biji, saya pun habiskan semuanya.

Sama juga untuk bun ni, rasa tepung roti, tebal sangat.
Sosej Ayamas pun cukup gemuk jugak.
Dolu2 rasa kecik ja masa kat bakeri tu.
Jenama pa tak ingat, ayam kampung ka...


Untuk bun sosej ni, untuk sesi pertama, saya siap letak sos n mayonis sesiap, baru pi bakar.
Bila buat macam tu, nampak warna mayonis tu dah hilang.
Kali kedua, saya cuba untuk bakar dulu roti, nanti panas2 baru letak sos dan mayonis.


Kali kedua buat, baru nampak sos dan mayonisnya.
Oh, macam tu la kot metodnya.
Dulu masa keja, saya wat doh sahaja, uli2, bentuk2 bun.

Yang bahagian deko2 ni, orang depan yang buat bila peringkat kedua, roti dah kembang semula sebelum di bakar.
Jadi saya xtau la mana yang kena buat dulu.


Yang mana saya sempat tengok, saya tau la...

Untuk sebahagian lagi tepung, Mak amek buat bun kayu manis.
Sedap, manis mak letak gula banyak2.
Ada kismis lagi.
Aii syok arrrrrr dapat makan bun.
Nanti nak buat lagi lah!


Teringinnya nak buat Mexican bun.
Bila la akan menjadi kenyataan ni?



2 comments:

  1. menjadi kali ni..
    sedapnya bun dia..

    ReplyDelete
  2. Cik Hani pun boleh cuba buat bun sendiri, boleh makan banyak2 tanpa had sampai habis, kekeke..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers